31 January 2009

..:::Sebab-sebab Yahudi Bijak:::..

Sebab apa Yahudi ni bijak-bijak?

Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani houseman ship dibeberapa hospital disana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu"Mengapa Yahudi Bijak?". Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang, Engineering, musik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, dimana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian,pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman diHollywood dan sebagainya.
Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebab nya kaum Yahudi begitu pintar? Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau olah manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran?
Maka saya pon tergerak membuat tesis untuk Phd saya, disamping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni. Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin.
Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, ugama,persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum-kaum lain.
Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel,setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku metamatik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yangbeliau tak dapat menyelesaikanya, oleh kerana saya memang minat tentang metamatik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau. Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab, "ia, ini untuk anak saya yang masih di dalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau, semoga ia menjadi genius apabila dewasa kelak" Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya. Berbalik kepada metamatik tadi,tanpa merasa jenuh beliau membuat latihan metamatik sehingga beliau melahirkan anak.
Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan korma bersama susu , dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang, menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak di dalam kandungan. menurut beliau ini adalah adat orang orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu-ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyakikan.
Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka. Setiap undangan yg sama perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama di meja jika ada ikan, menurut mereka,campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam.
Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang ke rumah Yahudi anda akan dihidangkan buah buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan, ini akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah.
Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan di rumah Yahudi, jangan sekali kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dam merokok diluar rumah mereka. Menurut saintis di Universiti Israel , siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utamapada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yg cacat otak ( bodoh atau lembab). Suatu penemuan yg dahsyat ditemui oleh saintis yg mendalami bidang genes dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. (Ironi nya, pemilik pengeluar rokok terbesar adalah ……tekalah sendiri..!)
Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, Pemakanan anak anaktadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah buahan bersama kacang badam,diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever) Didalam pengamatan saya, kanak Yahudi sungguh bijak dan rata- rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka bermain musik dan memahami nota notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak kanak dan sudah tentubakal menjadikan budak itu bijak.Ini menurut saintis Yahudi, gegaran musik dapat stimulate (semacam senamanuntuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius musik terdiri dari kaumYahudi.
Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak anak Yahudi akan diajar metamatik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak anak di California , ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun kebelakang!! !. Segala pelajaran akan dengan mudah di tangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yg diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari, menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak mem fokus sesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk perhidmatan negara.
Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah) disini murid-murid ditekan dengan pelajaran mata sains dan mereka digalakkan mencipta produk, segala projek mereka walaupun kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan engineering, idea itu akan dibawa ke institut tinggi di Politeknik danUniversiti.
Satu lagi yg di beri keutamaan ialah fakulti perniagaan. Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan. Diakhir tahun diuniversiti, para penuntut dibidang niaga dikehendaki melakukan projek dan memperaktik kanya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda(10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah merekadapat menguasai ½ perniagaan didunia! Siapakah yg mencipta design Levis yg terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen.
Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksigen di kepala, banyak ugama lain diTimur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif. Lihat orang orang Jepun, mereka sering menunduk nundukkan kepala danianya sebagai adat. Ramai orang orang Jepun yg pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan?Fikirkanlah!
Berpusat di New York, Dewan perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yg berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja) jika mereka ada idea yg bernas, jawatan kuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatan kuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan yg perniagaan mereka menurut landasan yg betul. Maka itu lahirlah Starbuck,Dell comptr, Cocacola, DKNY, Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis, DunkinDonut dan ada beratus kedai ternama dibawah naungan dewan perniagaan Yahudi diNew York. Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untukmendaftar dipersatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah, barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar.
Kesimpulanya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yg bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa, beberapa generasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika sang ibu mengandung, galakkanlah si ibu melakukan latihan metamatik yg mudah tetapi konsisten disamping mendengar musik klasik. Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yg elok dan berhasiat yg baik untuk otak, menghayati musik sejak kecil adalah baik sekali untuk penumbuhan otak kanak kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentudapat melatih anak anak mencerdaskan otak mereka demikian juga sukan yg memerlukan konsetrasi yg tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak.
Merokok menjanjikan jenerasi yg moron (goblok) dan sudah tentu genes bodoh akan mengikut ke jenerasi siperokok. Lawatan saya ke Singapore pada tahun 2005 amat memeranjatkan sekali, disini perokok seperti dianak tirikan dan begitu susah sekali untuk perokok dan anda tahu berapa harga sekotak rokok? US$ 7 !!! ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!! Saya puji sekali sikap pemerintah Singapore dan menkjubkan sekali!!! dan seperti Israel ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan segi pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel , maka itu saya lihat banyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupun hakikat nya negeri Singapore hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan!!
Anda mungkin muskil, benarkah merokok dapat melahirkan generasi goblok, saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini. Lihat saja Indonesia, jikaanda ke Jakarta, dimana saja anda berada, dari restoran, teater, kebun bunga hingga ke muzium hidung anda akan segera terbau asak rokok! Dan harga rokok?Cuma US$ .70cts !!! dan hasilnya? Dengan penduduknya berjumlah jutaan orang berapa banyak kah universiti terdapat disana? Hasil apakah yg dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali. Adakah mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris? Ditangga berapakah kedudukan mereka di pertandingan metamatik sedunia? Adakah ini bukan akibat merokok? Anda fikirlah sendiri.
Di tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal ugama atau bangsa, adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman Paraoh hingga ke Hitler,bagi saya itu isu politik dan survival, yg ingin saya ketengahkan ialah, mampukah kita dapat melahirkan generasi yg bijak seperti Yahudi? Jawabnya ialah mungkin dan tidak mustahil dan ianya memerlukan perubahan, dari segi pemakanan dan cara mendididik anak dan saya kira hanya memerlukan 3 jenerasi sahaja. Inidapat saya lihat sendiri tentang cucu saya, ini setelah saya mengajar anak saya melalui program yg telah saya nyatakan diatas tadi, pada umur 9 tahun (cucusaya) dia dapat menulis essay sepanjang 5 mukasurat penuh. Essay nya hanyalah mengenai Mengapa saya gemarkan tomato! Selamat sejahtera dan semuga kita dapat melahirkan manusia yg bijak dan bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa.
Dr. Stephen Carr Leon
>>diubahsuai daripada e-mail seorang sahabat<<

29 January 2009

.:: DIMANA IA BERSEMAYAM? ::.


tahukah engkau, di mana ia bersemayam?
dialah saudaramu...ke mana ia melangkah?
sanggupkah matamu memandangnya?
sedang matanya tak sanggup menatapmu?
saudaramu hidup laksana sejarah
berjalan beriringan mengikuti langkahmu
tanpa bahasa yang dapat menyapa
bercucur air mata jika bersua
jika bumi menghimpitnya
hanya hatimu tempal mengadu
engkau bermurah hati tanpa pamrih
memupus duka nestapa yang ia derita
engkau memikul beban bertl tanggungannya
ketika letih pilu merasuk kedua bahunya
jika bumi menghimpitnya
hanya hatimu tempat mengadu
engkau selimutkan tirai di sekujur tubuhnya
ketika syaitan datang memperdayanya
engkau tersenyum bangga dengan ranum buah akhindit
engkau bahagia pula dengan kesuburan
ladang dunia saudaramu
jika bumi menghimpitnya
hanya hatimu tempat mengadu
<>

28 January 2009

Warkah dari Ummu Taqi di Gaza

Written by Muslimah
Friday, 23 January 2009 13:56

Menemui saudara dan saudari seIslamku, aku ingin mengambil kesempatan ini untuk menyampaikan pesanan dari saudara-saudari seagamamu di Gaza. Dengarkanlah bagaimana keadaan kami di sini dan beritahukan kepada semua orang samada mereka yang kamu kenali mahupun tidak.
Pada tanggal 27hb Disember 2008, ketika kami di serang rejim Zionis, mereka bukan sahaja menyerang puak Hamas ataupun kaum Muslim di Gaza, tetapi mereka sebenarnya menyerang seluruh umat Islam. Mereka menyerang Islam dengan harapan mereka dapat melemahkannya dan akhirnya melenyapkan Islam dan umat Muhammad Sallallahu Alaihi wa Sallam.Dan sudah tentunya mereka tidak akan sekali-kali berhenti di sini. Mereka inginkan Al Aqsa kesayangan kita, mereka mahukan Tebing Barat dan percayalah kepada ku bahawasanya mereka mendambakan seluruh wilayah Timur Tengah.Namun, mereka tidak akan pernah berjaya. Mereka tidak akan pernah dapat menghilangkan cahaya Allah, dari bumi ini, InsyaAllah.Keadaan kami pada saat ini amat dahsyat dan mengerikan, tetapi keimanan kami tetap utuh. Alhamdulillah, walaupun kami tiada bekalan air dan sekiranya ada pun setitis air, ia adalah tercemar dan membawa seribu satu wabak penyakit. Kami tiada wang untuk membeli air mineral dan seandainya kami menjumpai wang pun, mereka yang menjualnya mengatakan kepada kami, bekalan tiada dan amatlah merbahaya untuk mereka keluar mendapatkan bekalan baru. Kami juga tiada bahan api(gas) semenjak empat bulan lalu. Kami memasak sedikit makanan yang kami ada dengan api sebenar yang kami pelajari bagaimana untuk menyalakannya.Kerabat lelaki kami telah kehilangan semua pekerjaan mereka. Pada masa ini,mereka hanya menghabiskan masa di rumah. .Suamiku menghabiskan masa seharian hanya untuk merayau-rayau dari satu tempat ke tempat yang lain semata-mata untuk mencari keperluan asas seperti seteguk air. Kebiasaannya beliau akan pulang dengan tangan kosong. Tiada sebarang sekolah mahupun bank-bank yang dapat kami keluarkan wang simpanan kami. Hanya terdapat beberapa hospital yang masih dibuka untuk merawat mereka yang tercedera.

Kami sedar bahawa kami sentiasa mempertaruhkan nyawa apabila kami keluar atau berada di luar rumah. Rejim Zionis mengenakan perintah berkurung dari jam 1pm hingga 4pm. Mereka mengatakan adalah selamat untuk kami keluar mendapatkan bekalan asas pada waktu-waktu tertentu, tetapi semua itu adalah satu pembohongan. . Bahkan mereka telah sering menggunakan peluang yang ada itu untuk menambah senarai Syuhada’ didalam koleksi mereka. Kami memakan nasi dan roti secara berselang hari. Daging dan susu adalah satu kemewahan buat kami. Rejim Israel menggunakan kaedah perang kimia di kawasan sempadan. Mereka membunuh kami menggunakan peluru-peluru dan kereta perisai dan pesawat B52, tidak cukup dengan itu,bahkan mereka juga membunuh kami secara perlahan-lahan dengan membiarkan anak-anak kami mati kelaparan, mengakibatkan penyakit-penyakit yang tidak dapat diceritakan dengan menggunakan perang kimia mereka. Mereka bahkan hanya ketawa di saat melihat kami berterusan menderita dan tidak mampu menahan penyeksaan ini lagi.Pada ketika semua ini dilakukan, kami diberitahu bahawa semua orang di seluruh dunia melakukan demonstrasi. MasyaAllah, mengenangkan anda semua pergi ke kedutaan-kedutaan dengan meninggalkan kediaman anda memberikan kami satu perasaan bahawa kami tidak bersendirian dalam perjuangan ini.Akan tetapi, anda akan pulang semula ke rumah dan mengunci pintu pada waktu malam. Kami tidak mampu melakukan itu. Aku sendiri terpaksa meninggalkan rumahku yang berada di tingkat dua pada setiap malam untuk menumpang di rumah adikku di tingkat bawah. Seandainya kami diserang, adalah lebih mudah untuk kami lari menyelamatkan diri Namun Umat bertanyakan dimanakah bala tentera kaum Muslim? Dimanakah Kemenangan? Dan dimanakah pemimpin sebenar kami yang akan menyelamatkan kami dari kematian ini? Dimanakah bala tentera Salahuddin Al Ayubbi? Usahlah berharap dan merayu kepada PBB, mereka memperkenalkan Israel pada tahun1949 sebagai sebuah Negara dan menjamin nasib kami seperti hari ini. Janganlah berpaling kepada Amerika atau British, apakah mereka tidak mencerobohi umat Islam di Iraq dan Afghanistan.
Serulah pasukan tentera di Mesir, Syria, Turkey dan Libya. Dimanakah mereka? Adakah mereka tegar melihat wanita-wanita meraung dan merintih meminta ikhsan pertolongan pada saat mereka mengebumikan anak-anak kecil mereka? Adakah jeritan dan tangisan adik-adik,kakak- kakak dan abang-abang kamu didengari oleh telinga-telinga yang pekak? Kami juga mempunyai hak untuk makan dan minum dalam suasana yang selamat dan sejahtera. Kami juga mempunyai hak untuk bergembira, ketawa dan hidup dengan dipenuhi impian seperti anda semua. Ataukah kami tidak berhak???
Ya, memang benar kami sudah keletihan. Apabila aku mendengar bunyi roket-roket dan bom serta melihat pesawat-pesawat yang berterbangan amat rapat mendekati rumahku, aku menjerit-jerit bersama anak lelaki kecilku dan di saat itu, suamiku hanya mampu terduduk kaku dan tidak berdaya untuk melakukan apa-apa.
Saudara-saudaraku, tentunya kamu mengetahui bagaimana perasaannya apabila kamu tidak berdaya untuk mempertahankan maruah dan kehidupan keluarga kamu. Ia membunuh sesuatu dari dalam hati suami ku. Kami sering tertanya-tanya, bilakah mereka(para pemimpin umat) akan menjual tanah kami ini dengan harga yang murah. Adakah dengan seribu atau dua ribu kematian. Kami sedang menunggu untuk melihatnya.Inilah yang telah terjadi pada kami.
Dengan semua ini, tiada siapa yang dapat menyelamatkan kami melainkan hanya Allah Subhanahu wa Taala. Janganlah kamu sekalian melupakan kami di sini kerana hanya kamu lah yang kami ada sekarang ini. Sumbangan dan sedekah kamu tidak sampai ke tangan kami dan apabila mereka membuka sempadan itu, hanya segelintir yang mendapatnya. Mereka yang mendapatnya( sumbangan) itu juga tidak mampu berbuat apa-apa dengannya kerana kami terpaksa mempertaruhkan nyawa hanya untuk pergi membeli makanan.
Mereka(Israel) akan membunuh sesiapa sahaja walaupun seorang anak kecil berumur lima tahun yang membawa makanan untuk keluarganya. Kami ingin hidup dengan usaha dan peluh saudara-saudara Islam kami, bukannya orang lain kerana kami semakin menghampiri kematian.
Teruskan lah usaha di jalan Allah ini dan berdoa serta bekerjalah untuk kemenangan yang semakin menghampiri dan seterusnya bakal menyelamatkan umat di segenap pelusuk, InsyaAllah.
Semoga Allah Subhanahu wa Taala mengukuhkan kita di atas DeenNya pada masa sukar dan senang. Ya Allah, kurniakanlah kami kemenangan dengan segera dan kembalikan lah Islam di bawah satu kekuasaan yang mana kami hidup di dalamnya. Ya Allah, kirimkanlah kami anak-anak Salahuddin, tentera Islam untuk menyelamatkan umat Muhammad Sallallahu Alaihi wa Sallam dari kekejaman yang kami sedang bergelumang hidup di dalamnya. Ya Allah, lindungilah anak-anak kami dan hapuskan lah zionis dari tanah kami. Ya Allah, saksikanlah pada hari ini, kami mengadukan tentang pengkhianatan pemimpin kami kepadaMu, dan kami berdoa agar Engkau Ya Allah, mengembalikan segera pemimpin sebenar kami, iaitu Khalifah.
Amin.
والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Saudarimu Ummu Taqi

25 January 2009

Allah mengilhamkan,sukma kefasikan dan ketaqwaan..

Adab dan akhlak adalah ibarat pokok dan kemasyhuran adalah seperti bayang-bayang. Tetapi malangnya, kebiasaan orang lebih melihat bayang-bayang daripada pokoknya.