22 February 2011

Tidur Cara Islam & Penemuan Sains


"Oleh Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan dari Aisyah bahawa Nabi telah bersabda: "Jika salah seorang di antara kamu berasa mengantuk, hendaklah kamu tidur sehingga hilang rasa mengantuknya. Jika seseorang bersembahyang ketika mengantuk berkemungkinan dia membaca istighfar sedangkan sebenarnya dia sedang mencaci dirinya sendiri." Hadis ini menampakkan tentang kaitan di antara mengantuk dan penurunan kualiti amal serta produktiviti seseorang. 

Kesan Mengantuk Ke Atas Ekonomi Dan Juga Produktiviti. Banyak kes-kes kemalangan dilapurkan berpunca dari mengantuk dan kurang tidur. Justeru itu kerana kepentingannya, Kerajaan Amerika telah menubuhkan sebuah yayasan yang bernama Yayasan Tidur Negara (National Sleep Foundation) untuk mengkaji tentang kesan tidur terhadap produktiviti kerana masalah ketiduran (insomnia and sleeping problems) telah memberikan banyak kesan negatif kepada manusia dan ekonominya. Pada tahun 1995, Jabatan Pengangkutan Amerika telah melaporkan bahawa 100,000 kemalangan di jalan raya dan industri di Amerika adalah berkaitan dengan masalah tidur yang melibatkan kehilangan 1500 nyawa setahun. (Dr. Stanley Coren; 'Sleep Deprivation, Psychosis and Mental Efficiency,' Psychiatric Times, March 1998) 

15 February 2011

Terima kasih dariku..


"Sebaik-baik wanita ialah yang tidak memandang dan tidak dipandang oleh lelaki"


Aku tidak ingin dipandang cantik oleh lelaki. Biarlah aku hanya cantik di matamu.Apa gunanya aku menjadi perhatian lelaki andai murka Allah ada di situ.


13 February 2011

Counting For Letter Word


The Most Selfish One-Letter Word
"I"
Avoid It
(Surah Al Kahf 18:34)

The Most Satisfying Two-Letter Word
"WE"
Use It
Surah Al An'am 6:71-72

The Most Poisonous Three-Letter Word
"EGO"
Kill It
Surah Al Qasas 28:78

The Most Used Four-Letter Word
"LOVE"
Value It
(Surah Al Rum 30:21)

The Most Pleasing Five Letter Word
"SMILE"
Keep It
(Surah Al Najm 53:43)

The Fastest Spreading Six-Letter Word
"RUMOUR"
Ignore It
(Surah Al Hujurat 49:12)

The Hardest Working Seven Letter Word
"SUCCESS"
Achieve It
(Surah Al Nur 24:37-38)

The Most Enviable Eight-Letter Word
"JEALOUSY"
Distance It
(Surah Yusuf 12:8-9)

The Most Powerful Nine-Letter Word
"KNOWLEDGE"
Acquire It
(of Allah & the Holy Qu'ran)
Surah Ya Sin 36:2
Surah Yusuf 12:2

The Most Essential Ten-Letter Word
"CONFIDENCE"
Trust It
(Trust in Allah's Guidance)
Surah Yunus 10: 9

11 February 2011

Silaturrahim antara kau dan aku..


Matanya belum puas menatap gambar-gambar kenangan bersama sahabat-sahabat sewaktu di pangku sekolah rendah. Sambil tersenyum, Zada bermonolog,

"indahnya waktu kecil dulu..dasar anak-anak kecil..asyik main..mujur jugak aku berjaya dapat 5A.."

Sekilas matanya dilemparkan ke katil sebelah. Yasmeen masih terbaring disitu. Susuk tubuh yang semakin hari semakin susut dek mengelak dari makan.

"Apalah nak jadi dengan kau Yasmeen, aku baru tegur sikit.. kau dah buat muka. Tak pasal-pasal aku pulak yang jadi serba salah. Tengok..dah seminggu berdiam diri. Tak nak bertegur dengan aku. Aku pun malas nak layan kau. Buang masa aku.."

Perselisihan faham yang terjadi antara Zada dan Yasmeen punca mereka tidak lagi bertegur sapa. Zada empunya niat yang baik, ditegurnya Yasmeen supaya tidak lagi keluar berdua-duaan dengan lelaki. Dalam masa yang sama, Aqhar yang bekerja di bawah unit dakwah Rakan Surau, turut berusaha menasihat Badrun si teman lelaki Yasmeen. Alhamdulillah berkat kesabaran Aqhar, perubahan dalam diri Badrun kian jelas kelihatan. Badrun tidak lagi keluar bersama-sama Yasmeen, paling menakjubkan, dia tidak lagi berhububung dengan Yasmeen. Masa yang terluang dihabiskan bersama sahabat-sahabat yang menyertai Rakan Surau. Berlaku yang sebaliknya kepada Yasmeen. Dia tidak dapat menerima kenyataan atas perpisahannya dengan Badrun. Zada dipersalahkan kerana menganggap perpisahan itu berpunca darinya.

Petang itu, Zada menghadiri mesyuarat unit dakwah Rakan Surau. Seperti biasa membicarakan tentang gerak kerja yang sedang berjalan dan yang bakal dilaksanakan. Di akhir mesyuarat, Aqhar dan beberapa sahabat yang lain menunggu untuk mengetahui keadaan Yasmeen seperti yang dimaklumkan oleh Zada dalam beberapa hari yang lepas.

"Bla..bla..bla.." Zada menerangkan situasi yang berlaku berkenaan hubungannya dengan Yasmeen.

"Astaghfirullah..enti takkan tak tahu, nabi pernah menyebut...tidak halal bagi seorang muslim tidak bertegur sapa kepada saudaranya lebih dari tiga hari.."

"iyeke..bukan dhoif ke hadith tu.."

"ada riwayat dari al-Bukhari..."

Zada terdiam... Aqhar menyambung lagi..

Riwayat bukhari : " tidak halal bagi seorang muslim tidak bertegur sapa (kerana gaduh) lebih dari tiga hari..yang lebih baik antara keduanya adalah yang memulakan salam" ( al-Bukhari)

Nabi juga sebut : " Silaturahmi itu tergantung di arasy lalu berkata : "Sesiapa yang menyambungku (silaturahmi) maka Allah akan menyambungnya dan siapa yang memutuskan ku maka Allah akan memutuskannya" ( Al-Bukhari 4/112 )

Nabi juga sebut : Tidak masuk syurga sesiapa yang memutus silaturrahmi " ( al-Bukhari)

Al-Qaradawi menyebut bahawa tidak bertegur sapa dalam hadith di atas adalah hasil dari pertengkaran dan pergaduhan berkaitan dunia semata-mata, adapun jika bertengkar dan tidak bertegur sapa berkenaan urusan akhirat, maka hukum 3 hari sebagai maksimum adalah dikecualikan berdasarkan kpd beberapa peristiwa 3 org sahabat yg cicir di Tabuk di boikot lebih 40 hari, Nabi dan isteri baginda, dan beberapa org sahabat lagi. (rujuk al-Halal wal haram fil islam)
 "Jadi ana harap..enti cuba la buat something..biar sakit sekarang..jangan sakit di akhirat..."

"InsyaAllah ana cuba..."

Zada berlalu, sahabat muslimat yang lain memegang erat tangan Zada tanda mereka akan turut membantu Zada...

--> Kisah di atas adalah rekaan semata-mata..tiada yang berkaitan dengan yang hidup atau yang mati. Direka untuk menasihat diri sendiri sebenarnya..huhu..takut untuk menegur masih membelenggu diri. Ya Allah, bantu diri ini <--