29 April 2011

Kenapa gembira? Kenapa sedih?


Alhamdulillah baru lepas satu paper untuk exam semester ke-6. tapi malam ni rasa macam tak ada mood nak study. ada tu ada..tapi kurang bersemangat sikit. banyak buat benda yang merapu je. tapi takda la merapu sangat.huhu...

Erm, saya ni jenis orang yang kalau dah duduk sorang-sorang..suka sangat fikir benda yang saya kira orang lain pun sama juga terfikir bila duduk sorang2 diri. maaf la ye, saya punya bahasa santai2 se. malas den nak formal2, tak best. hehe..

28 April 2011

Akhlak Dalam Kehidupan


AKHLAK itu bunganya iman. Apa maksudnya? Akhlak mencerminkan iman seseorang, jika buruk akhlak bermakna nipislah imannya. Betulkah?
Cuba perhatikan seorang gadis berpakaian menjolok mata dikelilingi lelaki sebaya bertepuk tampar di tempat awam berbanding seorang gadis yang bertudung litup duduk penuh sopan menunggu bas. Tentu berbeza bukan?
“Sesungguhnya akhlak Rasulullah adalah al-Quran”. Hadis ini jelas menunjukkan tentang keperibadian baginda Rasulullah yang tiada tolok bandingnya.
Seorang lelaki pernah bertanya kepada Rasulullah s.a.w tentang akhlak yang baik, maka beliau membacakan kepadanya firman Allah SWT,
“Jadilah engkau seorang pemaaf, suruhlah orang mengerjakan yang makruf dan berpalinglah dari orang-orang yang jahil.” (al-A’raf: 199)
Anas bin Malik berkata: “Seorang hamba dengan akhlaknya yang baik dapat mencapai darjat tertinggi di syurga, sedangkan ia bukanlah seorang ahli ibadah. Dan dengan akhlaknya yang buruk akan terhempas ke dasar paling bawah neraka Jahanam, sedangkan ia seorang ahli ibadah”.
Ibn al-Mubarah pernah mendapat seorang teman seperjalanan yang buruk akhlaknya. Namun ia tetap bersabar dan sentiasa berusaha mengikuti kemahuan temannya itu. Dan ketika akhirnya mereka terpisah, Ibnu al-Mubarah menangis. Seseorang menanyakan hal itu kepadanya, dan ia pun berkata: “Aku menangisi orang itu. Kini aku telah berpisah darinya, sedangkan akhlaknya yang buruk masih bersamanya, tidak berpisah darinya.”
Diriwayatkan bahawa Umar r.a pernah meminta izin untuk menemui baginda Rasulullah s.a.w. ketika itu ada beberapa orang wanita dari kalangan Quraisy sedang berbicara dengan baginda, suara mereka terdengar lebih keras daripada baginda. Tiba-tiba ketika mengetahui Umar meminta izin untuk masuk, mereka bergegas menyembunyikan diri di balik hijab. Dan masuklah Umar sementara Rasulullah s.a.w tertawa. Umar pun bertanya: “Kenapa anda tertawa, ya Rasulullah? Jawab baginda:
“Sungguh aku hairan melihat tingkah laku wanita-wanita yang baru saja bersamaku, ketika mendengar suaramu mereka segera menyembunyikan diri di balik hijab”.
Mendengar itu, Umar berkata: “Sungguh engkaulah, ya Rasulullah, yang lebih patut mereka takuti daripada aku.”
Kemudian ia menoleh ke arah para wanita itu, seraya berkata: “Adakah kalian takut kepadaku dan tidak takut kepada Rasulullah?” Mereka menjawab: “Ya, kerana anda begitu keras dan begitu kasar, tidak seperti Rasulullah s.a.w!”.
Dari hadis dan kisah di atas jelas menunjukkan pentingnya soal menjaga akhlak. Dalam kehidupan seharian yang dilingkungi berbagai jenis manusia, akhlak adalah perkara utama. Akhlak yang baik disenangi manakala buruk hanya akan menambah musuh. Apakah cara memperbaiki akhlak yang buruk? Pertama, bagaimana bentuk ibadat wajib kita. Pastikan ia benar-benar menurut apa yang diperintahkan Allah. Kedua, dari mana sumber rezeki kita yang menjadi darah daging dan membentuk keperibadian kita dan ketiga siapakah rakan-rakan di sekeliling kita. Jika semua rakan buruk akhlaknya maka kita juga merasa tempiasnya.
 
source: Al-Muslimah

23 April 2011

Kakak yang Gagal (cerita pendek)

 
Sayang adik...


Tut..tut...
Tut..tut..(telefon berbunyi..)
"Hello Assalamu'alaikum, kak Di..ada tgk FB hari ni?", bertanya abang chik, anak kedua dari tiga orang adik-beradik.

"Wa'alaikumussalam, belum...kenapa? apehal kelam kabut ni bang chik?", tanya kakak sulong.

"Cepat lah tengok adik bongsu Kak Di tu..apa dah jadi..keluar rumah dah tak pakai tudung..togel je kepala..tau mak abah, sedih giler-giler lah nanti diorang.."

"Hah? Ya Allah, apa nak jadi dengan budak sorang ni..", suara mula perlahan dan tersekat-sekat seperti mahu menangis.

Sudah berapa kali diperingatkan adik bongsu mereka itu, Mimi supaya menjaga diri sendiri. Jangan mudah terpengaruh dengan orang. Tetapi nasihat ibarat masuk telinga kanan, keluar telinga kiri.

Kak Di bersuara,

"Bang Chik...Akak tak tahu apa lagi yang akak boleh buat dengan Mimi. Kita pernah duduk sama-sama nasihat dia. Gurau-gurau adik-beradik. Berkongsi cerita. Apa sebab dia jadi macam tu? Akak tak faham. Apa lagi yang boleh kita buat supaya dia boleh berubah? Akak dah tak reti macammana nak menangis. Akak rasa gagal jadi anak sulong. Ya Allah...", suara jadi semakin perlahan..cuma air mata tidak terkeluar.

"Abang Chik tak tahu kak. Sepatutnya Abang Chik lagi bertanggungjawab. Abang Chik sorang je anak lelaki. Sepatutnya Abang Chik lagi kuat. Abang Chik dah buntu sekarang ni. Perlu ke kita beritahu mak abah?"

"Erm, perlu tu perlu juga..Tapi buat masa sekarang ni tak payah lagi. Nanti kita bincang..."

Moral of the story: Tidak semua yang kita harapkan baik segalanya akan berlaku dengan baik. Ingatlah, setiap ujian yang dilalui oleh setiap hambaNya, adalah cara bagaimana Allah menilai sifat rasa kehambaan dalam diri hamba-hambaNya. Semoga kita terus tabah melalui hari-hari yang mencabar. Amin....