Showing posts with label nasihat. Show all posts
Showing posts with label nasihat. Show all posts

21 September 2013

Berkelah di FRIM Kepong

Berehat sebentar setelah letih main air >_<

Rancangan last minute pagi itu membawa kami ke Forest Research Institute Malaysia (FRIM). Terimbas kenangan sewaktu kecil, ibu dan abah gemar membawa saya dan adik-adik berjalan-jalan. Antara aktiviti sewaktu hujung minggu ialah picnic. Teringat akan suasana itu, saya pun spontan mengajak suami >_< "Abang jom berkelah nak tak? Nur gi beli sardin dan roti jap. Nak buat sandwich...hehe". Lega rasanya, suami bersetuju (^_^).

FRIM dari rumah kami tak jauh pun. Hanya ambil masa dalam 15 minit untuk sampai. Sesampainya kami di pintu utama, Pak Guard tahan. 
"Nak kemana encik?" 
"Nak masuk..." . Kami berasa pelik dengan soalan Pak Guard tu. Mesti la nak jalan-jalan di situ. Nak buat apa lagi.hohoho...
"Ok, kena bayar 6 Ringgit untuk parking ya encik"
Mahalnya...huhuhu. Demi untuk berkelah, hulur jelah duit =(
Kereta kami meluncur masuk ke kawasan FRIM. Terkejut dibuatnya kami. Macam-macam ada dalam tu. Sekolah rendah, tadika, chalet (ye kot..macam chalet je.hehe..). Patutlah Pak Guard tanya macam tu tadi.
Di kawasan hujung sekali adalah kawasan rekreasi. Suami pun park kereta. Huhuhu, ada banyak beruk la. Tapi beruk-beruk tu tak kacau orang yang berkunjung. Mujurlah. Tak macam beruk di Kolej 8 dan 10 di UM. Beruk-beruknya sangat berani mengacah-acah orang yang lalu lalang. huhuhu. Ngeri...

20 February 2013

Doa Mencukupkan Keperluan Keluarga


Sedaya upaya untuk menghafal doa-doa yang dijumpai berguna untuk diri dan keluargaku.

Rezeki itu telah Allah سبحانه و تعالى tetapkan untuk hambaNya. Jadi tidak perlu risau dengan ketidakcukupan makanan, keperluan harian, dan sebagainya untuk anak-anak dan isteri.

Perlu diingat, bukan sekadar duduk diam dan berpeluk tubuh rezeki itu akan bergolek. Berbekalkan usaha dan doa, bersangka baik dengan Allah, sabar dalam ujian, InsyaAllah Allah tidak akan mensia-siakan hambaNya.

"Ya Allah, jadikanlah keluargaku ini, keluarga yang tidak meminta-minta kepada orang lain. Cukupkanlah keperluan diri dan keluargaku. Dan jadikan hartaku ini, harta yang dapat juga dimanfaatkan untuk saudara seIslam. Amin..."

08 August 2012

FB <=> illuminati


Kesimpulannya, jangan lalai untuk perkara-perkara yang tidak mendatangkan faedah. Cari manfaat dari agenda yang dibawa. Semoga kita tak tergolong dalam golongan yang rugi.

02 August 2012

Tsunami itu...



Ahad lalu seperti biasa saya akan bersama anak-anak Akademi Fakih Intelek yang luarbiasa semangatnya. Di sini saya tak bercadang bercerita tentang anak-anak cute itu, tetapi sekadar ingin berkongsi cerita daripada seorang sahabat berasal dari Acheh. Dia juga merupakan salah seorang daripada trainers FAKIH.

Masyitah, sahabat saya. Masa senggang hari itu kami berborak-borak. Bercerita tentang kampung halaman dan perihal keluarga masing-masing.

Naik bulu roma saya apabila diceritakan tragedi tsunami 2004 yang lalu. Ketika itu saya berada di tingkatan 3. Masyitah pula bersekolah di sebuah sekolah Ma'had di Acheh, suatu kawasan yang sangat jauh dari Bandar Acheh.

Pada hari kejadian, gemparan yang dirasakan tidak pernah berlaku sebelum itu mengejutkan warga sekolah. Huru-hara. Masing-masing keluar dari bangunan sekolah. Ada yang menangis ketakutan. Duduk di atas tanah yang sedang bergegar. Sambil menangis, sambil melihat tanah. Takut-takut mereka ditelan tanah.

Lain pula nasibnya dengan penduduk Bandar Acheh. Boleh dikatakan hampir keseluruhannya habis dibawa arus ombak besar.

"Air..Air.."

Masing-masing menyelamatkan diri. Ada yang mencari dataran tinggi.  Maka selamat nyawanya. Ada yang sedang menunggang motorsikal yang ibunya membonceng di belakang. Dek terlalu takut, dibawanya laju-laju motor itu. Tak sedar ibu di belakang sudah tiada. Entah bila jatuhnya. Seperti kiamat. Lupa akan anak yang dikandung, lupa akan suami, lupa akan isteri, lupa akan ibu.

Ada ibu yang bersalin, sedar-sedar dia di atas bumbung rumah. Anak yang baru dilahirkan ada bersama suami di atas bumbung rumah bersebelahan. Entah bagaimana boleh berada di atas bumbung.

Ada penduduk Bandar Acheh menziarahi saudara di hujung perkampungan Acheh, yang di perkampungan ke Bandar menziarahi saudara di hospital. Seperti menempa maut kata Masyitah.

Hanya kerana jari kelingking, seorang sahabat sepengajian Masyitah ketika di Mesir berjaya diselamatkan dari terkorban ketika musibah itu.Diceritakan, lumpur penuh menyelaputi badan. Tak terdaya lagi ketika itu, hanya jari kelingking yang mampu diangkat ketika sahabat itu di dalam timbunan lumpur.

"Ada yang masih hidup...Ada yang masih hidup..."

Alhamdulillah selamat nyawanya.

Ya Allah, betapa luluh hati saya mendengar cerita yang terasa seperti di depan mata ia terjadi. Kata Masyitah, ada pelajar yang hampir seminggu tak mengetahui, rupa-rupanya dia sudah keseorangan di dunia. Keluarga semua terkorban. Allahuakbar.

Di akhir sembang-sembang petang itu, Masyitah berkata,

"Berbagai-bagai cara Allah selamatkan manusia.Terkadang tak logik dek akal."

Dan berbagai-bagai cara juga Allah persiapkan untuk seseorang itu. Apabila sudah sampai ajalnya, maka dengan apa cara sekalipun, dia akan mati juga.

Semoga kita beroleh iktibar dengan apa yang dah terjadi. Moga-moga di sisi Allah, kita adalah hambaNya yang beriman dan bertaqwa. Amin..

14 May 2012

Dengarlah Cerita Hatiku


Lama tidak menulis, terkadang kekok untuk memulakan. Hati rasa tergerak untuk menulis, bila ada rasa susuatu yang hendak diluahkan tetapi tak mampu untuk diperkatakan melalui lisan. Pernah atau tidak kita lihat, bagaimana pakar psychology merawat pesakit yang menghidapi masalah jiwa. Doktor akan berikan pesakit satu buku atau kertas kosong untuk mereka menulis, melukis, menconteng. Dari situlah doktor akan membaca fikiran pesakit.

Lumrahnya manusia, akan ada cerita hati masing-masing. Tidak semua akan berkongsi, malah merahsiakan daripada semua orang. Bahayanya situasi ini bila cerita hati itu pedih, tidak sama cerita hati yang indah. Cerita hati, bila kecil pedihnya, lama kelamaan akan jadi bisa pada tuan empunya diri. Maka, jika sukar untuk disuarakan melalui lisan, tumpahkan ia di atas kertas. Mudah-mudahan hati akan rasa lebih tenang melalui cara ini dengan syaratnya!! sesudah mengadu kepada Pencipta.

30 April 2012

Jerawat, punca dan nasihat!!!

Untuk rujukanku dan kawan2 (~ ~)

JANGAN AMBIL MUDAH, TAPI FIKIR-FIKIRKANLAH ..........


Kedudukan jerawat dan info

DAHI

Haba badan melampau, peredaran darah tidak baik. Minda dan badan, mungkin terlampau letih.Stress Kumpulan ini biasanya panas baran Nasihat : Pupuk tabiat tidur awal, bangun awal. Dapatkan tidur yg cukup dan minum air banyak

HIDUNG

Jerawat di batang hidung bermaksud tulang belakang kita mungkin bermasalah Di hujung hidung mungkin kerana haba perut melampau dan sisitem penghadaman tidak normal Di salah satu hujung hidung pula boleh dikaitkan dgn ovari atau sistem reproduksi

DAGU

Fungsi buah pinggang terjejas atau sistem endokrin (rembesan dalaman) lemah. Kaum wanita mudah mendapat jerawat di sekitar dagu mungkin berpunca drpd haid yg tidak teratur dan sistem peranakan yang bermasalah.

PIPI KIRI

Fungsi hati mungkin kurang lancar termasuk dilanda masalah rembesan, menyahtoksin dan penghasilan darah.

PIPI KANAN

Fungsi paru-paru mungkin tidak normal

PADA BADAN (BELAKANG & DEPAN)

Sistem perkumuhan yang bermasalah, sembelit. Amalkan pemakanan yang sihat dan mengikuti piramid pemakanan bagi mempastikan toksin tersingkir dengan lebih baik.
 
Sumber: http://jiwang.org/health-education/12763-jerawat-punca-dan-nasihat.html

05 April 2012

Rujukan Buat Diriku



Kesilapan Kita Sebagai Ibu Bapa dalam Mendidik Anak-Anak

1. Kesilapan pertama: Kurang BerdoaKurang berdoa semasa mengandung. Antara doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa mengandung ialah
* Saidul (penghulu) istighfar
* Doa memohon rahmat (Al-Quran Surah Ali ‘Imran, 3:8-9)
* Doa memohon zuriat yang baik (Al-Quran Surah Ali ‘Imran, 3:38)
* Doa agar anak mengerjakan solat ((Al-Quran Surah Ibrahim, 14:40-41)

31 March 2012

Di Jalan Dakwah Aku Bernikah

Assalamu'alaikum..buat pengunjung blog My Sensory.. kali ini saya nak share warkah dari siapa pun saya tak pasti. Saya menjumpainya dalam folder Downloads saya.. Maybe sahabat2 saya ada memuat turun sebelum ini. Dalam pada mengemaskini folders, saya ter'open' warkah ini. Saya kira, ia sangat bermanfaat buat semua. =) Selamat membaca....

24 March 2012

Duhai Wanita


Hati tiba-tiba rasa sakit. Entah mengapa jadi begitu. Kadangkala ia mengundang rasa sedih tanpa punca. Sehingga aku bertanya pada diriku sendiri. Mengapa sedih tanpa sebab?

Malam itu, sebelum masuk tidur, sempat aku menyapa kakak serumah. Sedang dia asyik melayari internet aku merapati dan bertanya, "Kak, akak pernah tak tiba2 rasa sedih tanpa sebab?".

"Pernah, akak memang macam tu. Dan kebanyakan perempuan selalu macam tu..."

"Kenapa jadi macam tu?" aku buat muka tak puas hati.

"Sebab... perempuan suka ungkit kisah-kisah lama..."

Aku faham, kisah lama yang dimaksudkan itu kisah-kisah yang sedih dan pahit.

"Ustaz akak pernah pesan.. Kamu kalau dah kahwin nanti, jangan ungkit apa-apa perkara yang suami kamu dah buat atau tak buat.."

Perkongsian yang amat menarik. Tak sedar jam menunjukkan pukul 1 pagi.. Banyak yang dibincangkan...

**************************************************

Perbincangan malam itu membuatkan saya terfikir.. Kaitan antara kaum wanita yang acapkali kita dengar empunya masalah kanser payudara dengan kehidupan yang dilalui.

Kesempatan yang ada sewaktu bertemu Dr. Aishah Arriza di Ipoh, Perak minggu lalu, saya bertanyakan punca wanita menghidapi kanser payudara. Dr. Aishah yang merupakan pakar dalam perubatan Attitude Therapy menerangkan punca utama wanita mendapat kanser payudara adalah disebabkan stress dan terpaksa berhadapan dengan masalah rumah tangga.

Beliau ada memberikan contoh realiti yang terjadi. Seorang wanita yang telah lama bercerai kemudian disahkan menghidapi kanser payudara adalah disebabkan tekanan yang dihadapi. Dalam erti kata, rasa sedih yang amat dahsyat.

Penerangan dari segi biologinya tidak dapat saya terangkan di sini atas sebab kurang arif dalam bidang perubatan.

**************************************************
Sebagai kesimpulan kepada coretan pendek saya yang tak seberapa ini, biarpun kita pernah lalui sesuatu yang sedih, pahit, menyakitkan hati dan yang seumpamanya, perlu kita ingat bahawa Allah memberikan ujian berbentuk sedemikian adalah disebabkan Allah sayang pada kita.

Jika mahu rasa bahagia, ceria selalu, tidak ada rasa tertekan, mungkin sikap kita perlu diubah. Cepat-cepat istighfar, dan lahirkan rasa bersalah jika kita sedih. Mengapa perlu rasa bersalah? Ujian Allah beri kepada hambaNya yang dikasihi. Jika rasa sedih tiada kesudahan, bermaksud kita membenci ujian tersebut.

Muhasabah cinta kita buat kekasih abadi. Wallahu'alam...







03 February 2012

Tips Kesihatan Menurut Islam

Al-Quran Mengajar kita menjaga kesihatan seperti membuat amalan:-


1) Mandi pagi sebelum Subuh - Air Sejuk yang meresap ke dalam badan boleh mengurangkan lemak terkumpul. Kita boleh saksikan orang mengamal mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.



2) Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk setiap pagi. InsyaAllah jauh dari penyakit.



3) Memanjangkan waktu sujud (sekurang-kurangnya seminit). Ia boleh mengelak dari pening atau migrin. Ahli Sains telah menemui beberapa milimiter ruang udara dalam saluran darah di kepala yang tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir ke ruang berkenaan.


4) Hadis juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Sebagai contoh kita makan ikan bersama susu dikhuatiri akan cepat mendapat penyakit. Saintis membuktikan dimana dalam badan ayam mengandungi ion (+), manakala dalam ikan mengandungi ion (-). Jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan makan akan terjadilah tindakbalas biokimia dan ia boleh merosakkan usus kita.



5) Nabi juga mengajar kita makan menggunakan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Saintis mendapati bahawa enzim banyak terkandung di celah jari, iaitu 10 kali ganda yang terdapat di dalam air liur. (Enzim berfungsi sebagai bahan pencernaan makanan)

Wallahu'alam..selamat beramal sahabat-sahabatku (^_^)

14 January 2012

20 November 2011

Azab Bagi Wanita ( Peringatan Azab Allah yg Amat2 Pedih ini )



Saudara dan saudari kaum muslimin dan muslimat. Renungan khususnya untuk para wanita dan diriku sendiri. Sayidina Ali ra menceritakan suatu ketika melihat Rasulullah saw menangis manakala ia datang bersama Fatimah. Lalu keduanya bertanya mengapa Rasulullah saw menangis. Beliau menjawab :


“Pada malam aku di-isra’-kan, aku melihat perempuan-perempuan yang sedang disiksa dengan berbagai siksaan. Itulah sebabnya mengapa aku menangis. Kerana menyaksikan mereka yang sangat berat dan mengerikan siksanya.


Puteri Rasulullah saw kemudian menanyakan apa yang dilihat ayahandanya.

Janji Allah Untuk Mereka Yang Ingin Berkahwin ( berdasarkan ayat Quran )






Apabila seorang muslim baik lelaki atau wanita akan berkahwin, biasanya akan timbul pelbagai perasaan akan timbul. Ada rasa gundah, resah, risau, bimbang, termasuk juga tidak sabar menunggu datangnya si pendamping. Bahkan ketika dalam proses taaruf sekalipun masih ada juga perasaan keraguan.



Inilah khabar gembira berupa janji Allah bagi orang yang akan berkahwin. Bergembiralah wahai saudaraku…

12 November 2011

Buat bakal-bakal Zauj

Hakikat Persiapan Perkahwinan

Saya merasakan kita perlu wujudkan post mortemdengan apa kita lakukan dan apa yang berlaku di sekeliling kita. Namun, kita perlu mengelak dari menjadi kebiasaan diri kita yang selalunya mencari alasan untuk membenarkan cara, walhal kita perlu mencari kebenaran untuk mengetahui cara.

03 November 2011

Tercipta Hawa Ketika Adam Tidur




Seorang laki-laki jika dia kesakitan, maka dia akan membenci. Sebaliknya wanita, saat dia kesakitan, maka semakin bertambah sayang dan cintanya,, Seandainya Hawa diciptakan dari Adam As saat Adam terjaga, pastilah Adam akan merasakan sakit keluarnya Hawa dari sulbinya, hingga dia membenci Hawa. Akan tetapi Hawa diciptakan dari Adam saat dia tertidur, agar Adam tidak merasakan sakit dan tidak membenci Hawa. Sementara seorang wanita akan melahirkan dalam keadaan terjaga, melihat kematian dihadapannya, namun semakin sayang dan cinta nya kepada anak yang dilahirkan bahkan ia akan menebus nya dengan kehidupannya.

Sesungguhnya Allah menciptakan Hawa dari tulang rusuk yang bengkok yang tugasnya adalah melindungi Qalbu(jantung, hati nurani). Oleh karena itu, tugas Hawa adalah menjaga qalbu. Kemudian Allah menjadikan nya bengkok untuk melindungi qalbu dari sisi yang kedua. Sementara Adam diciptakan dari tanah, dia akan menjadi petani, tukang batu, tukang besi, dan tukang kayu. Wanita selalu berinteraksi dengan perasaaan, dengan hati, dan wanita akan menjadi seorang ibu yang penuh kasih sayang, seorang saudari yang penyayang, seorang putri yang manja, dan seorang istri yang penurut.

Dan wajib bagi Adam untuk tidak berusaha meluruskan tulang yang bengkok tersebut, seperti yang dikabarkan oleh Nabi Muhammad SAW, “jika seorang lelaki meluruskan yang bengkok tersebut dengan serta merta, maka dia akan mematahkannya.” Maksud nya adalah dengan kebengkokan tersebut adalah perasaan yang ada pada diri seorang wanita yang mengalahkan perasaan seorang laki-laki.

Maka wahai Adam janganlah merendahkan perasaan Hawa, dia memang diciptakan seperti itu. Apabila seseorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitikkan airmata, itu berarti DIA SEDANG MENANGIS DLM HATINYA . Apabila dia tidak menghiraukan kamu setelah kamu menyakiti hatinya, lebih baik beri dia waktu untuk menenangkan hatinya sebelum kamu meminta maaf. Dan wanita sulit untuk mencari sesuatu yang dia benci untuk orang yang paling dia sayang..



-Di'copy dari sahabat (^_^)'-

08 October 2011

Berjuang Itu Sunnah


Allahuakbar, mengantuk bila disuruh baca buku atau artikel yang agak kurang menarik. Mr. Real System. Sorry for not really adore you. However, it's my responsibility to love you. Else, I will sick.

Sengaja saya post bersama lagu Sunnah Berjuang di sini. Menjadi satu 'habit' saya, bila rasa down, mengantuk atau apa-apa lah yang menjadikan semangat saya turun, selain mentadabbur Al-Quran atau bersolat sunat, saya akan mendengar lagu-lagu yang mendidik jiwa seperti di atas.

Kenapa harus berjuang? Perjuangan yang bagaimana yang dimaksudkan?

Emm..kalau nak menjawab persoalan di atas, saya bukanlah orang yang 'arif dalam mentafsirkan istilah tersebut.

Senang kata, bacalah kisah Rasulullah. Bagaimana perjalanan hidup baginda.
(maaf kepada pembaca blog ini. saya bab-bab mengulas memang kurang (^_^). Please refer to any trusted blog)

"Berjuang itu pahit, tetapi manisnya bila berada di Syurga nanti"
InsyaAllah, Wallahu'alam...

27 September 2011

Malunya Aku kepada Rabi’atul Adawiyah



Lahirnya insan bernama Rabi’ah bintu Al-Adawiy
Mempesona akhlaknya
Menakjubkan pengabdiannya kepada Rabb

Aku malu…
Bagaimana aku bergelar gadis
Tidak mampu mengutuhkan iman
Tidak mampu beristiqamah
Sebagaimana Rabi’ah
Bersama prinsipnya sebagai hamba

Entah bila ajalku…
Masih seronok dengan penipuan yang teragung
Masih leka bersandiwara bersama pelakon-pelakon terhandal
di pentas dunia

Wahai nafsu
Bilakah masanya engkau akan kalah
Ingin benar aku menaklukimu
Sebagaimana Rabiah seakan hampir mematikan nafsunya
Semata-mata cinta akan Mu ya Rabb

Ya Rabb
Mutiara ini kugugurkan buatMu
Malanglah aku jika menyimpannya
untuk kesedihan yang sementara
untuk kejerihan yang sekelumit cuma

Siapalah aku ingin sepersis Rabi’ah
Makamnya sangat tinggi
Aku gadis biasa tak punya apa
Yang aku ada hanyalah nikmat-nikmat
Yang dirasa sentiasa tidak cukup
Sungguh hina sikapku

Ya Allah Ya Rabbi
KeredhaanMu kutuntut
Ampuni aku yang sentiasa tak lepas dari salah
Benarkanlah aku merasai nikmat cinta kepadaMu

~Dhiya Alwani~

02 July 2011

Thank you (^_^) for The Advice


Bismillahirrahmanirrahim...
In the name of Allah, the Most Gracious and the Most Merciful.

Seldom,I'm repeating say about life..again and again. Why? By saying about life, I feel more motivated to reform myself. We are always forget about what are given to us previously but we are continuously thinking why Allah don't give us such things those we need at that time.

Some people may feel that they are unlucky when their life is not happy same like other humankind living close to them. Living in a leisure life. No matter, no worries about money. Everything is on their finger tips.It's all about artificial life.

Last time, I went to 'usrah' handled by someone I don't know. After doing some 'taaruf', she introduced her name as Kak Rafiza. She said,
What is the definition of happy life? For me, wealth is nothing without knowing jama'ah, Wealth that's only for individual concerns are useless. There the emptiness.
 I astonished and realized. Yes, living in jama'ah is too important. We need to socialize with the good community to retain as a good Muslim but at the same time do not forget our neighbors those in a bad condition as a Muslim.

Thanks Allah for giving me opportunity to attend the 'usrah'.

This weeked, I feel that Allah send me several person to advice me to become a patient person.


My best companion also ask me to be patient and more open minded. To achieve something valuable is not easy. We need to sacrifice. Let continuing the job as it give a tremendous  advantage to Islam or else just quit.


My dear friends,

I know what things are playing in your head. You may wondering what's the matter that I tried to tell right?

Alright, I tell you. It's about business. Yes, I need to share because I think you are the one that got the same problem.

A sister that i know before also advised me to compare between business and Muslim missionary(dakwah). It's the same. As you can see. It's not easy to convey knowledge among people those have a less understanding in Islam taught. It's same goes to people who are don't know about products those we sell.


We will be ignored. Our friends will go far from us. Sometimes we will get down.


I realized again. Yes, why not I'm the one will be succeed in business. It's the same as we tell everyone about Islam.


Again, thank you Allah for giving me these person (^_^)


I love you, those person give me strengths.


08 May 2011

Lembaran diari Nur Nisa


Aduh...sakitnyer. ..isk.... . aduuh....Bang sakit nya tak tahan saya" keluh Nisa pada suaminya Zakri. "Apelah awak ini....lama sangat nak bersalin dah berjam-jam dah tak keluar-keluar juga. Penat dah saya tunggu. ini mesti ada benda yang tak elok awak buat , itu lah sebab lambat keluar budak tu banyak dosa lah tu" rungut Zakri pada Nisa. Nisa hanya diam dan menahan sakit nak beranak, hampir 1 jam Nisa dalam bilik bersalin tapi baby tak keluar juga. Sebak hati Nisa bila Zakri berkata begitu.

Sejak mengandung ada sahaja yang tidak kena dihati Zakri terhadapnya. Seakan-akan membenci Nisa dan anak yang dikandungnya. Jururawat datang memeriksa dan kemudian bergegas memanggil Doktor Johari. Doktor Johari (Doktor Peribadi) datang dan bergegas menyediakan keperluan menyambut kelahiran. Nisa hanya mendiamkan diri menahan sakit dan air mata meleleh panas dipipi bukan disebabkan takut atau sakit tapi rungutan Zakri tadi. Doktor Johari menyuruh Nisa meneran ..."Come on Nisa u can do it...once more...." Kata ransang Doktor Johari itu membuatkan Nisa bertenaga dan sekali teran sahaja kepala baby sudah keluar..."Good mummy" kata Doktor Johari selepas menyambut baby yang keluar itu.

03 May 2011

Hak persaudaraan – meringankan dan tidak memberatkan


Hendaklah seseorang kawan itu tiada memberati kawannya dengan sesuatu perkara yang akan menjengkelkannya (berasa sakit hati atau kesal kerana permintaan/nasihatnya ditolak), bahkan hendaklah ia meringankan tanggungannya dengan memikul setengah dari keperluannya.

Jangan sekali-kali ia membebankan kawan itu untuk menunaikan sebahagian dari kewajiban-kewajibannya sendiri. Malah jangan pula ia mengharap sesuatu dari kasih sayangnya terhadap kawan itu, melainkan semata-mata kerana Allah Ta’ala saja, ataupun menganggapnya sebagai semacam sumbangan terhadap agamanya, dan berlapang hati untuk menemui Allah serta mendekatkan diri kepadaNya.