------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Bismillahirrahmanirahim.
Dengan nama ALLAH yang Maha
Pengasih Lagi Maha Penyayang diri ini memulakan penulisan ini. Ya! Tanpa rahmat
dan kasih sayang DIA pasti kaku malah lumpuh barangkali jemari ini untuk menaip
huruf demi huruf apatah lagi ayat demi ayat. [SYUKUR hanya pada yang
selayaknya]
Sahabatku,
Sebelumnya, kte nak ajak diri ini
dan kamu marilah sama-sama kita istiqfar.. Moga Allah ampun segalanya salah
silap kita yang dalam sengaja mahu pun tidak sengaja kita lakukan.
------ [take 10 second for istiqfar] ------------
Ok, sudah? Alhamdulillah.
Baiklah atas request kamu, kte
share kan apa yang kte dapat dan rasa sepanjang penerokaan bedah buku yang
dihadiahkan oleh sahahabat disini untuk kte sempena Hari Ulangtahun Kelahiran
baru-baru ini. Moga pahala ini berjalan bila saya share kan juga buat kamu.
Insya-Allah. Ilmu yang bermanfaat..
DI JALAN DAKWAH AKU MENIKAH.
Sebelum ini, melihat tajuk buku
pun rasa gentar mahu buka. Almaklumlah rasa belum rasa masa menikah itu dekat.
Namun bila buku ini dihadiahkan oleh sahibah pastinya perlu dibaca. Buku itu
perlu dibaca bukan? Hehe…
Persepsi perlu diubah. Buku yang
harus dibaca oleh setiap individu yang mengimpikan sebuah keluarga sakinah,
mawaddah dan rahmat dan kelangsungan diatas jalan ini dalam masa yang sama
inilah PELUANG dan RUANG untuk kita sama-sama perbaiki diri. Memperkemaskan
diri dengan akhlak muslimah untuk menjadi hamba Dia Yang Terbaik!
Sebelum melangkah lebih jauh,
marilah sama-sama kita menjernihkan basyirah
mata hati dari kilauan dunia. Semoga Dia menemukan kemantapan hati pada saat
bersua dengan seseorang yang tepat buat kita.
Diawal intro buku ini ditulis oleh isteri penulis sendiri.
“ Jangan terlalu mengharap
kesempurnaan. Dengan pernikahan itulah kita bersama-sama saling membangun, mematangkan konsep pemikiran, mengasah
keterampilan dan mencuba mengaplikasikannya. Bereksperimen tentang pola
yang tepat dalam saling memotivasi seterusnya dan seterusnya…. Hingga kini kami
saling belajar, saling melengkapi dan
menyempurnakan. Anda jangan hanya ingin terima ikhwan/akhawat yang sempurna
datang kepada anda seperti yang anda harapkan. Tetapi anda harus berani untuk bersama-sama membangun peribadi yang
diharapkan. Menerima tidak hanya kelebihannya namun kekurangannya juga.
Yang paling penting adalah dia seseorang yang memiliki visi dan misi yang
sama.”
PERNIKAHAN: MEMPERTEMUKAN
KEPENTINGAN-KEPENTINGAN
Ketika bujang inilah masanya
untuk pembinaan diri dan menjaga kebaikan seorang diri. Namun ketika sudah
menikah pula, kita boleh rebut pahala berganda apabila dapat solat malam
berdua, tilawah bersama-sama dan saling mengingat.
MENIKAH DAN DAKWAH
Memulai langkah menuju pernikahan
perlulah tertanam motivasi untuk melaksanakan pernikahan dijalan dakwah
bukannya jalan-jalan yang lainnya. Insya-Allah pernikahan ini akan menjadi
pernikahan penuh barakah.
A.
KUSIAPKAN
DIRI MENUJU PERNIKAHAN
Benarkah nikah itu indah? Ini
bergantung pada pilihan ini: Di jalan apa anda menikah?
Syariat yang menyuruh anda
menikah.
“Apabila seseorang melaksanakan
pernikahan, bererti telah menyempurnakan separuh agamanya, maka hendaklah dia
menjaga separuh yang lain dengan bertaqwa kepada Allah.” [HR Baihaqi
dari Anas bin Malik]
“Menikah adalah sunnahku,
barangsiapa tidak suka dengan sunnahku, ia bukan termasuk golonganku.
Menikahlah kerana aku akan membanggakan jumlahmu yang banyak di hari akhir
nanti.” [HR Ibnu majah dari Aisyah r.a]
Sahabatku,
Di jalan apakah anda menikah? Ini
bukan pertanyaan basa-basi. Pertanyaan ini penting untuk dijawab. Kehidupan
dunia lani disajikan dengan pelbagai keseronokkan sehinggan kita menjadi
seorang materialistic kan? Huhu.. Inilah kerap berlaku pada setiap antara kita.
Syaitan itu benar-benar
menjadikan indah apa yang dilarang Allah. Oleh itu waspadalah dengan keindahan
yang diciptakan oleh syaitan.
“Maka apakah yang dijadikan (syaitah) menganggap baik pekerjaannya
yang buruk lalu dia meyakini pekerjaan itu baik, (sama dengan orang yang tidak
ditipu oleh syaitan)?”
[Faathir:8]
Ada juga situasi dimana kehidupan serba ruhani dimana kehidupan
menolak kemewahan. Kehidupan material harus ditinggalkan kerana ia sumber
permasalahan. Sesungguhnya Islam tidak mengharamkan harta jika ianya diperoleh
dengan cara yang benar.Islam menganggap harta adalah sebahagian dari perhiasan
dunia yang boleh dimanfaatkan untuk
mengoptimakan kebaikan. Haruslah menguruskannya dengan cara terbaik.
Oleh itu persoalan tadi harus dipersoal kembali.. Di jalan apakah
anda menikah?
Terbentang jalan yang lurus yang terbentang luas jalan dakwah.
Jalan para Nabi dan syuhada, jalan orang-orang soleh dan jalan ahli Syurga.
“Katakanlah: Ini jalan (agama) ku, aku dan orang yang mengikutiku
mengajak (kamu) kepada Allah dengan hujah yang nyata. Maha Suci Allah dan aku
tidak termasuk orang-orang yang Musyrik.” [Yusuf:108]
Inilah jalanku, jalan yang dipilih oleh Allah untuk para Rasul.
Jalan inilah yang menghantar Nabi saw menikahi isteri-isterinya. Dijalan dakwah
itulah jalan yang diikuti oleh Nabi dan sahabat-sahabat baginda. Jalan
yang menawarkan kelurusan orentasi, bahawa pernikahan itu adalah ibadah. Bahawa
berkeluarga adalah salah satu tahapan dakwah untuk menegakkan kedaulatan di
muka bumi Allah ini.
Lalu mengapa anda memilih jalan-jalan yang lain? Inilah jalan yang
Allah janjikan tiada kerugian. Jalan yang mencorakkan kehidupan dan kematian
yang indah.
PERSIAPAN DIRI MENJELANG PERNIKAHAN
1. Persiapan
Moral dan spiritual.
-
Kita perlulah mempersiapkan diri untuk membuka
ruang baru bagi seseorang yang bernama SUAMI/ISTERI.
-
Bagi isteri, kesediaan untuk tunduk dan patuh
pada prinsip syura dan ketaatan bagi suami.
-
Selain itu, JADIKAN
DIRI BAIK TERLEBIH DAHULU. Jika ingin memiliki suami yang setia, jadikan
diri anda wanita yang setia. Jika ingin memiliki isteri yang suci, jadikan diri
anda lelaki yang suci. Jika ingin mendapatkan pasangan hidup yang menjaga
kehormatan diri, jadikan diri anda orang yang menjaga kehoramatan diri.
Mulailah dengan diri sendiri.
2. Persiapan
Konsepsional
-
Persiapan untuk kita bangunkan kefahaman dan
ilmu dalam diri.
-
Mempelajari dan mendalami ilmu agama. Untuk
mendidik diri,keluarga dan anak-anak mengikut sunnah Rasulullah dan acuan
Al-Quran semua memerlukan doa dan ilmu yang berterusan.
3. Persiapan
Fizikal
-
Dalam persiapan ini, kita perlulah sentiasa
mengamalkan cara hidup yang sihat. Dunia hari ini banyak makanan yang diragui
halalnya. Dan kita perlulah selalu exercise. Mahalnya harga sebuah kesihatan
apabila kita jatuh sakit bukan? Melalui
badan yang sihat kita mampu untuk bangun malam mengadu pada Dia.
4. Persiapan
Material
-
Islam tidak menghendaki kita berfikiran
materialistic. Namun materi merupakan salah satu sarana sarana ibadah kepada
Allah.
-
Kita perlu ada planning kewangan keluarga.
Harus diyakini bahawa jodoh itu
berada dalam kekuasaan Allah. Dengan keyakinan itu, kita tidak akan terjatuh ke
dalam sikap kesombongan. Disisi lain, terhindarkan diri keputusasaan
seakan-akan jodoh tak pernah bertemu dengannya.
YAKIN dan berDOAlah diketemukan
jodoh terbaik buat kita….
Baiklah. Insya-Allah setakat ni
dulu coretan warkah saya bagi PART 1. Nantikan untuk part seterusnya ye.. Moga
perkongsian ini bermanfaat buat saya dan
kamu sahabatku.
Uhibbuki Fillah (saya Sayang
awak kerana Allah)
1 comment:
salam... dimanakah saya boleh dapatkan buku ini..?? dari dulu teringin nak beli.. tq.
Post a Comment