30 April 2010

Bila Hati Telah Bertaut

Marilah kita bersatu, mara bersama ke medan jihad..
Mata sudah mengantuk, tapi kugagahkan juga bertemu sahabat yang sedang dilanda kedukaan. Dukanya bukan kerana putus cinta akan manusia, bukan juga masalah keluarga, malah dukanya akibat berhadapan dengan mereka yang tidak faham akan mengapa mereka perlu bersama-sama berjuang dalam medan yang sama.
 Marilah kita bersatu, menyahut seruan Tuhan yang Esa
Persepsiku, mengapa perlu ada lagi persoalan yang tidak terjawab masakan kamu telah bertahun-tahun bersama mereka bergerakerja. Boleh dikatakan di sini, kamu sebenarnya menurut tanpa kefahaman atau kata ganasnya, menurut membabi buta. Jika wujudnya Islam kerana warisan, Islam kerana pilihan, begitu juga wujudnya medan perjuangan ini yang juga kerana warisan, juga kerana pilihan.
 Marilah kita bersatu, mara bersama ke medan jihad
Hanya segelintir sahaja mereka yang hatinya tetap teguh di medan perjuangan dek perjuangan warisan, dan ramai yang hatinya teguh di medan perjuangan dek kerana perjuangan sebagai pilihan. Kiranya sangat beruntung menjadi pewaris tetapi apakan daya, peluang selalu dipandang sebagai perkara mendatang yang sangat menyusahkan.
 Marilah kita bersatu, menyahut seruan Tuhan yang Esa
Memang banyak kesusahan yang perlu ditempuhi apabila meniti medan perjuangan. Tidak dinamakan cabaran hidup jika asyik menagih kesenangan di dunia. Perlu ingat, dan tanyalah kepada diri sendiri."Mengapa aku sangat senang-lenang dengan duit, wanita, pangkat dan rupa?" Ingatlah! kesenangan adalah nikmat dan mungkin juga adalah ujian yang Allah beri kepada hamba-hambanya.
 Marilah kita bersatu, mara bersama ke medan jihad
Ramai di kalangan kita tidak menyedari kesenangan yang wujud dalam meniti hari di dunia. Peringatan sekali lagi...Tidak wujud kesenangan berada di medan perjuangan.. Tidak wujud kesenangan berada di medan perjuangan....Tidak wujud kesenangan berada di medan perjuangan..
 Marilah kita bersatu, menyahut seruan Tuhan yang Esa
Peringatan buat diriku dan sahabat..jawapan terhadap persoalan yang membeku di benak fikiran, tidak akan datang tanpa usaha kita mencarinya. Apa guna akal fikiran, pancaindera yang ada jika tidak diguna sebaiknya. Nasihat untuk diriku yang lemah ini di sisi Allah, fahamilah dan hayatilah apa yang kamu lalui di medan perjuangan..kelak kamu akan merasai kemanisannya..

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:”Sesiapa yang mempelajari ilmu yang boleh mendapatkan keredhaan Allah, sedangkan dia mempelajarinya kerana ingin mendapatkan habuan dunia, dia tidak akan dapat mencium bau syurga di hari akhirat kelak.” Riwayat Abu Daud
 wallahu'alam......

14 April 2010

Pengorbanan Masa Bukan Untuk Suka-Suka


Terkadang aku terfikir.. Mengapa perlu menyusahkan diri.. Menyibukkan diri melakukan kerja-kerja Islam dalam kampus? Bukankah tanggungjawab belajar yang telah diamanahkan oleh ibu bapa itu lagi penting? Menjadi lumrah bagi seorang manusia bergelar pelajar sekaligus digelar penggerak dakwah dan islah di kampus akan sejenak memikirkan perkara ini. Tidak kisahlah bagi yang tidak bersependapat dengan saya. Mungkin boleh menidakkan dirinya tidak sedemikian rupa di sini.

Tetapi ya sahabat-sahabat, pernahkah kita terfikir, kalau bukan kita yang sudah memahami situasi kampus yang boleh diklasifikasikan dengan tongkang pecah di sudut kefahaman Islam itu sendiri, dan kita tidak menggerakkan dakwah yang non-muslim dan pengislahan terhadap sahabat semuslim, siapakah lagi yang akan menggerakkannya? Tidak kiralah kamu di proksi mana. Persatuan anak negeri, persatuan agama, Jawatankuasa kolej kediaman, dan sebagainya.

Selagi mana kalau kita masih memikirkan...

"Rilek la...kan ada orang yang lebih arif bab2 agama ni....kita ape la sangat..ilmu pun tak cukup nak sebar2 ilmu agama..."

Di pihak yang sana pulak...

"Apa nak risau..........si 'fulan' kan ada..... Biar je la dia yang dakwah.."

Diibaratkan dalam satu situasi di mana.. Seorang raja memerintahkan kepada seluruh rakyatnya setiap seorang untuk membawa segelas susu untuk dibawa ke majlis untuk dituangkan ke dalam tempayan, dan apabila di akhir majlis, seluruh rakyat jelata akan merasai susu yang sudah terkumpul.

Seorang rakyat, dalam hatinya berkata... 

"Confirm semua orang bawak susu..Aku bawa air masak jelah..."

Di akhir majlis, alangkah terkejut seantero rakyat jelata menyedari.. Tempayan yang diharapkan penuh dengan susu segar...langsung putih jernih. Nak katanya di sini..semua yang hadir rupa-rupanya bawa air masak sahaja.

Realitinya sekarang. Begitulah manusia. Hanya mengharapkan orang lain berbuat sesuatu perkara yang dia rasakan tak mampu baginya untuk dilaksanakan.

Seandainya kita masih berfikiran ilmu tak cukup... ilmu tak cukup....sampai bila nak cukup..alamatnya sampai matilah kita tak melakukan sesuatu yang Rasulullah harapkan kepada ummatnya.

"Sampaikanlah daripadaku walaupun satu ayat..."

Saya sangat bersetuju dengan point yang Brother Rahmat(Speaker IIS) sampaikan pada malam saya berusrah denganny..

1) Kita sebenarnya risau soalan yang dilontarkan oleh pendengar tentang apa yang kita sampaikan
2)Kita merasa tidak sedia dengan ilmu yang tak cukup.
3)Kata-kata orang sekeliling "Belajar Islam dulu, baru belajar kristianisasi"
   dan banyak lagi......

Apa yang nak dirisaukan bila dilontarkan soalan yang kita tak familiar....jika tidak tahu..katakan sahaja tak tahu dan menjanjikan jawapan untuknya di lain waktu, jika merasa tak sedia..inilah masanya.....desire untuk mencari ilmu timbul bila lontaran demi lontaran soalan yang kita rasa tak boleh nak jawab..kita akan eager untuk cari jawapan..dan bukankah itu proses kita mencari ilmu..day by day..month by month....ilmu bertambah kan....bila yakin dengan jawapan..automatik kita akan yakin untuk deliver ilmu kat orang lain. Saya suka bila point 3 disebut... "Belajar Islam dulu, baru belajar kristianisasi" ??????
Wah2..kalau macam tu..berhenti ambil degree...belaja lah islam sampai khatam... sampai bila kita nak khatam belajar islam....sedangkan ilmuan dan sarjana islam pun masih mengkaji islam...inikan kita. Dont worry...lets spread dakwah..

Untuk terakhirnya, saya merasakan..kita sabagai mahasiswa..di sinilah platform kita untuk melatih diri membiasakan berhadapan non-muslim dan sahabat2 muslim yang lainnya. kita masih di ruang lingkup kampus. belum lagi di dunia realiti. adakah mampu untuk survive sendiri tanpa bekalan?? semuanya bermulanya disini??ayuh, jangan lagi berkorban masa untuk suka-suka..banyak lagi perkara yang perlu kita selesaikan. Mari bersama saya untuk menyebar luas dakwah..

-Sungguh kerdil rasanya diri.Aku tak layak bergelar daie. Sehingga aku berjaya melaksanakan usaha berdakwah@mengislah. We are just messenger, Hidayah milik Allah.-