31 March 2012

Di Jalan Dakwah Aku Bernikah

Assalamu'alaikum..buat pengunjung blog My Sensory.. kali ini saya nak share warkah dari siapa pun saya tak pasti. Saya menjumpainya dalam folder Downloads saya.. Maybe sahabat2 saya ada memuat turun sebelum ini. Dalam pada mengemaskini folders, saya ter'open' warkah ini. Saya kira, ia sangat bermanfaat buat semua. =) Selamat membaca....

24 March 2012

Duhai Wanita


Hati tiba-tiba rasa sakit. Entah mengapa jadi begitu. Kadangkala ia mengundang rasa sedih tanpa punca. Sehingga aku bertanya pada diriku sendiri. Mengapa sedih tanpa sebab?

Malam itu, sebelum masuk tidur, sempat aku menyapa kakak serumah. Sedang dia asyik melayari internet aku merapati dan bertanya, "Kak, akak pernah tak tiba2 rasa sedih tanpa sebab?".

"Pernah, akak memang macam tu. Dan kebanyakan perempuan selalu macam tu..."

"Kenapa jadi macam tu?" aku buat muka tak puas hati.

"Sebab... perempuan suka ungkit kisah-kisah lama..."

Aku faham, kisah lama yang dimaksudkan itu kisah-kisah yang sedih dan pahit.

"Ustaz akak pernah pesan.. Kamu kalau dah kahwin nanti, jangan ungkit apa-apa perkara yang suami kamu dah buat atau tak buat.."

Perkongsian yang amat menarik. Tak sedar jam menunjukkan pukul 1 pagi.. Banyak yang dibincangkan...

**************************************************

Perbincangan malam itu membuatkan saya terfikir.. Kaitan antara kaum wanita yang acapkali kita dengar empunya masalah kanser payudara dengan kehidupan yang dilalui.

Kesempatan yang ada sewaktu bertemu Dr. Aishah Arriza di Ipoh, Perak minggu lalu, saya bertanyakan punca wanita menghidapi kanser payudara. Dr. Aishah yang merupakan pakar dalam perubatan Attitude Therapy menerangkan punca utama wanita mendapat kanser payudara adalah disebabkan stress dan terpaksa berhadapan dengan masalah rumah tangga.

Beliau ada memberikan contoh realiti yang terjadi. Seorang wanita yang telah lama bercerai kemudian disahkan menghidapi kanser payudara adalah disebabkan tekanan yang dihadapi. Dalam erti kata, rasa sedih yang amat dahsyat.

Penerangan dari segi biologinya tidak dapat saya terangkan di sini atas sebab kurang arif dalam bidang perubatan.

**************************************************
Sebagai kesimpulan kepada coretan pendek saya yang tak seberapa ini, biarpun kita pernah lalui sesuatu yang sedih, pahit, menyakitkan hati dan yang seumpamanya, perlu kita ingat bahawa Allah memberikan ujian berbentuk sedemikian adalah disebabkan Allah sayang pada kita.

Jika mahu rasa bahagia, ceria selalu, tidak ada rasa tertekan, mungkin sikap kita perlu diubah. Cepat-cepat istighfar, dan lahirkan rasa bersalah jika kita sedih. Mengapa perlu rasa bersalah? Ujian Allah beri kepada hambaNya yang dikasihi. Jika rasa sedih tiada kesudahan, bermaksud kita membenci ujian tersebut.

Muhasabah cinta kita buat kekasih abadi. Wallahu'alam...