27 May 2010

WAFI Soft Ice Cream

LAN Tabur Enterprise, pengeluar produk aiskrim lembut jenama Wafi, yakin dapat menembusi pasaran makanan dan produk Muslim berikutan menggunakan bahan gelatin yang dijamin 100 peratus halal.

Pengarah Urusannya, Zulkifli Ahmad, berkata pihaknya mensasarkan menguasai 20 hingga 30 peratus pasaran aiskrim lembut terutama dalam membekal bahan untuk produk itu di seluruh negara.


Katanya, orang ramai juga boleh merasa sendiri kelainan aiskrim Wafi kerana menggunakan gelatin halal dan pihaknya juga memfokus kepada promosi bergerak untuk memperkenalkan produk terbabit kepada masyarakat.


“Kami percaya dengan menggunakan bahan 100 peratus halal. Orang ramai tidak akan berasa was-was untuk mencuba aiskrim Wafi, malah kami akan giat menjalankan promosi sepanjang tahun ini dengan memberi tumpuan di sekolah sekitar Lembah Klang.


“Kami turut mengambil tempahan bagi semua acara seperti majlis hari jadi, perkahwinan, jamuan, hari sukan, keramaian dan pelbagai lagi,” katanya kepada Bisnes Metro di Kuala Lumpur.


Zulkifli berkata, pihaknya juga membekalkan mesin aiskrim lembut kepada usahawan yang berminat secara percuma (mengikut syarat yang ditetapkan). dan terbaru 10 mesin akan diedarkan di kantin sekolah serta institusi pengajian tinggi awam dan swasta Menurutnya lagi, pada tahun ini juga lebih banyak mesin akan dibekalkan mengikut permintaan kerana pihaknya menjangkakan untuk menembusi pasaran di Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan juga Terengganu.


“Makanan ringan adalah fokus kami, jadi untuk memastikan orang ramai juga berpeluang menjana pendapatan, kami turut membekalkan mesin aiskrim lembut dan mereka boleh mendapat sehingga 50 peratus margin keuntungan.


“Dalam tempoh terdekat juga kami akan mengeluarkan kon aiskrim sendiri dan rasanya ia lebih baik kerana kita tahu bahan yang digunakan,” katanya.


Bagi sebarang pertanyaan boleh melayari musleem-mart. blogspot. com atau hubungi 019-5526305.

26 May 2010

Rindu Bersama -Amar-

Ku rindukan kasihmu kekanda
Suria yang suram menanti waktu
Senja berlabuh ku terasa pilu
Tiupan angin kedengaran
Bagai mengalun irama indah
Sengaja menutupi rasa hati selama ini
Namun tak mampu kupendamkan
Rahsia dalam sanubari
Oh, kini ku pasrah terbongkar segalanya
Yang kurindukan kasihmu kekanda

Ciptalah kejayaan dalam dirimu
Seimbang dunia jua akhirat
Letakkan agama setingginya
Itulah nasihatku seiring rindumu

Akanku turuti nasihatmu
Inginku contohi dirimu oh kekanda
Mengubat jiwaku yang gundah
Demi cahaya menantiku di sana

Ku rindukan kasihmu kekanda
Suria yang suram menanti waktu
Senja berlabuh ku terasa pilu
Tiupan angin kedengaran
Bagai mengalun irama indah
Sengaja menutupi rasa hati selama ini
Namun tak mampu kupendamkan
Rahsia dalam sanubari
Oh, kini ku pasrah terbongkar segalanya
Yang kurindukan kasihmu kekanda

Ciptalah kejayaan dalam dirimu
Seimbang dunia jua akhirat
Letakkan agama setingginya
Itulah nasihatku seiring rindumu

Akanku turuti nasihatmu
Inginku contohi dirimu oh kekanda
Mengubat jiwaku yang gundah
Demi cahaya menantiku di sana

Pasti kau kecapi bahagia di hari muka
Jasamu kekanda mustahil kulupakan
Dulu, kini hingga ke akhirnya
Dirimu bertakhta di qalbu

Suria yang suram menanti waktu
Senja berlabuh ku terasa pilu
Tiupan angin kedengaran
Bagai mengalun irama indah
Sengaja menutupi rasa hati selama ini
Namun tak mampu kupendamkan
Rahsia dalam sanubari
Oh, kini ku pasrah terbongkar segalanya
Yang kurindukan kasihmu kekanda

06 May 2010

Debaran Hati

Lagi beberapa minggu dah nak LI...
Selamat tinggal kawan2..buat 1 semester..
Kita jumpa lagi semester 2 sesi 2010/2011..
InsyaAllah jika dipanjangkan umur..

Semalam dah ke AnsarComp Company..
management mintak masuk 17 mei...
aduh..tak prepare nak mula LI...
rupa2 nya nak kena join motivasi company..

Selamatlah boleh masuk 24 mei...
semalam dah dapat task baru..
research: file transfer for transaction...
kena develop system...