Showing posts with label peribadi. Show all posts
Showing posts with label peribadi. Show all posts

31 January 2018

Jom Berkenalan

Assalamu'alaikum, Hai rakan blog walking 😍

UMMI DEE NAK KONGSI EXPERIENCE BERSALIN 3 HEROES😊 SUDI-SUDI BACA..😊
.
.
Nak cerita ni...macammana saya boleh terjebak dengan Shaklee😊..
.
.
Dulu masa bersalinkan 'Afif(anak sulung), tak makan apa-apa set berpantang pun.
Sebab saya rasa semua tu tak penting. Memang sangat cetek kesedaran pentingnya penjagaan masa berpantang.

Huhu... Semuanya berserah kepada mak kat kampung yang jaga saya waktu berpantang.😅
.
.
Masa berpantang tu, 'Afif kena Jaundice yang sangat tinggi sampai ke tahap nak tukar darah.
Saya nangis-nangis masa kat wad malam tu. Doktor warning, esok 9 pagi kalau bacaan jaundice tak turun, kena tukar darah.
Nangis macam nak pengsan rasanya. Terganggu emosi.
.
.
Yg sedihnya lagi.. time bersalin anak sulung, x berjaya full breastfeed.. susu badan x berapa nk byk..xtau pasal apa..x pandai n takde pengalaman pun sama😢😢 stress ohh..
.
.
Di sebabkan kisah bersalinkan anak sulung saya tu, saya cari set berpantang yang sesuai masa bersalinkan Syakir(anak kedua)..

gab anak sulung n kedua dekat je..depa tu selang setahun setengah😂
.
.
Jadi, masa bersalinkan Syakir, saya sendiri cari apa set berpantang yang sesuai.. Banyak juga perbandingan set-set berpantang yang saya buat. Termasuklah set berpantang Shaklee...
.
.
Yang paling menguatkan saya untuk pilih set berpantang SHAKLEE, sebab testimoni yang baby baru lahir tiada masalah jaundice.
.
.
jadinya, masa lahirkan Syakir tu.. Keluar je dari labour room, terus minum ESP dan suppliments yang lain.
.
.
 Masa tu 8 jenis suppliments Shaklee saya ambil. Consistent hari-hari saya ambil.
.
.
8 jenis suppliments tu..
1) ESP
2) Alfalfa
3) Vita C
4) Vitalea
5) Lecithin
6) B complex
7) Zinc complex
8) Ostematrix
.
.
punya sanggup makan semua ni sbb takut anak ke dua sama mcm y sulung😂
tak amalkan susu kambing pun masa mengandungkan Syakir..masa 'afif dulu amalkan jugak... alhamdulillah..Sekejap sahaja check jaundice syakir. Tak perlu berhari-hari ke klinik.
.
.
Masa bersalin Adam(anak ke tiga), tak amalkan susu kambing juga masa mengandung😝..walaupun ambil set berpantang yang agak bajet..Hihi, Alhamdulillah, tak lah sampai kena masuk wad sebab jaundice.


.
.
Ambil set berpantang Shaklee, bukan setakat dapat kurangkan masalah jaundice,
plus x da rasa letih sangat-sangat pun & stress pun kurang. Serius ni..tak gebang😎..Saya yakin mak-mak yang anak gab rapat, mesti rasa penat dan sedikit stress. Sebab pengalaman baru beranak dua masa tu😅.
.
.
Masa berpantang anak kedua tu lah..mak sampai pelik..amboi..jalan laju je..kan tgh pantang..🤣
sbb kat bawah tu dah x rasa luka..sekejap je dah baik..
.
.
masa anak y ketiga lagi best..Dr cakap, saya pelik la awak ni..org lain klo lepas bersalin smua mcm x larat..muka x berapa ceria sgt sebab penat..awak ni ceria n semangat terlebih..🤣
.
.
mak-mak yang rasa mcm nak bersalin tu..Saya sarankan minum ESP siap2😅.. kang time subuh nak bersalin..aduii..nak dpt sarapan time tu hospital lmbat lagi nak serve..

ok saya rasa tu je nak share pasal pengalaman saya consume Shaklee..ada byk sgt nak share kang x habis pulak membebel😂
kalau ada nak tanya..boleh la tny..😘
.
.
📞 Direct call 018.36.38.310
📱Whatsapp 011.2344.7985

 FB: https://www.facebook.com/madihahjafar89

21 September 2013

Berkelah di FRIM Kepong

Berehat sebentar setelah letih main air >_<

Rancangan last minute pagi itu membawa kami ke Forest Research Institute Malaysia (FRIM). Terimbas kenangan sewaktu kecil, ibu dan abah gemar membawa saya dan adik-adik berjalan-jalan. Antara aktiviti sewaktu hujung minggu ialah picnic. Teringat akan suasana itu, saya pun spontan mengajak suami >_< "Abang jom berkelah nak tak? Nur gi beli sardin dan roti jap. Nak buat sandwich...hehe". Lega rasanya, suami bersetuju (^_^).

FRIM dari rumah kami tak jauh pun. Hanya ambil masa dalam 15 minit untuk sampai. Sesampainya kami di pintu utama, Pak Guard tahan. 
"Nak kemana encik?" 
"Nak masuk..." . Kami berasa pelik dengan soalan Pak Guard tu. Mesti la nak jalan-jalan di situ. Nak buat apa lagi.hohoho...
"Ok, kena bayar 6 Ringgit untuk parking ya encik"
Mahalnya...huhuhu. Demi untuk berkelah, hulur jelah duit =(
Kereta kami meluncur masuk ke kawasan FRIM. Terkejut dibuatnya kami. Macam-macam ada dalam tu. Sekolah rendah, tadika, chalet (ye kot..macam chalet je.hehe..). Patutlah Pak Guard tanya macam tu tadi.
Di kawasan hujung sekali adalah kawasan rekreasi. Suami pun park kereta. Huhuhu, ada banyak beruk la. Tapi beruk-beruk tu tak kacau orang yang berkunjung. Mujurlah. Tak macam beruk di Kolej 8 dan 10 di UM. Beruk-beruknya sangat berani mengacah-acah orang yang lalu lalang. huhuhu. Ngeri...

27 September 2012

Ya Rabbi


Bismillah kutitipkan kata-kata buat diriku yang kerdil...
Terimbau lagu yang dinyanyikan oleh sahabatku...
"Ya Rabbi Bil Mustapha..."
Lembut suaranya, beralun merdu...
Dengan menghayati setiap butir katanya, aku berasa kecil...

Ya Allah Ya Tuhan, doaku panjatkan, Limpahkan hidayahMu...
Imanku, iman manusia...
Adakalanya naik, adakalanya turun...
Berbuat sesuatu tanpa berfikir...
Menyesal yang tiada berguna.
Moga diakhir usiaku nanti,
Imanku adalah iman hambaMu yang bertaqwa...

Dengan mengingatiMu, kan tenang di hatiku, rahmatilah hidupku...
Tika aku susah, kadang aku lupa,
Yang aku punya Engkau...
Maka hatiku gundah, resah...
Benar janjiMu..
Ala Bizikrillahi Tatma'innul Qulub
Dengan rahmatMu Ya Allah, tenanglah hidupku...

Tiada amal ibadah, yang dapat kubanggakan, mohon belas kasihan...
Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidup dan matiku,
hanya keranaMu Ya Allah...
Ini ikrarku...
dan akan kulaksanakan...
dengan segala kemampuanku...

Alhamdulillah...

06 September 2012

Ragam 5 September 2012

Walaupun sesuatu perkara yang kita rasakan tak menggembirakan hati kita, perlu juga diucapkan Alhamdulillah.

Firman Allah maksudnya: "Boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jua Yang Maha Mengetahui (semua itu), sedang kamu tidak mengetahuinya. (al-Baqarah:216)

Pagi 5 September 2012, saya bersama sahabat, Nadhrah bersama-sama ke IPS untuk pendaftaran Master, malangnya proses pendaftaran kami terhenti apabila dikejutkan dengan jumlah yuran semester pertama yang bagi kami sangat amat tinggi. Ketika itu saya sepertinya mati akal. Tak tahu nak buat apa melainkan duduk mengelamun mimikirkan berbagai-bagai lagi kemungkinan yang akan terjadi.

Apabila ditanya kepada petugas yang berada di situ, "Tak boleh ke kami bayar setelah kami dapat pembiayaan GRAS?", GRAS adalah GRADUATE RESEARCH ASSISTANTSHIP SCHEME (Skim Pembantu Penyelidik Pascasiswazah). Jawab petugas, "Tak boleh dik..Semua pembayaran harus dilakukan dahulu,baru dapat daftar dan dapat nombor matrik. Misalkata adik dapat GRAS, nanti boleh refund balik"..Saya hanya mengangguk, dalam hati mempersoal kebenaran kata-kata petugas tersebut. Nadhrah memandang saya menunjukkan muka tak puas hati.

"Macammana ni Madihah...". Nadhrah bertanya. Saya diam seribu bahasa. Memikirkan mana nak dapat duit dalam masa yang singkat itu.

"Jomlah balik kolej kite..Kita tengok balik senarai yuran tu.." Nadhrah masih tak puas hati. Saya bersetuju.

Untungnya ada orang tua, ada tempat mengadu. Serba salah kami kepada mak ayah ketika itu sangat tinggi. Mahu tak mahu, perlu juga beritahu kepada orang tua masing-masing.

Saya menelefon abah,menyatakan hasrat meminjam duit. RM3567, bukan suatu jumlah yang sikit. Namun, tiada pilihan, abah tempatku meraih simpati. Maafkan along abah...Bergenang sebentar air mata.

Alhamdulillah...

Penantian hari esok...buat medical check dahulu.. 

02 August 2012

Tsunami itu...



Ahad lalu seperti biasa saya akan bersama anak-anak Akademi Fakih Intelek yang luarbiasa semangatnya. Di sini saya tak bercadang bercerita tentang anak-anak cute itu, tetapi sekadar ingin berkongsi cerita daripada seorang sahabat berasal dari Acheh. Dia juga merupakan salah seorang daripada trainers FAKIH.

Masyitah, sahabat saya. Masa senggang hari itu kami berborak-borak. Bercerita tentang kampung halaman dan perihal keluarga masing-masing.

Naik bulu roma saya apabila diceritakan tragedi tsunami 2004 yang lalu. Ketika itu saya berada di tingkatan 3. Masyitah pula bersekolah di sebuah sekolah Ma'had di Acheh, suatu kawasan yang sangat jauh dari Bandar Acheh.

Pada hari kejadian, gemparan yang dirasakan tidak pernah berlaku sebelum itu mengejutkan warga sekolah. Huru-hara. Masing-masing keluar dari bangunan sekolah. Ada yang menangis ketakutan. Duduk di atas tanah yang sedang bergegar. Sambil menangis, sambil melihat tanah. Takut-takut mereka ditelan tanah.

Lain pula nasibnya dengan penduduk Bandar Acheh. Boleh dikatakan hampir keseluruhannya habis dibawa arus ombak besar.

"Air..Air.."

Masing-masing menyelamatkan diri. Ada yang mencari dataran tinggi.  Maka selamat nyawanya. Ada yang sedang menunggang motorsikal yang ibunya membonceng di belakang. Dek terlalu takut, dibawanya laju-laju motor itu. Tak sedar ibu di belakang sudah tiada. Entah bila jatuhnya. Seperti kiamat. Lupa akan anak yang dikandung, lupa akan suami, lupa akan isteri, lupa akan ibu.

Ada ibu yang bersalin, sedar-sedar dia di atas bumbung rumah. Anak yang baru dilahirkan ada bersama suami di atas bumbung rumah bersebelahan. Entah bagaimana boleh berada di atas bumbung.

Ada penduduk Bandar Acheh menziarahi saudara di hujung perkampungan Acheh, yang di perkampungan ke Bandar menziarahi saudara di hospital. Seperti menempa maut kata Masyitah.

Hanya kerana jari kelingking, seorang sahabat sepengajian Masyitah ketika di Mesir berjaya diselamatkan dari terkorban ketika musibah itu.Diceritakan, lumpur penuh menyelaputi badan. Tak terdaya lagi ketika itu, hanya jari kelingking yang mampu diangkat ketika sahabat itu di dalam timbunan lumpur.

"Ada yang masih hidup...Ada yang masih hidup..."

Alhamdulillah selamat nyawanya.

Ya Allah, betapa luluh hati saya mendengar cerita yang terasa seperti di depan mata ia terjadi. Kata Masyitah, ada pelajar yang hampir seminggu tak mengetahui, rupa-rupanya dia sudah keseorangan di dunia. Keluarga semua terkorban. Allahuakbar.

Di akhir sembang-sembang petang itu, Masyitah berkata,

"Berbagai-bagai cara Allah selamatkan manusia.Terkadang tak logik dek akal."

Dan berbagai-bagai cara juga Allah persiapkan untuk seseorang itu. Apabila sudah sampai ajalnya, maka dengan apa cara sekalipun, dia akan mati juga.

Semoga kita beroleh iktibar dengan apa yang dah terjadi. Moga-moga di sisi Allah, kita adalah hambaNya yang beriman dan bertaqwa. Amin..

14 May 2012

Dengarlah Cerita Hatiku


Lama tidak menulis, terkadang kekok untuk memulakan. Hati rasa tergerak untuk menulis, bila ada rasa susuatu yang hendak diluahkan tetapi tak mampu untuk diperkatakan melalui lisan. Pernah atau tidak kita lihat, bagaimana pakar psychology merawat pesakit yang menghidapi masalah jiwa. Doktor akan berikan pesakit satu buku atau kertas kosong untuk mereka menulis, melukis, menconteng. Dari situlah doktor akan membaca fikiran pesakit.

Lumrahnya manusia, akan ada cerita hati masing-masing. Tidak semua akan berkongsi, malah merahsiakan daripada semua orang. Bahayanya situasi ini bila cerita hati itu pedih, tidak sama cerita hati yang indah. Cerita hati, bila kecil pedihnya, lama kelamaan akan jadi bisa pada tuan empunya diri. Maka, jika sukar untuk disuarakan melalui lisan, tumpahkan ia di atas kertas. Mudah-mudahan hati akan rasa lebih tenang melalui cara ini dengan syaratnya!! sesudah mengadu kepada Pencipta.

30 April 2012

Jerawat, punca dan nasihat!!!

Untuk rujukanku dan kawan2 (~ ~)

JANGAN AMBIL MUDAH, TAPI FIKIR-FIKIRKANLAH ..........


Kedudukan jerawat dan info

DAHI

Haba badan melampau, peredaran darah tidak baik. Minda dan badan, mungkin terlampau letih.Stress Kumpulan ini biasanya panas baran Nasihat : Pupuk tabiat tidur awal, bangun awal. Dapatkan tidur yg cukup dan minum air banyak

HIDUNG

Jerawat di batang hidung bermaksud tulang belakang kita mungkin bermasalah Di hujung hidung mungkin kerana haba perut melampau dan sisitem penghadaman tidak normal Di salah satu hujung hidung pula boleh dikaitkan dgn ovari atau sistem reproduksi

DAGU

Fungsi buah pinggang terjejas atau sistem endokrin (rembesan dalaman) lemah. Kaum wanita mudah mendapat jerawat di sekitar dagu mungkin berpunca drpd haid yg tidak teratur dan sistem peranakan yang bermasalah.

PIPI KIRI

Fungsi hati mungkin kurang lancar termasuk dilanda masalah rembesan, menyahtoksin dan penghasilan darah.

PIPI KANAN

Fungsi paru-paru mungkin tidak normal

PADA BADAN (BELAKANG & DEPAN)

Sistem perkumuhan yang bermasalah, sembelit. Amalkan pemakanan yang sihat dan mengikuti piramid pemakanan bagi mempastikan toksin tersingkir dengan lebih baik.
 
Sumber: http://jiwang.org/health-education/12763-jerawat-punca-dan-nasihat.html

05 April 2012

Rujukan Buat Diriku



Kesilapan Kita Sebagai Ibu Bapa dalam Mendidik Anak-Anak

1. Kesilapan pertama: Kurang BerdoaKurang berdoa semasa mengandung. Antara doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa mengandung ialah
* Saidul (penghulu) istighfar
* Doa memohon rahmat (Al-Quran Surah Ali ‘Imran, 3:8-9)
* Doa memohon zuriat yang baik (Al-Quran Surah Ali ‘Imran, 3:38)
* Doa agar anak mengerjakan solat ((Al-Quran Surah Ibrahim, 14:40-41)

31 March 2012

Di Jalan Dakwah Aku Bernikah

Assalamu'alaikum..buat pengunjung blog My Sensory.. kali ini saya nak share warkah dari siapa pun saya tak pasti. Saya menjumpainya dalam folder Downloads saya.. Maybe sahabat2 saya ada memuat turun sebelum ini. Dalam pada mengemaskini folders, saya ter'open' warkah ini. Saya kira, ia sangat bermanfaat buat semua. =) Selamat membaca....

24 March 2012

Duhai Wanita


Hati tiba-tiba rasa sakit. Entah mengapa jadi begitu. Kadangkala ia mengundang rasa sedih tanpa punca. Sehingga aku bertanya pada diriku sendiri. Mengapa sedih tanpa sebab?

Malam itu, sebelum masuk tidur, sempat aku menyapa kakak serumah. Sedang dia asyik melayari internet aku merapati dan bertanya, "Kak, akak pernah tak tiba2 rasa sedih tanpa sebab?".

"Pernah, akak memang macam tu. Dan kebanyakan perempuan selalu macam tu..."

"Kenapa jadi macam tu?" aku buat muka tak puas hati.

"Sebab... perempuan suka ungkit kisah-kisah lama..."

Aku faham, kisah lama yang dimaksudkan itu kisah-kisah yang sedih dan pahit.

"Ustaz akak pernah pesan.. Kamu kalau dah kahwin nanti, jangan ungkit apa-apa perkara yang suami kamu dah buat atau tak buat.."

Perkongsian yang amat menarik. Tak sedar jam menunjukkan pukul 1 pagi.. Banyak yang dibincangkan...

**************************************************

Perbincangan malam itu membuatkan saya terfikir.. Kaitan antara kaum wanita yang acapkali kita dengar empunya masalah kanser payudara dengan kehidupan yang dilalui.

Kesempatan yang ada sewaktu bertemu Dr. Aishah Arriza di Ipoh, Perak minggu lalu, saya bertanyakan punca wanita menghidapi kanser payudara. Dr. Aishah yang merupakan pakar dalam perubatan Attitude Therapy menerangkan punca utama wanita mendapat kanser payudara adalah disebabkan stress dan terpaksa berhadapan dengan masalah rumah tangga.

Beliau ada memberikan contoh realiti yang terjadi. Seorang wanita yang telah lama bercerai kemudian disahkan menghidapi kanser payudara adalah disebabkan tekanan yang dihadapi. Dalam erti kata, rasa sedih yang amat dahsyat.

Penerangan dari segi biologinya tidak dapat saya terangkan di sini atas sebab kurang arif dalam bidang perubatan.

**************************************************
Sebagai kesimpulan kepada coretan pendek saya yang tak seberapa ini, biarpun kita pernah lalui sesuatu yang sedih, pahit, menyakitkan hati dan yang seumpamanya, perlu kita ingat bahawa Allah memberikan ujian berbentuk sedemikian adalah disebabkan Allah sayang pada kita.

Jika mahu rasa bahagia, ceria selalu, tidak ada rasa tertekan, mungkin sikap kita perlu diubah. Cepat-cepat istighfar, dan lahirkan rasa bersalah jika kita sedih. Mengapa perlu rasa bersalah? Ujian Allah beri kepada hambaNya yang dikasihi. Jika rasa sedih tiada kesudahan, bermaksud kita membenci ujian tersebut.

Muhasabah cinta kita buat kekasih abadi. Wallahu'alam...







19 February 2012

Kejayaanmu Kegembiraanku

Alhamdulillah,hari yang penuh bermakna buat diri saya, 19 Februari 2012. Menemukan sekali lagi dengan anak-anak cerdik pandai, Nafis, Adib, Iskandar, Asyraf, Irfan, Iman, Ammar, Zilkamil, dan Muhammad Abbas. Insan-insan ahli Syurga.

Berkhidmat sebagai tenaga pengajar kepada mereka, saya sangat teruja. Bukan pujian, bukan balasan wang, tetapi yang menjadi harapan adalah kejayaan mereka mendapat ilmu yang diajar ustaz ustazah di dalam kelas. Gembira guru kepada kejayaan anak-anak murid normal mungkin berbeza, dan saya kira sangat ketara bezanya jika hendak dibandingkan dengan gembira guru yang mengajar kanak-kanak istimewa.

Di kalangan pelajar-pelajar Akademi Fakih Intelek(http://www.facebook.com/Akademi.Fakih.Intelek), setakat ini terdapat pelajar mild-Autisme, servere-Autisme, Hyper-active, dan Pekak.

Hari ini saya banyak memberi fokus kepada Adib(servere-Autisme). Pada mulanya saya cuba menarik perhatian dia kepada penggunaan i-Pad. Disentuhnya i-Pad dengan lajunya. Seakan-akan bermain dengan 'buttons' yang ada. Sekali sekala dia mendengar bacaan solat dan cuba mengikut bacaan Surah Al-Fatihah. Ya-Allah, gembiranya saya tak terkira...

Perhatiannya kepada i-Pad hanya sebentar, berbekalkan mini-laptop sahabat saya, saya membuka pula lagu 'Alif Ba Ta' seperti dalam video ini..


Saya fikir, mungkin Adib kurang berminat, tetapi saya pun cuba-cuba menyanyi berulang-ulangkali. Dia hanya melihat saya. Saya pun senyum (^_^) sambil menggerak-gerakkan badan seperti adik-adik yang sedang menyanyi dalam video di atas. No respon from Adib." It's okay Adib, Ustazah ada puzzle, jom main". Saya cuba menarik perhatiannya kepada puzzle sambil menyanyi lagu Alif Baa Ta. Masya-Allah, miracle from Allah, Adib ikut saya menyanyi Alif Ba Ta sampai Kha. Saya peluk dia erat-erat sambil berkata "Pandainya Adib, Ustazah sayang Adib..". Saya rasa nak menangis masa tu..

Adib

Saya penat. Berehat sebentar.. Tiba-tiba Adib memukul saya sambil menyanyi Alif Baa Ta. (Sakit betul Adib pukul Ustazah..Muka Ustazah pun jadi mangsa. Adib..Adib..di sebabkan Ustazah sayang Adib, ustazah tak marah (^_^)). Saya pun menyanyilah juga sambil menyuruhnya menyantum puzzle.

Alhamdulillah, walaupun sakit tetapi rasa sangat puas dapat beri sesuatu kepada anak didik. =)

Ammar

Ammar, satu-satunya pelajar pekak di dalam kelas. Usai belajar, Ustazah Aziah merainya dengan kata-kata Excellent, Pandai dengan bahasa isyarat. Satu 'give me five'...Tiba-tiba Ammar menangis. Saya dan Nadhrah hiba. Rasa nak menangis juga.. "Kenapa Ammar??", Ustazah Aziah bertanya. Rupa-rupanya Ammar tersentuh..Dia fikir Ustazah Aziah marahkannya di sebabkan tepukan tangannya dengan Ustazah sedikit kuat, mengakibatkan dia terdengar. Ustazah Aziah, merupakan guru paling berpengalaman dalam kelas kami menasihatkan kami, perlu berhati-hati dengan pelajar seperti Ammar. Kadang kala dia cepat tersentuh hati.

Irfan

Paling menghibakan, ibu kepada Irfan, meminta Irfan mendoakan cikgu-cikgu di Akademi Fakih Intelek masuk Syurga. Ya Allah, saya lagi rasa nak menangis.

Seronoknya mengajar kanak-kanak seperti ini, mendidik hati supaya merendah diri kepada Allah. Siapalah kita jika bijaknya bukan sekadar usaha, tetapi dengan izin Allah. Ya Allah, pimpinlah hati-hati kami ke jalan yang Engkau Redhai...Amin...

03 February 2012

Tips Kesihatan Menurut Islam

Al-Quran Mengajar kita menjaga kesihatan seperti membuat amalan:-


1) Mandi pagi sebelum Subuh - Air Sejuk yang meresap ke dalam badan boleh mengurangkan lemak terkumpul. Kita boleh saksikan orang mengamal mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.



2) Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk setiap pagi. InsyaAllah jauh dari penyakit.



3) Memanjangkan waktu sujud (sekurang-kurangnya seminit). Ia boleh mengelak dari pening atau migrin. Ahli Sains telah menemui beberapa milimiter ruang udara dalam saluran darah di kepala yang tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir ke ruang berkenaan.


4) Hadis juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Sebagai contoh kita makan ikan bersama susu dikhuatiri akan cepat mendapat penyakit. Saintis membuktikan dimana dalam badan ayam mengandungi ion (+), manakala dalam ikan mengandungi ion (-). Jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan makan akan terjadilah tindakbalas biokimia dan ia boleh merosakkan usus kita.



5) Nabi juga mengajar kita makan menggunakan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Saintis mendapati bahawa enzim banyak terkandung di celah jari, iaitu 10 kali ganda yang terdapat di dalam air liur. (Enzim berfungsi sebagai bahan pencernaan makanan)

Wallahu'alam..selamat beramal sahabat-sahabatku (^_^)

Cerita Cinta


Sinetron Cinta dan Anugerah. Sangat best. dan sangat sakit hati. Sebab lambat habis. 244 episod semuanya. Saya tak habis pun menontonnya. =) Dan lagi satu cerita Indonesia yang baru saya tonton...

Hafalan Solat Delisa. Drama berkisar seorang anak kecil bernama Delisa yang kehilangan ibu dan 3 adik-beradik perempuannya yang lain sewaktu Tsunami di Acheh. Mari ambil iktibar dari cerita ini...

20 November 2011

Azab Bagi Wanita ( Peringatan Azab Allah yg Amat2 Pedih ini )



Saudara dan saudari kaum muslimin dan muslimat. Renungan khususnya untuk para wanita dan diriku sendiri. Sayidina Ali ra menceritakan suatu ketika melihat Rasulullah saw menangis manakala ia datang bersama Fatimah. Lalu keduanya bertanya mengapa Rasulullah saw menangis. Beliau menjawab :


“Pada malam aku di-isra’-kan, aku melihat perempuan-perempuan yang sedang disiksa dengan berbagai siksaan. Itulah sebabnya mengapa aku menangis. Kerana menyaksikan mereka yang sangat berat dan mengerikan siksanya.


Puteri Rasulullah saw kemudian menanyakan apa yang dilihat ayahandanya.

Janji Allah Untuk Mereka Yang Ingin Berkahwin ( berdasarkan ayat Quran )






Apabila seorang muslim baik lelaki atau wanita akan berkahwin, biasanya akan timbul pelbagai perasaan akan timbul. Ada rasa gundah, resah, risau, bimbang, termasuk juga tidak sabar menunggu datangnya si pendamping. Bahkan ketika dalam proses taaruf sekalipun masih ada juga perasaan keraguan.



Inilah khabar gembira berupa janji Allah bagi orang yang akan berkahwin. Bergembiralah wahai saudaraku…

31 October 2011

27 September 2011

Malunya Aku kepada Rabi’atul Adawiyah



Lahirnya insan bernama Rabi’ah bintu Al-Adawiy
Mempesona akhlaknya
Menakjubkan pengabdiannya kepada Rabb

Aku malu…
Bagaimana aku bergelar gadis
Tidak mampu mengutuhkan iman
Tidak mampu beristiqamah
Sebagaimana Rabi’ah
Bersama prinsipnya sebagai hamba

Entah bila ajalku…
Masih seronok dengan penipuan yang teragung
Masih leka bersandiwara bersama pelakon-pelakon terhandal
di pentas dunia

Wahai nafsu
Bilakah masanya engkau akan kalah
Ingin benar aku menaklukimu
Sebagaimana Rabiah seakan hampir mematikan nafsunya
Semata-mata cinta akan Mu ya Rabb

Ya Rabb
Mutiara ini kugugurkan buatMu
Malanglah aku jika menyimpannya
untuk kesedihan yang sementara
untuk kejerihan yang sekelumit cuma

Siapalah aku ingin sepersis Rabi’ah
Makamnya sangat tinggi
Aku gadis biasa tak punya apa
Yang aku ada hanyalah nikmat-nikmat
Yang dirasa sentiasa tidak cukup
Sungguh hina sikapku

Ya Allah Ya Rabbi
KeredhaanMu kutuntut
Ampuni aku yang sentiasa tak lepas dari salah
Benarkanlah aku merasai nikmat cinta kepadaMu

~Dhiya Alwani~

21 July 2011

Ku mencari siapa diri ini


Malam itu, sesudah solat Isyak, saya akan menghadap laptop. Sebelum membuka FB macam biasa saya akan buka dahulu http://tanzil.net. Menghafal beberapa potong ayat. Dah berapa malam asyik ulang tempat yang sama. Langsung tak berganjak (sigh). Apa nak jadi lah Madihah...

Langsung buka FB sesudah menghabiskan slot menghafaz. FB ni terkadang melekakan kita. Tetapi apabila dilihat dari sudut kebaikannya, ada info2 yang patut kita tahu yang tiada dipaparkan di media2 cetak mahupun tV. setuju tak? =)

Seorang adik seusrah men'tag' saya pada sebuah video yang saya kira biasa2 sahaja. Mula2 malas nak tengok sebab hanya lagu. Tapi saya luangkan juga beberapa minit utk menilai apa yang nak disampaikan dalam lagu tersebut.

Sebaik sahaja buka...ini yang saya hayati..silalah dengar sekiranya nak tahu lagu apa y saya maksudkan:


Dan saya merenung sejenak... Hati mula rasa sayu.. dan saya bertanyakan kepada diri saya sendiri.. Kenapa saya tidak sebaik muslimah seperti dalam video itu.. Kenapa saya seperti saya sekarang ini.. Malu pada diri sendiri.. sebab tak dapat mencapai sesuatu yang lebih baik.

Setelah termenung panjang... Saya bersimpuh dihadapan kakak sebilik saya yang kini menjawat jawatan sebagai akauntan di salah sebuah jabatan kementerian. Saya bertanyakan... Akak, kenapa kita susah nak jadi muslimah yang baik? Jaga betul2 auratnya, jaga pandangan, jaga hati, semua serba lengkap. Saya rasa rendah diri sangat2. Terasa malu untuk menjadi isteri yang hebat kepada suami suatu hari nanti.

Kakak menjawab.. Kenapa kamu boleh fikir macam tu Madihah..? Betul...akak tak nafikan.. Kita masih jauh berbeza nak dibandingkan dengan mereka. Kita perlu lihat pada situasi mana kita berada. Jika dalam kelompok kita2, video seperti tu tak jadi masalah. Kita boleh jadi seperti mereka kalau kita nak. Kalau dalam situasi akak yang banyak bercampur dengan masyarakat luar, akak perlu sesuaikan diri dengan mereka. Akak masih ingat lagi masa kat KISAS dulu, akak sangat yakin hati akak bersih sebab berada dalam bi'ah solehah. Bila akak dalam alam pekerjaan seperti ini, akak tak boleh berkelakuan seperti akak berada dengan sahabat2 KISAS. Orang lain akan berasa janggal dengan kita. Jadi perlunya kita menjadi orang yang fleksibel.

Banyak lagi nasihat2 yang saya dengar. Dua tiga hari ni, setiap pagi kami berkongsi nasihat. Bagaimana menjadi mukmin yang profesional.

Dan saya yakin, selagi mana hati, nafsu, dan sikap dijaga elok, InsyaAllah tiada masalah pada sudut luaran seseorang mukmin tersebut.

Seseorang itu kita nilai bukan dari sudut luaran tapi dalaman. 90% adalah dinilai dari dalam diri, selebihnya iaitu 10% adalah dinilai dari luaran...

Wallahu'alam, semoga kita dibawah lindungan rahmat dan kasih sayangNya

-wanita solehah, InsyaAllah-