31 March 2011

Warkah buat sahabat-sahabatku

Bismillahirrahmanirrahim...

Mohon ribuan kemaafan buat sahabat-sahabat seperjuanganku sama ada yang berada di Universiti Malaya mahupun di institusi-institusi lain. Diam bukan bermaksud tak ambil tahu, diam bukan bermaksud dah tak sayang, diam bukan bermaksud pentingkan diri sendiri. Jauh di sudut hati, terasa ingin selalu bersama sahabat-sahabat. Sama-sama bekerja, sama-sama mengislahkan diri. Tapi...

Saya tak pinta untuk orang lain memehami saya, kerana mungkin saya sendiri tak faham akan sahabat-sahabat.

Senang kata, kita di setiap posisi yang berlainan mempunyai masalah sendiri. Dan masing-masing diuji dengan ujian yang berlainan mengikut kemampuannya.

Saya tak mahu bicara panjang, saya tak tahu nak berkata apa lagi, hanya air mata yang mampu mengalir. Kehidupan semakin complicated.

Saya berani untuk berjanji tidak akan mensia-siakan ukhwah kita yang dah terbina. Cuma mohon sedikit masa...

Wallahu'alam..

18 March 2011

Hayaaati


Genap sudah umurku 22 tahun.
Apa yang telah aku buat selama 21 tahun ni.
Tambah tolak darab bahagi,
berapa pahala, berapa dosa,
Menjadi rahsia...

Selalu nasihat kuberi buat mereka yang menyambut hari kelahiran,
"Matangkan diri seiring peningkatan usia"
Hari ini, kata-kata itu menguji aku sebenarnya.
Banyaknya tanggungjawab.

Aku selalu kelu, terpaku, terkadang tak tahu,
apa yang harus aku lakukan,
supaya adil terhadap mereka--
ibu, abah, sahabat, teman, kawan, mad'u

Mengenang 21 tahun itu,
terasa segalanya kucar-kacir,
terkadang rasa tidak adil terhadap setiap mereka.

Ibarat kejar yang itu, yang ini terlepas
Ibarat kejar yang sini, yang sana terlepas
Segalanya berterabur.

Pernah aku terfikir,
adakah aku sengaja menjadikan segalanya tidak teratur
atau aku sememangnya tidak mampu untuk menjadikannya teratur
berfikir tanpa ada penyelesaian
Sangat buang masa

21 tahun telah berlalu
Adakah detik mula melangkah ke alam tahun ke-22 ini
perkara sama akan berlaku?

Jika ditanya,
memamg mudah untuk berkata
"SEMESTINYA TIDAK"

Wahai diri,
mengapa rasa merendah diri
Perjalanan hidup itu mesti dilalui
Cantik hodoh corak kehidupan
engkaulah yang lakari
Mulakan hari ini, dengan corak yang indah
Kelak kau terus bersemangat melengkapkan corak itu
Sehingga menjadi satu
abstrak kehidupan yang menarik

Buat mereka yang kusayangi
Terima kasih,
kata nasihat, motivasi
menjadi nadi untukku terus berdiri teguh

"Mencari mutiara-mutiara hidup"