10 December 2010

Terimalah Cintaku




Sehingga suatu ketika, aku berasa lelah, berasa hiba,

 

terlalu banyak dosa yang dilakukan. Dosa yang zahir belum termasuk dosa tersembunyi, Dosa terdahulu tidak termasuk dosa yang mendatang, Dosa yang secara sedar tidak termasuk dosa yang tidak sedar. Saat menulis tinta ini rasa sedar akan semua kesilapan lalu, dan mungkin akan kuulangi kesilapan yang sama sebentar lagi.
Hidup bergelumang dengan dosa.

Acapkali kumerintih, Ya, Allah..terimalah cintaku, terimalah rinduku kepadaMu. Tetapi, sebenarnya, aku tidak memahami, bagaimana cara untuk nyatakan cinta itu, bagaimana caranya menyampaikan hasrat rindu itu.

Janganlah Engkau mematikan aku dalam keadaan aku tidak mendapat cinta teragungMu. Amin...


-Pencari mutiara-mutiara kasih Teragung-

27 November 2010

Test Your Pressure

The pictures are non-animated pictures.
They are related to your pressure level.
If you see them move, then that means you have pressure currently.
The speed of the moving is the level of your pressure.
The higher that moving speed, the higher pressure you have.
Most children and old men only see the pictures are not moving and keep still.

Test yourself regularly with these pictures to know yourself better.
Sometimes, it is good to have a appropriate pressure to push us to do better,
but too much  pressure  can cause us to the end of the edge.
Be relax when you know you have too much pressure inside!

cid:image001.gif@01CAC6B9.92CD06C0

cid:image002.gif@01CAC6B9.92CD06C0

cid:image003.gif@01CAC6B9.92CD06C0
 
If you see them NOT moving?..… I ENVY YOU!!!  Arrghh….  

-dari seorng adik utk kakak- ^_^

26 November 2010

REALITI KEHIDUPAN DISEBALIK PERMAINAN INI


Seorang guru wanita sedang bersemangat mengajarkan sesuatu kepada anak muridnya. Ia duduk menghadap anak muridnya. Di tangan kirinya ada kapur, di tangan kanannya ada kayu pemadam.Guru itu berkata, "Saya ada satu permainan.... Caranya begini, ditangan kiri saya ada kapur, di tangan kanan ada kayu pemadam. Jika saya angkat kapur ini, maka sebutlah "Kapur!", jika saya angkat kayu pemadam ini, maka katalah "Pemadam!"

Anak muridnya faham dan seterusnya menyebut dengan betul. Guru bersilih-ganti mengangkat tangan kanan dan kirinya, semakin lama semakin cepat. Beberapa saat kemudian guru kembali berkata, "Baik sekarang perhatikan. Jika saya angkat kapur, maka sebutlah "Pemadam!", jika saya angkat kayu pemadam, maka katakanlah "Kapur!". Dan diulangkan seperti tadi, tentu saja murid-murid tadi keliru dan kekok, dan sangat sukar untuk mengubahnya.. Namun lambat laun, mereka kembali biasa dan tidak kekok lagi. Selang beberapa saat, permainan berhenti.

Guru tersenyum kepada anak muridnya. "Murid-murid, begitulah kita umat Islam.. Mulanya yang haq itu haq, yang bathil itu bathil. Kita begitu jelas membezakannya. Namun kemudian, satelah musuh kita memaksakan kepada kita dengan perbagai cara untuk menukarkan sesuatu, perkara yang haq telah menjadi bathil, dan sebaliknya. Pada mulanya agak sukar bagi kita menerima hal tersebut, tapi kerana terus disosialisasikan dengan pelbagai cara menarik oleh mereka, lambat laun kita akan terbiasa dengan hal itu, seterusnya kita mulai dapat mengikutinya. Musuh-musuh kita tidak pernah berhenti membolak-balik dan menukar nilai murni akidah/hukum Islam dari masa ke semasa..

"Keluar berduaan, berkasih-kasihan tidak lagi sesuatu yang pelik, Zina tidak lagi jadi persoalan, pakaian seksi menjadi hal yang lumrah, tanpa rasa malu, sex sebelum nikah menjadi suatu kebiasaan dan trend, hiburan yang asyik dan pan jan g sehingga melupakan yang wajib adalah biasa, materialistik kini menjadi suatu gaya hidup dan lain lain."

"Semuanya sudah terbalik. Dan tanpa disedari, anda sedikit demi sedikit menerimanya tanpa rasa ia satu kesalahan dan kemaksiatan. Faham?" tanya Guru kepada anak muridnya.

"Baik untuk permainan kedua..." Gurunya meneruskannya.....

"Cikgu ada Qur'an,cikgu akan letakkannya di tengah karpet.. Sekarang anda berdiri diluar karpet..Permainannya adalah, bagaimana caranya mengambil Qur'an yang ada ditengah tanpa memijak karpet?"

Murid-muridnya berfikir. Ada yang mencuba dengan tongkat, dan selainnya.

Akhirnya Guru memberikan jalan keluar, digulungnya karpet, dan ia ambil Qur'an. Ia memenuhi syarat, tidak memijak karpet ..

"Murid-murid, begitulah ummat Islam dengan musuhnya... Musuh Islam tidak akan memijak-mijak anda dengan terang-terangan....Kerana tentu anda akan menolaknya dengan mentah. Orang biasapun tak akan rela kalau Islam dihina dihadapan mereka. Tapi mereka akan monolak kita secara ansur-ansur, sehingga kita tidak sedar.

"Jika seseorang ingin membuat rumah yang kuat, maka dibina tapak yang kuat. Begitulah Islam, jika ingin kuat, maka bangunlah aqidah yang kuat. Sebaliknya, jika ingin membongkar rumah, tentu susah kalau dimulai dgn tapaknya dulu, tentu saja dinding dan peralatan akan dikeluarkan dulu, kerusi dipindahkan dulu, Almari dibuang dulu satu persatu, baru rumah dihancurkan..."

"Begitulah musuh-musuh Islam menghancurkan kita. Ia tidak akan menghentam terang-terangan, tapi ia akan erlahan-lahan merosakan kita. Mulai dari perangai kita, cara hidup, pakaian dan lain-lain, sehingga meskipun kita muslim, tapi kita telah meninggalkan ajaran Islam dan mengikuti cara mereka...Dan itulah yang mereka inginkan." "Ini semua adalah fenomena Ghazwul Fikri (Perang Pemikiran). Dan inilah yang dijalankan oleh musuh musuh kita...... " 

"Kenapa mereka tidak berani terang-terang memijak-mijak kita, cikgu?" tanya murid- murid.

"Sesungguhnya dahulu mereka terang-terang menyerang Islam, misalnya Perang Salib, Perang Tartar, dan lain-lain. Tapi sekarang tidak lagi."

"Begitulah Islam..... Kalau diserang perlahan-lahan, mereka tidak akan sedar, akhirnya hancur. Tapi kalau diserang secara terang-terangan, kita akan bangkit serentak, baru mereka gerun".

"Kalau begitu, kita selesaikan pelajaran kita kali ini, dan mari kita berdoa dahulu sebelum pulang..."

RENUNGILAH SAHABAT SEMUA..

TOLONG SEBARKAN PADA SAUDARA2 ISLAM KITA..MOGA ALLAH MEMBERI TAUFIQ DAN HIDAYAH PADA KITA DAN KELUARGA KITA... MARILAH KITA SAMA2 SEDAR BAHAWA AGAMA,BANGSA DAN TANAHAIR KITA SEMAKIN TERANCAM!

UMAT ISLAM SEMAKIN MUDAH DIBELI DENGAN WANG RINGGIT, DILALAIKAN DENGAN KEINDAHAN DAN MEMUJA KESERONOKAN HIDUP, HINGGA HILANG MARUAH DAN HARGA DIRI!!

JUSTERU, MARILAH, KITA BETULKAN APA YG TERMAMPU BERSAMA2..USAH HANYA BILA SEGALANYA SUDAH TERJADI, SAMA SEPERTI SAUDARA KITA DINEGARA2 LAINNYA, BARU KESEDARAN ITU TIMBUL, MUNGKIN MASIH BELUM TERLAMBAT TAPI KITA SUDAH TERLEWAT UTK MERUBAH DAN MEMBAIKI KEROSAKAN YG DIALAMI.

YA ALLAH, SATUKANLAH UMAT ISLAM! AMIIINN... Sebagai umat Islam yang bertanggungjawab, tolonglah forwardkan artikel ini kepada sahabat2 Islam kita yang lain.. Semoga yang baik dijadikan teladan dan yang buruk dijadikan sempadan...ALLAHU AKHBAR

sumber: e-mail sahabat

25 November 2010

selamat tinggal Ansarcomp

paintball di bukit cerakah

Hari ni terasa sedih pulak. Ramai staff bertanyakan "Madihah bila last day kat sini....". Sedih nak tinggalkan AnsarComp. Sedih nak tinggalkan team kesayangan... IT TEAM. Ada Kak Soleha, Kak Yanor n Nazilah. Banyak cerita yang dikongsi, dari cerita orang bujang hinggalah ke cerita orang berumahtangga. Ape yang penting, nak express sedih lah... Sob3...

Tak tahan nak gelak dengar cerita sorang kawan ni tadi. Abg Syed, bapa kepada sepasang kembar comel (Hakimi n Maliki..mak cik rindu nak tgk muka kamu berdua..nak gigit2 rasa). Huhu, mimpi g bekwoh ambo. Adeeh..Abg Syed yang ceria. Jaga isteri n anak elok2 ye..Jangan riso ler, den ingat abg syed punya. Kirim salam kat Kak Lela.

En Din yang suka berkongsi maklumat. Thanks sebab selalu post info2 berguna. Lepas ni, jangan post kat team@ansarcomp.com je....Post la ke e-mail saya ye..Pesanan: Jaga kak Mar n anak2 elok2 ye ^_^ . Jadi bapa mithali. Pasni carikan adik lelaki untuk adik beradik berdua tu. ^_^

Kak Faizah yang ceria. Hihi, selalu kite nak tergelak bila akk cakap. Lagi-lagi petang tadi waktu akak mintak roti kat pantry. Adui, kesian Kak Afiah. Mana ada roti, biskut ada la... Orang Kedah panggil biskut tu roti la.. Erm...macam2..Kak Faizah! nanti jangan lupa hantq kad wangi kat UM..Bau nasi minyak dah ni...(^^,)

Firdaus...bersabar banyak2..haha..ingat pesan ustaz Kamaruddin tu..Anyway, selamat bergraduasi nanti. Biarpun lambat, tapi dah dapat kerja tetap. Bagus2..

Kak Liza..............Waah, semakin matang dalam mengurus rumah tangga..Boleh minta tips ni..Apa pun, nasihat dari seorang adik. Bersabar menempuh hari-hari yang mendatang. Jangan pernah mengeluh atas kekurangan atau permasalahan yang timbul kerana cabaran hari ini adalah sedikit jika nak dibandingkan dengan cabaran akan datang. So, prepare yourself. ^_^ . I love you my dear sis.

Kak Afiah, thanks for being my friends. Umur kita takda la beza sangat pun. ^_^ . Tapi rasa selesa panggil kak Afiah.hihi. Jadi anak yang baik. Tolong ibu bila dia susah. Jangan biarkan ibu bersedih berseorangan. Kawin ler cepat2.. Lagi best kalo sama tarikh dengan kak Faizah...kawin serentak..meriah sikit.hihi. Kirim salam kat mak akk ye.

Azrul n Manan...tak tahu nak pesan ape...sebab kita jarang comunicate kan..Kenal pun lebih kurang je. Anyway, you have to move faster. Bukan maksud jalan kaki cepat-cepat. Tapi grab any chances in front of you. N seek the chances, don't wait for offers. Nasihat ini untuk diri saya juga...

 IT Team

Kak Soleha..........my supervisor. Thanks a lot for being my industrial supervisor. Kakak senior sekolah juga.huhuhu. Kak Soleha kadang nampak serius, kadang nampak kelakar. Byk perkara yang kite suka kat akk. Suka berfalsafah, ada mission, berfikir dengan pantas....waaah..1 lagi, pandai jawab teka-teki.haha. Byk simpan rahsia ye kak..Tak kire, nanti kite nak korek2 jugak..Lepas ni akk akan berhadapan dengan cabaran yang lebih besar. smoga success!! I love u kak Soleha..

Nazilah...ini girl suka buat org gelak..Takda Nazilah, AnsarComp sunyi. Camnelah nanti bila dah sambung blaja kan..mesti semua orang mengantuk.hihi. Thanks Nazilah. Byk perkara Nazilah share dengan kite. I'll not forget it. Hope pasni, masih sudi share2 lagi dengan kite even kita dah bawak diri ke haluan masing2. I like Nazilah sbb dia punya kesungguhan tinggi. Serba sedikit buat diri ni ter'motivate'. Tq Nazilah ^_^ I love u Nazilah..

Kak Yanor...kakak yang banyak juga bagi inspirasi kepada saye..Kak Yanor boleh jadi contoh ibu muda yang terbaik untuk kite. I like...Tq Kak Yanor, byk sangat akk share ttg web kat kite. Hope dapat keep in touch. Boleh timba ilmu lagi  ^_^). Bila la boleh tgk Ayra kan...nak gigit pipi dia...hihi..Love kak Yanor...

Faliq....hah, ni lagi sorang..buat team IT asyik gelak. Baru2 ni Faliq demam..g ler jumpa mana2 ustaz sana..takut mende tu ikut Faliq je..tu pasal tak baik2 demam. kesian kiteorg tgk. Faliq nanti share lagi pasal business. Tak sempat nak tuntut ilmu Adobe After Effect . Keep in touch..cepat2 kawin gak..jangan tunggu lama2..nanti org sana dikebas org...^_^. Gurau je.
Waktu Birthday Puan

Kak Syima, HR paling comel...hihihi..thanks juga ke akk cz banyak kongsi cerita n nasihat paling tak dapat lupa ttg kerjaya. Kalo akk tak ingat takpe, yang penting saya ingat..^_^ . Jaga kesihatan diri tau. Tak lama lagi Safwan nak dapat adik. Ape pun kak, sabar dalam menempuh hari2mu. Jadilah isteri solehah...

Kak Nisa' ...dah jadi ibu sekarang nie...ape nama anak akk..hah,sampai dah tak ingat dah kite. Nur Iris Widad Abqarah..huhu..terbalik-balik ape..Tak sempat pun lagi nak jumpa anak akk. InsyaAllah suatu masa nanti...Ntah-ntah waktu tu widad dah besar..Nasihat dari seorang adik buat kakak: bersabar dengan karenah Widad.hehehe.....

Kak Za...tak balik lagi dari Tanah Suci. Miss u so much Kak Za. tak sempat akhirnya nak jumpa buat kali terakhir. InsyaAllah kalau ada program Muslimat tu bagitau la, InsyaAllah kalau boleh join, I'll join. Semoga sekembalinya akk dari Tanah Suci, dapat menambahbaikkan lagi kualiti dalam beribadah. InsyaAllah...Pray for my success tau..

Buat Bos Zaini dan Puan Ramlah.....terima kasih sangat2 kerana sudi menerima saya sebagai seorang trainee di AnsarComp. Terlalu banyak input yang saya dapat. Dari segi fizikal dan rohani. Tak terungkap lagi dah apa yang pernah saya lalui di AnsarComp. Terlalu manis..kalau ada pahit pun, mungkin sedikit ^_^. Rasa sedih mula menyelubungi bila terkenang wajah Puan dan Bos. Kenapa ntah saya pun tak tahu. Mungkin ada sifat2 ayah n ibu saya pada puan n bos kot...^_^. Ape pun, selamat menimang cahaya mata yang baru. Nak bagi nama ape kat baby nanti?  Story2 la nanti ye..Smoga semuanya selamat...Thanks again...=)

Buat yang terakhirnya, tq semua....I'll remember u all...Kalau ada rezeki, bleh jugak balik ke AnsarComp semula..kan Puan@Bos? hihihi..Nasihat terakhir, bekerjalah dengan sungguh2..Letakkan matlamat akhir itu Allah. sepertimana yang dinasihatkan oleh Ustaz Yusof tempoh hari. Jangan curi tulang ye!! Ingat artikel Makan, termakan dan cari makan tak? erm..baca2...banyak nasihatnya...

Ok, Wallahu'alam...

23 November 2010

Dalam Hati, Allah Sahaja yang Tahu


Kesibukan yang dibuat-buat terkadang membuat 'Eisyateer Radhiyah lupa akannya. Sememangnya itu yang dikehendaki. Hati mana yang tidak gundah tatkala asyik teringat akan orang yang disayangi. Dia pasti, setiap kali terimbas seraut wajah difikirannya itu pasti syaitan-syaitan yang sedaya-upaya memanah pada hatinya yang mula tersemai kasih seorang insan.

Tetapi, apakan daya, semakin cuba untuk menjauhi, semakin kuat rindu menyelubungi. Hanya iman baginya benteng untuk menangkis segala rasa cinta akan seorang insan bergelar hamba. Ya, bergelar hamba seperti dirinya.

"Pantaskah aku mencintai dia melebihi cinta aku kepada Penciptaku. Jika bukan kerana Penciptaku menghadirkan dia di dunia ini, masakan aku dapat mengecap kasih seorang kekasih... Ya, Allah.. Sesungguhnya rasa kasih yang hadir itu adalah kasih dariMu. Ampunkan aku kerana melebihi cinta kepada hambaMu. Terimalah cintaku moga aku tidak terus tersungkur menagih cinta yang tak pasti bagaimana akhirnya...Amin..."

Berjujuran air mata membasahi telekung putih bersulamkan bunga emas. Tidak tertanggung rasa hiba dan rasa bersalah yang berkunjung di benak hatinya. Dia tersungkur ke hamparan sejadah.

"Allahuakbar....Allahuakbar...."

Azan Subuh berkumandang. Tidak sedar fajar mula menampakkan jalurnya. 'Eisyateer terpisat-pisat bangun. Mengaduh kesakitan akibat tidur dalam keadaan posisi yang tidak betul. Terasa mata sedikit bengkak. Meluru ke bilik air mengambil wudhuk.

Usai dua rakaat solat Subuh tanpa membaca doa Qunut.

"Engkaulah Tuhanku, tiada Tuhan selain Engkau. Engkau yang menciptakan dan aku 'abdiMu, dan aku berada dalam perjanjianMu, ikrar kepadaMu, (yang akan kulakukan dengan) segala kemampuanku. Aku mengakui (dengan sebenar-benarnya) nikmatMu kepadaku.Ya Allah, andai aku mengulangi kesilapanku, ampunkan daku. Lindungi aku daripada segala bisikan syaitan, panahan syaitan, hawa nafsu dan dari segala perkara yang melalaikan aku dari mengingatiMu.Tidak ada yang boleh mengampuni dosa-dosa, kecuali Engkau. Amin..."

Feel Free to Visit 'Laman Dhiya Alwani'

Laman Dhiya Alwani is my second blog. All the entries are about my designs.
Feel free to visit it. Thank you my dear friends. 

UDANG DAN VITAMIN C


Jangan makan udang setelah Anda makan vitamin C karena ini akan menyebabkan kematian yang fatal dalam hitungan jam disebabkan racun Arsenik (As).

Peristiwa ini terjadi di Taiwan, ada seorang wanita mati mendadak dgn lima pancaindera keluar darah.

Setelah diselidiki ternyata wanita ini mati bukan karena bunuh diri atau dibunuh melainkan mati karena ketidaktahuan akan mengalami keracunan makanan.

Wanita ini memiliki kebiasaan minum mitamin C setiap hari. Minum vitamin C bukan suatu masalah, namun persoalannya karena pada malam itu wanita itu juga kebanyakan makan udang.

Sebenarnya jika cuma makan udang saja juga tidak akan menimbulkan masalah kesehatan. Orang-orang di rumahnya juga banyak yang ikut makan udang pada malam itu dan tak ada yg mati.

Pada dasarnya udang mengandung zat Arsenic Pentoxide (As2O5) yang tidak berbahaya. Berhubung sehabis makan udang wanita itu minum vitamin C, terjadilah reaksi kimia di dalam perut yang membuat As3O5 berubah menjadi Arsenic Trioxide (As2O3) yg sangat beracun.

As2O3 dalam dosis lethal bisa mengakibatkan gagal hati, gagal jantung, gagal ginjal, merusak pembuluh darah, menimbulkan pendarahan usus dan pelebaran pembuluh darah.

As2O3 inilah yang menyebabkan wanita itu mati mengenaskan dgn kelima pancaindera keluar darah.

Jadi, jangan pernah memakan udang bersama dengan vitamin c dalam porsi sesedikit apa pun.

Saya sendiri baru tahu informasi ini, mungkin ada diantara teman2 yg mempunyai data yg lebih lengkap dan bisa di percaya, silahkan share disini…

Semoga info ini bermanfaat

sumber: seorang sahabat

20 November 2010

Majlis Khatam Al-Quran


Alhamdulillah, malam tadi saya berpeluang menghadiri satu majlis khatam Al-Quran bersempena dengan majlis perkahwinan kak Ira atau nama sebenarnya Nur Amira. Pening kepala nak check salasilah keluarga, yang penting kak Ira tu sepupu jauh lah senang kata. Ini merupakan kali ke dua mungkin, saya menghadiri majlis khatam Quran sebelum berlangsungnya majlis perkahwinan/persandingan pada keesokan harinya. Saya kurang pasti bagi adat-adat negeri lain, tetapi di negeri kelahiran saya atau adat orang Jawa, majlis khatam Quran disertakan dengan berzanji dan marhaban menjadi satu kemestian. Selalunya majlis ini akan dilangsungkan pada malam hari selepas solat Isyak di rumah pengantin perempuan sebelum berlangsungnya hari persandingan kedua-dua mempelai(rumah pengantin perempuan).

Para jemaah yang terlibat secara langsung dalam majlis adalah di kalangan wanita sahaja. Kaum Adam dikecualikan. Pada kebiasaannya, kaum lelaki akan sibuk memasak di luar rumah. Hebat-hebat para bapa di sini. Bab-bab memasak waktu kenduri, merekalah paling pro. Kaum Hawa hanya perlu menyediakan bahan-bahan masakan sahaja. Tugas yang perlu para ibu ataupun para prawan(anak dara) lakukan adalah seperti mengupas bawang, blend bahan-bahan yang perlu, menghias hidangan pengantin, bungkus- membungkus bontrot(bekalan untuk para tamu bawa pulang) dan hal-hal lain di dapur yang sukar saya terangkan di sini, terlalu banyak, hanya akan faham apabila merasai sendiri situasi.

Berbalik kepada majlis khatam Al-Quran tadi, pengantin perempuan akan membaca surah-surah lazim dan akan dipandu oleh seorang guru Tajwid. Para jemaah yang lain akan menyambut bacaan pada ayat terakhir setiap surah sebagaimana majlis-majlis khatam Al-Quran yang pernah kita hadiri. Yang menariknya, setiap surah akan dibaca dengan lagu khatam Quran Pengantin. Kalau pengantin tak tahu cara membaca menggunakan lagu tersebut, tidak menjadi satu kesalahan. Pernah juga ibu saya mengajar cara membacanya. Seingat saya ada 4 cara bacaan. Soal, jawab, soal, jawab(dah lupa ilmu Taranum). Lagu khatam Quran pengantin ini kelihatannya sangat berbeza bunyinya jika hendak dibandingkan dengan lagu Rast, Hijaz, Baiyati, Jiharkah(Allahuakbar, sekali lagi lupa lagu-lagu yang ada..). Apapun, bunyinya agak sedap.

Di akhir majlis, para jemaah yang hadir akan diberi saguhati, terpulang kepada tuan rumah, cenderahati apa yang mahu diberikan. Pada kebiasaannya, jemaah yang hadir diberikan beg kecil berisi bunga telur, gula-gula, dll(makanan ringan).

Satu perkara, yang paling saya tak minat. Menjadi satu kewajipan barangkali di mana-mana majlis keramaian. "cakap-cakap orang". Ada je mulut-mulut yang mengata. "Eh, kenapa macam ni, sepatutnya macam tu..". "Apelah diorang ni..Itulah tak nak bagi orang-orang tua bagi jadi ketua". Banyak sangat komennya. Erm, mungkinkah daku menerima nasib yang sama? -_-) Susah sebenarnya bila berada dalam masyarakat yang pelbagai usia. Apa yang penting, berpeganglah pada konsep "yang tua perlulah dihormati, yang muda perlulah disayangi", Insya-Allah aman, ^_^)

Pernah terdetik jahat dalam hati saya setelah beberapa kali menhadiri majlis khatam Quran pengantin, "tak rasa terhina ke pengantin kalau mengaji tersekat-sekat, Tajwid banyak kantoi, Allahuakbar.. ni nervous ke ape..". Apa pun, pengajarannya di sini, sebelum nak jadi isteri atau ibu kepada anak-anak yang bakal dilahirkan, kuasailah ilmu membaca Al-Quran. Adalah lebih baik lagi, menghafaz ayat-ayat suci Al-Huda. Saya akui, saya pun banyak lagi kelemahan dalam Tajwid. Insya-Allah, bertanya kepada yang lebih 'ariff.

Okeylah, pada sesiapa yang nak tahu lagu khatam Quran pengantin, berzanji, marhaban, khabar pada saya. Insya-Allah IBU saya boleh tolong(bukan saya..saya pun banyak lagi tak belajar.setakat taranum sikit2..marhaban sikit2.bolehlah ^_^). 

Wallahu'alam.

15 November 2010

Santai-santai bersama Saya

Assalamu'alaikum buat sahabat-sahabat yang disayangi kerana Allah. Syukran jazilan kepada sahabat-sahabat yang sudi singgah ke teratak 'My Sensory'. Terlalu santai barangkali setiap entri yang saya post. Walaubagaimanapun, manusia biasa takkan lepas dari melakukan kesalahan. Mungkin ada yang terasa secara tak langsung melalui penulisan-penulisan saya yang lalu. Mohon maaf daripada kalian semua ^_^ .

Bersempena dengan Eid Ul Adha kali ini, saya ingin mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Menjalani Ibadah Korban kepada Muslimin dan Muslimat walau di mana sahaja kalian berada.

Saya secara jujurnya lebih gemar mendengar daripada menela'ah buku. Menela'ah buku sering buat saya mengantuk. Daripada membaca lebih baik mengira. ^_^ (teringat subjek SPM yang paling saya suka..apa dia? AddMath n Matematik Moden) . Apa yang akan saya kongsikan di sini adalah dari kuliah-kuliah yang pernah saya hadiri. Penceramah-penceramah adalah mereka yang begitu banyak mengkaji ilmu yang dipelajari secara mendalam. Cuma satu pesanan yang saya akan pegang sampai bila-bila. "Beramallah kamu setelah berilmu. Jangan kamu beramal tanpa ilmu. Kelak kamu akan dipersoalkan ke atas amalan yang kamu lakukan." Seram je bunyinya. Oleh yang demikian, cubalah sedaya upaya yang mungkin, bilamana ada je kuliah atau tazkirah, pergilah dengar even untuk beberapa saat.

Waah, sedap je ye saya nasihat orang. Sedangkan saya pun pemalas sebenarnya. By hook or by crook kena juga menuntut ilmu. Kena juga paksa diri. Bermulanya Istiqamah adalah  dari memaksa diri, InsyaAllah.

BERKORBAN demi cinta kepadaNYA.

12 November 2010

Adakah Aku yang Bersalah...

Hati sedih, aku keliru tika ini, adakah aku tergolong dalam kelompok yang dikatakan sombong itu? Pernah dulu, aku meneliti setiap patah perkataan yang ustaz lontarkan. Adalah tidak pantas seseorang bersifat sombong, kerana sifat itu tidak berhak untuk makhluk.

Aku masih keliru, adakah aku cepat berprasangka atau dia yang sering bersikap dingin terhadapku? Aku keliru.

Kisah ini aku nukilkan, kerana terbuku terlalu lama dalam hati. Sudahpun masuk bulan keenam. Aku gigihkan jua untuk mencurahkan di atas lembaran putih ini.

Kisah bermula sewaktu aku mula-mula menjejakkan kaki ke rumah ini. Sahabat setia Nadhrah dan Azri menemani aku memasukkan barang-barang keperluan ke rumah sewa. Kasihan sahabat-sahabatku, bersusah-payah bersama. Terima kasih sahabat. Jika bukan kerana kalian, tidak terangkat barang-barangku yang agak banyak kukira. Hari pertama bersua muka dengan bakal ‘housemate’, aku terasa wujudnya gab di situ. Sepertinya kami disambut dengan tidak mesra sekali. Nadhrah dan Azri perasan akan situasi tersebut. Aku kira, mungkin kakak ini belum mengenaliku. Insya-Allah, lama-lama nanti mesralah.

Untuk tidak memanjangkan cerita, kerana hati meronta-ronta untuk menghabiskan segera penulisan ini. Perkara yang mungkin terdapatnya perbezaan antara sahabat di sini dan sahabat di sana(kampus). Biarlah aku meluahkan segala apa yang terpendam. Mungkin bagi sahabat-sahabat yang membaca penulisanku ini, akan berpendapat, aku terlalu mengikutkan perasaan dan tidak cuba untuk berlapang dada. Biarlah apa yang kalian mahu katakan tentang diriku. Aku tetap mahu memuntahkan segala yang tersimpan.

Rumah sewa ini didiami seramai tiga orang termasuk diriku. Dua orang ‘housemates’ku ini satu company. Jadi, setiap hari akan keluar ke tempat kerja bersama-sama. Sehari dua aku tinggal di sini, setelah pulang dari tempat kerja, aku terus ke dapur untuk masak. Budget masak untuk tiga orang. Akhirnya, aku seorang yang menghabiskan masakan aku selama tiga hari. Aku tidak kisah sangat waktu itu. Mungkin mereka tidak suka masak lemak ikan masin. Hari demi hari, perkara sama yang berlaku. Membuatkan aku mula untuk malas memasak. Dalam masa yang sama, aku turut malu untuk memasak. Dan jarang sekali aku memasak setelah peristiwa itu. Kesannya, terkadang aku lapar waktu malam. Aku menahan lapar sehingga hari esok. Perkara paling sedih sekali, apabila ibu atau ayahku ‘call’ dari kampong. Bertanya khabar, sudah makan ke belum. Aku terpaksa katakan “Ya, sudah makan abah..ibu..” Sedangkan dalam hati ini sangat sedih kerana terkadang menipu. Demi tidak menimbulkan kerisauan mereka, terpaksa juga aku menipu.

Aku pernah cuba untuk beramah mesra dengan seorang kakak ini, yang seorang lagi tiada masalah sangat. Tetapi hasilnya, aku sendiri yang naik segan.

Suatu perkara lagi yang aku sangat musykil samada aku atau dia yang bermasalah.Dia pernah mengatakan dirinya mudah untuk berkawan dengan orang lain. Tetapi sejauh mana kebenarannya itu aku pun tidak pasti. Tatkala tiada berteman, lebih-lebih lagi hendak ke company kerana sahabat se’company’ tiada, kerana cuti balik kampong, mulalah dia berbaik denganku. Ramah sangat. Aku hairan jadinya. Perwatakannya jadi berubah dari sikap dingin kepada sikap hangat. Apabila sahabatnya pulang semula, dia kembali dingin denganku. Sehingga ke suatu masa, kakak yang agak baik denganku ini telahpun berhenti kerja kerana tamat tempoh contract. Tinggallah dia berseorangan. Waktu itu, aku terasa keramahannya. Seminggu lamanya. Alhamdulillah, mudah-mudahan sampai bila-bila pun dia begini. Sangkaanku meleset apabila dua orang adik yang bakal menjalani latihan industry di’company’nya menjadi pengganti kakak yang pernah baik denganku itu.

Sekali lagi aku keliru. Berkali-kali aku cuba untuk meramahkan diri. Tetapi hasilnya seperti sia-sia sahaja. Aku menjadi malu sendiri. Terasa dipinggirkan seketika di rumah. Setiap hari, apabila ‘office hour’ tamat, automatic aku menjadi susah hati. Susah hati berhadapan dengan rasa bersalah kerana tiada kemesraan di rumah. Aku jadi kekok dengan situasi ini. Pernah aku mengambil peluang bersolat jemaah bersama adik-adik yang tinggal bersama. Waktu itu, kakak tersebut tiada di rumah. Bertahan hanya dua hari. Sepanjang hari pekerjaan, mereka selalu pulang lewat. Banyak kerja barangkali.

Sepertinya aku tidak wujud di rumah ini. Mungkin kerana title menumpang rumah company(sedangkan aku bayar sewa rumah, bil air, bil api juga). Apalah salahku.. Aku keliru.

Hajatku sebenar-benarnya setelah habis latihan industry ini, aku ingin sambung untuk bekerja barang sebulan di company aku ‘training’ atas pelawaan bos(tetapi belum lagi mendapat kata putus).Tetapi, jiwa aku rasa tersiksa berada lebih lama di rumah ini. Aku mengambil keputusan muktamad untuk pulang terus ke kampong halamanku sebaik sahaja tamat latihan industry.

Ya, Allah.. Aku mohon ampun seandainya aku yang salah. Adakah aku terlalu berprasangka.. Aku cuba untuk menangkis sifat itu. Tetapi hari demi hari semakin kuat aku berprasangka. Lemahnya diri ini. Ampunkan aku Ya, Allah….

11 November 2010

Lupanya Palestin


Ramadhan yang lalu, pihak pengurusan menganjurkan satu pertandingan mencipta karya@ Karya Ramadhan. Alhamdulillah saya dapat tempat pertama. Tapi segan nak publish di sini. Saya sangat tertarik dengan karya seorang sahabat saya. Karyanya berbunyi begini: 

Pada tanggal 14 Mei 1948
Yahudi mewujudkan negara Israel
Berjuta-juta Muslim tak bersalah mati
Untuk masa yang panjang, Muslim bunuh Muslim
Pasal apa? Apa lagi? Agenda Barat!!!
SubhanAllah! Apa telah jadi kepada Ummah...

Satu dekad berlalu
Berjuta-juta Muslim mati
Tiada siapa yang mendengar keluhan mereka
Pada tahun 90'an
Genosid Muslim di...
Bosnia
Kosovo
Chechenya
Afghanistan

Bangunlah Islam!
Bangunlah Islam!
Bangunlah Islam!
Bangunlah Islam!

Pada tahun 2000
Tiada apa yang berubah
Genosid Muslim masih berlaku di
Afghanistan
Iraq
Gaza
Palestin
Thailand

Sekarang
Gaza parah
Berbillion Ummah bersimpati
Tapi kita sudah lupa terhadap Palestin
Kerana kita sibuk bersimpati terhadap Gaza
Kita tidak mendengar apa-apa dari Palestin
Pasal apa?
Inilah agenda Zionis laknatullah

Ingat!
Mereka memberi Gaza kepada Ummah
Selepas dijajah beberapa dekad
Inilah agenda Zionis laknatullah
Supaya kita lupa terhadap Palestin
Mereka pernah menukar perhatian dunia
Yang Dome of the Rock itu tempat suci Islam
Hakikatnya Masjid Al Aqsa itulah tempat sebenarnya

Sejarah berulang dan berulang
Bukan kali pertama atau kedua
Tapi berulang kali
Kita selalu lupa
Di manakah kecelikkan kita?
Di manakah kekuatan kita?

Generasi lama telah berlalu
Tibalah masa kita menulis muka surat baru
Tibalah masa untuk kita mengubahnya
Terpulang kepada kau dan aku
Adakah kita membina sejarah
Atau kita jadi sejarah

Allahuakbar!!!
Allahuakbar!!!
Allahuakbar!!!
Allahuakbar!!!

karya: Mohd Faliq

07 November 2010

Masihkah ada Waktu?


Selesai membaca Al-Ma'thurat, Alhamdulillah. Niat nak practice sikit speaking, mana tahu Rabu ni tiba-tiba lecturer speaking pulak, jenuh nak mereka, mesti tergagap-gagap nanti. Sampai depan laptop, aduhai tangan terbuka FB pulak. Terpandang 1 video, saja la buka. Oh, video Tragedi tsunami di Acheh. Jika sebelum ni, aku buat tak endah je. Ye la, rasanya peristiwa yang dah lama berlaku. Malas nak tengok dah. Tapi buka jelah. Mungkin ada something pembuat video nak sampaikan.

Lama aku merenung sambil bermuhasabah. Ya Allah, berulang-ulang Engkau peringatkan sekalian umat manusia dahulu melalui ayatMu supaya taat kepadaMu, tetapi segelintir cuma yang mengambil pengajaran dari apa yang berlaku kepada umat manusia yang engkau timpakan azab.

Kerisauan mula menerjah. Mungkinkah Malaysia bakal menjadi seperti Acheh? Na'uzubillahi min zalik..

Bertaubat sebelum terlambat...


Melayan Lagu ^^,

Dah lama tak dengar lagu-lagu nasyid muslimah. Semua sedap-sedap. Bahaya jugaklah muslimat yang bernasyid ni. Bermacam-macam komen yang tak best ada. Tergugatlah..itulah..inilah..Erm, layan sebentar dengan lagu-lagu mereka. Boring asyik dengar lagu In-Team, UNIC, Devotees dll.

03 November 2010

Rilex kan pemikiran


Sejak akhir-akhir ini, jiwa kurang tenteram. Tak tahu apa sebab. Mungkin banyak fikir kerja banyak tak siap. Bimbang itu, bimbang ini. Dan di sebabkan itu, artikel pendek oleh Datuk Dr Haji Fadzilah Kamsah(salah seorang pakar motivasi yang kuminati) kubaca. Mudah-mudahan dapat sedikit tunjuk ajar pun oklah. Not bad... Kemudian kumaniskan corong telingaku dengan lagu InsyaAllah oleh Mahir Zain...(--,)

Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu di bawah ini ada beberapa cara Bagaimana hendak mencuci hati. Diolah oleh pakar motivasi Datuk Dr. Haji Fadzilah Kamsah.

1) Dirikan solat dan banyakkan berdo'a - Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo'a turut katakan "Ya,Allah jadikan hatiku bersih"

2) Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X sebelum tidur, Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.

3) Solat taubat - Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.

4) Membaca Al-Quran - Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang-kurangnya bacalah "Qulhu-allah" sebanyak 3X.

5) Berma'af-ma'afan sesama kawan setiap hari - Semasa meminta maaf perlu sebutkan.

6) Bisikan kepada diri perkara yang positif - Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. katakan lah "Aku sebenarnya......(perkara yang elok-elok belaka)

7) Program minda/cuci minda - Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati "Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif". Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya

8) Berpuasa - Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan.

9) Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila-bila masa)

10) Kekalkan wuduk

11) Bersedekah

12) Belanja orang makan.

13) Jaga makanan - jangan makan makanan yang subhat

14) Berkawan dengan ulama

15) Berkawan dengan orang miskin (menginsafi)

16) Pesan pada orang, jadi baik

17) Menjaga pacaindera (mata, telinga, mulut...dsb), jangan dengar orang mengumpat.

sumber:[link]

01 November 2010

GERHANA SEORANG DAIE


Wafa’ memandang sepi pemandangan musim luruh dari beranda rumah sewanya. Dedaunan kering menari ditiup angin petang. Pagi tadi hujan sedikit lebat. Suhu petang itu kira-kira 13 darjah Celcius. Sejuk mencengkam tulang belulang gadis Melayu itu. Sesekali dia benar-benar teringatkan keluarga yang ditinggalkan di tanah air. Rindu bukan kepalang lagi. Dia juga teringatkan duit belanja biasiswanya yang disekat tanpa sebarang alasan. Ahh….politik betul pihak atasan! Namun, bukan semua itu yang membuat dia resah dan gelisah. Khaulah….sahibah yang amat disayangi dan dihargainya. Setahun ketika mereka bersama-sama belajar di Program Asasi Sains Universiti Malaya dulu cukup besar ertinya dalam lipatan kenangan Wafa’. Masa berlalu begitu cepat. Serangan jahiliyyah begitu licik. Setahun setengah di bumi Queen Elizabeth ini sudah banyak mengubah diri mereka. Gumpalan perasaan kesal mula menyerang kalbu kecilnya. Bekalan iman yang dibajai di UM dulu sudah mula kehabisan tenaga. Sebelum melangkah ke sini dahulu….. Terasa diri sudah pun bersiap sedia dengan senjata dan kelengkapan perang fikrah. Namun hakikatnya…persiapan tersebut belum pun cukup matang untuk menumpaskan musuh iman. Mereka sudah mula berlari di track yang sama dengan manusia lain yang hidup tanpa sentuhan tarbiyyah Islamiyyah Harakiyyah. Arus jahiliiyyah direnangi dengan hati yang senang dan tenang.

“ Ya Allah…aku rindu aku yang dahulu,” begitulah munajat hati kerdil Wafa’. Saat dia terkenangkan posisinya di sisi Allah dan Islam, hati bertambah lesu. Hidup tanpa murabbi di sini amat mendukacitakan. Setiap kesilapan dan kelalaian berlalu tanpa teguran. Simpulan ikatan hati semakin longgar. Kalau dahulu kerana Allah, kini kerana first class honor. Hati terasa beku dan kaku. Berkali-kali dibacanya Surah Al-Waqi`ah, namun setitik air mata khauf pun tidak menitik. Dipegangnya buku Men Around The Messenger dengan harapan terdidik dengan perjuangan jihad awwaluun, namun semua itu gagal membuahkan hasil. Duit belanja makan hariannya di infaq, dalam hati berdoa agar Allah mencurahkan cahaya kasihNya kembali. Malang….Wafa’ gagal lagi. Dikerah nafsunya berpuasa Isnin Khamis, sayang sekali.. .natijahnya umpama mendapat penat dan lelah tanpa merasai kenikmatan berubudiyyah kepada Allah. Berkali-kali dia termenung di atas katil empuknya untuk bermuhasabah, namun segalanya berakhir dengan dengkuran panjang. Ya Rabbi….apakah ada dosa yang tidak sudi Kau ampunkan? Menjelang malam sepi dia bangun untuk mencuri perhatian pemilik ruhaninya, tetapi baru dua rakaat solahnya dia sudah rebah tidak bermaya. Ya Ilaahi….mengapa ni?

“ Jalan ini memerlukan bekalan dan persiapan yang besar dan banyak. Tanpa bekalan dan persiapan yang rapi, para da’i bakal tersungkur menyembah bumi. Kerana itu, para da’I perlulah hidup dalam dunianya sendiri tanpa terpengaruh dengan perubahan palsu yang menari disekelilingnya.”
Mata Wafa’ terpaku seketika pada catatan yang pernah dicatat di dalam buku halaqahnya . Dia terigaukan halaqah yang dihadirinya setiap minggu di tanah air dulu. Benarlah huraian mas’ulahnya, kira-kira 3 tahun yang lalu. Dia kekurangan bekalan dan persiapan. Muayyid-muayyid yang di cekup nya dulu dibiarkan tanpa dihubungi. Dia benar-benar kelesuan!! Dia meneruskan pembacaannya. Tulisan-tulisan itu walaupun hodoh kerana bersambung-sambung tanpa khat yang betul, tetapi ia begitu berharga. Namun…..yang menyentuh hati sang manusia ialah Allah. Bukan fikrah yang tercatit di lembaran buku catatan, ataupun amal-amal soleh yang diperjuangkan. Walau solat 20 rakaat sekalipun, seandainya Allah tidak mengangkat hijab di hati, semuanya tidak berhasil. Sesungguhnya qalbu manusia di celah jari-jemari Allah. Allah berkuasa memalingkannya ke arah yang dikehendaki-Nya. Ruhnya longlai mengenangkan semua itu. Oh Allah...datanglah padaku…air matanya tumpah mengenangi kelesuan yang melanda diri. Wafa’ menyambung telekunya di beranda itu. Tangan ditadah ke langit biru. Matanya merenung jauh merentasi pameran alam Ilahi seindah saujana mata memandang.

“ Ya Allah, kurniakanlah kpdku kedua biji mata yang mudah mngalirkn air mata,dpt mnyembuhkn hati dngn linangan air mataku itu krn takutknMu. Prknnknlah prmohonnku sblum mengalir dari kedua mata ini air mata drh, Ya Allah, kpdaMu lah aku kmbali…” Dia melepaskan nafas panjang. Alangkah indahnya sekiranya derita itu terhembus keluar bersama deruan nafasnya. Argh…beriman tidak semudah itu!! Dia mendesak diri untuk keluar dari lubuk kelesuan ini, namun bagaimana? Segala amalnya seperti ditolak Allah. Alangkah tidak berharganya sebuah kehidupan begini…

Buat Ukhti Wafa’ da’iyah pemegang masa depan ummah,

“ Hai anak Adam, carilah Aku nescaya engkau akan bertemu denganKu. Jika engkau dapat menemuiKu ertinya engkau telah mendapat segala-galanya. Tapi jikalau Aku luput darimu ertinya engkau telah luput dan kehilangan segala-galanya. Sewajarnyalah engkau mengasihiKu dari segala-gala yang lain.” ( Hadis Qudsi) Anak mata Wafa’ berlari-lari membaca bait-bait hadis itu. Dia memejam matanya erat. Kad berwarna biru itu dihadiahi oleh akh Abdullah Mas`ud pada hari dia berlepas ke London International Airport. Wahai Abdullah Mas`ud, seandainya anta tahu ana di marhalah ini, pasti anta tidak sudi lagi untuk memperisterikan diriku. Pasti akhi sedang bersilat dengan dunia akhi selaku da’I dan murabbi di tanah air sana. Sedang ana di sini berperang dengan nafsu pun sudah tertewas. Tunangku, tidaklah semudah yang disangka untuk mencorak diri selari dengan fikrah Islam yang semestinya kita fahami. Di sini ana hidup tanpa murabbi mithali, tanpa biah solehah juga manhaj Rabbani yang ana sendiri masih jahil tentangnya.


* * * * *

“ Khaulah, malam ni kita buat halaqah boleh? Hati ana dah tak tahan dah ni, iman ana dah nyawa-nyawa ikan. Dah berapa bulan kita tak bersama,” Kata Wafa’ pada Khaulah ketika mereka sedang dalam perjalanan ke Manchester University of Science And Technology. “ Malam ni actually ana ada perjumpaan Exco PPIMUK.” “ Kalau minta uzur syar’ie tak boleh ke?” “ Mana boleh, ana Exco Tertinggi. Kalau tak datang, jatuh reputasi. Lagipun kami ada projek besar nanti menjelang Aidil Fitri hujung tahun ni. Sorilah Wafa’, kita tangguh boleh?” “ Ukhti…ana cakap sikit boleh?” “ Cakap apa? Ana kalut ni,” Jawab Khaulah diiringi senyuman kering. “ Takpelah kalau macam tu. Kita cakap kemudian. Cuma….Cuma ana nak sampaikan pada anti yang actually ana nampak anti dah jauh dari track kita. Errr…that’s all. We meet tonight, InsyaAllah.” Wafa’ menyudahi bicaranya di situ. Gadis Kuala Kedah itu dapat merasakan yang dia sudah tidak ikhlas lagi terhadap Khaulah, yang semakin hari semakin berbeza. Dia tidak sanggup memandang anak mata Khaulah yang cantik itu di saat dia melepaskan kalimat itu tadi. Entah apa rasa hati Khaulah agaknya….marah? geram? Tersedar? Wallahua’lam. Wafa’ dan Khaulah berpisah di situ. Khaulah melepasi pagar universiti manakala Wafa’perlu menaiki bas untuk ke fakultinya. Hati Wafa’ kembali pudar . Terkesima juga dia dengan jawapan Khaulah yang sudah dijangkanya. Wafa’ beristighfar…..lupa pula…..da’I perlu berbesar hati dan berlapang dada berhadapan dengan seribu satu situasi yang menyukarkan proses berlaku. Dia sahibahku….bukan orang lain!!

 “ Kesibukan yang tidak ke mana-mana…” Wafa’ mendengus sendirian. Beginilah masa-masa Mukmin dihabiskan. Mukmin terlalu sibuk dengan agenda kehidupan yang belum pasti. Mesyuarat siang malam, namun maksiat terus berleluasa, malah semakin dahsyat. Mukmin telah terlupa beramal tanpa noktah bidayah yang betul akhirnya membuahkan bibit-bibit kefuturan yang busuk. Semangat semata-mata akhirnya tidak ke mana-mana.

“ Nak survive macam mana kalau tak ada halaqah? Along cakap senang la. Along kat sana ramai sahabat-sahabat yang soleh. Tersilap ada yang menegur. Tengok kereta sahabat pun dah cukup untuk membina kesungguhan. Wafa’ kat sini dah lah hidup disekeliling manusia laknatullah. Mana mungkin seorang manusia yang tidak terdidik dapat mendidik manusia lain?”

“ Habis tu, Wafa’ nak cakap Wafa’ sanggup tunduk pada jahiliyyah dan kekufuran?!” Mus’ab membidas butir bicara adiknya.Tajam. Mus`ab tersentak mendengar idea-idea Wafa’ yang tidak matang. Tak bersedia, tak mampu, tak layak, hati kotor lah, jauh dari Allah lah…tidak ada kekuatanlah…dan seribu lagi alasan yang bermacam wajah dan rupa. Baginya, manusia yang hidup diselaputi udara jahiliyyah punya peluang yang begitu besar untuk lebih mendekati Allah. Dan yang paling penting, melaungkan seruan dakwah ilallah adalah perkara asas yang wajib dimulai.

“ Bukanlah macam tu Along.” “ Selagi mana kita tidak bertindak untuk meruntuhkan jahiliyyah, selagi itulah kita dikatakan redha kepada system yang menghina Islam. Wafa’ ingat dakwah tu pergi bagi ceramah macam pendakwah bebas tu ke? Sekadar bagi ceramah tidaklah namanya mendukung Risalah, tetapi kerja kita sekarang ialah membentuk peribadi yang selari dengan kehendak Allah. Wafa’ tak perlukan modal, you do not need transport, or money, or anything else. Cukuplah kalau mereka punya hati dan hidup mencari sesuatu yang lebih bermakna.” “ Hati Wafa’ pun lesu, nak sentuh hati orang macam mana…” “ Inilah masalahnya. Dah tau hati tu tak ada tenaga, do something Kak Long.” “ Wafa’ dah buat macam-macam!! Along tak faham ke? Wafa’ sampai tahap tension sebab tak tau bagaimana nak rawat hati ini lagi. Argh…..kadang-kadang Wafa’ lebih gembira mati dan tidak pernah ada di dunia ini. Tak perlulah Wafa’ berhadapan dengan Hari Pembalasan Allah yang sangat menakutkan.” Mus`ab diam seketika. Dia cuba menyelami hati adiknya. Rasa lemah? Rasa tak berdaya? Donno to do anything? Aku juga pernah melalui stage itu. Stage yang dahsyat! Dia tidak ingin kembali ke marhalah itu. Ya….para du`at juga punya keletihan masing-masing. Kesilapan demi kesilapan yang diulang tanpa perubahan lah yang mencampakkan para da’I ke lembah duka dan gelisah. Adakalanya da’I terfikir aku tidak selayaknya lagi bersama dengan kafilah ini. No!! Never and forever to think such the way!! Mana mungkin manusia yang normal terfikir untuk melepaskan segenggam emas dan permata ditangannya kerena kecewa dan duka. Bodoh…mungkin itulah panggilan yang paling sesuai buat mereka yang terfikir sedemikian rupa. Walau bagaiman jelek pun pakaian, walau bagaimana raa tak layak pun untuk untuk memakai permata di tubuh, tak mungkin permata itu dibuang. Kan?

“ Keluarlah dari kepompong, lihat dunia disekeliling Wafa’ dengan hati. Dunia menderita kerana mereka kehilangan hati mereka sendiri. Sedang kita tertipu untuk melengkapkan diri semata-mata tanpa menyeru orang lain kepada Islam. Kita bukan nak jadi ahli sufi semata-mata, tapi kita perlu menjadi da’I dan murabbi. Sesungguhnya dakwah lah yang mendekatkan diri kita dengan Allah, dakwah lah yang memberi kita ruang untuk sentiasa memperbaiki diri, Manusia yang hanya tahu untuk memperbaiki diri tanpa memulakan dakwah adalah manusia yang hidup untuk dirinya sendiri. Lihatlah masyarakat yang menderita di sekeliling Wafa’, normal kah Wafa’ kalau tidak rasa kasihan dan mahu membantu mereka? Bukankah Islam itu kekuatan dan kemenangan?”

Wafa’ diam membisu. Ada benarnya tamparan kata-kata Alongnya. Dia sudah melupakan penderitaan ummah. Hatinya tidak terdengar tangisan sang ibu kehilangan anaknya...dirogol, dibunuh, dilarikan, ditipu, dan diperkosa iman mereka. Dia lupa pada jerih payah sang ayah mencari nafkah siang dan malam sehingga melupakan anak-anak. Anak-anak dibiar subur bersama jahiliyyah. Lalu anak-anak menjadi manusia yang lupa diri, gelap cita-cita, dan paling menyayat hati; anak-anak muda kehilangan kekuatan untuk menempuh perjalanan kehidupan. Dia lupa pada derita masyarakat dihimpit ideologi-ideologi manusia. Jiwa insan ditikam ketidakselesaan, keresahan, kehasadan dan kefasikan. Manusia menjadi hamba manusia. Siang malam ditempuhi dengan penuh kesengsaraan jiwa. Lupakah dia pada derita yang tidak pernah terbayang begitu dahsyatnya? Kemiskinan bukanlah sengsara yang hakiki, tetapi kemiskinan jiwa merupakan segala-galanya. Oh Allah, bala apakah yang menimpa umat ini? “ Baiklah Wafa, Wafa’ fikirlah dengan iman. Kita sudah tidak ada masa untuk duduk lagi. Ingatlah wahai da’I ilallah, jauhkanlah diri Wafa’ dari segala yang bernama al-hawa’.” Perbualan tarbawi mereka terhenti di situ diakhiri dengan ucapan salam. Wafa mendapat sedikit kekuatan untuk segera bangkit kembali. Kita dah tak ada masa….detik hatinya.

* * * “ Mungkin pada pandangan manusia Mus’ab bin Umair dikira menderita. Dia kehilangan kegemilangan, kekayaan, dan kasih-sayang seorang manusia yang very special in his life, tapi mari kita selami hati mereka. Mereka tenang kerana keimanan yang mendiami jiwa mereka. Mereka merasakan tidak ada apa-apa yang lebih bermakna melainkan iman kepada Allah. Iman begini yang kita nak capai, kerana iman beginilah yang berkuasa menggerunkan musuh-musuh Islam yang sentiasa menyerang kita dari segenap penjuru. ” Wafa’ teringatkan perbualannya dengan Kak Hasna ketika di tanah air dulu. Sembang-sembang mendidik jiwa. Saat mereka mendaki Gunung Jerai…. “ Susahnya nak daki gunung ni, letih la…” “ Kita nak mendaki perjalanan menuju Allah jauh lebih sukar,” Kak Balqis menyahut keluhan Wafa’ selamba. Dia tersentak seketika. Ya tak ya juga…. “ Barangsiapa yang mencari Allah bukan melalui jalan berharap(roja') dan takut(khauf), bukan dengan rindu dan cinta (kepada Nya), niscaya dia akan kebingungan dalam mencari Nya, kacau dalam amalnya, tidak akan menemukan nikmat-nikmatnya ibadah, dan tidak dapat menempuh jalan kezuhudan. Oleh kerana itu, bertaqwalah kepada Allah yang hanya kepada Nya kita kembali.” Amirah yang dari tadi berada di belakang mereka tiba-tiba bersuara. Wafa menoleh ke belakang. Dia membalas pandangan mata Amirah yang redup penuh mahabbah. “ Jazakillahkhairan ukhti...patutlah selama ini mudah sangat ana berundur,” Wafa’ berbicara tenang walaupun tubuhnya keletihan. Sesungguhnya pendakian tarbawi yang panjang tetapi singkat ini benar-banar mendidik jiwa mereka. Ukhuwwah terasa kehangatannya. Inilah masa untuk berta’aruf dengan lebih mendalam, berkongsi pendapat dan pengalaman, meminta nasihat dan idea, juga saling memperingati akan tugas sebenar seorang Muslim Mukmin, yakni mendukung Risalah Dakwah Rasulullah. Wafa’ tersenyum sendiri mengenangkan semua itu. Dia berasa sedikit segar setelah nostalgia di jalan dakwah dan tarbiyyah bersama sahabat-sahabatnya di tanah air singgah sebentar di kalbunya. Dia umpama baru disergah... “ Hei Wafa’, kita mendukung Risalah!! Bangun!!” . Wafa bingkas bangun. Tangannya ligat menyelongkar kitab-kitab fikrahnya yang tersimpan di balik pintu biliknya. Dia sedang mencari bekalan....bekalan sirah yang telah pun pudar di dalam dadanya.Ya Allah, didiklah aku menerusi sirah yang akan ku baca ini....ya Allah, Engkaulah sebaik-baik pendidik.” Tangan Wafa’ menggeletar saat dia memegang buku Perjalanan Kehidupan Rasulullah s.a.w karangan Abul Hassan Ali an-Nadwi. Dia sedar kini....mengapa dia mudah longlai....kerana sejarah kebanggaan umat Islam telah malap dalam kehidupannya. Ya...aku perlu hidup bersama sirah. Mereka telah membenarkan iman mereka dengan amal dan pengorbanan. Setiap kali Wafa’ bersendirian, air mata lah menemaninya menahan rasa lesu yang menyerang jiwanya. Dia terus berdoa dan berdoa...penuh pengharapan agar Allah mengembalikan iman ke dalam hidupnya. Dia yakin, Allah tidak menyia-nyiakan keikhlasan hambaNya untk mendekatiNya. Semoga Allah memberinya sekeping hati yang baru....

* * * * *

“ Umi risau Kak Long sorang-sorang di sana. Pihak lelaki minta diawalkan,” Umi memujuk Wafa’ dengan penuh rasa kasih selaku seorang ibu. Wafa’ diam seribu bahasa. Dia memandang langit biru yang kelam. Malam itu bintang tidak kelihatan. Nak hujan kot, bisik Wafa’ membuat tekaan sendiri. Umi bangun dari katil, mendekati Wafa’ yang berdiri di sisi tingkap.

“ Boleh Kak Long? Kak Long cuti ada lagi 2 bulan lebih , sempat kalau Kak Long nak menyediakan diri,” Umi memujuk lagi. Hati ibu mana tidak resah melepaskan puteri sulongnya merantau ke negara kuffar sendirian tanpa mahram di sisi. “ Abah tak kata apa-apa?” “ Abah pesan jangan paksa Kak Long,” “ Dah tu?” Wafa’ merespon sedikit kasar. Hatinya bengang. Janji waktu bertunang dulu pihak lelaki sanggup tunggu hingga dia menyelesaikan degree nya. Tapi sekarang lain pula bunyinya... “ Bukan soal janji Kak Long. Tapi soal Kak Long di ganggu di sana,” Wafa’ memejam matanya erat, sedih bercampur kesal. Dia mula menyalahkan dirinya kerana menceritakan peristiwa dia di ganggu oleh pemuda berkulit hitam setiap hari. Kalau tak cerita, tak akan jadii macam ni....!! Wafa’ beristighfar, terasa syaitan mula merangsang amarahnya sekali gus menghangatkan emosinya. Dia seperti mahu mengungkit kisah silam. Wafa’ bertunang pun atas gesaan keluarganya. Yang paling menyentuh hati, pertunangan di adakan dalam suasana yang sangat tergesa-gesa, beberapa hari sebelum dia berangkat ke United Kingdom 2 tahun lalu. Dia beristighfar lagi....dia terlupa hidup ini diatur Allah dengan sebaik-baik pengaturan. Tiada silap tiada cela. Belajarlah menerima rentetan perjalanan yang adakalanya sangat memeritkan. Inilah kehidupan.... “ Lagi setahun setengah aja,bukannya lama mak,” Wafa’ bersuara lagi setelah menyepi agak lama. Umi mengurut bahu Wafa’ dengan tangan kanannya. Hati umi sentiasa berdoa semoga dibukakan hati puteri kesayangannya. “ Dia tak apelah, dah ada Master, Kak Long ni harapkan sijil matrikulasi tu aja.” “ Kan tak elok kalau dah berumur nanti baru nak kenduri. Dia pun dah nak masuk 25, nak tunggu lama-lama tak sopan. Tak elok bertunang lama-lama,” “ Dulu, kenapa tak cakap pun yang bertunang lama-lama tu tak elok? Kenapa sekarang baru nak ungkit? Dah tak tahan?!” Wafa’ melepas geram. Hatinya mula membara. “ Kak Long, solehnya mulut tu,” Umi menegur keceluparan mulut puterinya. “ Umi dah jemu jaga Wafa’ ke? Kanapa begitu cepat umi nak bagi orang lain yang didik Wafa? Wafa’ tau Wafa’ banyak menyusahkan hati mak.” “ Bukan macam tu Kak Long. Umi risau sangat Kak Long di sana. Setiap malam umi doa untuk Wafa’ melebihi doa umi untuk adik-adik lain,” “ Umi dan Mas’ud tu sama aja....kan Allah ada untuk jaga Wafa’? Umi tak paham ke perasaan Wafa’? Wafa’ tak pernah terfikir untuk melalui semua ni seawal ini,” “ Memang Umi dan Mas’ud sama. Kami sayangkan Wafa’,” bersahaja jawapan Umi membedil kembali telahan puterinya. Umi memaafkan kekasaran puterinya yang sedang beremosi. “ Yelah...nanti Kak Long solah istikharah, bagi tahu pihak lelaki anak umi ni muda lagi, baru 21. awal-awal sangat pun tak elok. Kak Long bukan reti apa-apa,” Wafa’ menyudahkan bicaranya di situ. Penuh perasaan dia memberi lafaz putus untuk perbualan malam itu Dia mengorak langkah keluar dari bilik bundanya. Air mata mula menitik...entah mengapa sensitif benar dia belakangan ini. Mudah sekali dia menangis. Umi hanya memandang sepi. Hatinya berperang antara dua keputusan...antara pernikahan puterinya atau meredhai dia diganggu saban hari di sana kelak? Hati sang Umi amat memahami naluri puterinya. Wafa’ sedikit ego, tetapi hantinya lembut. Kalau diberi alasan logika dan rasional, anaknya akan bangkit dan menentang keputusan orang lain demi menegakkan ideanya. Tetapi saat ditujah dengan alasan syara’, dia pasti akan tunduk patuh walaupun semua itu sangat menekan jiwanya. “ Macam mana?” tanya Abah pada Umi. Abah masuk ke bilik apabila menyedari Wafa’ keluar tadi. Abah begitu segan untuk menyertai suasana tadi. Abah lebih selesa menyerahkan semuanya kepada Umi. “ Abang pun faham anak kita, kalau tak ada alasan yang syar’ie dia akan pertahankan apa yang dia faham,” “ Habis tu, apa katanya tu?” “ Tak bagi kata putus lagi. Nak solah dulu katanya. Sebak juga Shimah mendengar alasan dia,” Umi tunduk memandang lantai bilik yang berwarna hijau muda. Saat ini dia amat memahami betapa tersepitnya atma Wafa’. Mengakhiri zaman gadis tanpa persiapan jiwa adalah suatu yang agak menyukarkan. “ Perkara yang paling Wafa’ tak suka ialah melakukan sesuatu yang dipaksa,walaupun perkara tu syara’.” Umi teringatkan kata-kata Wafa’ tidak lama dahulu. “ Kita solah hajat bang,” Umi akhirnya bersuara penuh sebak.

* * *

Wafa’ menangis teresak-esak di birai katilnya. Memasuki gerbang perkahwinan bukanlah suatu yang mudah baginya. Kalau sekadar ber akad nikah dah settle tak apa. Ini tidak....seribu satu tanggungjawab menanti di hadapan. Digagahi kakinya mendekati almari soleknya. Mushaf Al-Quran berwarna biru di capai dengan hati yang masih hambar. Dia duduk di kaki katil. Saat dia membuka mushaf itu air matanya bertambah lebat. Barulah dia teringat mushaf itu merupakan hadiah hantaran pihak lelaki pada hari pertunangannya. Tangannya sepantas kilat melepaskan Quran itu. Mushaf itu terdampar di hujung kakinya. Astaghfirullah....apa aku dah buat ni? Dia mengutip kembali mushaf itu. Saat itu dia terpandangkan jam tangan di tangannya, jam itu pun merupakan hadiah dari Akh Abdullah Mas’ud sebagai menghargai kesudian Wafa’ menerima lamarannya. Wafa’ meletakkan kepalanya di atas bantal. Ujian ini terlalu kecil, bisiknya perlahan. Pasrahlah kepada Allah, Allah lah yang mencampakkan dirimu ke dalam kemelut ini. Dia terkenangkan pengajiannya di Manchester. Mampukah aku? Baitul Muslim menjadi medan baru untuk mengaplikasikan bekalan yang telah dikutip pada zaman solonya. Dia melihat kelemahan diri yang terlalu banyak....bersediakan Akh Abdullah Mas’ud menerima kecacatan diri ini? Wafa’ juga manusia biasa....walaupun semua orang yang bersama dengannya seringkali memuji peribadinya yang unggul. Namun, insan tetap insan!! Manusia memandangku hebat kerana tidak memandang diriku dari dalam, getus Wafa’ sayu. Dia juga punya nafsu, pendirian dan ideanya sendiri yang adakalanya pantang dicabar. Wafa’ akui dia agak ego, keras kepala, mudah tersentuh, manja dan mudah jemu.

“ Pandanglah semua ni dengan keimanan dan kethiqahan kepada Allah sebagai Rabb dan Ilah Wafa’,” Wafa’ tetap mendiamkan diri. Dia membelakangi pemuda yang sedang menasihatinya. Kali ini, Mus’ab pula mengambil giliran memujuk sang adik yang semakin hari semakin menyepi tanpa sebarang jawapan. Dia juga khuatir adik perempuannya bersendirian mengharungi kancah perjuangan di Manchester. Saban hari semakin mengganas sikap musuh-musuh Islam. Mus’ab tahu masih terlalu banyak perkara yang Wafa’ sembunyikan dari pengetahuan mereka sekeluarga; tentang dia diugut, dicerca, dipermainkan, dianiaya, hatta digoda sekalipun, Wafa’ seorang yang perahsia. Adakalanya amat sukar mentafsirkan gelombang apakah yang melanda sanubari adiknya itu.

“ Apa yang ada dengan segulung ijazah first class yang Wafa’ hajat sangat tu? Dulu...Wafa’ selalu beri nasihat pada Zulfah yang kita memburu redha dan rahmat Allah setiap masa. Apakah dengan meletakkan diri dalam fitnah membantu Wafa’ mendapatkan semua itu? Wanita itu fitnah, wajiblah bagi setiap Muslimah memelihara maruahnya, harga diriya, dan imannya dari anasir-anasir yang akan mendekatkan dirinya kepada neraka Allah.” Wafa’ diam seribu bahasa. Dia tunduk kelesuan. Lidahnya beristighfar dan menyeru nama Allah berkali-kali. Ya Ilahi.....aku lemah tanpaMu.... “ Wafa’ belum mencintai Allah. Wafa’ belum lagi memahami rukun bai’ah. Wafa belum mempunyai hati yang cergas dalam zikrullah. Wafa’ tak menjiwai dakwah lagi, hanya berada di pinggiran dakwah kerana Wafa’ terlalu lemah. Tunggulah hingga Wafa’ dah ada semua ni. InsyaAllah, Wafa’ hanya akan walimah setelah Allah Wafa’ cintai. Wafa’ tiada kekuatan untuk menerima sahabat ni benar-benar kerana Allah. Wafa’ takut Wafa’ banyak merungut apabila berdepan dengan kelemahan dan kecacatan dia. Hilanglah pahala Wafa’ sebagai zaujah yang meredhai zaujnya,” Wafa’ memberi kata putus akhirnya. Umi memegang erat tangan Wafa’. Cincin tunang yang disarungkan oleh bakal ibu mertuanya telah lama dia tanggalkan dari jari hantunya. Dia berangkat ke United Kingdom tanpa cincin itu. Kalaulah akh Abdullah Mas’ud tahu, pasti tersinggung si Mas’ud dengan tindakan puterinya. Namun sang Umi faham....berkali-kali dipujuk hatiya supaya tidak menganggu Wafa’ dengan urusan sebegini. Wafa’ sememangnya benar-benar tidak bersedia. Sedang puterinya enak mengharungi usia gadisnya, tiga empat orang sahabat abangnya masuk melamar. Wafa’ tekad, dia tidak akan mengizinkan mana-mana manusia di dunia ini singgah di hatinya sebelum dia belum benar-benar bulat terhadap Allah. Hanya itu alasan dia menolak mereka. Pada Wafa’, kalaupun dia dianugerahi zauj yang soleh, namun itu bukan dari bahagian sahamnya di akhirat. Masing-masing akan membawa amal mereka sendiri. Wafa’ mengharapkan syurga, Wafa’lah yang perlu mengharungi perit badai untuk menjadi hamba Allah yang Rabbani. “ Sendiri nak masuk syurga, sendirilah punya perjuangan. Kenapa nak libatkan orang lain untuk memilih jalan ini? Sekiranya Uthman memilih untuk bersama dengan kemuliaan Islam, sesungguhnya Allah ada manhaj yang jelas untuk lelaki menjauhkan diri dari fitnah wanita. Takkan wanita-wanita selemah itu menggoyah hati pemuda yang mengejar syurga Allah?” Zapp.....!! Itu jawapan dari mulut Wafa’ apabila Uthman sahabat abangnya masuk melamar beberapa tahun lalu. Wafa’ tidak menerima alasan Uthman; untuk memelihara diri dari tarikan wanita tholehah di luar sana, dia ingin memiliki Wafa’ sebagai penguat dan pendorongnya untuk menolak mereka. Mus’ab hanya mampu meneguk air liur mendengar jawapan adiknya. Keras kepala, jual mahal, tidak memahami orang lain...itulah label yang sesuai buat adiknya, Mus’ab menggetus sendiri.

* * * * *
“ Ya Ilaahi, Ya Zal Jalaaliwalikraam.....Engkaulah yang memiliki kehidupanku, Engkaulah yang mengisi hidupku dengan apa yang Engkau sukai. Aku milikMu, jiwaku dalam genggamanMu, hembus nafasku dalam perkenan kehendakMu. Engkaulah Rabb dan Ilahku.... Ya Ilaahi....janganlah pemuda yang hadir dalam hidupku ini melarikan kerinduanku, kecintaan serta pergantunganku pada Mu. Engkau tetap tujuan dan maltamat hidupku. Ya Hayyu ya Qayyum, Peliharalah hatiku dari mengisi ruang cinta di hatiku selain ianya untukMu, untuk DeenMu dan demi redhaMu. Ya Ilaahi.....ampunilah Abdullah Mas’ud, sibukkanlah dia dengan urusan dakwah dan jihad di jalanMu. Ya Ialahi..terimalah zaujku....aku memberinya untuk kebangkitan DeenMu yang dihina oleh saudara-saudaraku,maka ampunilah mereka yang jahil ya Allah...aku redha dia tidak menemami masa lapangku, kerja-kerja harianku, tidurku juga kerehatanku. Aku redha dia menjadi rijaal DeenMu sehingga dia umpama bukan milikku, tetapi milik dakwahMu. Ambillah dia ya Allah, gunakanlah dia di jalanMu, didiklah dia, tunjukilah dia jalan menuju syurgaMu, buanglah kecintaannya terhadapku seandainya itu yang menghalang dakwah kepadaMu. Ya Rahman, Ya Rahiim....kuatkanlah kami di saat kami diuji dan ditekan Ya Allah. Kami lemah tanpa kekuatanMu, Engkaulah sumber kemenangan dan keteguhan hati kami...” Basah telekung putih Wafa’ dihujani air mata munajatnya. Dia menerima segalanya dengan hati yang terbuka. Ya Ilaahi...sekiranya ini yang Engkau mahu, inilah yang aku terima sepenuhnya dariMu, Wafa’ berbisik sendiri. Majlis akad nikah telah selesai malam tadi. Saudara-maranya sibuk membuat persiapan kenduri kesyukuran unuk esok hari. Malam ini adalah malam dia bersama Allah lagi, seperti malam-malam sebelumnya. Dia memberitahu Rabbnya apa yang terjadi. Bukan dia tidak menyedari Allah menyakiskan segala yang berlaku, namun ruh ubudiyyah yang menyelubungi atmanya membuatkan dia tidak tenang tanpa menceritakan semuanya kepada Allah. Dia amat tenang setiap kali selepas lidahnya melafazkan...Ya Allah,aku redha Engkau penyusun hidupku. Susunlah ia sesuka hatimu kerana aku hambaMu.

Abdullah Mas’ud memandang isterinya dari jauh. Wafa’ sedang mesra berbual-bual dengan tetamu uminya. PadaMu kami memuji dan memuja ya Allah, bisik Abdullah Mas’ud. Semoga dia menguatkan hatiku yang lemah, merangsang jiwaku yang banyak berehat, dan menghampirkan aku dengan redha Mu ya Allah. Pemuda itu berdo’a lagi.

“ Akhi, ana ingin menyampaikan keresahan di hati ana, sudikah anta mendengarnya?” Wafa’ berbicara lembut selepas mereka selesai solah tahajjud berjamaah pada malam itu. “ Apakah lagi yang merisaukan dirimu ya zaujati? Kita telah melaksanakan sunnah Rasulullah yang disukainya,” “ Ya, anta benar, kita telah pun menjadi suami isteri yang sah di sisi Allah. Namun, apakah iman dan takut kita kepada Allah akan sah di sisiNya bermula saat ini hinggalah kita mati dan berjumpa denganNya nanti?” Abdullah Mas’ud terdiam. Tiba-tiba air matanya tumpah. Ya Allah...benarkah iman kami?

Wallahua’lam.

-dari adik disayangi. Syukran Liyana.-