Hati sedih, aku keliru tika ini, adakah aku tergolong dalam kelompok yang dikatakan sombong itu? Pernah dulu, aku meneliti setiap patah perkataan yang ustaz lontarkan. Adalah tidak pantas seseorang bersifat sombong, kerana sifat itu tidak berhak untuk makhluk.
Aku masih keliru, adakah aku cepat berprasangka atau dia yang sering bersikap dingin terhadapku? Aku keliru.
Kisah ini aku nukilkan, kerana terbuku terlalu lama dalam hati. Sudahpun masuk bulan keenam. Aku gigihkan jua untuk mencurahkan di atas lembaran putih ini.
Kisah bermula sewaktu aku mula-mula menjejakkan kaki ke rumah ini. Sahabat setia Nadhrah dan Azri menemani aku memasukkan barang-barang keperluan ke rumah sewa. Kasihan sahabat-sahabatku, bersusah-payah bersama. Terima kasih sahabat. Jika bukan kerana kalian, tidak terangkat barang-barangku yang agak banyak kukira. Hari pertama bersua muka dengan bakal ‘housemate’, aku terasa wujudnya gab di situ. Sepertinya kami disambut dengan tidak mesra sekali. Nadhrah dan Azri perasan akan situasi tersebut. Aku kira, mungkin kakak ini belum mengenaliku. Insya-Allah, lama-lama nanti mesralah.
Untuk tidak memanjangkan cerita, kerana hati meronta-ronta untuk menghabiskan segera penulisan ini. Perkara yang mungkin terdapatnya perbezaan antara sahabat di sini dan sahabat di sana(kampus). Biarlah aku meluahkan segala apa yang terpendam. Mungkin bagi sahabat-sahabat yang membaca penulisanku ini, akan berpendapat, aku terlalu mengikutkan perasaan dan tidak cuba untuk berlapang dada. Biarlah apa yang kalian mahu katakan tentang diriku. Aku tetap mahu memuntahkan segala yang tersimpan.
Rumah sewa ini didiami seramai tiga orang termasuk diriku. Dua orang ‘housemates’ku ini satu company. Jadi, setiap hari akan keluar ke tempat kerja bersama-sama. Sehari dua aku tinggal di sini, setelah pulang dari tempat kerja, aku terus ke dapur untuk masak. Budget masak untuk tiga orang. Akhirnya, aku seorang yang menghabiskan masakan aku selama tiga hari. Aku tidak kisah sangat waktu itu. Mungkin mereka tidak suka masak lemak ikan masin. Hari demi hari, perkara sama yang berlaku. Membuatkan aku mula untuk malas memasak. Dalam masa yang sama, aku turut malu untuk memasak. Dan jarang sekali aku memasak setelah peristiwa itu. Kesannya, terkadang aku lapar waktu malam. Aku menahan lapar sehingga hari esok. Perkara paling sedih sekali, apabila ibu atau ayahku ‘call’ dari kampong. Bertanya khabar, sudah makan ke belum. Aku terpaksa katakan “Ya, sudah makan abah..ibu..” Sedangkan dalam hati ini sangat sedih kerana terkadang menipu. Demi tidak menimbulkan kerisauan mereka, terpaksa juga aku menipu.
Aku pernah cuba untuk beramah mesra dengan seorang kakak ini, yang seorang lagi tiada masalah sangat. Tetapi hasilnya, aku sendiri yang naik segan.
Suatu perkara lagi yang aku sangat musykil samada aku atau dia yang bermasalah.Dia pernah mengatakan dirinya mudah untuk berkawan dengan orang lain. Tetapi sejauh mana kebenarannya itu aku pun tidak pasti. Tatkala tiada berteman, lebih-lebih lagi hendak ke company kerana sahabat se’company’ tiada, kerana cuti balik kampong, mulalah dia berbaik denganku. Ramah sangat. Aku hairan jadinya. Perwatakannya jadi berubah dari sikap dingin kepada sikap hangat. Apabila sahabatnya pulang semula, dia kembali dingin denganku. Sehingga ke suatu masa, kakak yang agak baik denganku ini telahpun berhenti kerja kerana tamat tempoh contract. Tinggallah dia berseorangan. Waktu itu, aku terasa keramahannya. Seminggu lamanya. Alhamdulillah, mudah-mudahan sampai bila-bila pun dia begini. Sangkaanku meleset apabila dua orang adik yang bakal menjalani latihan industry di’company’nya menjadi pengganti kakak yang pernah baik denganku itu.
Sekali lagi aku keliru. Berkali-kali aku cuba untuk meramahkan diri. Tetapi hasilnya seperti sia-sia sahaja. Aku menjadi malu sendiri. Terasa dipinggirkan seketika di rumah. Setiap hari, apabila ‘office hour’ tamat, automatic aku menjadi susah hati. Susah hati berhadapan dengan rasa bersalah kerana tiada kemesraan di rumah. Aku jadi kekok dengan situasi ini. Pernah aku mengambil peluang bersolat jemaah bersama adik-adik yang tinggal bersama. Waktu itu, kakak tersebut tiada di rumah. Bertahan hanya dua hari. Sepanjang hari pekerjaan, mereka selalu pulang lewat. Banyak kerja barangkali.
Sepertinya aku tidak wujud di rumah ini. Mungkin kerana title menumpang rumah company(sedangkan aku bayar sewa rumah, bil air, bil api juga). Apalah salahku.. Aku keliru.
Hajatku sebenar-benarnya setelah habis latihan industry ini, aku ingin sambung untuk bekerja barang sebulan di company aku ‘training’ atas pelawaan bos(tetapi belum lagi mendapat kata putus).Tetapi, jiwa aku rasa tersiksa berada lebih lama di rumah ini. Aku mengambil keputusan muktamad untuk pulang terus ke kampong halamanku sebaik sahaja tamat latihan industry.
Ya, Allah.. Aku mohon ampun seandainya aku yang salah. Adakah aku terlalu berprasangka.. Aku cuba untuk menangkis sifat itu. Tetapi hari demi hari semakin kuat aku berprasangka. Lemahnya diri ini. Ampunkan aku Ya, Allah….
2 comments:
Doa dari kakak untuk adik tersayang..
“ Ya Allah, berilah basirah pada hati setiap tenteraMu ini, terimalah kami sebagai pejuang AgamaMu ya Allah, janganlah engkau biarkan kami tenggelam dalam nikmat kegembiraan tanpa kami sedari ia membinasakan. Ya Rahman Ya Rahim, jangan biarkan getaran itu hilang, tatkala menyebut dan mendengar namaMu. Sesungguhnya perjuangan ini amat payah ya Allah sehingga adakalanya kami berbantah pada hakikat yang satu. Ampunilah setiap tingkah laku kami yang melampaui batas dan tutur kata kami yang jauh dari perilaku seorang Hamba yang mengikat janji sebagai pendokong agamaMu. Ya Fattah Ya A’lim, kurniakan kami kefahaman yang baik, aqidah yang sejahtera dan nikmat ibadah yang shahih. Setiap ujian yang Kau kirimkan, kami mohon kekuatan utk menghadapinya bersama semua barisan tenteraMu. Satukanlah hati-hati kami ya Allah, cambahkan benih-benih kasih sayang dalam diri kami dan suburkanlah jiwa seorang Hamba dalam diri kami ”
amin..syukran kak wana...mudah2an Allah ampunkan kekilafan pada diri ini. byk lagi kelemahan yang perlu diperbaiki...
Post a Comment