11 July 2019


UJIAN SELEPAS BERKAHWIN?

Bila kahwin, diuji dengan lambatnya kehadiran cahaya mata. Normal je kalau kita sedih.

Teringat Ummi Dee. Asal datang je period, Ummi Dee stress, nangis tepi suami. Ummi Dee tak bunting pelamin pun tau.

Bulan ke bulan, belum juga dikurniakan rezeki. Jumpa doktor untuk check apa yang patut. Lepas tu doktor kata,

Awak dah kahwin 1 tahun ke?

Ummi Dee gelak je lah, walaupun dalam hati macam nak marah pun ada.

Doktor kata, kadang hormon amik masa nak menyesuaikan diri setelah berkahwin. So, kena sabar dulu.

Bulan-bulan berikutnya pun belum lagi dikurniakan rezeki baby. Stress lagi. Benda stress ni kadang out of control. Sebab terfikir kan.

Suatu hari, suami Ummi Dee ajak ikut pergi shooting ke Sabak Bernam dengan geng-geng Galeri Ilmu Media Group.

Uiii, bukan main suka betul Ummi Dee. Sebab dapat pergi jalan-jalan. Lupa habis segala masalah.

Memang happy sungguh. Sebab fefeeling artis kan. kahkah. Kena solek lah, kena posing macamtu macamni.

Jalan-jalan sekitar Sabak Bernam. Best rasanya.

Tak perasan time tu pula tengah time ovulation. Rezeki alhamdulillah, time tulah concieve.

Barulah faham pentingnya emosi kita ni perlu sangat  stabil dalam usaha nak mendapatkan zuriat.

selain tu, bab-bab makan, suami isteri kena jaga pemakanan. Kena pilih diet yang sihat & seimbang.

Kalau isteri:

1) Perlu lebihkan makan sayur & serat. Pilih sayuran yang kaya dengan protein.

2) Amalkan penambilan monounsaturated fat dalam avocado. Kekacang pistachios dan minyak zaiton.

3) Lebihkan makanan yang kaya dengan sumber zat besi, sayuran hijau, multivitamin dan asid folik.

4) Jauhi alkohol, rokok, dan dadah.

5) Elakkan makanan berminyak dan pedas. Elakkan terlebih ambil gula, lemak dan karbohidrat.

6) Kurangkan trans fat dalam makanan segera.

7) Bersenam 20 minit setiap hari. senaman ringan pun ok.

Untuk suami pula:

1) Dapatkan sumber protein mencukupi untuk penghasilan hormon.

2) Vitamin C yang cukup untuk penghasilan sperma yang berkualiti.

3) Makanan kaya zink untuk penghasilan sperma yang sihat, meninggikan kiraan sperma dan keupayaan sperma yang bertenaga.

4) Makanan kaya zat besi.

5) Hadkan pengambilan kopi. Maksimum 2 cawan sehari.

6)Dapatkan sumber makanan kaya kalsium dan vitamin D untuk meningkatkan kesuburan.

Moga bermanfaat lah ye perkongsian Ummi Dee ni.

Untuk dapatkan makanan tambahan bagi mencukuokan nutrien yang kurang dalam diet boleh lah meroger Ummi Dee ye 😊

www.wasap.my/60183638310

#tryToConcieve
#tipsHamilByUmmiDee