27 September 2012

Ya Rabbi


Bismillah kutitipkan kata-kata buat diriku yang kerdil...
Terimbau lagu yang dinyanyikan oleh sahabatku...
"Ya Rabbi Bil Mustapha..."
Lembut suaranya, beralun merdu...
Dengan menghayati setiap butir katanya, aku berasa kecil...

Ya Allah Ya Tuhan, doaku panjatkan, Limpahkan hidayahMu...
Imanku, iman manusia...
Adakalanya naik, adakalanya turun...
Berbuat sesuatu tanpa berfikir...
Menyesal yang tiada berguna.
Moga diakhir usiaku nanti,
Imanku adalah iman hambaMu yang bertaqwa...

Dengan mengingatiMu, kan tenang di hatiku, rahmatilah hidupku...
Tika aku susah, kadang aku lupa,
Yang aku punya Engkau...
Maka hatiku gundah, resah...
Benar janjiMu..
Ala Bizikrillahi Tatma'innul Qulub
Dengan rahmatMu Ya Allah, tenanglah hidupku...

Tiada amal ibadah, yang dapat kubanggakan, mohon belas kasihan...
Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidup dan matiku,
hanya keranaMu Ya Allah...
Ini ikrarku...
dan akan kulaksanakan...
dengan segala kemampuanku...

Alhamdulillah...

06 September 2012

Ragam 5 September 2012

Walaupun sesuatu perkara yang kita rasakan tak menggembirakan hati kita, perlu juga diucapkan Alhamdulillah.

Firman Allah maksudnya: "Boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jua Yang Maha Mengetahui (semua itu), sedang kamu tidak mengetahuinya. (al-Baqarah:216)

Pagi 5 September 2012, saya bersama sahabat, Nadhrah bersama-sama ke IPS untuk pendaftaran Master, malangnya proses pendaftaran kami terhenti apabila dikejutkan dengan jumlah yuran semester pertama yang bagi kami sangat amat tinggi. Ketika itu saya sepertinya mati akal. Tak tahu nak buat apa melainkan duduk mengelamun mimikirkan berbagai-bagai lagi kemungkinan yang akan terjadi.

Apabila ditanya kepada petugas yang berada di situ, "Tak boleh ke kami bayar setelah kami dapat pembiayaan GRAS?", GRAS adalah GRADUATE RESEARCH ASSISTANTSHIP SCHEME (Skim Pembantu Penyelidik Pascasiswazah). Jawab petugas, "Tak boleh dik..Semua pembayaran harus dilakukan dahulu,baru dapat daftar dan dapat nombor matrik. Misalkata adik dapat GRAS, nanti boleh refund balik"..Saya hanya mengangguk, dalam hati mempersoal kebenaran kata-kata petugas tersebut. Nadhrah memandang saya menunjukkan muka tak puas hati.

"Macammana ni Madihah...". Nadhrah bertanya. Saya diam seribu bahasa. Memikirkan mana nak dapat duit dalam masa yang singkat itu.

"Jomlah balik kolej kite..Kita tengok balik senarai yuran tu.." Nadhrah masih tak puas hati. Saya bersetuju.

Untungnya ada orang tua, ada tempat mengadu. Serba salah kami kepada mak ayah ketika itu sangat tinggi. Mahu tak mahu, perlu juga beritahu kepada orang tua masing-masing.

Saya menelefon abah,menyatakan hasrat meminjam duit. RM3567, bukan suatu jumlah yang sikit. Namun, tiada pilihan, abah tempatku meraih simpati. Maafkan along abah...Bergenang sebentar air mata.

Alhamdulillah...

Penantian hari esok...buat medical check dahulu.. 

08 August 2012

FB <=> illuminati


Kesimpulannya, jangan lalai untuk perkara-perkara yang tidak mendatangkan faedah. Cari manfaat dari agenda yang dibawa. Semoga kita tak tergolong dalam golongan yang rugi.

02 August 2012

Tsunami itu...



Ahad lalu seperti biasa saya akan bersama anak-anak Akademi Fakih Intelek yang luarbiasa semangatnya. Di sini saya tak bercadang bercerita tentang anak-anak cute itu, tetapi sekadar ingin berkongsi cerita daripada seorang sahabat berasal dari Acheh. Dia juga merupakan salah seorang daripada trainers FAKIH.

Masyitah, sahabat saya. Masa senggang hari itu kami berborak-borak. Bercerita tentang kampung halaman dan perihal keluarga masing-masing.

Naik bulu roma saya apabila diceritakan tragedi tsunami 2004 yang lalu. Ketika itu saya berada di tingkatan 3. Masyitah pula bersekolah di sebuah sekolah Ma'had di Acheh, suatu kawasan yang sangat jauh dari Bandar Acheh.

Pada hari kejadian, gemparan yang dirasakan tidak pernah berlaku sebelum itu mengejutkan warga sekolah. Huru-hara. Masing-masing keluar dari bangunan sekolah. Ada yang menangis ketakutan. Duduk di atas tanah yang sedang bergegar. Sambil menangis, sambil melihat tanah. Takut-takut mereka ditelan tanah.

Lain pula nasibnya dengan penduduk Bandar Acheh. Boleh dikatakan hampir keseluruhannya habis dibawa arus ombak besar.

"Air..Air.."

Masing-masing menyelamatkan diri. Ada yang mencari dataran tinggi.  Maka selamat nyawanya. Ada yang sedang menunggang motorsikal yang ibunya membonceng di belakang. Dek terlalu takut, dibawanya laju-laju motor itu. Tak sedar ibu di belakang sudah tiada. Entah bila jatuhnya. Seperti kiamat. Lupa akan anak yang dikandung, lupa akan suami, lupa akan isteri, lupa akan ibu.

Ada ibu yang bersalin, sedar-sedar dia di atas bumbung rumah. Anak yang baru dilahirkan ada bersama suami di atas bumbung rumah bersebelahan. Entah bagaimana boleh berada di atas bumbung.

Ada penduduk Bandar Acheh menziarahi saudara di hujung perkampungan Acheh, yang di perkampungan ke Bandar menziarahi saudara di hospital. Seperti menempa maut kata Masyitah.

Hanya kerana jari kelingking, seorang sahabat sepengajian Masyitah ketika di Mesir berjaya diselamatkan dari terkorban ketika musibah itu.Diceritakan, lumpur penuh menyelaputi badan. Tak terdaya lagi ketika itu, hanya jari kelingking yang mampu diangkat ketika sahabat itu di dalam timbunan lumpur.

"Ada yang masih hidup...Ada yang masih hidup..."

Alhamdulillah selamat nyawanya.

Ya Allah, betapa luluh hati saya mendengar cerita yang terasa seperti di depan mata ia terjadi. Kata Masyitah, ada pelajar yang hampir seminggu tak mengetahui, rupa-rupanya dia sudah keseorangan di dunia. Keluarga semua terkorban. Allahuakbar.

Di akhir sembang-sembang petang itu, Masyitah berkata,

"Berbagai-bagai cara Allah selamatkan manusia.Terkadang tak logik dek akal."

Dan berbagai-bagai cara juga Allah persiapkan untuk seseorang itu. Apabila sudah sampai ajalnya, maka dengan apa cara sekalipun, dia akan mati juga.

Semoga kita beroleh iktibar dengan apa yang dah terjadi. Moga-moga di sisi Allah, kita adalah hambaNya yang beriman dan bertaqwa. Amin..

13 July 2012

Hukum Qaza' (Mencukur Sebahagian Kepala Dan Membiarkan Yang Lain)



Alhamdulillah, seorang sahabat berkongsi ilmu. Pernah suatu ketika saya pos perbahasan berkenaan Hukum Qaza' di Facebook. Hukumnya adalah makruh, bukanlah haram...

14 May 2012

Jambatan Muar 1 VS Jambatan Muar 2


Jambatan Muar Pertama (Lama)


Jambatan Muar ke-2

Dengarlah Cerita Hatiku


Lama tidak menulis, terkadang kekok untuk memulakan. Hati rasa tergerak untuk menulis, bila ada rasa susuatu yang hendak diluahkan tetapi tak mampu untuk diperkatakan melalui lisan. Pernah atau tidak kita lihat, bagaimana pakar psychology merawat pesakit yang menghidapi masalah jiwa. Doktor akan berikan pesakit satu buku atau kertas kosong untuk mereka menulis, melukis, menconteng. Dari situlah doktor akan membaca fikiran pesakit.

Lumrahnya manusia, akan ada cerita hati masing-masing. Tidak semua akan berkongsi, malah merahsiakan daripada semua orang. Bahayanya situasi ini bila cerita hati itu pedih, tidak sama cerita hati yang indah. Cerita hati, bila kecil pedihnya, lama kelamaan akan jadi bisa pada tuan empunya diri. Maka, jika sukar untuk disuarakan melalui lisan, tumpahkan ia di atas kertas. Mudah-mudahan hati akan rasa lebih tenang melalui cara ini dengan syaratnya!! sesudah mengadu kepada Pencipta.

30 April 2012

Jerawat, punca dan nasihat!!!

Untuk rujukanku dan kawan2 (~ ~)

JANGAN AMBIL MUDAH, TAPI FIKIR-FIKIRKANLAH ..........


Kedudukan jerawat dan info

DAHI

Haba badan melampau, peredaran darah tidak baik. Minda dan badan, mungkin terlampau letih.Stress Kumpulan ini biasanya panas baran Nasihat : Pupuk tabiat tidur awal, bangun awal. Dapatkan tidur yg cukup dan minum air banyak

HIDUNG

Jerawat di batang hidung bermaksud tulang belakang kita mungkin bermasalah Di hujung hidung mungkin kerana haba perut melampau dan sisitem penghadaman tidak normal Di salah satu hujung hidung pula boleh dikaitkan dgn ovari atau sistem reproduksi

DAGU

Fungsi buah pinggang terjejas atau sistem endokrin (rembesan dalaman) lemah. Kaum wanita mudah mendapat jerawat di sekitar dagu mungkin berpunca drpd haid yg tidak teratur dan sistem peranakan yang bermasalah.

PIPI KIRI

Fungsi hati mungkin kurang lancar termasuk dilanda masalah rembesan, menyahtoksin dan penghasilan darah.

PIPI KANAN

Fungsi paru-paru mungkin tidak normal

PADA BADAN (BELAKANG & DEPAN)

Sistem perkumuhan yang bermasalah, sembelit. Amalkan pemakanan yang sihat dan mengikuti piramid pemakanan bagi mempastikan toksin tersingkir dengan lebih baik.
 
Sumber: http://jiwang.org/health-education/12763-jerawat-punca-dan-nasihat.html

05 April 2012

Rujukan Buat Diriku



Kesilapan Kita Sebagai Ibu Bapa dalam Mendidik Anak-Anak

1. Kesilapan pertama: Kurang BerdoaKurang berdoa semasa mengandung. Antara doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa mengandung ialah
* Saidul (penghulu) istighfar
* Doa memohon rahmat (Al-Quran Surah Ali ‘Imran, 3:8-9)
* Doa memohon zuriat yang baik (Al-Quran Surah Ali ‘Imran, 3:38)
* Doa agar anak mengerjakan solat ((Al-Quran Surah Ibrahim, 14:40-41)

31 March 2012

Di Jalan Dakwah Aku Bernikah

Assalamu'alaikum..buat pengunjung blog My Sensory.. kali ini saya nak share warkah dari siapa pun saya tak pasti. Saya menjumpainya dalam folder Downloads saya.. Maybe sahabat2 saya ada memuat turun sebelum ini. Dalam pada mengemaskini folders, saya ter'open' warkah ini. Saya kira, ia sangat bermanfaat buat semua. =) Selamat membaca....

24 March 2012

Duhai Wanita


Hati tiba-tiba rasa sakit. Entah mengapa jadi begitu. Kadangkala ia mengundang rasa sedih tanpa punca. Sehingga aku bertanya pada diriku sendiri. Mengapa sedih tanpa sebab?

Malam itu, sebelum masuk tidur, sempat aku menyapa kakak serumah. Sedang dia asyik melayari internet aku merapati dan bertanya, "Kak, akak pernah tak tiba2 rasa sedih tanpa sebab?".

"Pernah, akak memang macam tu. Dan kebanyakan perempuan selalu macam tu..."

"Kenapa jadi macam tu?" aku buat muka tak puas hati.

"Sebab... perempuan suka ungkit kisah-kisah lama..."

Aku faham, kisah lama yang dimaksudkan itu kisah-kisah yang sedih dan pahit.

"Ustaz akak pernah pesan.. Kamu kalau dah kahwin nanti, jangan ungkit apa-apa perkara yang suami kamu dah buat atau tak buat.."

Perkongsian yang amat menarik. Tak sedar jam menunjukkan pukul 1 pagi.. Banyak yang dibincangkan...

**************************************************

Perbincangan malam itu membuatkan saya terfikir.. Kaitan antara kaum wanita yang acapkali kita dengar empunya masalah kanser payudara dengan kehidupan yang dilalui.

Kesempatan yang ada sewaktu bertemu Dr. Aishah Arriza di Ipoh, Perak minggu lalu, saya bertanyakan punca wanita menghidapi kanser payudara. Dr. Aishah yang merupakan pakar dalam perubatan Attitude Therapy menerangkan punca utama wanita mendapat kanser payudara adalah disebabkan stress dan terpaksa berhadapan dengan masalah rumah tangga.

Beliau ada memberikan contoh realiti yang terjadi. Seorang wanita yang telah lama bercerai kemudian disahkan menghidapi kanser payudara adalah disebabkan tekanan yang dihadapi. Dalam erti kata, rasa sedih yang amat dahsyat.

Penerangan dari segi biologinya tidak dapat saya terangkan di sini atas sebab kurang arif dalam bidang perubatan.

**************************************************
Sebagai kesimpulan kepada coretan pendek saya yang tak seberapa ini, biarpun kita pernah lalui sesuatu yang sedih, pahit, menyakitkan hati dan yang seumpamanya, perlu kita ingat bahawa Allah memberikan ujian berbentuk sedemikian adalah disebabkan Allah sayang pada kita.

Jika mahu rasa bahagia, ceria selalu, tidak ada rasa tertekan, mungkin sikap kita perlu diubah. Cepat-cepat istighfar, dan lahirkan rasa bersalah jika kita sedih. Mengapa perlu rasa bersalah? Ujian Allah beri kepada hambaNya yang dikasihi. Jika rasa sedih tiada kesudahan, bermaksud kita membenci ujian tersebut.

Muhasabah cinta kita buat kekasih abadi. Wallahu'alam...







19 February 2012

Kejayaanmu Kegembiraanku

Alhamdulillah,hari yang penuh bermakna buat diri saya, 19 Februari 2012. Menemukan sekali lagi dengan anak-anak cerdik pandai, Nafis, Adib, Iskandar, Asyraf, Irfan, Iman, Ammar, Zilkamil, dan Muhammad Abbas. Insan-insan ahli Syurga.

Berkhidmat sebagai tenaga pengajar kepada mereka, saya sangat teruja. Bukan pujian, bukan balasan wang, tetapi yang menjadi harapan adalah kejayaan mereka mendapat ilmu yang diajar ustaz ustazah di dalam kelas. Gembira guru kepada kejayaan anak-anak murid normal mungkin berbeza, dan saya kira sangat ketara bezanya jika hendak dibandingkan dengan gembira guru yang mengajar kanak-kanak istimewa.

Di kalangan pelajar-pelajar Akademi Fakih Intelek(http://www.facebook.com/Akademi.Fakih.Intelek), setakat ini terdapat pelajar mild-Autisme, servere-Autisme, Hyper-active, dan Pekak.

Hari ini saya banyak memberi fokus kepada Adib(servere-Autisme). Pada mulanya saya cuba menarik perhatian dia kepada penggunaan i-Pad. Disentuhnya i-Pad dengan lajunya. Seakan-akan bermain dengan 'buttons' yang ada. Sekali sekala dia mendengar bacaan solat dan cuba mengikut bacaan Surah Al-Fatihah. Ya-Allah, gembiranya saya tak terkira...

Perhatiannya kepada i-Pad hanya sebentar, berbekalkan mini-laptop sahabat saya, saya membuka pula lagu 'Alif Ba Ta' seperti dalam video ini..


Saya fikir, mungkin Adib kurang berminat, tetapi saya pun cuba-cuba menyanyi berulang-ulangkali. Dia hanya melihat saya. Saya pun senyum (^_^) sambil menggerak-gerakkan badan seperti adik-adik yang sedang menyanyi dalam video di atas. No respon from Adib." It's okay Adib, Ustazah ada puzzle, jom main". Saya cuba menarik perhatiannya kepada puzzle sambil menyanyi lagu Alif Baa Ta. Masya-Allah, miracle from Allah, Adib ikut saya menyanyi Alif Ba Ta sampai Kha. Saya peluk dia erat-erat sambil berkata "Pandainya Adib, Ustazah sayang Adib..". Saya rasa nak menangis masa tu..

Adib

Saya penat. Berehat sebentar.. Tiba-tiba Adib memukul saya sambil menyanyi Alif Baa Ta. (Sakit betul Adib pukul Ustazah..Muka Ustazah pun jadi mangsa. Adib..Adib..di sebabkan Ustazah sayang Adib, ustazah tak marah (^_^)). Saya pun menyanyilah juga sambil menyuruhnya menyantum puzzle.

Alhamdulillah, walaupun sakit tetapi rasa sangat puas dapat beri sesuatu kepada anak didik. =)

Ammar

Ammar, satu-satunya pelajar pekak di dalam kelas. Usai belajar, Ustazah Aziah merainya dengan kata-kata Excellent, Pandai dengan bahasa isyarat. Satu 'give me five'...Tiba-tiba Ammar menangis. Saya dan Nadhrah hiba. Rasa nak menangis juga.. "Kenapa Ammar??", Ustazah Aziah bertanya. Rupa-rupanya Ammar tersentuh..Dia fikir Ustazah Aziah marahkannya di sebabkan tepukan tangannya dengan Ustazah sedikit kuat, mengakibatkan dia terdengar. Ustazah Aziah, merupakan guru paling berpengalaman dalam kelas kami menasihatkan kami, perlu berhati-hati dengan pelajar seperti Ammar. Kadang kala dia cepat tersentuh hati.

Irfan

Paling menghibakan, ibu kepada Irfan, meminta Irfan mendoakan cikgu-cikgu di Akademi Fakih Intelek masuk Syurga. Ya Allah, saya lagi rasa nak menangis.

Seronoknya mengajar kanak-kanak seperti ini, mendidik hati supaya merendah diri kepada Allah. Siapalah kita jika bijaknya bukan sekadar usaha, tetapi dengan izin Allah. Ya Allah, pimpinlah hati-hati kami ke jalan yang Engkau Redhai...Amin...

18 February 2012

Apa Itu Baby Blues Syndrome?


BABY Blues Syndrome, atau sering juga disebut Postpartum Distress Syndrome adalah perasaan sedih dan gundah yang dialami oleh sekitar 50-80% wanita setelah melahirkan bayinya. Umumnya terjadi dalam 14 hari pertama setelah melahirkan, dan cenderung lebih buruk sekitar hari ke tiga atau empat setelah bersalin. Jika Anda mengalaminya lebih dari 2 minggu, boleh jadi itu adalah Postpartum Depression dan sebaiknya  Anda berkonsultasi dengan doktor Anda.
Baby Blues terjadi kerana tubuh anda sedang mengadakan perubahan fizikal yang besar setelah anda melahirkan, hormon-hormon dalam tubuh juga akan mengalami perubahan besar dan anda baru saja melalui proses bersalin yang melelahkan. Semua ini akan mempengaruhi perasaan anda.Anda harus sabar dengan diri anda sendiri, mengerti bahwa semua perasaan ini adalah normal, dan dalam beberapa minggu segalanya akan terasa lebih baik untuk anda.

05 February 2012

Bismillah,

Hampir terlambat ke Wisma R&D UM. Dr. Nazean berulangkali mengingatkan kami (Nadhrah, kak Izzaidah dan saya) untuk datang setengah jam lebih awal sebelum pukul 10 pagi. Alhamdulillah setibanya di aras 10 bangunan, kelihatan masih ramai di hadapan pintu masuk aras. Pintu masih terkunci. Masing-masing menunggu Pak Guard buka pintu. Alih-alih Kak Izzaidah turun ke pondok Pak Guard. Agak kelam kabut persiapan pagi tadi. Walaubagaimanapun, Alhamdulillah, hanya dua orang pelajar yang mendaftar bagi sesi pagi.

Akademi FAKIH adalah hasil idea Dr. Nazean, bakal supervisor saya untuk Ijazah Sarjana dan suaminya En. Zaini. Dengan kerjasama daripada 2 orang guru dari Temerloh, Pahang yang sangat pakar dalam pendidikan khas. Kaedah Fakih yang digunakan dalam akademi yang baru ditubuhkan ini banyak menekankan pelajar yang kurang upaya dalam pembacaan Al-Quran.

Rata-rata sekolah hari ini masih tidak menyediakan silibus pengajaran Al-Quran yang khas untuk kanak-kanak istimewa. Mereka hanya dididik bagaimana cara membaca, mengira, melukis tanpa menekankan Pendidikan Al-Quran. Akademi FAKIH menawarkan pendidikan Al-Quran di mana pelbagai bentuk cara atau metod yang digunakan bagi menarik perhatian pelajar mempelajari Al-Quran. Antara usaha yang dilakukan tenaga pengajar adalah melatih kanak-kanak istimewa ini menyebut huruf-huruf Al-Quran, Bagi pelajar yang tiada kemampuan menyebut, pengajar akan menggunakan bahasa isyarat untuk pelajar mengenal setiap huruf-huruf Al-Quran. Silibus ini tidak terdapat di mana-mana sekolah kerana kaedah ini baru sahaja diperkenalkan.

Paling menarik perhatian saya apabila melihat sendiri kanak-kanak istimewa ini. Pelbagai ragam. Terasa terhibur melihat wajah-wajah yang comel. Mulanya kami tenaga pengajar, agak kekok mengendalikan kanak-kanak ini. Setelah melihat bagaimana cara Puan Syida dan Ustazah Aziah

04 February 2012

Fitnah Al-Masihi Ad-Dajal

Nabi Muhammad adalah NABI Akhir zaman yang telah menceritakan segalanya peristiwa sehingga hari kiamat. Nabi Muhammad s.a.w hanya tidak dapat menyatakan bilakah tarikh Hari Kiamat. Maka tak perlu difikirkan.

Masaalah 2012 yang diperkatakan seluruh manusia sekarang adalah merujuk kepada Bab Ke 5. Ia bukannya bab Hari Kiamat. Tetapi bab peralihan tamaddun manusia . Ia pasti berlaku cuma apakah pada 2012 itu adalah haq Allah.

10.1 – Turunnya Nabi Isa
10.2 – Nabi Isa bersolat berimamkan Khalifah Islam di Al Aqsa
10.3 – Cairnya wajah Dajjal tatkala melihat Nabi Isa
10.4 – Matinya Dajjal di tangan Nabi Isa
10.5 – Peperangan Khalifah dan Nabi Isa menetang Yahudi
10.6 – Pokok/batu bercakap jika yahudi berselindung
10.7 – Kemenangan untuk Islam

1.1 – Islam ditegakkan semula
1.2 – Hijrah Rasulullah ke Madinah
1.3 – Dakwah Rasullulah
1.4 – Peperangan Rasullulah menentang kafir

03 February 2012

Tips Kesihatan Menurut Islam

Al-Quran Mengajar kita menjaga kesihatan seperti membuat amalan:-


1) Mandi pagi sebelum Subuh - Air Sejuk yang meresap ke dalam badan boleh mengurangkan lemak terkumpul. Kita boleh saksikan orang mengamal mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.



2) Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk setiap pagi. InsyaAllah jauh dari penyakit.



3) Memanjangkan waktu sujud (sekurang-kurangnya seminit). Ia boleh mengelak dari pening atau migrin. Ahli Sains telah menemui beberapa milimiter ruang udara dalam saluran darah di kepala yang tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir ke ruang berkenaan.


4) Hadis juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Sebagai contoh kita makan ikan bersama susu dikhuatiri akan cepat mendapat penyakit. Saintis membuktikan dimana dalam badan ayam mengandungi ion (+), manakala dalam ikan mengandungi ion (-). Jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan makan akan terjadilah tindakbalas biokimia dan ia boleh merosakkan usus kita.



5) Nabi juga mengajar kita makan menggunakan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Saintis mendapati bahawa enzim banyak terkandung di celah jari, iaitu 10 kali ganda yang terdapat di dalam air liur. (Enzim berfungsi sebagai bahan pencernaan makanan)

Wallahu'alam..selamat beramal sahabat-sahabatku (^_^)

Cerita Cinta


Sinetron Cinta dan Anugerah. Sangat best. dan sangat sakit hati. Sebab lambat habis. 244 episod semuanya. Saya tak habis pun menontonnya. =) Dan lagi satu cerita Indonesia yang baru saya tonton...

Hafalan Solat Delisa. Drama berkisar seorang anak kecil bernama Delisa yang kehilangan ibu dan 3 adik-beradik perempuannya yang lain sewaktu Tsunami di Acheh. Mari ambil iktibar dari cerita ini...

14 January 2012

10 January 2012

Kelas Mualaf

Kelas untuk Mualaf Anjuran Hidayah Center di Pejabat Jemaah Islah Malaysia Pusat di Lot 


300.3, Lorong Selangor Pusat Bandar Melawati setiap Isnin jam 8.30 pm dan bermula minggu 


hadapan akan ditukar kepada Selasa jam 8.30. Kepada sesiapa yang berminat menghadari 


kelas tersebut boleh berhubung dengan En Faisal Abdurrahman di talian 019-6915279.

08 January 2012

Bagaimana Elak Lemak Tepu dalam Badan?



Walaupun badan anda memang memerlukan lemak di dalam badan untuk berfungsi dengan baik, anda seharusnya mengelakkan dari pengambilan lemak tepu yang banyak. Lemak tepu berpunca dari makanan seperti lemak pada daging, mentega, susu, keju, dan pelbagai lagi jenis makanan yang lain.
Walaupun sesetengah lemak tepu itu boleh dimakan, tetapi terlalu banyak lemak tepu boleh meningkatkan kadar kolesterol yang mana akan menyebabkan saluran darah tersumbat, strok, dan serangan jantung.
Terdapat beberapa cara untuk mengurangkan pengambilan lemak tepu ke dalam badan dan seterusnya membantu meningkatkan kesihatan anda dengan lebih baik untuk jangkamasa yang panjang.