22 January 2011

Respect Nenek Moyang

(comel tak?hehehe)

I realized that fact is too impress me. Nak tau apa? Erm, ada seorang revert ni, dia Chinese lah.. Dia ada beritahu, kenapa orang Cina(muslin n non-Muslim), selalu and teruja sangat...Asal bukak restoran, letak sempena nama, asal dapat nama, bukak restoran..hehehe(ni saya tambah sendiri)..

Baca bawah ni:

Mereka: suka ambil nama mereka untuk dijadikan "signature brand" utk bisnes mereka contoh YTL group(Yeoh Tiong Lay), Low Yatt group, pil sakit perut tu "Chit teik tek aun", bas Len seng dan macam2 lagi. That's why Chinese very particular and respect their ancestors dan mereka jaga nama keluarga mereka sampai hujung nyawa. tu lah sebabya they are so oppose/marah kalau anak mereka masuk Islam kena buang nama atau tukar nama.

Actually kawan2 ku sayang, no matter la, nak masuk Islam, tak payah susah2 nak tukar nama.kekal sudah..Ukuran Islam, bukan terletak pada nama ok..
Ok, sayang semua...next time kongsi benda lain pulak...

20 January 2011

Sis Anna


Duduk sorang-sorang, terkadang mengeluh dengan sifat malas yang ada pada diri. Malas+Takut+Tau nak senang je+suka bergantung pada orang+dll...semua ni sifat y saya rasa..saya miliki....dan mungkin hari ini, sifat tu sudah berkurang sedikit...macammana boleh kurang?emmm...

Dulu..semasa darjah 4,5,6...saya sangat pendiam...asal tiada cikgu dalam kelas, saya akan baca buku...baca dan baca..tak hirau kawan tengah main..(main jugak..tu pun lepas kawan paksa main..)..

17 January 2011

SURAT CINTA untuk......(baca je,jgn byk cerita)

Suatu hari tu, saya dan rakan saya, Nadhrah.. Kami ketandusan kredit handphone. Isk2.. Dengan penuh kesungguhan mengayuh pedal kereta (^_^) ke KK12 UM. Setibanya di kaunter ...., terbongkok-bongkok kami mencari kad topup. Mana dia ni..penat cari..Ala, ape susah..tanya je la..hehe..

"Hi, lama la tak jumpa u.. bagi topup celcom 10 ringgit.." saya minta pada si brother tersebut.
"Hi..nah.."
"Eh, apa pasal kecik sangat kertas topup ni?"
"Hey...u ni..tak kan tak tau lagi....minyak naik...gula naik...kertas pun mau naik la harga dia..mmm..itu pasal kecil....u tau sapa y salah?" serius betul tanya..
"yang penting bukan i yang salah la..haha"
"ha..itu la..kerajaan...i tak pernah sokong Barang Naik lo..dari dulu sampai sekarang..i tak suka.."
"habis tu u sokong P..S?"
"iya la..ini Islam lagi bagus..."
"Betul3...memang bagus..Oklah, I balik dulu..selamat mengundi ya.." sambil tersenyum...

08 January 2011

7 Sebab Kenapa Anda Selalu Letih

Selalu letih dan tidak bermaya?.... Tidur cukup tetapi masih terasa mengantuk dan keletihan? Sebelum anda cuba menyalahkan cara hidup anda yang sibuk dan urusan rumahtangga, cuba selami sebab-sebab ini yang mungkin menjadi dalang terhadap masalah keletihan anda itu.

Sebab 1: Kekurangan darah

Sekiranya anda masih muda dalam usia reproduktif dan mengalami haid yang 'heavy' setiap bulan, atau anda baru sahaja melahirkan anak beberapa miggu yang lepas, atau anda di diagnoskan mengalami fibroid, kehilangan darah mungkin penyebab terhadap keletihan anda.
Pendarahan haid atau faraj mengurangkan sel-sel darah merah yang membawa oksigen dari paru-paru ke sistem dan organ badan anda yang lain. Kekurangan oksigen pada organ menyebabkan anda cepat letih dan tidak bermaya.
Lain-lain sebab yang yang mendorong kepada kekurangan darah termasuklah: kekurangan vitamin seperti zat besi, folik dan vitamin B. Kekurangan darah juga mungkin berasal dari penyakit buah pinggang.
Gejala kekurangan darah yang lain termasuk: pening, kesejukkan dan rasa mudah terganggu. Ujian darah dengan senang dapat membuat diagnosa ini. Rawatan termasuk makan sayuran hijau seperti brokoli, bayam dan daging merah dan supplement yang diberi oleh doktor.

07 January 2011

Sultan Of Selangor regrets speeches were manipulated

Sultan Of Selangor regrets speeches were manipulated

I don't care about the irresponsible groups but one thing I would like to comment this article is the title totally not suitable. The reporter actually intend to reveal about Selangor state secretary.. Alright, we wait and see (^_^)

05 January 2011

Bangkit Setelah Jatuh

 [my future twins maybe..^_^]

The previous entry..saya membicarakan tentang azam bukan...erm... I hope that this semester I can do better than the last last last last semester. I hope that sahabat, rakan dan teman2 saya yang masih study juga dapat perform the best. I just want to tell you my friends..to pray for my success..huhuhu...I'll do the same for you..
7 subjects in a short period..huh..get faint maybe..



WKES3203 – ADVANCE PROGRAMMING
WKES2304 – OBJECT-ORIENTED MODELING
WKES3202 – SOFTWARE REQUIREMENTS ENGINEERING
WKES3107 – SOFTWARE VERIFICATION & VALIDATION
WKES3205 – SOFTWARE ENGINEERING II
WKES3105 – SOFTWARE ARCHITECTURE & DESIGN PARADIGMS
WKES3181 – ACADEMIC PROJECT FOR SOFTWARE ENGINEERING

03 January 2011

Azam Baru 2011


Alhamdulillah, kita masih diberi peluang melihat dunia sehingga ke hari ini dan masih banyak peluang yang Allah berikan untuk kita memperbaiki segala kelemahan yang lalu, meningkatkan amal ibadah seterusnya melaksanakan tanggungjawab yang sedia ada dan bebanan-bebanan yang bakal menyusul.

Bersempena dengan tahun baru 2011, menjadi kebiasaan kepada semua menanam pelbagai azam baru. Mungkin azam yang sama dinekadkan sewaktu masuk awal tahun hijrah 1432.

Teringat saya akan adik saya Nur Liyana, "Angah nekad, semester ni sekurang-kurangnya 4 kali ke Library. Blaja kat bilik asyik mengantuk."

Azam saya? Haha, saya pun tak pasti. (Teruk ke?)

Bagi saya, semua azam yang masing-masing nekadkan itu rata-ratanya kelemahan lalu yang hendak diperbaiki. Tiada sesuatu yang baru pun. Betul tak?

Apa yang penting bagi saya, sekurang-kurangnya 50% kelemahan tahun lalu dapat di"solve" tahun ini. Hari-hari lain pun boleh buat azam baru, bukan setakat menjelang tahun baru.. ^_^ .

Ok, saya tak berhajat berceloteh panjang, nanti merapu je lebih. Nasihat terakhir untuk semua dan diri saya sendiri, tampal besar-besar depan board belajar 'senaraikan peraturan untuk diri sendiri' dan patuhinya.

Selamat menunaikan azam baru....