Duduk sorang-sorang, terkadang mengeluh dengan sifat malas yang ada pada diri. Malas+Takut+Tau nak senang je+suka bergantung pada orang+dll...semua ni sifat y saya rasa..saya miliki....dan mungkin hari ini, sifat tu sudah berkurang sedikit...macammana boleh kurang?emmm...
Dulu..semasa darjah 4,5,6...saya sangat pendiam...asal tiada cikgu dalam kelas, saya akan baca buku...baca dan baca..tak hirau kawan tengah main..(main jugak..tu pun lepas kawan paksa main..)..
Masuk je tingkatan 1..perkara sama yang berlaku, pernah satu ketika..biasalah budak-budak nakal. Suka mengacau. 1 suara lantang dan mungkin yang pertama saya pernah buat dalam alam persekolahan. Saya tengking mereka. Bermula detik itu, saya digeruni oleh budak-budak lelaki (tak berani nak kacau..)
Sehinggalah ke tingkatan 2..dan 3..saya rasa masa tu saya mula suka cakap banyak.(pelik)..Pernah waktu tingkatan 3 saya masuk syarahan bahasa Arab. Dan terhenti di situ..sebab di peringkat kebangsaan tidak dipertandingkan syarahan B.A. keadaan kembali seperti saya dahulu. Jadi senyap semula. Saya mula berfikir..kenapa saya jadi takut.
Setibanya di KISAS, matrik, seterusnya UM...saya terlibat dengan usrah. Apa itu usrah? kalau nak di'translate' ke bahasa melayu..maksudnya keluarga. hidup berkeluarga perlu apa? ya, perlu kenal dengan mendalam, tahu dia suka apa, tak suka apa..dan terima seadanya di samping nasihat-menasihati, berkongsi masalah dan sebagainya. itulah usrah. bukan hanya duduk membincangkan isu-isu agama, tetapi boleh berjalan-jalan, makan sama-sama, mengikat hati antara satu sama lain.
Apa sebenarnya yang saya mahu kaitkan antara usrah dan (Malas+Takut+Tau nak senang je+suka bergantung pada orang+dll) yang saya nyatakan tadi? emmm...itulah peranan dalam berusrah.. Saya rasa, melalui usrahlah, minda saya lebih terbuka, lebih terbuka di sini saya maksudkan..dalam membincangkan sesuatu perkara..tak kisahlah isu-isu agama, semasa dan sebagainya.. Sedar tidak sedar, sebenarnya dalam usrah, kita melatih diri untuk bercakap, berpandangan secara terbuka, dan secara tak langsung juga, menjadi satu advantage apabila berhadapan dengan masyarakat di luar yang berbilang kaum, agama, pandangan, pegangan dan sebagainya. Kita akan lebih berani@tak takut untuk berpendapat atau berhujah. Maka dengan itu, buang dan hakis segala rasa MALAS nak menuntut ilmu melalui usrah khususnya, buang rasa NAK SENANG JE dalam hidup, ingat ye, kehidupan hari esok adalah apa yang kita tentukan hari ini. agak-agak nak gagal hari esok, maka janganlah berusaha. Dalam erti kata lain, nak senang esok, susahlah hari ini. Kekuatan@kegagahan hari tua, suatu yang belum dapat kita pastikan. Usia muda inilah masanya untuk kita berkhidmat bermati-matian untuk akhirat kita. Dan buanglah sifat SUKA BERGANTUNG PADA ORANG LAIN, kecuali jika dah tak berkemampuan langsung untuk bangun itu cerita lainlah. suka bergantung yang dimaksudkan di sini, sebagai orang yang biasa-biasa, bukanlah ahli agamawan, kita hanya meletakkan tanggungjawab berdakwah kepada ustaz ustazah, 'alim ulama' dengan alasan...tak cukup ilmu. Kalau begitulah pemikiran kita..Innalillah... Ingat, Malaysia, aman! bebas dari segala peperangan, tiada mudharatnya jika kita ingin melangkah keluar dari rumah untuk menuntut ilmu. Ilmu takkan habis dituntut. Dan termometer ilmu sehingga hari ini, masih belum ditemui.
Saya masih mengeluh..(tak baik mengeluh sebenarnya).
Ilmu mudah dikongsi, tetapi method atau strategi yang bagaimanakah paling sesuai? mm..
Berbalik kepada tajuk entri saya(setelah membebel panjang..)..Siapa Sis Anna tu? Jeng..jeng..jeng..
Kakak ipar saya..hehe..tak lah..gurau je..
Dialah orang pertama y tertarik dan masuk Islam melalui saya. (nada terharu..)
Di sini saya sekadar ingin berkongsi, mungkin akan jadi satu idea utk sahabat-sahabat selepas ini utk approach non Muslim.
Sewaktu 1st year dulu..saya suka............sangat berchatting.huhuhu...(berchatting ada maksud ye..bukan saje-saje). Idea berchatting dengan non Muslim saya peroleh dari brother Mas-Yuri (trainer/speaker) di IIS(Islamic Information Service). Saya main add je non-Muslim punya YM..ntah datang dari mana. Sehinggalah ada seorang sis Australian yang semakin hari semakin rapat dengan saya. Sis Anna..soalan pembuka yang menjadi dia tertarik kepada Islam...nak tau tak apa? Lawak jugaklah..pasal waktu mandi. Dia tanya waktu saya mandi saya pakai apa....bla..bla..bla..semuanya cerita pasal hal perempuan...(^_^)...
Month by month...akhirnya dia ambil keputusan untuk masuk Islam...pada mulanya dia agak ragu-ragu..takut-takut kehilangan ibu dan ayah...kawan-kawan..tetapi Alhamdulillah..Allah memberi jalan mudah.. Saya berkenalan dengan seorang doktor yang sudah berkeluarga di suatu negara yang boleh di katakan semua orang Islam...melalui YM juga..huhu..akhirnya Sis Anne berhenti dari professionnya dan menemui doktor tersebut dan keluarganya demi belajar tentang Islam..
Satu perkara yang sangat membuat saya terharu..dihujung nama asalnya..diletakkan nama saya (menangis saya waktu contact dia..)
Tapi sedih. Kami dah lost contact. Dia tak lagi online di YM. Saya langsung tak menerima berita tentang dia. Apa cerita entah. Moga Allah melindunginya.
Apa yang membuat saya mengeluh...saya belum ada kekuatan untuk serius berdialog dengan non-Muslim tentang hal-hal agama. Sekadar berkongsi sikit-sikit...Aduh..masih sempatkah mereka mengenali Islam.....
Dan yang beragama Islam WARISAN...sekadar mewaris...ayuh..kejutkan AKIDAH masing-masing..
Wallahu'alam..
No comments:
Post a Comment