Alhamdulillah, kita masih diberi peluang melihat dunia sehingga ke hari ini dan masih banyak peluang yang Allah berikan untuk kita memperbaiki segala kelemahan yang lalu, meningkatkan amal ibadah seterusnya melaksanakan tanggungjawab yang sedia ada dan bebanan-bebanan yang bakal menyusul.
Bersempena dengan tahun baru 2011, menjadi kebiasaan kepada semua menanam pelbagai azam baru. Mungkin azam yang sama dinekadkan sewaktu masuk awal tahun hijrah 1432.
Teringat saya akan adik saya Nur Liyana, "Angah nekad, semester ni sekurang-kurangnya 4 kali ke Library. Blaja kat bilik asyik mengantuk."
Azam saya? Haha, saya pun tak pasti. (Teruk ke?)
Bagi saya, semua azam yang masing-masing nekadkan itu rata-ratanya kelemahan lalu yang hendak diperbaiki. Tiada sesuatu yang baru pun. Betul tak?
Apa yang penting bagi saya, sekurang-kurangnya 50% kelemahan tahun lalu dapat di"solve" tahun ini. Hari-hari lain pun boleh buat azam baru, bukan setakat menjelang tahun baru.. ^_^ .
Ok, saya tak berhajat berceloteh panjang, nanti merapu je lebih. Nasihat terakhir untuk semua dan diri saya sendiri, tampal besar-besar depan board belajar 'senaraikan peraturan untuk diri sendiri' dan patuhinya.
Selamat menunaikan azam baru....
No comments:
Post a Comment