21 September 2013

Berkelah di FRIM Kepong

Berehat sebentar setelah letih main air >_<

Rancangan last minute pagi itu membawa kami ke Forest Research Institute Malaysia (FRIM). Terimbas kenangan sewaktu kecil, ibu dan abah gemar membawa saya dan adik-adik berjalan-jalan. Antara aktiviti sewaktu hujung minggu ialah picnic. Teringat akan suasana itu, saya pun spontan mengajak suami >_< "Abang jom berkelah nak tak? Nur gi beli sardin dan roti jap. Nak buat sandwich...hehe". Lega rasanya, suami bersetuju (^_^).

FRIM dari rumah kami tak jauh pun. Hanya ambil masa dalam 15 minit untuk sampai. Sesampainya kami di pintu utama, Pak Guard tahan. 
"Nak kemana encik?" 
"Nak masuk..." . Kami berasa pelik dengan soalan Pak Guard tu. Mesti la nak jalan-jalan di situ. Nak buat apa lagi.hohoho...
"Ok, kena bayar 6 Ringgit untuk parking ya encik"
Mahalnya...huhuhu. Demi untuk berkelah, hulur jelah duit =(
Kereta kami meluncur masuk ke kawasan FRIM. Terkejut dibuatnya kami. Macam-macam ada dalam tu. Sekolah rendah, tadika, chalet (ye kot..macam chalet je.hehe..). Patutlah Pak Guard tanya macam tu tadi.
Di kawasan hujung sekali adalah kawasan rekreasi. Suami pun park kereta. Huhuhu, ada banyak beruk la. Tapi beruk-beruk tu tak kacau orang yang berkunjung. Mujurlah. Tak macam beruk di Kolej 8 dan 10 di UM. Beruk-beruknya sangat berani mengacah-acah orang yang lalu lalang. huhuhu. Ngeri...

20 June 2013

Amalan Sunat ketika Hamil (Bhg. 1)

Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah, dengan izin Allah, tangan ini ringan untuk mengemaskini blog yang sudah sekian lama tidak dilawati sendiri oleh tuan empunya blog (>_<).

InsyaAllah, sedikit pembacaan sempat dilakukan dan ini hasilnya:

Diriwayatkan oleh Ibn Sunni daripada Fatimah r.ha. dan dapat disimpulkan di sini, Rasulullah memerintahkan Ummu Salamah dan Zainab binti Jahsyin menghampiri Fatimah yang hampir melahirkan. Baginda membaca
  1. Ayat Kursi
  2. surah al-A'raf (ayat 54)
  3. surah al-Falaq
  4. surah an-Nas

20 February 2013

Doa Mencukupkan Keperluan Keluarga


Sedaya upaya untuk menghafal doa-doa yang dijumpai berguna untuk diri dan keluargaku.

Rezeki itu telah Allah سبحانه و تعالى tetapkan untuk hambaNya. Jadi tidak perlu risau dengan ketidakcukupan makanan, keperluan harian, dan sebagainya untuk anak-anak dan isteri.

Perlu diingat, bukan sekadar duduk diam dan berpeluk tubuh rezeki itu akan bergolek. Berbekalkan usaha dan doa, bersangka baik dengan Allah, sabar dalam ujian, InsyaAllah Allah tidak akan mensia-siakan hambaNya.

"Ya Allah, jadikanlah keluargaku ini, keluarga yang tidak meminta-minta kepada orang lain. Cukupkanlah keperluan diri dan keluargaku. Dan jadikan hartaku ini, harta yang dapat juga dimanfaatkan untuk saudara seIslam. Amin..."