29 October 2010

Cantik Tapi Jahat


Sence  1
Hari yang penuh kecelaruan. Mawar duduk sambil merenung mukanya di hadapan cermin. Alhamdulillah, Allah kurniakan aku rupa yang sempurna lagi indah. Riak wajah yang tenang seakan tidak memahami hati yang bergelora.

Lelaki 1: Mawar, awak ni cantik rupa, cantik budipekerti, serba cantik semua.
Lelaki2: Mawar, awak ni ramai peminat, tapi susah org nak pikat. sesuai dengan nama awak ye. Mawar berduri.(senyuman terukir)
Perempuan1: Awak ni lembut je orgnya..

Terimbas segala puji-pujian rakan yang pernah ditemuinya.Mawar diam tanpa kata. Senyum yang mampu terlakar dibibirnya. Hatinya berkata,

Kasihan mereka. Mereka tak tahu, sebenarnya aku lagi jahat dari mereka. Selalu lupa akan janji aku kpd Allah walaupun sudah seinfiniti aku bertaubat. Aku seorang yang mungkir pada janji. Hina sungguh aku ini. Baik di hadapan, buruk di belakang. Menitis laju air matanya mengenangkan kepincangan yang berlaku dalam dirinya.

Sence  2
Pak Ali: Cantik kereta engko ye...
En Adam: Iye, terima kasih Pak Ali.

En Adam bermonolog. Kesian Pak Ali, dia tak tahu, ni kereta aku pinjam je sebenarnya..

Alangkah baiknya jika kehidupan kita diiringi dengan sifat tawadhuk. Pupuklah diri supaya merendah diri.

Orang yang berilmu tidak akan mengakui dirinya berilmu. Alangkah baiknya jika tidak mengetahui sesuatu, dia mengungkapkan kalimah Wallahu'alam... 

Teringat suatu kisah seorang ustazah yang menjadi ahli forum **tut** menjawab persoalan seorang remaja perempuan. Dalam majlis ilmu itu, terdapat seorang isteri pemimpin **tut** yang kiranya berjangok..MasyaAllah..Bertanya si remaja "Ustazah, apa hukumnya kita mencukur kening...?"

Demi menjaga hati isteri pemimpin tu, Ustazah menjawab dengan lantangnya: "Kalau si suami marah, meninggi suara, tak perlu cukur kening, dah boleh gugur sendiri..."

Saya pasti,siapa pun takkan faham apa yang ustazah tu nak cakap kan...^^

Tiba-tiba seorang ustaz **tut** membidas dengan suara tegas "HARAM HUKUMNYA!!.....", ada lagi ustaz tu explain...
Saya pasti, ustazah itu tahu jawapannya tetapi sengaja dijawab sedemikian. Kalau iye pun tak nak jawab betul2, sekurang-kurangnya sebut sahajalah kalimah "Wallahu'alam..." kan mudah merendah diri tu ^^

27 October 2010

New Inspiration, New Aspiration


Alhamdulillah, pejam celik-pejam celik, dah hampir 5 bulan berpraktikal. Hari ini hari yang sangat menggembirakan hati saya. Today, we had a session with the management, and I would say I never forget about what Puan had said just now. Thanks Puan (^^), you gave me a new aspiration.

Even though some of you knew about this and me too, I still want to stress about this. Walaupun kita graduate by holding our degree scroll regarding to our field, it will not confirm us work in the same field. Maybe we are right now in the IT field, tengok-tengok kerja nanti in the business field. Who knows..

15 October 2010

Soal Hati Sukar Dimengerti


Chiko berjalan-jalan, sehingga ternampak akan tikus, tiada perasaan untuk menerkam. Kenapalah Chiko berperangai sedemikian sejak akhir-akhir ini. Chiko berjalan lagi, kali ini tuannya memanggil
Chiko sayang, meh makan..Ala. tayang Chiko
Chiko faham tanpa mengangguk. Namun dia tidak lagi berselera seperti dahulu. Pantang disua Whiskies, langsung dihabiskan sehingga licin. Tetapi kini, semangatnya kian pudar. Tidak lagi seaktif dahulu.
Kenape Chiko? Tak sihat ke?Chiko janganlah macam ni, kite bimbang....Makan ye..
Jika dahulu, Chiko akan mengiau minta dibelas kasihkan, tatapi tidak lagi sekarang. Seakan membawa hatinya jauh dari menghuni di rumah tuannya.

Entah mengapa, tiba-tiba aku teringat pada Chiko, kucingku. Sayang aku pada Chiko terlebih-lebih, kalah sayang kepada adik-adikku sendiri. Sorry ye angah, Miza, Adik..hihi.

13 October 2010

Benarkah


Kita hidup biar miskin harta...
Jgn miskin ilmu & kasih sayang...
Perjuangan ini menjanjikan kita 1001 cabaran...
Kalau kita barjaya...
Jangan lupa bersyukur...
Tapi...
Kalau kita tak berjaya...
Siapalah kita disisi Allah...
Tak semua yg kita sayang...
Sayang pada kita...
Tak semua kita benci..
Benci pada kita...
Namun...
Jika kita fikirkan kasih sayang...
Kita akan di sayangi...
Jika kita fikirkan kebencian...
Kita akan di benci...
Kerana....
Ia boleh datang & pergi...
Tanpa kita sedari...
Menyayangi tak bererti memiliki...
Memiliki tak bererti selamanya...

Jika kita sayang seseorang
Biarkan dia bebas...
Jika dia milik kita... pasti dia
Milik kita jua
 
dipetik dari sajak: bos Zaini

09 October 2010

Ulasan: Tenggelamnya KAPAL Van Der Wijck


Alhamdulillah, satu malam+pagi ini sempat saya habiskan pembacaan yang berbaki lagi 3/4 muka surat tulisan HAMKA, seorang tokoh pendakwah yang amat disegani. Penuh dengan ketelitian sewaktu membaca. Walaupun gaya bahasa yang diguna agak sukar difahami, tetapi jalan cerita yang sangat menarik mendorong saya untuk meneruskan pembacaan. Berkobar-kobar semangat saya untuk berkongsi dengan sahabat-sahabat tentang nilai dan pengajaran yang terkandung dalam sebuah buku yang memuatkan 286 mukasurat.Mungkin ulasan yang akan saya buat mempamerkan susunan bahasa yang tunggang langgang, almaklumlah, bukan kelebihan saya di sini untuk melakar bahasa-bahasa yang indah seperti artikel-artikel yang terpapar di mana-mana blog tulisan sahabat-sahabat lain, walaubagaimanapun tetap juga saya ingin kongsikan. Dan demi menghormati permintaan seorang sahabat untuk berkongsi kisah 'Tenggelamnya KAPAL Van Der Wijck'.

08 October 2010

Tips/Panduan Atasi Zina Hati

 Selagi dinamakan manusia, kita mempunyai perasaan suka mengasihi dan dikasihi. Memang adat kehidupan bahawa kasih cinta didahului dengan berasa rindu, namun jangan pula rindu berlebihan.
Kerinduan kepada kekasih, sering kali membekaskan duka, penyakit menyebabkan kelemahan hati.
Kita sebenarnya berperang dengan perasaan. Namun, seorang Muslim akan terasa nikmat jika dapat menjauhi keluhan, kesedihan dan kerinduan ini.
Ibnu Qayyim memberikan terapi mujarab mengenai masalah rindu.

07 October 2010

Bicara Soal Makan


Mmm, sebut tentang makan, semestinya ramai yang teruja lebih-lebih lagi makanan yang dibicarakan adalah makanan kegemarannya. Makanan kegemaran saya? yang berjenis kuah-kuah especially sup. Tak kisah la nak bagi sup apa pun, mesti makan.Yang penting halal lah. Kue teow lakna ke, laksa penang the most I like, but kari? mmm, thinking twice, lebih-lebih lagi kalau diberi pilihan nak/tak nak... Saya akan pilih tak nak.. Kenapa? Sebab musababnya, logically think, apabila kita melalui sesuatu peristiwa yang kita rasa tak suka, the next time for-sure kita serik untuk melalui sebagaimana peristiwa tersebut berlaku. Betul tak? Actually, small thing sahaja, pernah suatu ketika sewaktu menghadiri majlis walimah, saya makan kari, and really muak. Habis, starting from that day,jatuh fatwa dari saya,semua kari adalah muak. Nasiblah kalau kena kahwin dengan orang yang suka makan kari, terpaksalah saya akur, need to cook curry. (^^). Yang penting tak muak.

05 October 2010

For Your Attention - keep it in your wallet@purse

Maybe some of you wouldn't know the e-codes for pig fat. So, the above picture is the list of e-codes. Hope after this, do bring along this list when you go for shopping...I also do it before, but the list then lost. Need to print it again and keep in my purse.

Jiwa Memberontak

Berehat sebentar melepaskan tekanan...

Masih aku tak mengerti, apabila berhadapan dengan @#%$^& hati aku pasti akan rasa panas, sakit dan macam-macam lagi. Itulah dia programming. Bilalah masanya aku mampu berubah kepada fikiran yang lebih positif dan tenang memerhatikan permasalahan programming ni. Pantang bertemu dengan masalah ini, mulalah fikiran jadi runsing.

Actually apa yang menyebabkan aku jadi pening sekarang ni, keadaan memaksa aku build some coding/language menggunakan File Maker. Walaupun File Maker menyediakan banyak functions untuk build the codings, I still can't manage it.

Pernah juga beberapa kali aku ditanya oleh some juniors of FCSIT, "Kak Madihah, macammana nak buat programming ni, susahlah...batch kiteorang kali ni banyak yang fail..Kak Madihah buat macammana?"

Dengan mudahnya la aku menjawab "Tak susah sebenarnya, cuma kena banyak buat latihan =)" sedangkan dalam hati menjerit-jerit....memang susah!!

Realitinya, doktor yang sakit tak akan mengubat dirinya sendiri walaupun keseluruhan hidupnya berbakti kepada pesakit-pesakit. So, tak salah untuk mendapatkan nasihat orang lain walaupun diri penasihat itu pun tak terurus (apa kaitan dengan post ni? huhu..dah tak dapat berfikir dengan waras..)

-i me myself (-_-)-

02 October 2010

Wahai bunga~


Bunga yang kembang dan cantik itu jarang yang wangi... Begitulah orang yang cantik jarang berbudi.."

Apabila si gadis dipuji dengan kata-kata, "Awak ni cantiklah", maka akan menguntumlah sebutir senyuman dibibirnya dan berbungalah hatinya. Tersipu-sipulah ia. Ah... siapa yang tidak seronok bila dikatakan cantik dan lawa? Begitulah resam manusia, seronok bila dipuji kecewa bila dikeji.