Mmm, sebut tentang makan, semestinya ramai yang teruja lebih-lebih lagi makanan yang dibicarakan adalah makanan kegemarannya. Makanan kegemaran saya? yang berjenis kuah-kuah especially sup. Tak kisah la nak bagi sup apa pun, mesti makan.Yang penting halal lah. Kue teow lakna ke, laksa penang the most I like, but kari? mmm, thinking twice, lebih-lebih lagi kalau diberi pilihan nak/tak nak... Saya akan pilih tak nak.. Kenapa? Sebab musababnya, logically think, apabila kita melalui sesuatu peristiwa yang kita rasa tak suka, the next time for-sure kita serik untuk melalui sebagaimana peristiwa tersebut berlaku. Betul tak? Actually, small thing sahaja, pernah suatu ketika sewaktu menghadiri majlis walimah, saya makan kari, and really muak. Habis, starting from that day,jatuh fatwa dari saya,semua kari adalah muak. Nasiblah kalau kena kahwin dengan orang yang suka makan kari, terpaksalah saya akur, need to cook curry. (^^). Yang penting tak muak.
Sebut-sebut pasal makan, pernah tak kita terfikir, dari mana sumbernya, siapa yang masak, cara yang macammana diguna untuk memasak sehingga sekecil-kecil perkara. Pantang sungguh orang sekarang, asal nampak makanan tu sedap, main belasah je makan. Entah elok atau tak elok, tak lagi diambil endah.
Pernah suatu ketika saya menghadiri satu sesi ceramah, ada seorang ustaz tu pesan, peribadi yang cantik, budi pekerti yang luhur, akhlak yang mulia adalah datangnya dari apa yang masuk ke perut kita. (lebih kurang begitulah ayat ustaz tu) Ditegaskan lagi olehnya, pastikan orang yang memasak itu menutup aurat! Sampai begitu sekali ustaz. Tiba-tiba saya terfikir, kalau macam tu, masak kat rumah pun kena pakai serba lengkap ke? Itu yang menjadi tanda tanya(tak terfikir nak tanya masa tu). Apa yang saya faham, maksud ustaz itu mungkin dari sudut adab menutup aurat dengan yang bukan muhrim. So, penting untuk menilai siapa tukang masak! By the way, yang staying in kolej-kolej kediaman, tak boleh nak kata apa dah, segala mak cik yang beraneka kulit duduk sekali masak sama-sama. Tawakkal sahaja lah ye. It's the best way. Hindari rasa was-was.
Dalam konteks hidup berkeluarga(walaupun saya belum berkeluarga) peri pentingnya persoalan makanan ni apabila kita empunya zuriat-zuriat yang bakal menyambung generasi-generasi seterusnya. Cubalah kita hyati satu sedutan kisah sebuah keluarga:
Tersebutlah kisah, sebuah keluarga..Si ayah mendidik dan membesarkan anak sulongnya ibarat menatang minyak yang penuh. Ayah adalah seorang ahli perniagaan. Businessnya berjalan baik tanpa cacat cela. Anak menjadi kebanggaan ayah, sudahlah pandai, cantik budi bahasanya. Alhamdulillah...
Anak kedua....Anak ketiga....
Anak keempat.....MasyaAllah, Astaghfirullah, itu yang mampu terlafaz dari mulut seorang ayah. Mengapa degil sangat anak ayah yang seorang ini? Sudah lah degil, bijak pun tak.. Tak macam abang sulong dia pun.
Berjumpalah si ayah dengan seorang ustaz yang dikenalinya, diluahkan segala rasa duka, resah, kecewa, dan bermacam-macam lagi perasaan kurang senang dengan perilaku dan tingkah anaknya yang bongsu. Beginilah En. Sifulan, check balik segala hasil titik peluh rezeki sehari-hari yang encik peroleh. Mungkin ada silap di mana-mana.
Memang sahlah, si ayah mengakui, urusan perniagaannya kini terlalu banyak berunsur riba, rahsuah, mudah bicaranya, sudah tidak hiraukan lagi syariat yang digariskan. Tidak seperti dahulu, segala urusan perniagaannya langsung dijaga elok.
Tersedar ayah dari kesilapannya, sesuap nasi yang masuk ke dalam perut, menjadi darah daging akhirnya, mendorong anak bersifat dan bersikap sedemikian.
Bukan mudah untuk meniti hidup di akhir zaman ni..=) Segalanya nampak remeh, tetapi seremeh-remeh itulah yang menentukan baik buruk kita akhirnya.
Qobla an akhiru kalami, suka untuk saya mengingatkan kalian, juga diri saya sendiri, jagalah pemakanan kita =)
Wallahu'alam...
1 comment:
saya suka makan kari campur kicap
Post a Comment