Chiko berjalan-jalan, sehingga ternampak akan tikus, tiada perasaan untuk menerkam. Kenapalah Chiko berperangai sedemikian sejak akhir-akhir ini. Chiko berjalan lagi, kali ini tuannya memanggil
Chiko sayang, meh makan..Ala. tayang ChikoChiko faham tanpa mengangguk. Namun dia tidak lagi berselera seperti dahulu. Pantang disua Whiskies, langsung dihabiskan sehingga licin. Tetapi kini, semangatnya kian pudar. Tidak lagi seaktif dahulu.
Kenape Chiko? Tak sihat ke?Chiko janganlah macam ni, kite bimbang....Makan ye..Jika dahulu, Chiko akan mengiau minta dibelas kasihkan, tatapi tidak lagi sekarang. Seakan membawa hatinya jauh dari menghuni di rumah tuannya.
Entah mengapa, tiba-tiba aku teringat pada Chiko, kucingku. Sayang aku pada Chiko terlebih-lebih, kalah sayang kepada adik-adikku sendiri. Sorry ye angah, Miza, Adik..hihi.
****************************************
Actually, apa yang ingin saya perkatakan di sini adalah berkenaan hati. Dalam konteks kita sebagai manusia@hamba, kita telah dikurniakan hati oleh Allah untuk merasai pelbagai perasaan. Gembira, Sedih, Kecewa dan yang paling gemar diperkatakan oleh rata-rata insan adalah perasaan cinta. Bersyukurlah kita kerana dikurniakan nikmat untuk berperasaan. Alhamdulillah.Walaubagaimanapun, manusia sering bertindak mengikut perasaan tanpa berfikir manfaat yang akan diperoleh dari kesan tindakannya itu. Bila nafsu menguasai diri, maka pertimbangan akal menjadi lemah. Dan akhirnya menyesal tiada berkesudahan.
Dalam satu hari, berpuluh-puluh atau mungkin beratus-ratus keputusan yang kita buat.
- Nak makan nasi ke, nak makan roti je?
- Nak pergi surau ke tak nak ea?
- Nak derma ke tak ni?
- Pilih Siti atau pilih Nur?
Rugilah kita andai acapkali memenangkan nafsu, nafsu yang menindas kewarasan akal. Ketahuilah, syaitan dalam diri yang menguasai nafsu kita. Berwaspadalah.
Apa ubatnya untuk mengatasi segala bentuk masalah-masalah hati kita?
Boring la belajar, boring la...asyik exam je...ish, dia ni suka bersyarah, macam la bagus....bla..bla..bla...
Pada pendapat saya,
- Jadikan Al-Quran sebagai sumber motivasi utama. Percayalah, hayati segala maknanya, kita akan rasa seolah-olah Allah sedang menasihati kita.
- Bacalah kisah-kisah Rasulullah, kekasih Allah yang tidak pernah membenci orang lain, walau sering disakiti kaum-kaum yang menetang, hatinya tetap kasih akan manusia yang lainnya.
- Baca juga novel-novel yang bermotivasi seperti novel sejarah Islam yang banyak mengisahkan para sahabat dan pejuang-pejuang Islam.
- Tidak dilupa, buku-buku karangan motivator Malaysia juga banyak manfaatnya.
- Mendapatkan nasihat daripada murobbi, tak kisah la cikgu ke, kakak abang usrah, ustaz ustazah..
- The last, and the most important!!! Kita ada derhaka pada mak ayah ke? Check, dan koreksi diri.
Setiap yang bergelar manusia tak akan lepas dari berbuat salah. Perbaikilah diri sekadar yang termampu. Segala nasihat yang diberi juga nasihat buat penulis. Semoga penulis menjadi anak yang solehah, bakal isteri yang solehah, bakal ibu yang solehah@mithali. Amin...
Wallahu'alam
1 comment:
nice~
Post a Comment