Walaupun sesuatu perkara yang kita rasakan tak menggembirakan hati kita, perlu juga diucapkan Alhamdulillah.
Firman Allah maksudnya: "Boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jua Yang Maha Mengetahui (semua itu), sedang kamu tidak mengetahuinya. (al-Baqarah:216)
Pagi 5 September 2012, saya bersama sahabat, Nadhrah bersama-sama ke IPS untuk pendaftaran Master, malangnya proses pendaftaran kami terhenti apabila dikejutkan dengan jumlah yuran semester pertama yang bagi kami sangat amat tinggi. Ketika itu saya sepertinya mati akal. Tak tahu nak buat apa melainkan duduk mengelamun mimikirkan berbagai-bagai lagi kemungkinan yang akan terjadi.
Apabila ditanya kepada petugas yang berada di situ, "Tak boleh ke kami bayar setelah kami dapat pembiayaan GRAS?", GRAS adalah GRADUATE RESEARCH ASSISTANTSHIP SCHEME (Skim Pembantu Penyelidik Pascasiswazah). Jawab petugas, "Tak boleh dik..Semua pembayaran harus dilakukan dahulu,baru dapat daftar dan dapat nombor matrik. Misalkata adik dapat GRAS, nanti boleh refund balik"..Saya hanya mengangguk, dalam hati mempersoal kebenaran kata-kata petugas tersebut. Nadhrah memandang saya menunjukkan muka tak puas hati.
"Macammana ni Madihah...". Nadhrah bertanya. Saya diam seribu bahasa. Memikirkan mana nak dapat duit dalam masa yang singkat itu.
"Jomlah balik kolej kite..Kita tengok balik senarai yuran tu.." Nadhrah masih tak puas hati. Saya bersetuju.
Untungnya ada orang tua, ada tempat mengadu. Serba salah kami kepada mak ayah ketika itu sangat tinggi. Mahu tak mahu, perlu juga beritahu kepada orang tua masing-masing.
Saya menelefon abah,menyatakan hasrat meminjam duit. RM3567, bukan suatu jumlah yang sikit. Namun, tiada pilihan, abah tempatku meraih simpati. Maafkan along abah...Bergenang sebentar air mata.
Alhamdulillah...
Penantian hari esok...buat medical check dahulu..
No comments:
Post a Comment