Assalamu'alaikum buat sahabat-sahabat yang disayangi kerana Allah. Syukran jazilan kepada sahabat-sahabat yang sudi singgah ke teratak 'My Sensory'. Terlalu santai barangkali setiap entri yang saya post. Walaubagaimanapun, manusia biasa takkan lepas dari melakukan kesalahan. Mungkin ada yang terasa secara tak langsung melalui penulisan-penulisan saya yang lalu. Mohon maaf daripada kalian semua ^_^ .
Bersempena dengan Eid Ul Adha kali ini, saya ingin mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Menjalani Ibadah Korban kepada Muslimin dan Muslimat walau di mana sahaja kalian berada.
Saya secara jujurnya lebih gemar mendengar daripada menela'ah buku. Menela'ah buku sering buat saya mengantuk. Daripada membaca lebih baik mengira. ^_^ (teringat subjek SPM yang paling saya suka..apa dia? AddMath n Matematik Moden) . Apa yang akan saya kongsikan di sini adalah dari kuliah-kuliah yang pernah saya hadiri. Penceramah-penceramah adalah mereka yang begitu banyak mengkaji ilmu yang dipelajari secara mendalam. Cuma satu pesanan yang saya akan pegang sampai bila-bila. "Beramallah kamu setelah berilmu. Jangan kamu beramal tanpa ilmu. Kelak kamu akan dipersoalkan ke atas amalan yang kamu lakukan." Seram je bunyinya. Oleh yang demikian, cubalah sedaya upaya yang mungkin, bilamana ada je kuliah atau tazkirah, pergilah dengar even untuk beberapa saat.
Waah, sedap je ye saya nasihat orang. Sedangkan saya pun pemalas sebenarnya. By hook or by crook kena juga menuntut ilmu. Kena juga paksa diri. Bermulanya Istiqamah adalah dari memaksa diri, InsyaAllah.
BERKORBAN demi cinta kepadaNYA.
No comments:
Post a Comment