30 April 2010

Bila Hati Telah Bertaut

Marilah kita bersatu, mara bersama ke medan jihad..
Mata sudah mengantuk, tapi kugagahkan juga bertemu sahabat yang sedang dilanda kedukaan. Dukanya bukan kerana putus cinta akan manusia, bukan juga masalah keluarga, malah dukanya akibat berhadapan dengan mereka yang tidak faham akan mengapa mereka perlu bersama-sama berjuang dalam medan yang sama.
 Marilah kita bersatu, menyahut seruan Tuhan yang Esa
Persepsiku, mengapa perlu ada lagi persoalan yang tidak terjawab masakan kamu telah bertahun-tahun bersama mereka bergerakerja. Boleh dikatakan di sini, kamu sebenarnya menurut tanpa kefahaman atau kata ganasnya, menurut membabi buta. Jika wujudnya Islam kerana warisan, Islam kerana pilihan, begitu juga wujudnya medan perjuangan ini yang juga kerana warisan, juga kerana pilihan.
 Marilah kita bersatu, mara bersama ke medan jihad
Hanya segelintir sahaja mereka yang hatinya tetap teguh di medan perjuangan dek perjuangan warisan, dan ramai yang hatinya teguh di medan perjuangan dek kerana perjuangan sebagai pilihan. Kiranya sangat beruntung menjadi pewaris tetapi apakan daya, peluang selalu dipandang sebagai perkara mendatang yang sangat menyusahkan.
 Marilah kita bersatu, menyahut seruan Tuhan yang Esa
Memang banyak kesusahan yang perlu ditempuhi apabila meniti medan perjuangan. Tidak dinamakan cabaran hidup jika asyik menagih kesenangan di dunia. Perlu ingat, dan tanyalah kepada diri sendiri."Mengapa aku sangat senang-lenang dengan duit, wanita, pangkat dan rupa?" Ingatlah! kesenangan adalah nikmat dan mungkin juga adalah ujian yang Allah beri kepada hamba-hambanya.
 Marilah kita bersatu, mara bersama ke medan jihad
Ramai di kalangan kita tidak menyedari kesenangan yang wujud dalam meniti hari di dunia. Peringatan sekali lagi...Tidak wujud kesenangan berada di medan perjuangan.. Tidak wujud kesenangan berada di medan perjuangan....Tidak wujud kesenangan berada di medan perjuangan..
 Marilah kita bersatu, menyahut seruan Tuhan yang Esa
Peringatan buat diriku dan sahabat..jawapan terhadap persoalan yang membeku di benak fikiran, tidak akan datang tanpa usaha kita mencarinya. Apa guna akal fikiran, pancaindera yang ada jika tidak diguna sebaiknya. Nasihat untuk diriku yang lemah ini di sisi Allah, fahamilah dan hayatilah apa yang kamu lalui di medan perjuangan..kelak kamu akan merasai kemanisannya..

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:”Sesiapa yang mempelajari ilmu yang boleh mendapatkan keredhaan Allah, sedangkan dia mempelajarinya kerana ingin mendapatkan habuan dunia, dia tidak akan dapat mencium bau syurga di hari akhirat kelak.” Riwayat Abu Daud
 wallahu'alam......

No comments: