29 April 2011

Kenapa gembira? Kenapa sedih?


Alhamdulillah baru lepas satu paper untuk exam semester ke-6. tapi malam ni rasa macam tak ada mood nak study. ada tu ada..tapi kurang bersemangat sikit. banyak buat benda yang merapu je. tapi takda la merapu sangat.huhu...

Erm, saya ni jenis orang yang kalau dah duduk sorang-sorang..suka sangat fikir benda yang saya kira orang lain pun sama juga terfikir bila duduk sorang2 diri. maaf la ye, saya punya bahasa santai2 se. malas den nak formal2, tak best. hehe..

Saya kan terfikir, kenapa kita kat dunia ni, bila dah gembira..gembira sangat sampai tak terfikir sedih tu akan datang. bila dah sedih..sedih sangat sampai tak terfikir saat gembira tu akan tiba. Kenapa mesti kita punyai sikap macam tu ye..Bila terfikir tentang hal ni, setiap kali gembira terlebih-lebih , saya mesti terfikir.. mungkinkah esok aku akan sedih? tapi bila sedih and down, saya tak fikir pulak..akan adakah kegembiraan pada esok hari?

Banyak sangat fikir..huhu..bila la nak habis..So saya pun buat kesimpulan sendiri, ada baiknya kita gembira berpada2..jangan terlalu gembira, kelak akan ada rasa sedih, duka, marah dan macam2 lagi yang akhirnya buat kita rasa stress and rasa tak best je life ni.

Dan bila sedih, down, and rasa mcm takda harapan utk bahagia, ada baiknya kita fikir macam ni, Allah nak uji kita, Allah nak tengok kita ni dah cukup kuat ke nak terima ujian yang lebih berat, kalau ujian kecik je pun dah tak tahan inikan pula ujian yang lebih besar. Untung sebenarnya orang2 yang dapat ujian yang besar. entah besar mana pahala yang dia dah dapat kan..? So, positif je la jalan terbaik saya rasa kalau dah sedih tu. Cumanya saya ni kaki mengadu kat orang kalau sedih. Adakah itu dikira sebagai tak kuat terima ujian ea? huhuhu. Saya rasa saya perlu explanation dari yang pakar.

Bila renung-renung balik, waaah, indah sebenarnya ciptaan Allah tu kan..perasaan mana boleh nampak macam ayam goreng (tiba2 rasa macam nak makan KFC), perasaan tu tak boleh nampak tapi dapat rasa..memang sangat takjub dengan ciptaan Allah yang satu ni.. Ya Allah, Engkau ciptakan setiap sesuatu, walaupun sekecil-kecil atom pun ada sahaja yang dapat membuktikan kekuasaanMu. Aku sangat bersyukur kerana masih sedar akan Engkau sebagai Tuhan yang berhak kusembah. Tiada yang lain melainkan Engkau.

Walaumacammanapun, manusia tetap manusia..macam kite-kite ni..lemah dan tak berdaya, sedih je keje kalau tak kena gaya.. Ada ke yang gembira sokmo? tipulah.. Sapa yang kata dia sokmo gembira, meh nak mintak sikit tips2. hehe..

Apa-apa pun, hidup ni hanya sementara, tak tahu lah life span kita ni sampai bila. mana tau esok dah takda.. Ya Allah seram sejuk rasa..huhu..

Sebelum tidur, mintak ampun pada Allah, tak payah kata 'kalau2 ada buat silap' , memang konfem banyak buat silap.. dan mintaklah semoga diredhai dan diberkati segala amal ibadah. Dan yang penting sekali, mohon rahmat dan kasih sayang Allah.. Kalau yang ini tak dapat, na'uzubillah, penilaian ibadah tu entah la..muhasabah..muhasabah..

Banyak lagi kelemahan diri ni, sampaikan orang lain buat kemungkaran even orang paling hampir pun masih takut nak tegur. Ya Allah, ampunkan hambaMu yang lemah ini.

Berbalik pada gembira dan duka tu, berpada-padalah..jangan terlalu gembira, jangan terlalu berduka..

-nasihat buat diri yang lemah-

No comments: