Alhamdulillah banyak-banyak kerana Tok Guru Nik Aziz telah meluahkan saranan bahawa Muslimat turut menunaikan solat Jumaat bersama kaum Muslimin.
Saya telah tinggal di negeri China di awal tahun 70'an dan memang apabila azan solat Jumaat dikumandangkan, akan nampak ramai wanita China bergegas-gegas ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat.
Begitu juga keadaannya di Makkah mau pun di Madinah, dimana kaum Muslimat dari awal-awal lagi di masjid tunggu masuk waktu. Bagaimanapun keadaan agak janggal di Malaysia, dimana keadaannya jauh berbeza dan kaum Muslimat dibiar begitu sahaja dan rataratanya bersolat zohor berseorangan dirumah.
Keadaan ini jika dibiarkan juga akan merugikan, lantaran sudah mula diadakan sedikit tazkirah sebelum khutbah untuk mendedahkan lagi serba sedikit ilmu agama kepada yang hadir.
Justeru, jika kaum Muslimat dapat hadir sekali, sekaligus akan dapat berganding menemani kaum Muslimin dalam menegakkan kalimah Allah secara bersama dan dengan lebih mantap. Alangkah bagusnya.
Untuk diri saya, insya'Allah akan diusahakan supaya diMasjid di mana saya solat berjemaah juga membuka ruang dan menggalakkan kaum Muslimat turut solat Jumaat sekali dengan kaum Muslimin.
1 comment:
pendapat saya...memandangkan rakyat kelantan sendiri yang sememangnya cenderung berniaga, mungkin itu yang menjadi salah satu sebab mengapa Tok Guru sendiri sarankan agar mereka(kaum muslimat) turut sama bersolat jumaat. kerana di situlah waktu dan ketikanya umat islam, selain muslimin, muslimatnya juga turut sama bersilaturrahim sesama yang lain.
mengambil kisah di rantau arab sekarang ini, bila azan kedengaran,automatik dihentikan jual beli. muslimat langsung menolak sekalipun pembeli menghulur duit.
walaubagaimanapun, tidak menjadi kewajipan bagi mereka 4 golongan(wanita,musafir,kanak2,orang sakit) untuk bersolat jumaat.
wallahu'alam...
Post a Comment