InsyaAllah pd kali ini saya nak share tentang zakat emas. Boleh juga didapati dari laman web lain. Tetapi saya dah tak ingat laman web mana saya rujuk.
1) Zakat emas yang disimpan(bermaksud yang tidak dipakai)
Sekiranya melebihi 85g (nisab)
Wajib zakat 2.5%
Contoh: 1 tahun = 100g emas
= RM160/g (harga semasa)
= 2.5% x (RM160 x 100g)
= RM400(kena zakat)
Seandainya emas dipakai (dijadikan perhiasan), tidak wajib dizakat, tetapi sekiranya melebihi kadar uruf, adalah wajib untuk dizakatkan.
2) Zakat emas yang dipakai mengikut 'uruf' di tempat bermastautin
Contoh: Johor - Kadar uruf 850g
Berat zakat yang layak dizakatkan:
900g - 850g
= 50g
Zakat yang wajib dibayar = 2.5% x (50g x RM160)
= RM200 sahaje..tak banyak pun..hehe.
RM160/g (harga semasa)
Berikut adalah nilai uruf bagi negeri-negeri di Malaysia.
Uruf emas bagi negeri Kedah adalah 150 gram.
Uruf emas bagi negeri Perlis adalah 170 gram
Uruf emas bagi negeri Pulau Pinang adalah 165 gram
Uruf emas bagi negeri Melaka adalah RM5000
Uruf emas bagi negeri Johor adalah 850 gram
Uruf emas bagi negeri Sembilan adalah 200 gram
Uruf emas bagi negeri Selangor adalah 800 gram
Uruf emas bagi Wilayah Persekutuan adalah 150 gram
Uruf emas bagi negeri Kelantan : tiada uruf
Uruf emas bagi negeri Terengganu adalah 850 gram
Uruf emas bagi negeri Pahang adalah 200 gram
Uruf emas bagi negeri Perak adalah 500 gram
Uruf emas bagi negeri Sabah adalah RM5000
Uruf emas bagi negeri Sarawak adalah 775 gram
No comments:
Post a Comment