24 December 2011

Di Penghujungnya


Alhamdulillah, akhirnya sampai ke penghujung semester terakhir di Universiti Malaya. Harap-harap begitulah... Jangan ada yang tersangkut sudah.. 3 tahun setengah fighting for Computer Science and majoring in Software Engineering bukan suatu yang mudah. Pernah terdetik di hati, waktu itu saya berada di akhir semester pertama tahun pertama, bernekad untuk tukar universiti lain di sebabkan tidak mampu untuk buat yang terbaik. Pointer jatuh merudum jika nak dibandingkan dengan pointer ketika di matrikulasi. Sangat jauh bezanya. Sudah termaklum, hakikatnya level universiti dan matrikulasi jauh berbeza, tak hairanlah saya sedikit shock ditambah lagi dengan subjek sains komputer, segala programming, operating system, database dan banyak lagi terminology yang sangat weird bunyinya. Ibarat kanak-kanak tadika mula mengenal ABC 123.


Saya mula terasa, "Ya Allah, berharganya setiap ilmu yang Engkau beri. Aku lalai dari menuntutnya sesungguh hatiku.".. Tika Jobstreet.com.my dibuka, baru saya sedar, banyak rupanya yang dah dipelajari selama 3 tahun setengah. Tetapi malangnya, hanya sedikit memori yang tersimpan. Mungkinkah layak untuk diterima masuk ke company ini..company itu.. Tiba-tiba jiwa jadi memberontak. Macammana ni...........

However, looking back is not good to gain our self-motivation. We will see the tremendous lacks. Looking forward with updating mission with a constraint (mission must meet the deadline). It's good. As Islam teaches the Muslims to keep asking this to themselves .. "Is today better than yesterday?"..

Pilihan di tangan masing-masing. Bak kata seorang teman saya, setiap orang perlu ada inisiatif untuk memajukan diri. Dan saya selalu ingat kata-kata itu. =)



Kenangan manis dan pahit sepanjang menuntut di FCSIT@FSKTM?

Yang manisnya, melalui Pilihanraya kampus. 3 tahun berturut-turut menjadi wakil calon@pengurus calon. Mengurus calon fakulti sewaktu saya tahun 1 dan 3. Mengurus calon umum sewaktu tahun 2. Apa yang dapat saya pelajari dari melalui saat-saat itu adalah menjadi orang yang berani. Walaupun sekadar wakil calon, hendak berhadapan dengan pihak lawan terutamanya kadang-kadang rasa gentar, berdebar-debar. Perasaan apakah itu? Hmm... Lawak pulak bila teringat balik. (^_^). Alhamdulillah, sekurang-kurangnya dapat juga pengalaman di kampus sebelum melangkah ke Dunia Realiti yang cabarannya tak tertanding dengan dunia kampus (Tetapi sekarang mahasiswa lagi maju..dunia kampus = dunia realiti ..Good!).

Yang pahit pula, bila saya dikritik oleh lecturer. Oh hatiku yang lembut macam span. Curah air terus basah. Tak dapat diselamatkan. Confirm kadang-kadang menangis. Inilah kelemahan saya dari kecil. Tetapi Alhamdulillah, yang pahit itu bukanlah satu penyakit. Tetapi ubat untuk kita bertahan dan terus berjalan kearah kecemerlangan.

Apabila bertemu ramai orang, kita akan dapat mempelajari sesuatu. Apabila sesuatu itu dipelajari, ia akan menjadi satu pengetahuan. Apabila menjadi satu pengetahuan, ia akan menjadi satu pengalaman. Dan apabila pengalaman itu ada, kita tak akan melatah apabila mengalami situasi yang sama di kemudian hari.

"Is today better than yesterday?"

Memegang kata-kata@quote di atas, tak perlu lagi kita mengeluh dengan kegagalan yang lama. Yang lepas itu sudah pun berlalu. Yang akan datang lebih perlu dihargai. Jangan ulanginya lagi. Apa yang penting, kita perlu percaya kepada diri sendiri yang kita mampu buat. Tetapi jangan lupa, tawakkal kepada Allah itu lebih utama. Berjaya atau gagal itu Allah telah pun tetapkan. Jika gagal hari ini, ada lagi hari esok untuk meraih kejayaan. Jika bukan hari esok, InsyaAllah ganjarannya di akhirat nanti. Tawakal beserta usaha! =)

Cukup setakat ini. Allahu Rabbi. Ampuni segala cacat cela penulisanku. HambaMu yang lemah berserah diri. Permudahkan segala urusanku, urusan hamba-hambaMu yang Engkau kasihi. Sesungguhnya hidupku dan matiku hanyalah kerana Allah, Tuhan sekalian alam..

No comments: