25 April 2009
24 April 2009
8 SIMPLE STEPS TO BOOST YOUR PC SYSTEM AND AVOID PC HANGS

STEP 1: Click "Start" from your dekstop then go to "Run" and type "regedit".
Registry Editor window appears.
STEP 2: Double left click "HKEY_CURRENT USER".
Choices under HKEY_CURRENT USER appears.
STEP 3: Double left click "Control Panel".
Choices under Control Panel appears.
STEP 4: Double left click "Desktop".
Choices from the right appears.
STEP 5: Double left click "CursorBlinkRate", then change its value data to "5".
STEP 6: Double left click "HungAppTimeout", then change its value data to "500".
Note: you must not change its value data lower than "350".
STEP 7: Double left click "MenuShowDelay", then change its value data to "200".
STEP 8: Double left click "WaitToKillAppTimeout", then change its value data to "2000".
After that, close the Registry window and thats it! ^_^
~Terima kasih banyak-banyak kepada sahabatku Luqmanul Haqeem...(^_^)
berguna betul ni....mudah..dan nak kongsi kepada sahabat-sahabat yang lain juga...~
13 April 2009
tidAk sedaR aku turuT saMa........
HASILAN MESYUARAT PARA PERWAKILAN BULUHMAS
11 APRIL 2009
Pihak Syarikat BuluhMas hanya menantikan keputusan rasmi daripada pihak Bank Negara Malaysia ( BNM ) dalam tempoh terdekat ini. Marilah kita sama-sama berdoa mudah-mudahan BM akan beroperasi seperti biasa dengan jayanya.
Sokongan & iringan doa daripada semua wakil & promoter amatlah dihargai.
Buluhmas, Noradz, Jazmeen : Apa Cerita ?
Oleh
Saya rasa sudah berpuluh-puluh malah hampir beratus orang bertanya kepada saya berkenaan hukum perniagaan Buluh MAS, Noradz Travel dan yang sepertinya. Mereka bertanya melalui ruangan komentar, sms, email, shout box dan pelbagai medium lain.
Walaupun sebenarnya saya ada meninjau ringkas web perniagaan berkenaan namun saya masih belum terpanggil untuk memberikan sebarang komen dan ulasan berkenaan hukumnya. Malah saya juga tidak membacanya secara serius dan sekadar menyelak web mereka beberapa minit sahaja. Ini kerana saya sedang menunggu 'lampu hijau' dari pihak berwajib.
Akhirnya, hari ini keputusan saya untuk 'belum mengulas' sampai kepada apa yang saya tunggu-tunggu, iaitu respon daripada Suruhanjaya Sekuriti dan Bank Negara Malaysia.
Walaupun respon mereka belum MENYATAKAN SYARIKAT YANG TERBABIT DIANGGAP BERSALAH atau TIDAK BERSALAH, namun ia cukup baik kerana siasatan sedang dijalankan, justeru kebajikan seluruh peserta-pesertanya kemungkinan besar lebih terjamin, atau 'wang peserta' mungkin juga akan hangus jika aset semua syarikat dibeku oleh BNM tanpa sebarang pampasan, apapun ia bergantung kepada keputusan siasatan.
Telah saya nyatakan berkali-kali kepada semua pelawat web ini yang baik dan mengamil berat hal halal haram dalam pendapatan mereka.
jika anda ingin bertanya kepada saya hukum sesuatu perniagaan, tolonglah semak terlebih dahulu dengan pihak Bank Negara Malaysia atau Suruhanjaya Sekuriti. Jadilah seorang proaktif dalam melaporkan mana-mana kewujudan syarikat yang sebegini kepada BNM atau Suruhanjaya Sekuriti (SC), selepas itu barulah sesuai ditanya kepada saya atau mana-mana ilmuan Syariah dalam bidang Fiqh Muamalat di mana jua.
Kemudian, satu lagi persoalan diluluskan oleh BNM & SC, semak pula mengapa pula pihak syarikat tidak mahu mengambil penasihat berwibawa untuk menyemak dan mengesahkan sistem dan produk mereka. Jangan lupa, mungkin ada beberpa syarikat yang mengambil mudah dengan meletakkan entah siapa-siapa sebagai penasihat Shariah syarikat mereka bagi mengabui mata pelanggan. Semak latar belakang penasihat Shariah, jadilah seorang yang bijak dan berfikiran panjang sebelum terjebak dan akhirnya menjadi mangsa.
Selain itu, jikakalau perniagaan itu mempunyai sistem yang diakui halal sekalipun tetapi melanggari peruntukan undang-undang yang ada, saya tetap tidak boleh menyokongnya, juga tidak boleh untuk mewarwarkannya sebagai halal. Ia merbahaya kerana mungkin saya pula akan disabit kesalahan kerana seolah berkempen untuk sesuatu perniagaan yang tidak menuruti undang-undang.
Sekadar itu coretan pendek berkenaan hal ini. Semoga dapat mempelajari sesuatu.
Sebarang kata-kata kasar marahkan syarikat atau BNM,
dan semua jenis maki hamun, provokasi, emosi tidak tentu hala dan sepertinya di ruangan komentar akan dipadam dan tidak disiar, justeru tidak perlulah ada sesiapa yang ingin membuang waktunya jika ada hasrat berbuat demikian di web ini.
Jika anda terjebak, eloklah memarahi diri sendiri kerana 'terkena' sedangkan telah banyak pengajaran sebelum dari ini.
Sekian
Zaharuddin Abd Rahman
14 Oktober 2008
Wales, UK
11 April 2009
"specific"kan matlamat
HuBunGan EtniK --->> 20 April --->> 1500
Principle of Artificial Intelligence --->> 23 April --->> 0830
Software Engineering --->> 23 April --->> 1130
Computer System and Architecture --->> 29 April --->> 1130
Data Structure --->> 4 May --->> 1130
English(Effective Presentation Skill) --->> done Alhamdulillah

"Maafkan segala kesilapanku selama kita bersahabat, berkawan, berteman..
andai banyak diri ini melakukan kesilapan melalui perlakuan mahupun percakapan.Doakan kejayaan bersama.
Kecemerlangan milik bersama, InsyaAllah"
08 April 2009
hanya tinggal kenangan...
sedih sangat kehilangan barang yang berharga ni...
time2 ni lah dia nak hilang...
takpe2...
Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (mereka berdoa): "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. beri ma'aflah Kami; ampunilah Kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah penolong kami, Maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir."
(Al-Baqarah : 286)
tetapi kita tak sedar, bahawa kita adalah insan yang bertuah kerana dipilih untuk menghadapi semua itu.
nak dibandingkan ujian yang menimpa diri ini, tidaklah seberat yang ditanggung Rasulullah, sehinggakan sanggup menanggung kesakitan ummatnya dikala sakaratul maut..
ucaplah Alhamdulillah apabila diuji Allah..
MEMETIK kata-kata MOTIVASI
daripada
"MEMBINA JIWA SERASI"
oleh: DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
m/s:65-66
*diedit sedikit*
i)anda tak pernah keseorangan.kisah anda alami hanyalah ulangan yang dialami orang lain.kesemua orang itu mampu menghadapinya dengan tabah,mengapa anda tidak?
ii)kalaupun anda rasakan apa yang anda alami itu sudah cukup dahsyat,ketahuilah ada orang yang lebih dahsyat lagi.kalau anda rasakan masalah itu cukup besar,tak pernah dialami oleh orang lain,anda silap,sudah ramai orang mengalaminya bahkan lebih dahsyat.jarang kita dengar mereka ini bunuh diri atau menjadi gila.jadi,kenapa anda nak bunuh diri dan nak jadi gila?
iii)kalau dikira semua zaman sejak kewujudan manusia,anda fikir kisah anda itu unik sangatkah?Tidak.ia semata-mata ulang tayang 'filem-filem lama'.
"Sebesar-besar atau seberat-berat urusan,
janganlah dihadapi dengan muka berkerut.
Kerut muka itu dengan sendirinya menambahkan lagi kerut
pekerjaan itu."-Hamka
wallahualam..
07 April 2009
-di TAG??-
kali ini, kutelah di TAG oleh husna...
terima kasih ye cik husna..pandai ye kamu..
tapi soalan tak killer sangatlah..hehehe..
1.Bekas kekasih saya adalah :
sekolah tercintaku.......KISAS..huhu
2.Saya sedang mendengar :
nasihat kakak2 dan abang2 kesayangan..huhu, insyaAllah
3.Mungkin saya patut :
diam je tanpa keperluan untuk berkata tanpa kepentingannya..
4.Saya suka :
memerhati...wahh,bahaya tu..
5.Sahabat-sahabat baik saya :
tak dapat nak state..ramai sangat.kang ada yang mengecilkan hati pulak..
6.Saya tak paham :
kenapa bila dah besar,anak2 ni susah sangat nak dengar nasihat org.haish..
7.Saya kehilangan :
kucing2 ku, hamster2 ku....mereka telah meninggalkan dunia..=(
8.Ramai yang berkata :
tak cukup masa! iye ke?
9.Makna nama saya :
nur madihah binti jafar? - cahaya terpuji anak anak sungai...
10.Cinta itu adalah:
yang lahir dari hati yang hakiki..(kata ustz Hasrizal)
11.Di suatu tempat, seseorang sedang :
bersedih...
12.Saya akan cuba :
bertanya...kenapa dgn kamu??
13.Ayat SELAMANYA membawa maksud :
hablumminallah, hablumminannas etc...
14.Telefon bimbit saya :
1 cukuplah...banyak2 kang nanti kembung pulak poket.
15.Bila saya terjaga dari tidur :
selalu lupa baca doa..tengok lap top jap,
baru pergi bilik air..qiam..
16.Saya paling meluat apabila :
terleka..buang masa betul...
17.Pesta/Parti adalah :
seperti jamuan..tapi seperti apa yang digariskan dalam Islam,itu semestinya..
18.Haiwan yang paling comel yang saya pernah temui ialah :
bybo...
sejenis beruang.hehehe
19.Peringkat umur yang paling menyeronokkan bagi saya ialah :
masa sekaranglah..banyak cabaran.waah...inni ansarullah..ameen..
20.Hari ini :
tak siap lagi csa...
then ada group dicussion..
bersama vivienne yang comel..
21.Malam ini saya akan :
belek2 ape yang perlu
22.Esok pula saya akan :
jadi yang lebih baik daripada hari ini!!!!!waaaah...proud to be muslim..
23.Saya betul2 inginkan :
suami yang dapat membimbing saya mencapai keredhaan Allah..
n melahirkan anak2 yang soleh dan solehah...
keluarga dalam suasana solehah
ameeeen...
24.Ketika anda lihat wajah anda di hadapan cermin pagi ini :
saya rasa saya cantik..
syukrulillah..
apa yang ada pada diri..
itulah yang terbaik untuk kite...
jangan pernah berasa rendah diri..
25.Pusat membeli-belah atau arked permainan :
kat mana-mana pun jadi..hehehe
26.Makanan Barat atau Jepun :
saya suke...
27.Bilik yang terang atau gelap :
dua2 pun boleh....
kalau tidur,kata ayah mesti tutup semua lampu(gelap la tu)
kalau nak belajar..(kalau boleh, disetiap sudut syiling mesti pasang lampu..)
bukan membazir..
tapi mata terasa macam dah bertambah rabun pulak..
masyaAllah..
28.Makanan segera adalah :
erm..biasanya keropok, chocolate...n so on...
29.Ayat terakhir yang anda katakan pada seseorang?
jaga diri, salam..
30.Siapa yang anda nak Tag?
tak naklah...huhuhu
05 April 2009
Begitukah Akhirnya?
" Tentu mereka sedang tidur lena.." getus hati sambil tangan meraba mencari tombol. Namun...
" Ummi, Kak Long dan Kak Ngah tak boleh tidur.. ada nyamuk..panas pula tu." Belum sempat pintu bilik dibuka, anak-anak lebih dulu menyua muka. Terpisat-pisat mereka mengesat mata. Dalam kesuraman cahaya bulan purnama yang masuk menembusi tingkap bilik, aku mendorong mereka ke katil. Suamiku kebetulan tiada di rumah kerana berprogram di luar kawasan.
" Kak Long dan Kak Ngah tidur dengan Ummi ye...elektrik tak ada malam ni ."
Oleh kerana masih mengantuk, mereka menurut sahaja tanpa banyak bicara. Aku mengambil majalah yang tadi ingin dibaca, kujadikan kipas untuk menyejukkan sedikit pusaran udara sekitar bilik kecilku.
" Kak Long dan Kak Ngah tidur ye, Ummi tolong kipas. Nanti sejuk sikit.." Aku berkata. Sempat telinga mendengar dengungan si nyamuk. Sambil mengipas, aku membuka mata luas, kalau-kalau ada nyamuk yang datang hinggap di tubuh anak-anakku..kasihan mereka. Terpaksa melelapkan mata dalam keadan tidak selesa begitu.
Itu di dunia...Entah mengapa sambil mengipas dan menampar nyamuk yang hinggap seekor dua, fikiran melayang mengenang keadaan di akhirat sana.
Di sini, aku masih boleh menjadi 'penyelamat' anak-anak dari situasi yang tidak menyenangkan. Mereka juga tetap mencari Ummi mereka ini untuk mengadu nasib diri. Bagaiman di sana nanti ? Mampukah lagi aku menjadi penyelamat mereka dari terjunam ke lembah neraka...Na'uzubillah. Dan, adakah anak-anakku mencari Ummi ini sekadar untuk menagih janji..
" Dulu di dunia, Ummi kata Ummi sayang kami. Sekarang ini kami minta bukti ".. mungkin itu jerit mereka. Di depan titian Sirat menanti..di bawahnya jurang neraka berapi.
" Kami tak bersalah, Ummi kami yang menjadikan kami tidak solehah..Salah kami tidak ditegur, silap kami tidak diperbetul. Lantas, kami terus dengan diri sendiri..Pakaian kami tidak ikut syariat. Ummi kata, tak mengapa kerana kami masih belum dewasa. Solat kami culas, Ummi kata tak mengapa. Dah baligh kelak, baru Ummi galak. Gelak tawa kami berdekah-dekah. Ummi buat tak endah. Ummi kata, tak mengapa. Dah besar nanti, baru Ummi menyapa..jangan begitu bila ketawa."
" Namun belum sempat Ummi menegah, Ummi lebih dulu meninggalkan alam ini. Kami dah biasa begini, terus dewasa tanpa panduan ilahi. Mari Ummi, terjun bersama kami..selayaknya kita di sini " kata mereka lagi, lantas pantas mencapai tanganku ke tepian api..
Astaghfirullah..Aku terjaga dari lena. Tertidur rupanya. Ku toleh ke sisi, anak-anak masih dibuai mimpi. Bilik yang tadi suram, telah kembali terang. Terngiang-ngiang lagi 'jeritan' anak-anak dalam mimpiku tadi. Perlahan-lahan aku bangun. Sementelah, belum masuk Subuh, aku ingin munajat pada Ilahi, mohon kekuatan dan petunjuk. Jangan 'peristiwa' dalam mimpi menjadi realiti.
' Ya Allah, dalam hening malam aku sujud pada Mu. Kumohon jangan pernah berpaling dariku. Aku tak punya siapa-siapa untuk menolong. Aku menagih rahmat kasih sayang Mu, Ya Allah. Bantulah aku, dalam mendidik anak-anakku. Kurniakan aku kekuatan menegur dan membetulkan salah silap mereka. Dengan baki usia yang masih bersisa ini, ya Allah. Aku akan bersama suami menunjukkan jalan yang benar kepada mereka. Pandulah kami, bimbinglah kami. Kami ingin mati dalam redha Mu. Kami ingin menuju akhirat Mu tanpa beban yang masih berbaki.Alam kini penuh fitnah, dinding kami dari fasad dan jahat dunia. Kami tak daya menolak tanpa bimbingan dan hidayah Mu.
Kurniakan kami anak-anak yang soleh dan solehah agar di sana kelak kami tidak saling menyalak.
Kami akan mendidik mereka berlandas syari'at, Al Quran dan Sunnah sebagai pengikat. Ya Allah, hadiahkan kami redhamu, izinkan kami bernaung di bawah cinta Mu, walau kami sedar kami banyak dosa tapi kami tak akan pernah berputus asa'.
Kita sekian lama berbangga kerana syurga di bawah telapak kaki kita, namun sepatutnya kita lebih dulu insaf, kerana syurga atau neraka seorang anak, kitalah pencorak pertamanya. Semoga beroleh manfaat.
Mencari dan terus mencari cinta Ilahi.
* Noraslina Jusin merupakan seorang isteri, ummi dan muslimah yang berdakwah melalui blog. Kini tinggal di Leicester United Kingdom.
Sila KLIK untuk melayari blog beliau.
04 April 2009
oh...what happen to me??

apekah makhluk ini??
hehehe
comel betul gambar kat atas tu.baby yengok pun naik berkerut muka dia.
hehehe.ala-ala macam diklonkan pulak.haih..
"Harta benda dan anak-anak kamu hanyalah menjadi ujian dan di sisi ALLAH ada pahala yang besar." (Al-Quran Surah At-Taghabun, 64:15
kali ini saya nak bawakan tajuk "are you doing this to your child??"
sekarang ni, ibu dan bapa bekerjaya mengambil mudah perihal anak-anak.
expose them from fast food to vedio games..
tak disedari anak-anak didoktrinkan dengan keganasan(violent)
ibu2 dan bapa2 just grab the latest video game for their kids without even mengambil tahu content video games tu..
banyak video games sekarang yang bertemakan:
-violence
-rape
-racism
-aggressive behaviour
-addiction
serba sedikit semua ini menjadikan minda anak-anak diasuh dengan benda-benda negatif.
menerjah ke sekolah-sekolah rendah,
masyaAllah, ada yang bertumbuk, membuli and etc.
apabila dewasa, anak-anak ini menjadi sampah masyarakat akhirnya.
na'uzubillah..
apakah ini yang kita mahu terjadi kepada anak-anak kita?
ibu bapa adalah perintis kepada anak-anak yang cemerlang..
think about it..
be the best for our future.
"Tahukah engkau siapakah orang yang mandul." Berkata para sahabat : "Orang yang mandul ialah orang yang tidak mempunyai anak." Lalu Rasulullah SAW berkata : "Orang yang mandul itu ialah orang yang mempunyai ramai anak tetapi anak-anaknya itu tidak memberi kemanfaatan kepadanya sesudah ia meninggal dunia."-(Maksud Al-Hadith )
03 April 2009
02 April 2009
rindu nak nyanyi lagu ni.....

Peribadi mulia dan terpuji
Pewaris amanah para rasul
Menegakkan Islam Deen yang suci
Allahu Akbar2x
Badan Dakwah mengorak langkah
Menempuh badai mehnah dan fitnah
Dengan sabar dan penuh hikmah
Terus mara dan istiqamah
Hidup berjuang penuh cabaran
Perlu bekalan ilmu dan iman
Ayuhlah mara bina kejayaan
Islam terbilang sepanjang zaman
Allahu Akbar2x
Ma damal..Islamu ya'alu
Bi 'aunillah..hiyantasyiru
Lil Islami abtolu
Li wajhillahi yantasyiru
31 March 2009
hari-hari yang 'busy'

Bismillahhirrahmanirrahim....
"Sorry la..I tak bleh teman u pergi ur late husband's funeral..."
petikan dialog dari drama Sabtu "Tanah Kubur"..
Lebih kurang macam tulah dialog tu..saya pun tak berapa ingat.
kepada pembaca-pembaca blog saya ni,sila lapangkan dada anda,lapangkan fikiran,
lapangkan segala kekusutan..
cuba check balik diri kita..
pernah tak kita menyebut dialog yang seakan-akan dialog tadi?
let say,bila ada orang mintak tolong ke,
bila ada orang susah mintak derma ke,
bila diajak ke majlis ilmu ke,
bila ....,bila.....
dan macam-macam bila lagi.
pernah tak kita terfikir,asal nak buat baik je,ada je halangan...
mmm,sebenarnya halangan itu bukanlah punca daripada keadaan semasa..
tetapi berpunca daripada kita sendiri.
"hang ni,bila aku ajak pi masjid,ada ja kerja hang yang tak siap lagi...
tula,asyik bertangguh ja..bila ada masa luang,hang duk rilek..bz la konon.."
dialog adik dan abang

kemanakah kita menghabiskan usia muda kita??
andai selepas kawan-kawan baca artikel ni..
"popss"
collapse on the floor...
na'uzubillah...
tak sempat nak buat apa-apa dah...
selamat tinggal jasadku...
roh terawang-awang meninggalkan jasad...
sayu terasa kerana diri tak sempat beramal ibadat...
so,ape lagi....
sebelum terlambat...
sedarlah diri,bahawa ajal maut kita,Dia sahaja yang tahu..
jangan jadikan "hari-hari 'busy'ku" itu,
sebagai penghalang untuk melakukan amal ibadah..
amal ibadah?
macam-macam:
-berbuat baik sesama manusia
-sesama binatang
-kepada ALLAH hu RABBI..
apa sahaja pelakuan yang diniatkan kepada Allah dan menepati syariat Islam..
Berkata sebahagian golongan saleh:
“Masa lapang setelah menyelesaikan tugas dan pekerjaan adalah merupakan nikmat yang paling besar. Maka jika seseorang hamba mengkufuri nikmat masa lapang ini dengan cara membuka pintu “hawa nafsu” terhadap dirinya; dan dia terbawa-bawa atau hanyut dalam kepimpinan syahwat dan hawa nafsu, Allah akan menciptakan “kekacauan” di dalam hatinya yang merupakan nikmat utama yang diberikan Allah; dan Allah akan mencabut kebersihan dan ketenangan hati yang pernah dianugerahkan Allah ke atasnya.”
28 March 2009
doakanku berjaya
19 March 2009
TERUSKAN PERJUANGAN
Tiba Masanya Perpisahan Kita
Kita Hanya Mampu Untuk Merancang
Teruskan Perjuangan Dan Terus Berkorban
Manisnya Ketika Berjuang Bersama
Berpisah Di Mata Di Hati Jangan
09 March 2009
Malunya aku Terhadapmu

Gambar Maqam Rasulullah SAWSelawat dan salam buat Rasul junjungan s.a.w,
kekasih Allah(HABIBULLAH)
Malunya aku sebagai ummatmu di akhir zaman ini ya Rasulullah.
Benar segala katamu di akhir zaman ini wujudnya masyarakat jahiliyyah.
Yang jahil dari segala aspek kehidupan, dari bangkitnya tidur hingga tidur semula.
Aku ini yang berasa diri amat hina, memohon ampun kepada Kaliq ku..
Kerana masih gagal untuk istiqamah dalam
"Ammar Ma'ruf wa Nahi Mungkar"
Meskipun begitu Ya Rasulullah,
"selagi upaya kuturuti ajaranmu,
apa terdaya, kuamalkan sunnahmu,
moga di dunia beroleh berkat,
di akhirat sana beroleh
syafaat"
Melahirkan generasi yang beriman dan bertaqwa, memerlukan pendidik yang juga beriman dan bertaqwa.
Konsep ini bukan diletakkan sebagai 'harus' malahan 'wajib' bagi sesuatu Baitul Muslim itu.
anak-anak ibarat kain putih bersih, dan ibu bapa berperanan mencorakkannya.
'Corak' di sini, semakin disalahtafsirkan oleh sebahagian ummat kini.
'corak' yang dilakarkan ibu bapa yang kekurangan pengetahuan Islam lebih kepada pengasingan agama dalam hidupnya. Dalam erti kata lain, kehidupan berlandaskan fahaman sekular.
penulisan dalam blog mungkin tak memberi kesan yang menyeluruh dalam mengubah pemikiran ummat Islam yang kian diracuni fahaman-fahaman sekular.
Tanggungjwab kita sebagai ummat Muhahammad yang faham ini,
bantulah saudara seIslammu...
Adalah lebih baik memberi kefahaman Islam juga kepada yang non-muslim.
Kerana di situlah titik bermulanya Islam berkembang.
Tidak lengkap sekiranya saya tidak nyatakan di sini bahawa adalah tanggungjawab setiap individu muslim itu sendiri menyedari kekurangan yang ada pada diri. Tidak perlu untuk menunggu orang lain untuk menegur kerana kita dikurniakan akal fikiran untuk membezakan yang mahmudah dan mazmumah.
Allah telahpun mengilhamkan kita 2 jalan
KETAQWAAN----------KEFASIKAN
pilihlah kamu yang mana satu arah tujuanmu sebagai ummat MUHAMMAD.
SEBAGAI PANDUAN KEHIDUPAN SEHARIAN
Dipetik daripada Kitab Ihya Ulumiddin – Karya Hujjatul Islam Imam Muhammad bin Abu Hamid Al-Ghazaly dll sumber pelbagai
Adab Berpakaian
- Kain sarung/selindang/penutup badan/ baju kemeja (qamish)/jubah.
- Menyukai warna hijau dan putih.
- Qaba’ (baju luar) dari kain sundusin.
- Pakaian yang tinggi di atas kedua tapak kakinya, kadangkala setengah betis, kemeja terikat dengan kancing baju – kadangkala baginda membuka kancing itu semasa solatnya. Kadangkala mengerjakan solat dengan berselimut yang dicelup kumkuma.
- Kadangkala memakai kain sehelai/sarung – yang tiada kain lain di atasnya – kadangkala diikatkan kedua hujungnya di antara kedua bahunya. Kadangkala mengimami solat jenazah atau mengerjakan solat di rumah (umpamanya solat malam) dengan cara yang demikian
- Memakai kain bertampal – pakaian cara hamba.
- Mempunyai dua helai pakaian khusus untuk solat Jumaat.
- Mempunyai pakaian hitam tetapi disedekahkan kepada orang – maksud riwayat Ummu Salmah r.a. – terserlah ketampanan/keputihan kulit baginda apabila memakai pakaian hitam.
- Kadangkala mengerjakan solat memakai syamlah – kain bulu hitam.
- Memakai cincin. Kadangkala baginda keluar dan pada cincinnya terdapat benang terikat untuk mengingatkan baginda terhadap sesuatu. Baginda chapkan surat-surat yang dikirim dengan cincinnya supaya penerima surat berkenaan mengenali baginda.
- Memakai qalansuah (kupiah); dengan atau tanpa serban
- Mempunyai serban as-sahab – awan. Diberikan kepada Sayyidina Ali r.a.
- Semasa memakai pakaian baginda berdoa (maksudnya) :- "Segala puji-pujian bagi Allah yang menganugerahkan kpdaku pakaian di mana dengan pakaian ini akau menutup auratku dan aku memperelokkan diriku pada manusia.
- Memakai dengan memulakan sebelah kanan dan membuka pakaian dengan memulakan sebelah kirinya.
- Menyedekahkan pakaian lamanya kepada orang miskin – maksud sabda Baginda - diberikan kerana Allah dan dianugerahkan kebajikan selagi pakaian berkenaan menutup aurat sipenerima samada hidup atau mati.
- Mempunyai tikar tidur dari kulit yang sudah disamak – diisikan kulit kayu kurma yang halus. Panjang lebih kurang dua hasta. Lebar lebih kurang sehasta sejengkal.
- Mempunyai baju ‘aba-ah (baju terbuka depannya, dipakai di atas baju lain) yang dibentangkan/dilipat dua lapis untuk baginda setiap kali berpindah tempat duduk.
- Nama bendera : Al-‘Uqab.
- Nama pedang perang : Zulfaqar. Lain-lain pedang : Ak-Mikhzam, Ar-Rasub, Al-Qadlib – tangkai pedang dihiasi perak. Tali pedang dari kulit yang disamak. Tiga helai tali dari perak.
- Nama busur baginda ialah Al-Katum, tempat pananannya bernama Al-Kafur.
- Nama untanya : Al-‘Udl-ba, Nama kudanya : Al-Duldul, Nama kaldainya : Ya’fur. Nama kambingnya: ‘Ainah.
- Mempunyai tempat bersuci/berwuduk dan minum dari tembikar. Ramai anak-anak kecil mendapat barakah dari tempat ini.
- Rasulullah SAW menyukai dlafaf – makanan yang banyak tangan memakannya
- Membaca doa yang bermaksud :- ‘Dengan nama Allah, Ya Allah Ya Tuhanku, jadikanlah hidangan ini nikmat yang disyukuri yang sampai nikmat syurga ke atas nya.’
- Makan cara hamba - semasa duduk makan, baginda merapatkan antara kedua lututnya dan antara kedua tapak kakinya – tapak kaki kanan di atas tapak kaki kiri.
- Tidak memakan makanan yang sangat panas kerana tiada barakah diumpamakan memakan api.
- Tidak memakan dengan dua anak jari kerana demikian adalah cara makan syaitan.
- Menyukai kueh faludzaj – ramuan – minyak samin, madu lebah, tepung gandum.
- Menyukai roti syair, mentimun dan ruthab (kurma yang belum kering) di cecah dengan garam.
- Menyukai anggur dan semangka dimakan bersama roti dan gula atau ruthab.
- Memakan ruthab dengan tangan kanan dan biji di tangan kiri baginda diberi makan kepada kambing yang lalu lalang di tempat baginda makan.
- Memakan anggur dengan memegang tangkainya sehingga air anggur kelihatang pada janggutnya seperti benang mutiara.
- Menyukai susu dengan tamar (al-athyabin – dua yang terbaik)
- Menggemari daging – penghulu makanan di dunia dan di akhirat – khasiat menguatkan pendengaran.
- Menyukai roti bekuah dengan daging dan buah labu dan bersabda bahawa labu itu adalah pohon Nabi Allah Yunus a.s. Pernah menyarankan Aisyah ra memasak gulai dengan membanyakkan labu – akan menguatkan hati orang yang berduka
- Menyukai daging burung (tetapi tidak pula ikut menangkap burung berkenaan)
- Tidak menundukkan kepala semasa memakan daging burung tetapi mengangkatkan daging ke mulutnya dan menggigitnya.
- Menyukai roti dengan minyak samin.
- Menggemari daging kambing – bahagian lengan dan bahu
- Kurma madinah (al-ajwah – berasal dari syurga) – penawar racun dan sihir - adalah antara yang paling digemari di kalangan tamar.
- Sayur-sayuran yang digemari baginda pula ialah al-handaba, al-badzaruj dan al-hamqa’/ar-rajlah.
- Tidak menggemari bahagian daging spt. buah pinggang, zakar dan biji zakar, ghudad, darah, hempedu dll.
- Tidak menggemari bawang putih, bawang merah dan daun bawang prei (al-kurrats)
- Tidak pernah mencela makanan – kalau disukai, dimakan – kalau tidak disukai, ditinggalkan.
- Tidak menggemari dhab.
- Suka menghabiskan sisa makanan dengan anak jarinya – makanan yang penghabisan banyak barakahnya.
- Menjilat sisa makanan pada anak jari – yang tidak diketahui makanan mana yang paling berkat. Tidak menyapu dengan sapu tangan.
- Selesai makan – dibaca ‘Segala puji-pujian bagi Allah. Ya Allah Ya Tuhanku, bagiMu segala pujian. Engkau anugerahkan makanan, maka Engkau anugerahkan kekenyangan. Engkau anugerahkan kepuasan (kehilangan haus). Bagi Engkau segala pujian yang tidak dimungkiri keutamaannya, yang tidak ditinggalkan dan yang diperlukan kepadanya’
- Membasuh tangan dan menyapu lebihan air ke muka. Minum dengan tiga kali teguk dan dibaca sebelum setiap teguk : Bismillah - dan selepas setiap teguk : Alhamdulliah.
- Minum senafas dan tidak bernafas dalam bekas minuman yang diminum melainkan semasa menghisap.
- Memberikan lebihan air kepada orang yang lebih mulia kedudukannya samada di kiri atau di kanan baginda dan bersabda kepada orang yang tidak mendapat air bahawa sunat mengutamakan (orang yang lebih mulia kedudukannya)
- Tidak menggemari air susu dan madu dibawa bersama kerana tidak melambangkan tawaddak.
- Pemalu dalam perihal makan – tidak meminta kepada keluarga baginda makanan/minum – tetapi kalau diberi, baginda makan atau minum. Kadangkala bangun sendiri untuk mendapatkan makanan/minuman.
- Tidak lekas marah, pemaaf (walaupun dicaci, ditohmah, dimaki dll)
- Adil dalam pembahagian harta rampasan
- Tidak memarahi orang yang cuba membunuhnya malah menasihati pula. Cubaan pembunuhan ini berlaku dalam pelbagai cara, antaranya tikam-curi semasa perang, menghempap batu semasa baginda berjalan dan diberikan racun dalam daging kambing oleh perempuan Yahudi. (Baginda melarang sahabatnya membunuh perempuan berkenaan)
Pernah disihir oleh lelaki Yahudi dan atas bantuan Jibril a.s. , sihir berjaya
dipulihkan dari sumur Zarwan. Tidak pernah baginda mengungkit
kembali perkara berkenaan walaupun di hadapan Yahudi berkenaan.
Pernah baginda dihunuskan pedang dan ditanya "Siapakah yang mencegah engkau dariku?" dan baginda menjawab "Allah". Maka jatuhlah pedang tersebut dan baginda mengambilnya dan bersabda "Siapakah yang mencegah engkau dariku?" Lelaki itu menjawab "Adalah engkau hendaknya sebaik-baik orang yang mengambil kebajikan" Baginda menjawab "Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan Melainkan Allah dan aku adalah Rasulullah" Lelaki itu menjawab "Tidak, hanya aku tidak akan memerangimu. Aku tidak akan bersamamu dan aku tidak akan bersama kaum yang memerangimu" Lantas Baginda melepaskan lelaki berkenaan dan mendekati sahabat-sahabatnya dan bersabda : "Aku datang kepada kamu dari orang yang terbaik antara manusia"
Perkara-Perkara yang tidak digemari Rasulullah SAW
- Seorang laki-laki masuk ke tempat baginda SAW dengan memakai kain yang berwarna kuning (pekat spt. warna api). Apabila lelaki berkenaan beredar dari situ, baginda mengatakan kepada sahabatnya menyuruh lelaki berkenaan tidak lagi memakai pakaian berwarna sedemikian.
- Seorang Arab Badwi telah membuang air kecil dalam masjid di hadapan baginda SAW. Para sahabat cuba mencegah tetapi baginda bersabda: "Jangan kamu putuskan air kecilnya dan baginda bersabda kepada sahabatnya bahawa perkara ini tidak harus berlaku di dalam masjid.
- Dll.
Sayyidina Ali r.a. berkata : "Adalah Nabi SAW manusia yang bermurah tangan, manusia yang berlapang dada, manusia yang sangat benar pembicaraan, manusia yang sangat menepati janji, manusia yang teramat lemah-lembut kelakuan dan manusia yang sangat memuliakan kekeluargaan. Barangsiapa melihat Nabi SAW dengan tiba-tiba, nescaya takut kepadanya. Dan barangsiapa bercampur-baur dengan Nabi SAW dengan mengenalnya, nescaya mencintainya. Orang yang menyifatkan Nabi SAW berkata : "Tidak pernah aku melihat sebelumnnya dan sesudahnya orang seperti Nabi SAW"
Seorang lelaki telah meminta sesuatu dari baginda dan diberikan seekor kambing dan lelaki itu kemudiannya mengajak semua rakan-rakan dari kaumnya memeluk Islam.
Baginda tidak pernah berkata "tidak" apabila diminta sesuatu. Baginda tidak takut kepada kemiskinan.
Baginda diberikan 90,000 dirham dan dibahagi-bahagikannya sehingga habis.
Pernah baginda diminta sesuatu dan baginda tiada apa-apa tetapi demi memenuhi kehendak si peminta, Baginda SAW menyuruhnya membeli secara berhutang atas nama baginda dan baginda berjanji untuk melunaskannya.
Sayyidina Ali r.a. berkata "Sesungguhnya engkau melihat aku pada hari Perang Badar. Kami berlindung dengan Nabi SAW dan baginda yang paling terdekat kepada musuh dari kami. Dan baginda pada hari itu di antara manusia yang sangat perkasa"
‘Imran bin Husain berkata : "Tiada Rasulullah SAW menemui suatu kumpulan tentera, melainkan beliaulah orang yang pertama memukulnya"
Para sahabat berkata bahawa Nabi SAW sangat kuat pukulannya. Tatkala baginda dikepung oleh kamu musyrik, baginda turun dari kudanya lantas berkata "Aku ini Nabi, tidak dusta. Aku ini Putera Abdul Mutalib"
Maka tiada seorangpun yang dilihat pada hari itu yang lebih berani dari Nabi SAW.
Kerendahan diri Rasulullah SAW
Baginda SAW tidak pernah menghampakan jemputan sesiapa jua samada orang sakit, menghantar jenazah atau makan bersama-sama dengan hamba/sahaya. Baginda berpakaian ringkas. Baginda membenci perbuatan orang berdiri hormat apabila baginda lalu.
Baginda suka memberikan salam kepada anak-anak kecil/muda. Seorang lelaki yang gementar melihat wajah baginda terus ditenteramkan oleh baginda dengan bersabda "Permudahkan (urusan) mu, aku bukannya raja. Aku hanya putera, seorang perempuan Quraisy, yang memakan daging kering"
Baginda sentiasa duduk bersama-sama dengan sahabatnya dan tidak pernah membeza-bezakan sesiapapun di antara sahabatnya walaupun baru dikenalinya. Baginda SAW begitu gemar berbual-bual mengenai pelbagai sabjek dari perkara-perkara bersabit akhirat hinggalah dunia. Kadangkala baginda hanya tersenyum apabila para sahabatnya membaca syair atau bergurau tetapi segera melarang jika berlaku perkara-perkara haram.
Adab makan baginda juga jelas menunjukkan rasa kerendahan dirinya. Tidak suka bersandar walaupun pernah disuruh Sayyidina Ali r.a. dan tidak pernah bermeja ketika makan – makan cara hamba/sahaya.
Rupa Paras/Sifat Tubuh Rasulullah SAW
- Baginda SAW tidak terlalu tinggi dan tidak terlalu rendah, namun apabila berjalan bersama para sahabat, baginda SAW kelihatan lebih tinggi dari mereka. Tetapi apabila baginda berjalan sendirian, baginda nampak sederhana ketinggiannya. Baginda SAW pernah bersabda bahawa orang yang bertubuh sedang dikurniakan banyak kebajikan.
- Warna kulit baginda adalah azharul-laun – putih gemilang bercahaya - tidak bercampur dengan kuning, merah dan lain-lain.
- Keringat baginda seperti mutiara dan berbau lebih harum dari kasturi.
- Berambut ikal yang tidak terlalu lurus dan tidak terlalu keriting. Apabila baginda menyikat rambut, jadilan seakan-akan jalinan pasir. Rambutnya mencecah bahu.
- Uban pada kepala dan janggutnya masing-masing berjumlah 17 helai.
- Wajah baginda adalah wajah yang tercantik malah lebih cantik dan kacak daripada Nabi Allah Yusof a.s. dan disamakan dengan bulan purnama.
- Dahi baginda SAW luas, dan kedua bulu keningnya melengkung (ada yang menyatakan kedua-dua keningnya bersambung) Ruang putih (ablaj) yang kecil di tengah-tengah keningnya seolah-olah perak yang putih bersih.
- Kedua matanya adalah lapang, sangat hitam mata hitamnya. Bulu matanya tebal.
- Berhidung mancung.
- Giginya jarang tersusun dengan baik. Baginda tenang dan bercahaya di wajahnya apabila ketawa atau tersenyum.
- Kedua pipinya adalah menurun, tidak meninggi, tidak bermuka panjang, tidak bermuka bulat. Dipenuhi dengan janggut dan tidak bermisai.
- Lehernya adalah yang terbaik dari semua hamba Allah SWT. Tidak dapat dikatakan panjang atau pendek. Gambarannya seolah-olah cerek perak yang bercampur emas yang berkilauan dalam keputihan perak dan kemerahan emas.
- Berdada lebar/agak sasa – seperti cermin ratanya – seperti bulan putihnya. Tidak berbulu dada kecuali pada sedikit bulu lurus antara dada dan pusat baginda.
- Kedua bahu baginda besar/agak sasa dan terdapat cap kenabian* di antaranya. (Tanda hitam bercampur kuning sedikit)
- Tangan baginda besar/agak sasa dan anak-anak jarinya seolah-olah ranting-ranting perak. Tapak tangan baginda lebih lembut dari sutera dan berbau harum. Apabila tangannya diletakkan di atas kepada anak-anak kecil, nescaya dikenali anak-anak kecil berkenaan bahawa itu adalah baginda SAW menerusi keharuman tangannya.
- Kakinya juga besar/agak sasa.
- Tubuh baginda sederhana besar dan seolah-olah tidak dimamah usia dari baginda muda sehinggalah akhir hayatnya.
- Baginda berjalan seolah-olah menuruni batu besar, melangkah condong dan al-huwaina – berdekatan langkah kaki tanpa berlenggang. Baginda bersabda bahawa rupa paras/bentuk tubuh/budi pekerti/akhlak baginda adalah menyamai Nabi Allah Adam a.s. dan Nabi Allah Ibrahim a.s.
Gelaran-gelaran Rasulullah SAW
- Muhammad, Ahmad, Al-Mahi, Al-‘Aqib, Al-Hasyir, Rasulurrahmah, Raluluttaubah, Rasulumalahim, Al-Muqaffi, Qutsam
- Selain itu Mustaffa dan kebanyakan nama surah-surah dalam Al-Qur’an seperti Toha, Yasin dll.
- Al-Qur’an yang diturunkan kepada baginda yang ummi tanpa tandingan atau tiruan dari mana-mana pihak sekalipun dan kesempurnaan/rahmat bagi seluruh alam dan makhluk.
- Memecahkan dan mencantumkan bulan.
- Membahagikan makanan yang sedikit kepada jumlah manusia yang sangat ramai di mana semuanya berasa kenyang. (semasa perang dll)
- Mengeluarkan air dari jari-jarinya untuk menghilangkan haus para tentera Islam (hissi)
- Mengeluarkan air dari matair Tabuk dan Al-Hudaibiah – yang dapat diminum kira-kira 1500 orang tentera Islam.
- Melemparkan tanah ke arah musuh dan buta mata musuh.
- Meramalkan kekuatan syiar Islam selepas kewafatan baginda
- Meramalkan pembunuhan ‘Ammar bin Yasir yang membawa perdamaian dua golongan besar kaum muslimin oleh Al-Hasan
- Menerangkan bagaimana seorang lelaki yang berjihad akan menjadi penduduk neraka. Benarlah ramalan baginda kerana lelaki berkenaan kemudiannya telah membunuh diri.
- Melepaskan kuda Saraqah bin Malik yang terbenam.
- Meramalkan pembunuhan As-Aswad Al-‘Ansi yang mendakwa dirinya nabi.
- Nabi SAW keluar di hadapan 100 orang Quraisy tanpa dilihat oleh mereka.
- Seekor unta datang mengadu masalah dengan Nabi SAW dengan penuh merendah diri disaksikan oleh para sahabat baginda.
- Dua pohon kayu yang bercantum dan berpisah atas perintah baginda.
- Arbad bin Qais and ‘Amir bin Ath-Tufail bin Malik, dua orang perkasa yang ditugaskan membunuh baginda SAW sebaliknya mati rentung dipanah petir.
- Ketinggiannya sedang apabila berjalan bersendirian tetapi lebih tinggi apabila berjalan dengan para sahabatnya.
- Pernah cuba diracun dan disihir tetapi dapat dipatahkan.
- Menyapu kambing sehingga banyak susu dapat dikeluarkan.
- Memerintahkan pengisar di rumah Sayyidatina Fatimah r.a. berjalan dengan sendiri.
- Mengubati penyakit mata dan lain-lain penyakit para sahabat dengan meludah, menggosok, mendoakan dll.
- Makanan bertasbih di hadapan baginda SAW
- Al-Barsya yang menolak pinangan Nabi SAW ke atas Ummu Syubaib dengan alasan anaknya berpenyakit sopak benar-benar dijangkiti sopak.
- dll.

