17 June 2009

Segelintir Pendidik Kurang Kualiti

Zaman berzaman, negara kita banyak melahirkan pendidik yang disegani masyarakat sendiri. Ribuan cerdik pandai hasil didikan para guru membuka mata ibu bapa supaya lebih memberi sepenuh kepercayaan kepada mereka dalam menyampaikan ilmu di aspek rohani dan jasmani.Malangnya, harapkan pagar..pagar makan padi.Ada segelintir daripada mereka ini(para pendidik) yang buruk dari segi akhlaknya.

Amat mendukacitakan sekali apabila berita yang mendedahkan sikap buruk seorang pendidik yang bertugas di pulau Borneo[klik disini].
Tidak cukup hanya di situ.Penulis juga pasti,bukan hanya penulis yang pernah melalui pengalaman bersama guru yang amat gemar menggunakan perkataan berbentuk cercaan kepada murid-muridnya.Sangat mengecewakan segelintir pendidik-pendidik yang masih wujud seperti ini.

Siapalah penulis untuk mengkritik para pendidik dewasa ini.Seharusnya pendidik-pendidik lebih peka,bahawa masyarakat kecil(anak-anak murid)mudah untuk menangkap segala maklumat yang disampaikan oleh orang yang lebih dewasa.Tidak mustahil seandainya perilaku serta tutur kata yang tidak manis didengar dan dipandang oleh masyarakat metrapolitan,ditiru-tiru oleh murid-murid sehingga sebati di dalam diri mereka.

Ibu bapa sebagai pendidik utama individu-individu kecil ini juga seharusnya memainkan peranan yang sangat penting dalam membentuk peribadi anak-anak yang unggul.Seringkali kita mendengar,"Kawan adalah cermin diri kita"."Kawan" didefinisikan di sini adalah ibu bapa.Seandainya cantik imej ibu bapa,demikian cantik jugalah imej anak-anaknya.

Buat bakal pendidik-pendidik mahupun yang telah menjadi pendidik,berfikirlah sewarasnya sebelum melakukan sesuatu yang menjangkau norma kehidupan masyarakat.Bilakah suasana SOLEHAH(bi'ah solehah)dapat dibentuk seandainya diri sendiri tidak dapat dibentuk semoleknya.

Firman Allah yang bermaksud: “Dan (ingatlah), apa juga kebaikan yang kamu kerjakan sebagai bekalan untuk diri kamu, tentulah kamu akan mendapat balasannya pada sisi Allah, sebagai balasan yang sebaik-baiknya dan yang amat besar pahalanya.” (Surah al-Muzammil, ayat 20)

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Apabila meninggal dunia seorang manusia, maka terputuslah pahala amalannya kecuali tiga perkara; sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat, anak soleh yang mendoakannya.” (Hadis riwayat Muslim).


Firman Allah yang bermaksud: "Wahai orang beriman, mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya. Amat besar kebenciannya di sisi Allah, kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya."
(Surah as-Saf, ayat 2-3)

Wallahu'alam..

No comments: