scene 1
"Dik..dik..minta maaf mengganggu,akak ada masalah ni.Kad ATM akak tercicir kat mana ntah.Akak pun tak perasan.Boleh akak pinjam duit adik 10 ringgit? nanti akak bayar balik." Mengadu seorang kakak dalam usia 20-an.
"Tercicir..Oh,tapi kak,bank tak tutup lagi ni.Akak boleh pegi mengadu kat pegawai bank yang bertugas.?" Kataku yang berfikiran agak waras waktu itu.
"Akak takde duit nak pegi bank tu dik.."
"Cis akak ni.macam la tambang sampai rm10 nak pegi bank tu...naik LRT je pun..mesti nak tipu aku ni.Siap la hang..." Aku bermonolog sebentar.
"Ok,kalau macam tu..akak amik la no phone saya ni.nanti mudah la akak nak pulang duit kan.." Kataku dalam nada kasihan.
"Ok..ok..akak salin no awak ye." Kata kakak tersebut dalam nada yang penuh bersemangat sambil matanya melilau-lilau ke tempat lain.
"Hai akak,save je la no saya kat handphone akak tu..kan lagi senang.." Duga aku...
"Akak bussy ni dik.Nak cepat.." Gesanya dalam nada gelisah.
"Takpe-takpe,akak bagi hanset akak,biar saya yang taip and save kan.." Aku meragui tingkah-laku kakak tersebut.
"Eh,takpelah dik..Akak pergi dululah.."
"Erm,selamat duit aku.Alhamdulillah..Nampak sangat nak cuba tipu.Fuh,first time jumpa orang macam ni.Ntah-ntah takde handset..ish,apela aku ni..sangka buruk plak..haish.." (monolog dalaman kali kedua)
scene 2
Pagi itu(18 Mei 2009),aku berjalan ke Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat(FSKTM).Boring duduk dalam bilik FESKUM.Orang lain belum sampai lagi.Mana tahu,boleh tengok gred-gred subjek yang lecturer dah keluarkan.Tiba-tiba,dalam perjalanan berhadapan stesen bas kolej 7 dan 3..
"Assalamualaikum nak.." Seorang pak cik setengah abad umurnya berlalu.
"Wa'alaikumussalam..ye,ada ape pak cik?"
"Anak duduk kat UM ni ke,atau duduk kat luar?" Tanya pak cik kepadaku. Wajahnya menampakkan kepayahan.
"Dalam UM lah pak cik..kenapa?"
"Motor pakcik rosak ni.. Nak balik rumah jauh lagi. Pak cik kerja kat sini.Pak cik nak baiki motor.Beg duit tak bawa..Boleh tak pak cik pinjam duit 20 ringgit? Jangan risau..pak cik bagi no phone pak cik ni.. nanti pukul 5 pak cik datang UM,ganti balik duit."
"La yeke...tak boleh ke pak cik hutang dulu kat bengkel tu?Saya pun duit tak berapa ada ni." MasyaAllah,menipu la pulak aku ni..
"Oh,dia tak bagi hutang..Takpelah,pinjamkan pak cik 10 ringgit jelah.Amik no pak cik ni.."
Sebelum memberi duit,aku dapatkan dulu nombor pak cik tadi, dan misscall semula.
"Oh,dapat...mungkin dia tak tipulah ni..kesian la pulak" hati bersuara..
"Saya bukan ape pak cik,sekarang ni orang kan banyak menipu..So,saya taknaklah kena tipu..Oklah pak cik..nanti pukul 5 petang,pak cik datang lah ye..Nah 10 ringgit."
"Ok-ok,terima kasih ye..jangan risau..nanti pak cik habis kerja,pak cik datang lah.."
"Ok...." Kataku penuh riang...hehehe
Cis pak cik...Dah masuk sebulan dah pun..tak ingat ke ape.Aku dah bagi sms dah pun..Erm..takpelah..Balasan aku pun menipu dia..
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
MasyaAllah, itulah ragam manusia kini.Termasuk diri penulis juga,terkadang tidak kita sedari,malahan sedar sekalipun, melakukan banyak kesilapan. Sebagai mahasiswa Muslim seharusnya kita lebih peka terhadap permasalahan umat sekarang yang rata-ratanya masih bermasalah dalam berakhlak.Lihat sahajalah contoh-contoh yang ada, daripada yang remaja yang menipu, hinggalah yang tua.Mungkin tanggapan saya salah kepada mereka yang saya temui meminta pertolongan berbentuk wang tadi.Mungkin juga mereka berniat jahat.Hanya Allah sahaja yang tahu.
Mahasiswa-mahasiswi bukan sahaja Muslim,malahan yang beragama lain juga kira-kira sudah berintelektual.Pelbagai wadah bahan bacaan disediakan untuk kita meng'upgrade' ilmu.Dan inilah masanya,kita membantu masyarakat sekeliling yang kelihatannya masih bermasalah dari segi moral dengan menganjurkan pelbagai program mahasiswa IPT bersama masyarakat sekitar.Melalui program-program sebeginilah sebenarnya membuka mata masyarakat memilih yang mana baik dan menghindar yang mana buruk.
Sahabat siswa-siswi yang disayangi,apalah makna belajar tinggi di menara gading andai sedikit sumbangan yang tak terjangkau banyaknya dik akal tidak diberi kepada saudara kita yang lain.Ibarat nakhoda membawa barangan,penumpang dicampak ke dalam lautan.
بلغوا عني ولو آية
Hendaklah kamu sampaikan ajaran aku walau satu ayat
wallu'alam....
1 comment:
Pepatah melayu ada berkata, "buat baik biarlah berpada-pada".Namapun "dunia", penuh tipu daya. Jadi jangan mudah terpedaya. Sebab kita tak tahu apa niat "mereka". Bukan nak berperasanka buruk, tapi sekadar berwaspada. Cuba bayangkan kalau "orang tua" tu guna duit tu untuk beli nombor ekor? So, lu pikir la sendiri...
Post a Comment