28 October 2009

Hulurkanlah KeranaNya


adik comel bersedekah

Seringkali kita perhatikan di mana-mana sahaja ada yang meminta sedekah. Di kaki lima mahupun di pasar-pasar malam. Bukan sekadar golongan tua, malahan kanak-kanak juga sering kelihatan meminta sedekah. Dua kategori yang boleh kita ketengahkan di sini. 1) Golongan yang benar-benar tidak berkemampuan untuk bekerja menggunakan fizikal. 2) Golongan yang memang malas

Apa yang saya mahu ketengahkan adalah berkaitan 'bersedekah'. Amalan bersedekah yang semakin lama semakin dipandang enteng oleh sebilangan masyarakat kita terutamanya seseorang yang bergelar MUSLIM.

Firman Allah di dalam surah Al-Baqarah ayat 267-268:

Wahai orang-orang yang beriman! Infakkanlah sebahagian dari hasil usahamu yang baik-baik dan sebahagian dari apa yang Kami keluarkan dari bumi untukmu. Janganlah kamu memilih yang buruk untuk kamu keluarkan, padahal kamu sendiri tidak mahu mengambilnya melainkan dengan memicingkan mata (enggan) terhadapnya. Dan ketahuilah bahawa Allah Mahakaya, Maha Terpuji {267}

Syaitan menjanjikan (menakut-nakuti) kemiskinan kepadamu dan menyuruh kamu berbuat keji (kikir), sedangkan Allah menjanjikan ampunan dan karunia-Nya kepadamu. Dan Allah Mahaluas, Maha Mngetahui {268}

Merujuk kepada ayat-ayat di atas, maka jelaslah perintah Allah supaya kita bersedekah/menginfakkan harta kita kepada mereka yang memerlukan.

Perhatikan ayat 268.. Sememangnya ramai di kalangan masyarakat Islam sendiri berpenyakit sedemikian. Tidakkah kita merasa rugi di akhirat nanti seandainya janji syaitan yang kita turuti???

"Saya pun kadang tak faham lah, bila bab2 bagi sedekah ni...seciput je bagi..Bukanlah nak kata kedekut, tapi masalahnya tak bertempat. Majlis yang tak patut anjurkan, boleh pulak nak support. Maaflah ye mana2 pihak yang terasa..Tapi memang tulah realitinya. Takda miskinnya kita kalau bersedekah..Kalau ada situasi tu..habaq mai kat saya.huhuhu"

Kesimpulannya, ayat 271 surah Al-Baqarah..

Jika kamu menampakkan sedekah-sedekahmu*, maka itu baik. Dan jika kamu menyembunyikannya dan memberikannya kepada orang-orang fakir, maka itu lebih baik bagimu dan Allah akan menghapus sebahagian kesalahan-kesalahanmu. Dan Allah Mahateliti apa yang kamu kerjakan.

*bersedekah dengan tujuan dicontohi, bukan bermakna riya'

Wallahu'alam...

No comments: