10 November 2009

Konflik dalaman


-gambar hiasan-

"Kenapa mesti aku yang dipersalahkan.."
"Kenapa mesti aku yang kena buat kerja.."
"Kenapa mesti aku yang gagal.."

"Arrgh..tension!!"

Bait kata-kata yang sering bermain dalam pemikiran. Banyak orang bunuh diri akibat tension. Berlambak orang cari hiburan mereleasekan tension. Sangat seronok bersembang dengan jantina berlainan. Utamakan kawan daripada keluarga..
Tanpa desedari, perkara-perkara sebegini telah pun berlaku dalam golongan remaja seperti kita. Puncanya sangat mudah untuk dinyatakan di sini. Semuanya adalah kerana kita kurang dimotivasi.

Mengapa perlu beri alasan tiada orang yang mahu beri motivasi kepada kita? Sedangkan telah banyak wadah terhidang samada di media atau penulisan.  Berikan sedikit ruang masa untuk kita dimotivasikan.

Saya akui sejak menjadi pelajar universiti atau  mahasiswa (perkataan yang tidak disukai adik junior saya kerana MAHA hanya sesuai untuk Allah katanya=)), konflik dalam diri semakin menjadi-jadi. Daripada situ, ssaya mencari punca, kenapa berlaku sedemikian.

Agak mengambil masa untuk mencari punca kenapa konflik dalam diri saya sering berlaku. Saya mengambil kesimpulan yang mudah. Mungkin kerana ketidakpuasan hati dan merasakan diri ini, seorang sahaja yang mengalami kepahitan hidup.

Mengapa perlu rasa tidak puas hati ke atas apa yang kita alami atau hasil yang diperoleh hanya sedikit cuma?

Mari kita telusuri ayat motivasi ini:

"Boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."

Bagi yang sudah familiar dengan ayat ini, semestinya sudah tahu dari mana ia depetik. Menjadi suatu masalah kepada Muslim seperti saya seandainya tidak pernah mendengar ayat ini.

Ayat 216 dari surah Al-Baqarah telah pun difirmankan Allah dan seharusnya persoalan kenapa...kenapa...kenapa... tiada lagi bermain difikiran kita.

Sangat mudah sebenarnya. Tanpa memerlukan jutaan ringgit, free-free Allah beri kita motivasi melalui ayat-ayatNya yang diwahyukan kepada nabi terakhir kita Muhammad s.a.w.

Secara adilnya di sudut saya seorang hamba Allah yang lemah, kita cuba lihat.. adakah kita seorang sahaja mengalami kesusahan sehinggakan ada niat untuk membunuh diri?

Orang lain yang menerima nasib yang sama seperti kita sehingga hari ini masih sihat wal'afiat. Bagaimana mereka mengatasi konflik diri?

Mari kita fikirkan bersama.

No comments: