16 November 2009

Manisnya Bersahabat


Kak Im & I

Kadang-kadang kita akan berasa sedih mungkin kerana satu perkara. Menyedari sebagai student yang jauh dengan ibu abah, saya merasakan sahabatlah peneman setia di kala suka atau duka.

"Comel kak Im..hehe."

Dah lama dah gambar ni. Sengaja di attachkan di blog ni untuk tatapan saya dan kak im serta sahabat2 di luar sana mengetengahkan topik..
"Manisnya Bersahabat.."

Terkadang kita tak perasan yang sahabat kita menyayangi kita malah kita masih buat tak tahu ketika mana dia sakit, atau dalam kesusahan. Apa yang kita tahu, kita mendapat manfaat daripadanya. Bukankah sahabat yang sejati adalah sahabat yang sedia berada di sisi ketika susah dan senang?(^_^)V

Hari-hari kita berdoa memohon kejayaan sendiri. Ada pernah tak kita berdoa kejayaan untuk sahabat? Kita pernah terfikir tak..mungkin kita berjaya, adalah hasil doa sahabat kita?Ada yang berfikiran, sekiranya 'aku' doa untuk orang..nanti 'aku' dapat hasil sama macam 'dia'...Sekiranya ada terdetik kata-kata sedemikian, banyak-banyaklah kita beristighfar dan terus berdoa untuk sahabat.

Saya pernah melalui saat yang sangat pahit ketika zaman persekolahan dahulu apabila ada orang tengah yang cuba mencacat celakan perhubungan 2 sahabat. Saya tak berapa ingat ayat dalam Al-Quran yang menyatakan hukum memutuskan silaturrahim antara 2 saudara. Yang pastinya, semestinya berdosa. Bermacam-macam fitnah dibuat. Tapi, kuasa Allah s.w.t tidak membenarkan niat jahatnya berterusan, akhirnya terbongkar perlakuannya. Perhubungan saya dan sahabat akhirnya pulih semula.

Banyak kisah bersahabat yang kita boleh contohi. Macam persahabatan Rasulullah dan para sahabat. Alangkah bahagianya saya kalau ada sahabat seperti para sahabat Rasulullah. Apakan daya, kita bukanlah semulia Rasulullah yang dicintai oleh seantero ummat.

Diibaratkan dengan cinta Majnun terhadap Laila, dicium dinding rumah Laila kerana cinta akannya. Begitulah cinta para sahabat terhadap Rasulullah, ketikamana ketiadaannya, bahang cinta terhadapnya seakan terasa meskipun menapak di Bumi Anbiya.

Begitulah cinta sahabat yang kita mahukan. Mari berusaha menjadi cermin yang baik kepada sahabat kita. Mudah-mudahan dengan memiliki 'cermin yang rata', sahabat-sahabat kita menggunakan 'cermin yang rata' itu kemana sahaja dia pergi.

Semoga kita beroleh kemanisan bersahabat serta mengekalkan cintanya akan kita walau apapun perkara yang terjadi.

Wallahu'alam...

No comments: