Salam mesra abadi,
Masih terasa kehangatan di telinga ini walaupun sudah sejam berlalu, mendengarkan kupasan topik yang dibicarakan oleh pimpinan Pro Mahasiswa dan Penggerak Mahasiswa.
Alhamdulillah, telahpun selesai forum tadi walaupun ada sedikit rasa kecewa saya terhadap Penggerak Mahasiswa kerana Pengerusinya tidak dapat hadir dan menurut wakilnya, Saudara Sufian(President JTK KK10) bahawa Pengerusi Penggerak Mahasiswa mempunyai hal di luar kampus.
Soalan yang dilontarkan Moderator, Zul Amirul (Pengerusi Team Elit Muslim) kepada kedua-dua ahli panel malam ini adalah sama dan harapan beliau supaya dengan cara ini adalah lebih adil, dan di situ kita dapat lihat pandangan yang berbeza daripada kedua-dua belah pihak.
Soalan pertama yang diajukan kepada ahli panel adalah "Apa ciri2 pemimpin di abad-21 ini..". Point yang
saya ingat , saudara Sufian ada menyatakan..seorang pemimpin itu harus empati,bersedehana dan (tak ingat). Saudara Shafie yang merupakan Pengerusi Pro Mahasiswa menekankan pula 4 point iaitu pemerintahan autokratik, demokrasi, bebas dan abnormal. Kesemua ciri ini harus ada pada 1 pemerintahan dan beliau ada menegaskan ciri seseorang pemimpin yang saya tak dapat nak ulas kerana tak ingat(maaf :))
Soalan Kedua adalah berkaitan ciri-ciri pemimpin yang diidamkan oleh orang-orang yang dipimpin. Saudara Sufian kali ini meletakkan fomula dari perkataan IDAMAN itu sendiri di mana ia didefinisikan sebagai:
I = Intelek
D = Da'ie
A = Amanah
M = Mesra
A = Ampuh
N = Neutral
Berlainan pula dengan hujah yang dibawa Saudara Shafie dengan membawa kisah di zaman pemerintahan Nabi Sulaiman yang boleh berinteraksi dengan haiwan-haiwan. Di sini saya tidak ingat pula point yang seterusnya tetapi apa yang ingin disampaikan oleh beliau adalah seorang pemimpin itu seharusnya mampu berinteraksi lebih dari 1 bahasa supaya lebih dekat kepada orang yang dipimpin.
Round ketiga, moderator bertindak menjemput mana-mana audians untuk mengajukan soalan, pendapat atau apa-apa sahaja lontaran kata kepada ahli-ahli panel.
Kesimpulan yang boleh saya buat, banyak berlaku kesalahfahaman antara kedua-dua pihak sama ada di pihak Pro Mahasiswa dan Penggerak Mahasiswa. Of course di sebabkan saya adalah penyokong dan mungkin pendokong Pro M, saya sangat tidak bersetuju dengan beberapa kenyataan yang dibuat oleh mereka Penggerak Mahasiswa.
Sebagai contoh, Saudari Dayana menyatakan ahli Pro M ini kebanyakan dibuang kolej adalah kerana tidak aktif kolej. Jadi, persoalan yang berlegar-legar di kepala saya, "Kanapa pula Saudari shahrizul Ayuni yang merupakan SU JTK kena buang kolej?, something wrong..."
Macam-macamlah isu yang dibangkitkan, berkenaan e-voting..jaga pagar...Ini zone Penggerak..
Secara kesimpulannya, saya tidak berpuas hati kerana wakil dari kem Penggerak Mahasiswa tidak menghantar Pengerusinya sendiri kerana sangat penting bagi saya kerana ketua inilah yang akan sampaikan maklumat kepada ahli-ahlinya di bawah. Walaubagaimanapun, forum sebegini diharapkan akan dianjurkan lagi.
Wallahu'alam...
1 comment:
Do like politics
Post a Comment