Tak tahu bila masanya minat ke arah warna biru kian pudar dan kini beralih pulak ke pink. (^^). Alhamdulillah, 'ala kulli hal, kita sebagai manusia@hambaNya masih diberi peluang untuk merasai nikmat menggunakan pancaindera 'mata'.
Saya rasa tak perlu untuk saya ceritakan maksud di sebalik warna-warna yang ada di sekeliling kita ni sebabnya dah terlalu banyak blog dan website yang mengulas secara detail tentang warna. Tetapi apa yang dipersoalkan di sini, sesetengah masyarakat mempercayai 100% character yang dibawa oleh individu-individu yang meminati that particular colour(that's mean tak kisah la warna ape yang diminati). Seolah-olah, pengkaji warna itu Maha Mengetahui.#*&^>?
Oh God, ape citer masyarakat kita sekarang? Benda-benda yang tend to 'mencemarkan kemurnian Tauhid' tak perasan pun sedang membelenggu di segenap ruang dan celah hati dan minda. Sama jugaklah, kepercayaan kepada perkara karut-marut seperti pembomohan dan yang sekutu dengannya. Tetapi apa yang nak digembar-gemburkan adalah isu yang dimainkan sekarang ini. Isu kalimah Allah. Wahai sahabat, rakan, juga teman, saya terkadang sangat risau, isu-isu sensitif yang macam inilah yang agak menjauhkan diri kita
Saya berpendapat, seandainya masyarakat Muslim di Malaysia ini menekankan pemahaman terhadap Tauhid yang sebenar, tidak akan timbul lagi persoalan tidak membenarkan/membenarkan non-Muslim untuk menggunakan kalimah Allah. Lagikan pula penggunaan nama Allah bukanlah situasi baru yang berlaku masa kini, ia telah pun diguna pakai di dalam bible bahasa melayu berdekad yang lalu.
Kerisauan saya sebagai mahasiswa@Muslim, untuk berhadapan dengan mereka(non-muslim) yang diawal-awal lagi tidak berminat untuk mengenal Islam, akhirnya akan lagi tinggi possibility untuk tidak mengenal Islam unless Allah membuka hati mereka.
Walaubagaimanapun, tindakan pihak yang menghalang penggunaan nama Allah itu ada baiknya kerana dalam situasi masyarakat kita ini yang dikhuatiri berlaku kekeliruan terhadap penggunaan nama Allah samada ianya kenyataan orang Muslim atau sebaliknya.
Berbalik kepada warna tadi, tidak ada salahnya untuk menilai personaliti seseorang berdasarkan warna kerana itu juga merupakan salah satu cara untuk seseorang(mungkin kauselor) untuk mendekati individu bermasalah.
wallahu'alam..
~Bertemakan blog 'my sensory' , segala ekspresi ayat adalah datang dari naluri dan emosi penulis, seandainya pembaca tidak bersetuju atau mahu mengomen, anda sangat-sangat dialukan untuk berbuat demikian~
No comments:
Post a Comment