Seawal 4.45 pagi saya bangun hari ini untuk tidak kelewatan bersama sahabat-sahabat menyambut kedatangan adik-adik baru yang mendaftar di UM. Aduh, siksanya nak bangun, apa tidaknya.. 1 badan lenguh-lenguh. Macam orang baru lepas excident (na'uzubillah). Ini semua gara-gara main paintball. Melompat ke dalam parit, menyarap, merangkak.. Fuh, kalah palapes UM..(terasa hebat pulak masa tu). Hah, rasakan..bangun pagi dengan tersiksanya.
Selesai bersiap, saya diuji dengan menunggu bas selama 1/2 jam. Sabar je la. Jam dah menunjukkan pukul 7.00 pagi masa tu. Sempat ke nak berkejar sampai depan gate UM by 7.30 A.M. Alik-alik, pukul 8.00 pagi sampai UM. Kelibat sahabat-sahabat pun tak nampak. Agaknya tengah prepare material lagi kot. Saya pun pergi la buat ape-ape yang patut kat dalam masjid Ar-Rahman tu.
Lama juga tunggu sahabat-sahabat yang saya rindu ni. Dalam pukul 9.00 pagi, baru la nampak seorang dua yang sampai. Alhamdulillah, penantian berakhir (^_^) . Seronok masa melayan karenah ibu bapa yang menghantar anak-anak mereka ke UM. Teringat pula masa saya nak masuk UM. takde pun sape yang sambut... Apa taknya, dah tengah hari. Abah sesat jalan. Sampai minta bantuan kawan yang kerja kat KL tunjuk jalan. JKR pun satu, sign board UM kat lebuhraya takde. yang ada, UPM, UPNM.. geram betul masa tu.
Walaupun penat, tapi gembira. Sakit kaki masih terasa sampaikan nak terjatuh pun ada. Segalanya selesai dalam pukul 10.30 pagi. Sekejap je rasa. Tiba-tiba dah kena berpisah dengan sahabat-sahabat. Saya rasa sedih. Berjalanlah dengan sayunya ke stesen U. Oh tidak! Kena naik tangga. Sakitnya kaki Allah saja yang tahu. Pape pun, redah je. Terkenang kata ibu, "Sakit sikit je. Jauh daripada mati kan..." . Kadang tersenyum sendiri bila kenang kata-kata ibu dan abah.
Destinasi seterusnya: Bukit Jalil, membeli tiket balik Muar minggu depan. Seboleh-bolehnya, sebulan sekali nak kena balik kampung. Sangat arif dengan ibu yang sokmo rindu anak-anak dia. Bila telefon je ibu mesti kata "ibu baru teringat kat along..tu la naluri ibu"..hehe(rasa bahagia).
On the way to Bukit Jalil from Masjid Jamek, duduklah 2 minah saleh(memandangkan perempuan) kat sebelah saya. Tanya apa ntah kat pakcik yang duk kat sebelah depa tu..Kesian pulak tengok pakcik tu nak jawab pun susah. Konon-konon pandai la sangat nak speaking, saya pun menyapa la kedua-dua wanita ni. Oo, nak tahu kat mana Plaza Rakyat rupanya..At first fluent jugak duk speaking...tapi..
"Why do u wear this kind of scraf? there r two..black and green...it's hot u know.."(lebih kurang gitu la..diorang tanya saya)
Saya jawab apa nak tau..
"It's not hot for me"(ceh..menipu..padahal mmg panas)
Dah habis sembang tu, masuk train..tetiba rasa menyesal yang teramat sangat. Adui..
'Bukan ke aku dah blaja masa usrah dulu..camne nak jawab klo non-muslim tanya soalan mcm ni...adoi3x..nape la nervous sangat tadi...menyesal3x..'
Menyesal-menyesal pun tak guna..benda dah lepas. Rupanya bukan senang kalau kita dah belaja teori kat dalam usarah..tetiba face to face pulak dengan non-muslim nak keluarkan hujah on the sport. dah english pun ala-ala hancur.huhu..Peluang macam ni, susah sangat nak jumpa. Saya dah terlepas peluang yang sangat-sangat berharga....Aduh..nak cakap jugak menyesal.
Di Bukit Jalil, sembang pulak dengan mak cik india.. Harap je lama sembang, tapi satu benda baik dalam Islam tak pun saya selit. Adui.. ape nak jadi dengan aku ni..
Jumpa pulak minah saleh kat masjid jamek. yang ni lpas balik dari Bukit Jalil pulak...Mmm, setakat bagi direction.. Tak sempat nak cucuk-cucuk something...
Paling best time naik teksi la. Sembang dengan pakcik yang asal Johor. Pure UMNO punya orang..tu dulu-dulu. Sekarang anti dah. Nampaknya rakyat sekarang semakin menolak UMNO sebab kebajikan diorang semakin diketepikan lebih-lebih orang Melayu.
Point paling penting kat sini, pasal paper yang baru-baru ni SUARA KEADILAN keluarkan isu 'Felda Bankrap'. Saya ingat memang betul lah kalau PKR tersilap pandang dalam mengeluarkan kenyataan. Rupa-rupanya lepas dengar sendiri dari pakcik teksi tadi... MEMANG BANKRAP PUN...Geli betul la bila ingat balik pak aji yang cakap masa media buat liputan tu. Bercanggah dengan kenyataan benar. Yang sebenar-benarnya pendapatan peneroka dipotong atas alasan untuk backup kos tanam semula. Alik-alik, peneroka disuruh pulak bayar untuk kos tanam semula. Mana pergi duit yang dipotong tu. Konfius betul...
Perjalanan pun berakhir...penat kaki. Alhamdulillah..dapat belajar something daripada perjalanan hari ni.
No comments:
Post a Comment