15 July 2010

Buku Apa Nak Baca? Mana Satu Nak Baca Dulu?


InsyaAllah entri kali ini nak berkongsi kepada sesiapa yang melawat blog yang tidak seberapa ni dan dalam masa yang sama sangat addicted untuk menbaca buku-buku ilmiah khususnya.

Sumber ini saya peroleh semasa usrah dengan seorang murobbi yang sangat saya hormati. Setiap kata-katanya penuh dengan makna tersurat dan tersirat yang membuat saya selalu berfikir. Beliau yang dimaksudkan adalah Al-fadhil Ustaz Mohd Noor Omar.


Secara jujurnya saya ni kurang berminat nak baca-baca buku ni. Memang kalau bab-bab membaca ni.. malas. Sampai surat khabar pun kadang baca tajuk je. Punya la malas tahap kritikal. (^ ^).

Tapi, bila sedar, pentingnya membaca ni bila nak berhadapan dengan masyarakat sekeliling. Siapa yang tak malu kalau orang lain duk pongpang-pongpang cakap pasal isu itu, isu ini.. Kita nganga, tak tau ape-ape. Lagi lah penting bila kita yang dah pun mengucap kalimah shahadah ni yang automatically nak tak nak kena jadi daie. Even sibuk mana pun dengan komitmen lain, at least ada something yang kita boleh bagi pada masyarakat sekeliling. Tak banyak, sikit pun ok... Sekuman pun boleh juga..Nak lagi kecil...ok, se'atom'.(^ ^)

Kadang daie ni konfius..Tak tahu nak baca buku mana dulu sebab "terlalu banyak" lah katakan nak baca buku (^ ^)...(perlian yang baik untuk diri sendiri). So, di sini, terdapat buku-buku yang perlu dibaca berperingkat-peringkat. Mudah-mudahan bermanfaatlah untuk kita semua.

1) Aqidah
2) Fiqh
3) Tasawwuf / Al-Quran
4) Al-Quran
5) As-Sunnah
6) Usul-Fiqh
7) Ulum Al-Lughatul 'Arabiyah
8) Fiqh Dakwah
9) Sirah
10) Fiqh Harakah
11) Ad-Darasat Mu'asarah(tak pasti sebutan)
12) Al-Muksirat(tak pasti sebutan)
13) Psychology Kejiwaan

Pengajian Aqidah, Fiqh dan Tasawwuf adalah fardhu ain kerana ianya berterusan sehingga kita mati.
Pengajian Al-Quran adalah diberi tekanan kepada ilmu tajwid dan tafsir.
Kepada barisan pimpinan adalah wajib untuk menguasai bidang ilmu Usul-Fiqh kerana di situ terdapatnya Fiqh Al-Aulawiyyat dan Fiqh Al-Mu'azzanat.
Buku ke 11 tadi membincangkan tentang Islam masa kini melalui perbankan.
Buku ke 12 tadi pula membincangkan tentang konspirasi.

Di harapkan sekiranya terdapat kesalahan pada maklumat yang saya sampaikan, tolong tegur ye..Syukran jaziilan (^ ^)

2 comments:

Shafie Hashim said...

habiskan hadam 7 fiqh , kemudian kena baca Fiqh Mar'ah

Nur Madihah said...

banyak tu...insyaAllah mana yang termampu..=)
syukran..