06 August 2010

PERMOHONAN SENARAI ANAK PAGOH YANG MENGINAP DI KOLEJ KDIAMAN DAN LUAR KAMPUS SESI 2010/2011 UNTUK PENDAFTARAN DALAM GABUNGAN ANAK PAGOH (GAPa) IPTA


Post kali ini saya bawakan khas kepada rakan mahasiswa yang merupakan anak Johor, terutama yang menetap di Pagoh atau mana-mana mukim dalam kawasan Parlimen yang meliputi mukim Gerisik, Bukit Serampang, Jorak, Lenga, Sungai Terap, Panchor atau Bukit Kepong.

3 Ogos 2010 yang lalu, saya menerima e-mail melalui siswa mail yang di 'CC'kan kepada seluruh mahasiswa UM. Dinyatakan di situ, YAB Tan Sri Hj. Muhyiddin Mohd Yasin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia merangkap Ahli Parlimen Malaysia (Kawasan Pagoh) ketika ini sedang mengemaskini semula senarai anak Pagoh yang sedang melanjutkan pengajian di IPTA, sama ada peringkat prasiswazah atau siswazah.
Berikut merupakan kenyataan pada keratan surat:

Usaha ini sebagai langkah awal merintis penubuhan Gabungan Anak Pagoh (GAPa) . Pada prinsipnya GAPa bukan merupakan sebuah pertubuhan politik. Penubuhan GAPa membolehkan anak-anak Pagoh dapat bernaung di bawah satu bumbung untuk menyumbang pemikiran, tenaga dan pengalaman bagi manfaat masayarakat/penduduk tempatan khasnya kemajuan bidang pendidikan dan pembangunan modal insan pada masa kini dan masa depan. Keahlian GAPa adalah terbuka kepada anak Pagoh dari pelbagai bangsa dan agama yang sedang belajar di IPTA. Ia akan diperluaskan ke IPTS secara berperingkat.

Untuk maksud itu, kepada semua anak-anak Pagoh yang sedang belajar di Universiti Malaya dan menginap di kolej kediaman atau di luar kampus diminta supaya mengisi borang keahlian (seperti terlampir). Keahlian GAPa adalah meliputi pelajar baru dan pelajar lama sesi 2010/2011. Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dikemukakan ke Seksyen Pentadbiran & Perkhidmatan, Bahagian Hal Ehwal Pelajar & Alumni sebelum 16 Ogos 2010 sebelum dikemukakan kepada pihak GAPa
Saranan saya kepada rakan-rakan yang pernah menetap atau bersekolah di kawan Pagoh suatu ketika dahulu, mendaftarkan diri  sebagai ahli GAPa.

Mungkin ada yang tidak bersetuju dengan pernyertaan keahlian GAPa, tetapi percaya dan yakinlah mungkin ini adalah cara bagaimana mahasiswa memperlihatkan keintelektualan dalam menyumbang buah fikiran. Suatu perkara lagi, sebagai mahasiswa sepatutnya kita bangga (bukan bermaksud riak) kerana masyarakat secara amnya memandang tinggi lontaran pendapat mahasiswa.

Sentiasa peringatkan diri kita, ini bukan masanya lagi bermain dengan mancis semata-mata, tetapi mancis itu dinyalakan hingga membakar obor untuk menerangi satu stadium. Begitulah juga kita sebagai mahasiswa, yang saya rasakan sangat rugi apabila kita keluar di dunia luar, tiada apa-apa sumbangan yang mampu diberikan melainkan hanya dalam bidang apa yang kita ceburi ketika di dunia kampus, yang belajar dalam bidang perubatan menjadi doktor, yang belajar dalam bidang pendidikan menjadi guru, yang belajar dalam bidang kejuruteraan menjadi jurutera. Masing-masing dalam dunia sendiri tanpa cuba keluar dari kepompong diri.

Berbalik kepada GAPa tadi, bolehlah merujuk kepada siswa mail bertarikh 3 Ogos 2010 untuk penerangan yang lebih jelas.

Wallahu'alam.. 

3 comments:

nhazhafek said...

salam..ank johor ni, tp bkn kwsn pagoh..juz penah msuk kem plkn pagoh, ley join gapa x?

Nur Madihah said...

kalau tak silap saya boleh.asalkan pernah mengikuti apa2 program di pagoh..tapi dah tutup la permohonan keahliannya..tapi boleh je contact2 org y berkaitan.=)

Anonymous said...

alhamdulillah, syukur kerana saudari menyokg gabungan anak pagoh ini, sudi kiranya ke laman web gabungananakpagoh.wordpress.com atau facebook gabungan anak pagoh.

penyertaan saudari amat dialu-alukan