Suka untuk saya berkongsi dengan sahabat-sahabat semua tetang apa itu Kaedah Epidural yang digunakan oleh wanita-wanita yang sedang dalam proses bersalin. Walaupun kita belum berkahwin, bukan bermaksud tidak perlu untuk tahu perkara sebegini. Sebarang infomasi berkaitan kesihatan sememangnya harus diambil berat oleh setiap lapisan umur. Selamat membaca (^_^)
Oleh: SHAFINAZ SHEIKH MAZNAN
SAKIT bersalin memang sukar digambarkan. Hanya yang pernah merasa sahaja tahu bagaimana peritnya bersalin. Kalau sakit gigi itu sakit, maka sakit wanita bersalin lebih dari itu.
Sesetengah yang lain pula mengandaikan sakit senggugut cuma 1:10 sakit bersalin. Tuhan sahaja yang tahu. Patutlah syurga itu terletak di bawah telapak kaki ibu.
Kalaulah orang lelaki tahu macam mana sakit bersalin, alamatnya, semua pasangan suami isteri di dunia ini hanya punya anak seorang sahajalah…
Kenyataan ini turut diakui oleh Pakar Bius, Pusat Perubatan Kampung Bharu (KBMC), Dr. Farahah Osman yang menyifatkan kesakitan ketika melahirkan sebagai satu proses yang amat menyakitkan terutama bagi yang menimang cahaya mata pertama.
‘‘Malah, ia boleh menyebabkan tekanan emosi kepada ibu-ibu ditambah pula dengan pengalaman yang sering dikongsi oleh mereka yang pernah melalui proses melahirkan anak, sering kali dibayangi dengan cerita-cerita cemas yang mendebarkan serta mengerikan.
‘‘Bagi sesetengah wanita, pengalaman itu memungkinkan mereka berasa serik atau fobia untuk mengandung lagi,’’ ujar beliau.
Bagaimanapun, zaman di mana wanita tidak mempunyai pilihan lain selain daripada menjerit kesakitan tanpa sebarang bantuan ubat-ubatan penahan sakit bersalin, telah lama berlalu.
Kini, teknik-teknik pengurusan kesakitan seperti yang paling popular, epidural, mampu menukar pengalaman menyakitkan menjadi lebih tenang dan terkawal, malah selesa.
Menurut Dr. Farahah, kaedah epidural adalah salah satu teknik pembiusan sama ada untuk mengurangkan kesakitan (analgesia) atau untuk kegunaan semasa pembedahan (anestesia).
‘‘Kaedah epidural ini merupakan pembiusan separuh badan. Dalam kaedah ini, pesakit akan sedar dan teknik untuk membius ialah dengan memasukkan ubat bius setempat ke kawasan epidural pada bahagian tulang belakang.
‘‘Ubat bius ini akan merebak dan akan menyekat saraf kesakitan daripada berfungsi. Kesannya rangsangan kesakitan tidak akan sampai ke otak untuk ditafsirkan sebagai kesakitan. Prosedur ini hanya dilakukan oleh pakar bius,’’ jelasnya.
Kawasan epidural merupakan lapisan sebelum ruang spinal. Akar saraf yang keluar dari saraf tunjang berada di lapisan ini.
Mengulas lanjut, apabila ubat bius setempat dimasukkan ke kawasan ini melalui kateter yang halus, ia akan membasahi akar saraf ini menyebabkan pembiusan yang efektif.
‘‘Kelebihannya adalah ia boleh diberikan secara berterusan selagi kateter itu tidak dikeluarkan atau tidak beralih.
‘‘Epidural menjadi cara pembiusan yang sangat sesuai untuk digunakan dalam kes pembedahan yang mengambil masa lama dan juga untuk menahan kesakitan ketika bersalin,’’ kata Dr. Farahah.
Selepas pembedahan, kateter ini masih boleh ditinggalkan selama mana yang perlu sebagai kaedah mengurangkan kesakitan selepas pembedahan.
klik di sini untuk penerangan lebih lanjut
No comments:
Post a Comment