21 June 2011

Dengarlah saya nak membebel


Assalamu'alaikum..buat yang mengunjungi blog ini,jawab ye salam..=)

Dalam pada waktu saya menulis tinta ini, sebenarnya tengah rehat. Sesi kelas yang sangat panjang. Bayangkanlah mula pukul 9.00 pagi hingga pukul 5.00 petang. Rehat kami sekadar untuk makan tengah hari dan solat Zuhur bagi yang beragama Islam. Saya tak tahu nak bayangkan bagaimana pula lah 'trainer' yang mengajar kami ni. Cakap non-stop. Timbul rasa simpati pun ada. Alah bisa tegal biasa. Maka baginya mungkin tiada masalah lah kot =). Tabik spring sikit (^_^)..

Erm, apa yang saya nak membebel kat sini ye..
Saya cuma nak berkongsi sedikit apa yang saya terfikir sejak akhir-akhir ni. Saya tiba-tiba terfikir, kenapa saya perlu belajar sungguh-sungguh? Honestly speaking, sebenarnya saya tak faham 100% pun apa yang saya belajar. Ibarat angin lalu je ilmu tu diserap. Lepas tu hilang sikit-sikit. Sedihnye.. Kalaulah ilmu tu boleh bercakap dan ada perasaan. Mesti dia menangis semahu-mahunya kan..

Tiga minggu yang lalu, saya mengikuti bengkel softskill. Satu value yang saya betul-betul terkesan, motivater tersebut pesan..'Don't blame'..Most of the Malaysian especially the Malays(mujur motivater pun Malay) are really like to blame. Bila sahaja gagal, salahkan orang lain. Bila sahaja dimarah, tuduh pula orang lain puncanya.

Berbalik kepada persoalan pelik saya tadi. Kenapa perlu belajar rajin-rajin? I believe all of you got my point ya =) ..dan saya tetap juga memberontak dalam hati. Kenapa terkadang susah sangat nak absorb ilmu yang pendidik ajar. nak kata laju sangat ajar?(i blame that lecturer). So, nak taknak perlu untuk try the best. Berjaya atau gagal soal kedua. Setiap orang kemampuan berbeza.

Oklah, sekejap je lah nak bebel. Nak solat zuhur. (^_^) . All the best in your life.

Assalamu'alaikum...

1 comment:

AHMAD FAHMI said...

hahaha.. memang kalau tanya balik, tak tahu belajar apa. tapi kalu dah taun akhir ni, kena habiskan jugak. yg pntg grab ilmu. mana tau berguna... :))