29 July 2009

FORUM "NAJIB'S 100 DAYS, WHAT WENT WRONG?"

Title:FORUM "NAJIB'S 100 DAYS, WHAT WENT WRONG?"
Date:31 July 2009 (Friday)
Time:8pm
Venue:MBPJ Civic Hall
Panelists:YB Dato' Seri Anwar Ibrahim, Datuk Zaid Ibrahim, YB Tian Chua,YB Elizabeth Wong, YB William Leong,YB Teng Chang Kim
Moderator:Miss Latheefa Khoya

14 July 2009

Oh mata hatiku



Penat sungguh hari ni, berjalan seorang diri di Mid Valley.Terpaksa berjalan sorang-sorang memandangkan semua kawan-kawan sibuk..

-Kak Faz(yang cute) pergi interview Syazwan(pemimpin yang berkaliber)
-Nadhrah dengan masalah surat memohon kebenaran membuka booth PITUM kat 10th college tu
-Azrie yang tak habis bussy dengan SAIF lah, pesta kemerdekaan lah(sorry Azrie,huhuhu..terpaksa menolak jawatan mencari tajaan untuk Pesta Kemerdekaan tu)
-Husna pulak..ehem-ehem..agenda ape pulak dia petang tadi.hehe
-Kerol(PALAPES setia)

Alhamdulillah,nampaknya power cermin mata ni dah berkurang.Lepas ni mudah-mudahan tak perlu dah pakai spec.

Erm,kali ni punya post agak santai. Boring jugak serius-serius ni.. Walaubagaimanapun, perlulah kita beringat, hidup bukan untuk berehat,bermacam-macam lagi tanggungjawab yang perlu dilaksanakan..

13 July 2009

Senyum, ikhlas atau sinis??

Baik membawa resmi ayam betina. Apalah salahnya kita ini sebagai manusia yang tidak kira darjat tinggi atau rendah berasa rendah diri dalam beberapa perkara. Sebagai contoh yang paling simple, dalam mesyuarat atau menerima pandangan masyarakat umum.

Segelintir masyarakat hari ini, yang sememangnya terlalu cerdik, bersuara halus dan menyejukkan hati ahli mesyuarat. Malangnya apabila di luar mesyuarat, ibarat melepaskan batuk di tangga. Tidak bersungguh-sungguh pun dalam melakukan kerja dan dalam erti kata lain janji dimungkiri.

Tidak kiralah ketua atau anak-anak buah, seandainya fahaman Islam sendiri tidak diambil kisah, itulah yang terjadi. Tanggungjawab itu sangatlah besar dan penting di sisi Allah. Mungkirlah kalian jika ingin digelar MUNAFIK.

"senyum"???

Itulah yang saya maksudkan sebagai kata-kata janji. Ikhlas di sidang mesyuarat, sinis di sidang masyarakat.

Firman Allah bermaksud: “Dan demikianlah Kami wahyukan kepadamu roh (al-Quran) daripada urusan Kami." (Surah al-Syuara', ayat 52)

Bersamalah memertabatkan Al-Quran. Sebaik-baik panduan peraturan, undang-undang dan disiplin, pastinya Al-Quran.

Sahabat yang disayangi kerana Allah, jadikanlah Rasulullah sebagai ikon. Siapalah mereka (orang-orang besar yang TAK MAHU mengamalkan Islam)ini dijadikan contoh teladan..

Senyumlah dengan ikhlas..

Wallahu'alam.

17 June 2009

Segelintir Pendidik Kurang Kualiti

Zaman berzaman, negara kita banyak melahirkan pendidik yang disegani masyarakat sendiri. Ribuan cerdik pandai hasil didikan para guru membuka mata ibu bapa supaya lebih memberi sepenuh kepercayaan kepada mereka dalam menyampaikan ilmu di aspek rohani dan jasmani.Malangnya, harapkan pagar..pagar makan padi.Ada segelintir daripada mereka ini(para pendidik) yang buruk dari segi akhlaknya.

Amat mendukacitakan sekali apabila berita yang mendedahkan sikap buruk seorang pendidik yang bertugas di pulau Borneo[klik disini].
Tidak cukup hanya di situ.Penulis juga pasti,bukan hanya penulis yang pernah melalui pengalaman bersama guru yang amat gemar menggunakan perkataan berbentuk cercaan kepada murid-muridnya.Sangat mengecewakan segelintir pendidik-pendidik yang masih wujud seperti ini.

Siapalah penulis untuk mengkritik para pendidik dewasa ini.Seharusnya pendidik-pendidik lebih peka,bahawa masyarakat kecil(anak-anak murid)mudah untuk menangkap segala maklumat yang disampaikan oleh orang yang lebih dewasa.Tidak mustahil seandainya perilaku serta tutur kata yang tidak manis didengar dan dipandang oleh masyarakat metrapolitan,ditiru-tiru oleh murid-murid sehingga sebati di dalam diri mereka.

Ibu bapa sebagai pendidik utama individu-individu kecil ini juga seharusnya memainkan peranan yang sangat penting dalam membentuk peribadi anak-anak yang unggul.Seringkali kita mendengar,"Kawan adalah cermin diri kita"."Kawan" didefinisikan di sini adalah ibu bapa.Seandainya cantik imej ibu bapa,demikian cantik jugalah imej anak-anaknya.

Buat bakal pendidik-pendidik mahupun yang telah menjadi pendidik,berfikirlah sewarasnya sebelum melakukan sesuatu yang menjangkau norma kehidupan masyarakat.Bilakah suasana SOLEHAH(bi'ah solehah)dapat dibentuk seandainya diri sendiri tidak dapat dibentuk semoleknya.

Firman Allah yang bermaksud: “Dan (ingatlah), apa juga kebaikan yang kamu kerjakan sebagai bekalan untuk diri kamu, tentulah kamu akan mendapat balasannya pada sisi Allah, sebagai balasan yang sebaik-baiknya dan yang amat besar pahalanya.” (Surah al-Muzammil, ayat 20)

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Apabila meninggal dunia seorang manusia, maka terputuslah pahala amalannya kecuali tiga perkara; sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat, anak soleh yang mendoakannya.” (Hadis riwayat Muslim).


Firman Allah yang bermaksud: "Wahai orang beriman, mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya. Amat besar kebenciannya di sisi Allah, kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya."
(Surah as-Saf, ayat 2-3)

Wallahu'alam..

09 June 2009

apa pendapat masyarakat

BI syarat wajib lulus SPM
Oleh Nazura Ngah
nazura@bharian.com.my



Tan Sri Muhyiddin Yassin

Muhyiddin minta orang ramai beri pandangan

KUALA LUMPUR: Kementerian Pelajaran semalam meminta orang ramai memberikan pandangan mengenai kemungkinan calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) diwajibkan lulus mata pelajaran Bahasa Inggeris untuk melayakkan mereka menerima sijil penuh.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata ketika ini calon SPM tidak disyaratkan lulus Bahasa Inggeris walaupun subjek itu diajar sebagai satu mata pelajaran di sekolah, selain diiktiraf sebagai bahasa kedua di negara ini.

Beliau berkata, maklum balas daripada orang ramai akan membolehkan Kementerian Pelajaran membuat penilaian kerana pihaknya melihat isu itu dari sudut peningkatan keupayaan dan penguasaan bahasa Inggeris di kalangan pelajar.

"Setakat ini anak-anak kita yang belajar bahasa Inggeris masih boleh dapat sijil penuh walaupun gagal dalam bahasa Inggeris dan ini menjadi persoalan. Oleh itu, saya mahukan maklum balas daripada masyarakat supaya dapat memastikan pelajar luar bandar tidak menjadi mangsa disebabkan mereka tidak menguasai bahasa Inggeris.

"Walaupun hampir 70 peratus pelajar lulus bahasa Inggeris (di peringkat SPM setiap tahun), keputusan itu tidak memberi sebarang perbezaan kerana pelajar gagal juga mendapat sijil (penuh)," katanya selepas merasmikan penubuhan Persatuan Alumni Maktab Kirkby Malaysia di Institut Tadbiran Awam Negara di sini, semalam.

Beliau turut melancarkan buku `Kirkby: The Life and The Loves' karya Dr Shaari Isa dan merasmikan pameran Maktab Kirkby anjuran Muzium Pendidikan Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim. Hadir sama presiden persatuan itu, Tan Sri Dr Yahaya Ibrahim.

Muhyiddin berkata, pandangan umum diperlukan mengenai perkara itu kerana sebelum ini beliau beranggapan semua pelajar perlu lulus subjek bahasa Inggeris untuk melayakkan mereka menerima sijil penuh SPM.

"Saya ingatkan kita perlu lulus kerana kita belajar bahasa Inggeris, sebaliknya (baru saya dapat tahu) tidak perlu lulus.

"Saya cuma meletakkan persoalan adakah disebabkan itu pelajar tidak belajar bahasa Inggeris dengan serius atau adakah ia menyebabkan standard bahasa Inggeris menurun. Ia perlu dibincangkan semua pihak," katanya.

Timbalan Perdana Menteri berkata, beliau juga mendapati bahasa Inggeris sekarang diajar tanpa pengajaran tatabahasa, sebaliknya pelajar hanya mempelajari 'Communicative English' bagi membolehkan mereka berhubung dengan orang lain.

Bagaimanapun, katanya, kementerian tidak membuat sebarang keputusan mengenai isu itu kerana mahu memberi peluang kepada semua pihak untuk memberi pandangan sebelum penilaian dan langkang seterusnya diambil.

"Kedua-dua isu ini perlu diteliti bagi membolehkan pelajar lebih serius menguasai bahasa Inggeris," katanya.

Terdahulu dalam ucapannya, Muhyiddin menyifatkan Maktab Kirkby sebagai 'miniature Malaya' yang menyemai semangat 1Malaya dan Malaya Boleh, apabila guru lepasan institusi itu pulang ke tanah air untuk mengajar di seluruh negara.

Katanya, guru lepasan Maktab Kirkby menjadi kayu ukur kepada kecemerlangan profesion perguruan di negara ini dan ia dibuktikan dengan pemilihan empat bekas pelajar Maktab Kirkby sebagai Tokoh Guru Kebangsaan dari 1988 hingga 1998.

06 June 2009

Apa Nak Jadi ! !

scene 1

"Dik..dik..minta maaf mengganggu,akak ada masalah ni.Kad ATM akak tercicir kat mana ntah.Akak pun tak perasan.Boleh akak pinjam duit adik 10 ringgit? nanti akak bayar balik." Mengadu seorang kakak dalam usia 20-an.

"Tercicir..Oh,tapi kak,bank tak tutup lagi ni.Akak boleh pegi mengadu kat pegawai bank yang bertugas.?" Kataku yang berfikiran agak waras waktu itu.

"Akak takde duit nak pegi bank tu dik.."

"Cis akak ni.macam la tambang sampai rm10 nak pegi bank tu...naik LRT je pun..mesti nak tipu aku ni.Siap la hang..." Aku bermonolog sebentar.

"Ok,kalau macam tu..akak amik la no phone saya ni.nanti mudah la akak nak pulang duit kan.." Kataku dalam nada kasihan.

"Ok..ok..akak salin no awak ye." Kata kakak tersebut dalam nada yang penuh bersemangat sambil matanya melilau-lilau ke tempat lain.

"Hai akak,save je la no saya kat handphone akak tu..kan lagi senang.." Duga aku...

"Akak bussy ni dik.Nak cepat.." Gesanya dalam nada gelisah.

"Takpe-takpe,akak bagi hanset akak,biar saya yang taip and save kan.." Aku meragui tingkah-laku kakak tersebut.

"Eh,takpelah dik..Akak pergi dululah.."

"Erm,selamat duit aku.Alhamdulillah..Nampak sangat nak cuba tipu.Fuh,first time jumpa orang macam ni.Ntah-ntah takde handset..ish,apela aku ni..sangka buruk plak..haish.." (monolog dalaman kali kedua)

scene 2

Pagi itu(18 Mei 2009),aku berjalan ke Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat(FSKTM).Boring duduk dalam bilik FESKUM.Orang lain belum sampai lagi.Mana tahu,boleh tengok gred-gred subjek yang lecturer dah keluarkan.Tiba-tiba,dalam perjalanan berhadapan stesen bas kolej 7 dan 3..

"Assalamualaikum nak.." Seorang pak cik setengah abad umurnya berlalu.

"Wa'alaikumussalam..ye,ada ape pak cik?"

"Anak duduk kat UM ni ke,atau duduk kat luar?" Tanya pak cik kepadaku. Wajahnya menampakkan kepayahan.

"Dalam UM lah pak cik..kenapa?"

"Motor pakcik rosak ni.. Nak balik rumah jauh lagi. Pak cik kerja kat sini.Pak cik nak baiki motor.Beg duit tak bawa..Boleh tak pak cik pinjam duit 20 ringgit? Jangan risau..pak cik bagi no phone pak cik ni.. nanti pukul 5 pak cik datang UM,ganti balik duit."

"La yeke...tak boleh ke pak cik hutang dulu kat bengkel tu?Saya pun duit tak berapa ada ni." MasyaAllah,menipu la pulak aku ni..

"Oh,dia tak bagi hutang..Takpelah,pinjamkan pak cik 10 ringgit jelah.Amik no pak cik ni.."

Sebelum memberi duit,aku dapatkan dulu nombor pak cik tadi, dan misscall semula.

"Oh,dapat...mungkin dia tak tipulah ni..kesian la pulak" hati bersuara..

"Saya bukan ape pak cik,sekarang ni orang kan banyak menipu..So,saya taknaklah kena tipu..Oklah pak cik..nanti pukul 5 petang,pak cik datang lah ye..Nah 10 ringgit."

"Ok-ok,terima kasih ye..jangan risau..nanti pak cik habis kerja,pak cik datang lah.."

"Ok...." Kataku penuh riang...hehehe

Cis pak cik...Dah masuk sebulan dah pun..tak ingat ke ape.Aku dah bagi sms dah pun..Erm..takpelah..Balasan aku pun menipu dia..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

MasyaAllah, itulah ragam manusia kini.Termasuk diri penulis juga,terkadang tidak kita sedari,malahan sedar sekalipun, melakukan banyak kesilapan. Sebagai mahasiswa Muslim seharusnya kita lebih peka terhadap permasalahan umat sekarang yang rata-ratanya masih bermasalah dalam berakhlak.Lihat sahajalah contoh-contoh yang ada, daripada yang remaja yang menipu, hinggalah yang tua.Mungkin tanggapan saya salah kepada mereka yang saya temui meminta pertolongan berbentuk wang tadi.Mungkin juga mereka berniat jahat.Hanya Allah sahaja yang tahu.

Mahasiswa-mahasiswi bukan sahaja Muslim,malahan yang beragama lain juga kira-kira sudah berintelektual.Pelbagai wadah bahan bacaan disediakan untuk kita meng'upgrade' ilmu.Dan inilah masanya,kita membantu masyarakat sekeliling yang kelihatannya masih bermasalah dari segi moral dengan menganjurkan pelbagai program mahasiswa IPT bersama masyarakat sekitar.Melalui program-program sebeginilah sebenarnya membuka mata masyarakat memilih yang mana baik dan menghindar yang mana buruk.

Sahabat siswa-siswi yang disayangi,apalah makna belajar tinggi di menara gading andai sedikit sumbangan yang tak terjangkau banyaknya dik akal tidak diberi kepada saudara kita yang lain.Ibarat nakhoda membawa barangan,penumpang dicampak ke dalam lautan.

بلغوا عني ولو آية
Hendaklah kamu sampaikan ajaran aku walau satu ayat

wallu'alam....

28 May 2009

Manisnya dikasihi orang



Siapa yang tak mahu dikasihi?
Semua orang mahu dikasihi.Dari sekecil-kecil insan,hinggalah yang tua.Kerana sememangnya lumrah manusia ingin dikasihi.

Pelbagai cara yang diguna oleh seseorang untuk menarik perhatian orang lain supaya dirinya disayangi.Contoh yang mudah,bayi menangis menarik perhatian ibu ayah.Jarang sekali kita lihat,ibu dan ayah membiarkan cahaya matanya menangis sendirian tanpa diambil bena.Tetapi,selalu;sering;setiap saat;masa;ketika..kita lihat orang tua menunggu anaknya pulang ke kampung halaman.Tunggu tanpa jemu meskipun bertahun lama tidak pulang.Tak pernah kita ambil kisah semua itu.Memanglah mereka tidak memaksa,tetapi diri sendiri perlulah ingat.Ibu dan ayah memerlukan kasih sayang kita juga.

Saya ingat lagi masa saya kecil-kecil dulu.Ibu dan abah saya singgah di suatu rumah orang-orang tua.Tak ingat kat mana.Saja-saja ziarah.Tengok keadaan orang-orang tua yang ada kat situ.Saya rasa sedih sangat tengok wajah-wajah mereka.Saya tak tahulah,kalau tengok muka orang tua,automatik macam nak nangis.Kenapa mereka duduk kat situ,saya pun tak tahu.Sebab duduk kat kampung boring agaknya.Anak asyik tak balik-balik kot.Masa tu,saya nak dijamu biskut bantal.Kesiannya lah kat nenek tu.Biskut pun dah masuk angin.Saya bukannya sedih sebab biskut tu masuk angin,tetapi mengenangkan nasib nenek tu.Manalah anak-anaknya.Biarkan mak macam tu.

Roomate saya pernah berpesan.Sayangilah ibu ayah selagi mereka ada.Roomate menangis-nangis bercerita,dia sangat menyesal tak sempat menyayangi arwah ayahnya betul-betul semasa hidupnya.Sayu dengar cerita dia.

Imam Muslim di dalam kitab Sahihnya meriwayatkan sebuah hadith yang berbunyi:

Maksudnya: “Kehinaan bagi sesiapa yang memiliki kedua ibu-bapanya yang tua salah seorang atau kedua-duanya, dan tidak dapat memasuki syurga.”[1]

Al-Imam al-Nawawi ketika mensyarahkan hadith ini berkata: “Hadith ini berupa galakan untuk berbuat baik kepada ibu-bapa dan besarnya pahalanya, maknanya berbuat baik kepada mereka berdua ketika mereka tua dan lemah dengan memberi khidmat atau nafkah atau selainnya menjadi sebab dapatnya memasuki syurga, dan sesiapa yang mengurangi perkara ini (berbuat baik kepada ibu-bapa), dia terlepas dari dapat memasuki syurga dan Allah menghinakannya.”[2]

Demikian betapa besarnya kedudukan berbuat baik kepada ibu-bapa sehingga ia menjadi sebab beroleh syurga ataupun neraka.

Di dalam al-Adab al-Mufrad[3] al-Imam al-Bukhari meriwayatkan sebuah hadith daripada Ibn ‘Abbas R.A. yang didatangai seorang lelaki dan bertanya:

Maksudnya: “Aku telah meminang seorang wanita, akan tetapi ia tidak menerima pinangan-ku, kemudian wanita itu dipinang oleh lelaki lain, dan wanita itu menerimanya, maka timbul perasaan cemburu aku terhadap wanita itu, lalu aku membunuhnya. Apakah bagi-ku ada peluang (diterima) taubat?
Ibn ‘Abbas bertanya: “(Apakah) Ibu-mu masih hidup?”
Jawab lelaki itu: “Tidak.”
Kata Ibn ‘Abbas: “Bertaubatlah kepada Allah A.Z.W.J. dan hampirkanlah diri kepada-Nya semampu-mu.”
‘Atho bin Yasar berkata: “Aku pergi bertanya kepada Ibn ‘Abbas: “Mengapa anda bertanya kepada lelaki itu apakah ibunya masih hidup?”
Jawab Ibn ‘Abbas: “Sesungguhnya aku tidak mengetahui adanya satu amalan yang lebih hampir kepada Allah A.Z.W.J. lebih daripada berbuat baik kepada ibu.”[4]

Hadith ini menunjukkan kepada kita bagaimana berbuat baik kepada ibu dapat menghapuskan kesalahan yang dilakukan, kerana itu sahabat Nabi S.A.W. Ibn ‘Abbas r.a. bertanyakan keadaan ibu lelaki tersebut apakah masih hidup ataupun tidak, sehingga dia dapat berbuat baik kepada ibunya, seterusnya dapat menghapuskan kesalahan dan dosanya. Dari Abu Hurairah R.A. Nabi S.A.W. bersabda:

Maksudnya: “Seorang anak tidak dikira dapat membalas kebaikan bapanya, melainkan jika dia mendapati bapanya menjadi hamba (kepada seseorang), kemudian dia membelinya dan memerdekakan bapanya itu.”[5]

wallahu'alam...

12 May 2009

JANGAN PICIT JERAWAT



Salam sayang buat semua sahabat...

Diriwayatkan daripada An-Nu‘maan bin Basyeer Radhiallahu ‘anhu, beliau berkata: Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam bersabda yang maksudnya :

“Perumpamaan orang-orang yang beriman dalam saling mencintai, menyayangi dan bertolong-tolongan di kalangan mereka umpama satu jasad, apabila sakit satu anggota jasadnya akan terasalah sekalian anggota ( yang lain sehinggakan) tidak dapat tidur malam dan demam.”

(Hadits riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Setelah beberapa hari melalui hari-hari dan minggu-minggu yang sukar, akhirnya dapat juga bertemu sahabat-sahabat yang comey-comey belaka tue..(^_^)^_^)

Seronok bukan main...

Bersembang-sembang tentang ape yang dah belajar selama satahun di USM...

APE?? TAK BOLEH PICIT JERAWAT?? KENAPA??


erm..kata sahabat COMEY...

Lapisan kulit muka kita ni satu je nak dibandingkan dengan kulit bahagian anggota lain,dan sangat mudah untuk dimasuki bakteria atau virus di mana-mana bahagian yang luka..

kesannya agak dasyatla bila saya dapat tahu..

boleh affect urat saraf kat kepala dan otak kita tue..

sebab tue bila ada di kalangan masyarakat sekarang yang meninggal sebab serangan sakit kepala adalah berpunca dari picit jerawat..

hah!jaga-jaga la ye...

let say,jerawat pecah sendiri..
cepat-cepatlah basuh muka tue..
untuk elak kuman dan sekutunya masuk ke dalam rongga yang ada kat kulit muka..

sahabat-sahabat yang kusayangi kerana Allah,

ini sekadar ape yang saya tahulah..
nama-nama saintifiknya dah lupa..

semoga beroleh manfaat daripada ape yang disampaikan..

~IKHLASALAMESRABADI~

11 May 2009

~Secerah Pawana~



Seindah sedamai pantai melambai gemalai
Begitulah hati merindu kasih yang padu
Bagaikan pepasir basah di simbah lautan
Begitulah perjuangan ini
Biar basah dengan iman dan ukhwah

Seindah sedamai pantai melambai gemalai
Begitulah hati merindu kasih yang padu
Bagaikan pepasir basah di simbah lautan
Begitulah perjuangan ini
Biar basah dengan iman dan ukhwah

Seindah sedamai pantai melambai gemalai
Begitulah hati merindu kasih yang padu
Bagaikan pepasir basah di simbah lautan
Begitulah perjuangan ini
Biar basah dengan iman dan ukhwah

Kita ingin segalanya indah
Sebersih pasir pantai memutih
Seindah dan secerah pewarna
Berseri ukhwah dipupuk kasih

Kita ingin segala terlerai
Dengki dan dendam kesumat musnah
Biar keihklasan berbicara
Di dada hati luas saujana

Wahai ???? ???? hati
Kasih yang abadi padamu Illahi
Perjuangan ini moga diberkati

Wahai ???? ???? hati
Kasih yang abadi padamu Illahi
Perjuangan ini moga diberkati

Seindah sedamai pantai melambai gemalai
Begitulah hati merindu kasih yang padu
Bagaikan pepasir basah di simbah lautan
Begitulah perjuangan ini
Biar basah dengan iman dan ukhwah

Seindah sedamai pantai melambai gemalai
Begitulah hati merindu kasih yang padu

10 May 2009

Kenapa komputer lambat......?


1. Cakera keras (hard disk drive) anda tidak dipernah melakukan proses difragment.

2. Terdapat banyak perisian (software) yang dipasang (install) pada cakera keras anda.

3. Spyware / virus / trojan sedang beroperasi di komputer tanpa anda sedari.

4. Kapasiti memori (RAM) komputer anda hanya sedikit dan tidak mampu menjalankan proses applikasi yang berat seperti Adobe Photoshop yang memerlukan RAM berkapasiti 512MB (recommended)

5. Cakera keras anda tidak dibuat proses pembahagian (partition)

6. Cakera keras anda mempunyai bad sector

QUOTE

Setelah meneliti faktor-faktor ini, apakah jalan penyelesaian yang perlu anda ambil? Di bawah ini, disertakan antara langkah penyelesaian yang berguna kepada anda.

1. Lakukan proses difragment pada cakera keras (hard disk drive) anda sekurang-kurangnya sekali sahaja seminggu. Jika anda malas melakukan sekali seminggu, anda boleh jalankan proses ini sebulan sekali.

2. Lakukan proses Disk cleanup setelah selesai melayari internet. Saya lebih suka menggunakan perisian ccleaner yang lebih efektif daripada utiliti windows iaitu Disk cleanup. Perisian ccleaner boleh didapati di laman http://www.ccleaner.com/

3. Anda juga boleh memindah turun (download) perisian seperti Microsoft Antispyware dan AVG Anti Virus Free Edition untuk mencegah serangan spyware dan juga virus.

4. Buang (uninstall) perisian yang tidak digunakan atau yang jarang digunakan.

5. Anda boleh melakukan proses pembahagian (partition) pada cakera keras jika kapasiti cakera keras adalah besar. Bagi Windows XP, digalakkan membuat pembahagian dalam format NTFS.

6. Bagi cakera keras yang mempunyai bad sector, anda boleh melakukan prose Low Level Format. Kepada yang kurang arif dalam melakukan proses Low Level Format, sila dapatkan bantuan daripada rakan anda yang arif dalam hal ini. Jika cakera keras anda mempunyai banyak bad sector, anda dinasihatkan membeli cakera keras yang baru.

7. Jika komputer anda mempunyai kapasiti memori (RAM) yang sedikit, anda boleh mengeluarkan sedikit belanja untuk membeli memori yang lebih besar kapasitinya.

8. Anda juga boleh mengurangkan bilangan proses startup. Anda boleh pergi ke Start Menu > Run dan kemudian taipkan msconfig dan diikuti dengan enter. Selepas itu pilih startup taskbar dan buang (uncheck) kotak applikasi yang tidak diingini. Klik Ok dan restart komputer anda.

9. Anda boleh mengurangkan bilangan Font yang terdapat di komputer anda.

atau anda guna software seperti ini.. http://www.download.com/Advanced-WindowsCa...&tag=button

Posted by: Aceh-Online.Com

24 April 2009

8 SIMPLE STEPS TO BOOST YOUR PC SYSTEM AND AVOID PC HANGS



STEP 1: Click "Start" from your dekstop then go to "Run" and type "regedit".
Registry Editor window appears.

STEP 2: Double left click "HKEY_CURRENT USER".
Choices under HKEY_CURRENT USER appears.

STEP 3: Double left click "Control Panel".
Choices under Control Panel appears.

STEP 4: Double left click "Desktop".
Choices from the right appears.

STEP 5: Double left click "CursorBlinkRate", then change its value data to "5".

STEP 6: Double left click "HungAppTimeout", then change its value data to "500".
Note: you must not change its value data lower than "350".

STEP 7: Double left click "MenuShowDelay", then change its value data to "200".

STEP 8: Double left click "WaitToKillAppTimeout", then change its value data to "2000".

After that, close the Registry window and thats it! ^_^

~Terima kasih banyak-banyak kepada sahabatku Luqmanul Haqeem...(^_^)
berguna betul ni....mudah..dan nak kongsi kepada sahabat-sahabat yang lain juga...~

13 April 2009

tidAk sedaR aku turuT saMa........

HASILAN MESYUARAT PARA PERWAKILAN BULUHMAS

11 APRIL 2009

Pihak Syarikat BuluhMas hanya menantikan keputusan rasmi daripada pihak Bank Negara Malaysia ( BNM ) dalam tempoh terdekat ini. Marilah kita sama-sama berdoa mudah-mudahan BM akan beroperasi seperti biasa dengan jayanya.

Sokongan & iringan doa daripada semua wakil & promoter amatlah dihargai.

Buluhmas, Noradz, Jazmeen : Apa Cerita ?

Oleh

www.zaharuddin.net

Saya rasa sudah berpuluh-puluh malah hampir beratus orang bertanya kepada saya berkenaan hukum perniagaan Buluh MAS, Noradz Travel dan yang sepertinya. Mereka bertanya melalui ruangan komentar, sms, email, shout box dan pelbagai medium lain.

Duit oh duit

Walaupun sebenarnya saya ada meninjau ringkas web perniagaan berkenaan namun saya masih belum terpanggil untuk memberikan sebarang komen dan ulasan berkenaan hukumnya. Malah saya juga tidak membacanya secara serius dan sekadar menyelak web mereka beberapa minit sahaja. Ini kerana saya sedang menunggu 'lampu hijau' dari pihak berwajib.

Akhirnya, hari ini keputusan saya untuk 'belum mengulas' sampai kepada apa yang saya tunggu-tunggu, iaitu respon daripada Suruhanjaya Sekuriti dan Bank Negara Malaysia.

Walaupun respon mereka belum MENYATAKAN SYARIKAT YANG TERBABIT DIANGGAP BERSALAH atau TIDAK BERSALAH, namun ia cukup baik kerana siasatan sedang dijalankan, justeru kebajikan seluruh peserta-pesertanya kemungkinan besar lebih terjamin, atau 'wang peserta' mungkin juga akan hangus jika aset semua syarikat dibeku oleh BNM tanpa sebarang pampasan, apapun ia bergantung kepada keputusan siasatan.

Telah saya nyatakan berkali-kali kepada semua pelawat web ini yang baik dan mengamil berat hal halal haram dalam pendapatan mereka.

jika anda ingin bertanya kepada saya hukum sesuatu perniagaan, tolonglah semak terlebih dahulu dengan pihak Bank Negara Malaysia atau Suruhanjaya Sekuriti. Jadilah seorang proaktif dalam melaporkan mana-mana kewujudan syarikat yang sebegini kepada BNM atau Suruhanjaya Sekuriti (SC), selepas itu barulah sesuai ditanya kepada saya atau mana-mana ilmuan Syariah dalam bidang Fiqh Muamalat di mana jua.

Kemudian, satu lagi persoalan diluluskan oleh BNM & SC, semak pula mengapa pula pihak syarikat tidak mahu mengambil penasihat berwibawa untuk menyemak dan mengesahkan sistem dan produk mereka. Jangan lupa, mungkin ada beberpa syarikat yang mengambil mudah dengan meletakkan entah siapa-siapa sebagai penasihat Shariah syarikat mereka bagi mengabui mata pelanggan. Semak latar belakang penasihat Shariah, jadilah seorang yang bijak dan berfikiran panjang sebelum terjebak dan akhirnya menjadi mangsa.

Selain itu, jikakalau perniagaan itu mempunyai sistem yang diakui halal sekalipun tetapi melanggari peruntukan undang-undang yang ada, saya tetap tidak boleh menyokongnya, juga tidak boleh untuk mewarwarkannya sebagai halal. Ia merbahaya kerana mungkin saya pula akan disabit kesalahan kerana seolah berkempen untuk sesuatu perniagaan yang tidak menuruti undang-undang.

Sekadar itu coretan pendek berkenaan hal ini. Semoga dapat mempelajari sesuatu.

Sebarang kata-kata kasar marahkan syarikat atau BNM,

dan semua jenis maki hamun, provokasi, emosi tidak tentu hala dan sepertinya di ruangan komentar akan dipadam dan tidak disiar, justeru tidak perlulah ada sesiapa yang ingin membuang waktunya jika ada hasrat berbuat demikian di web ini.

Jika anda terjebak, eloklah memarahi diri sendiri kerana 'terkena' sedangkan telah banyak pengajaran sebelum dari ini.

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

14 Oktober 2008

Wales, UK

11 April 2009

"specific"kan matlamat


HuBunGan EtniK --->> 20 April --->> 1500

Principle of Artificial Intelligence --->> 23 April --->> 0830

Software Engineering --->> 23 April --->> 1130

Computer System and Architecture --->> 29 April --->> 1130

Data Structure --->> 4 May --->> 1130

English(Effective Presentation S
kill) --->> done Alhamdulillah



"Maafkan segala kesilapanku selama kita bersahabat, berkawan, berteman..
andai banyak diri ini melakukan kesilapan melalui perlakuan mahupun percakapan.Doakan kejayaan bersama.
Kecemerlangan milik bersama, InsyaAllah"

08 April 2009

hanya tinggal kenangan...


pencil box ku hilang....

sedih sangat kehilangan barang yang berharga ni...
time2 ni lah dia nak hilang...
takpe2...

Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (mereka berdoa): "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. beri ma'aflah Kami; ampunilah Kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah penolong kami, Maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir."

(Al-Baqarah : 286)


banyak ujian dan masalah yang menimpa diri kadang-kadang membuatkan diri mengeluh, sedih dan duka...
tetapi kita tak sedar, bahawa kita adalah insan yang bertuah kerana dipilih untuk menghadapi semua itu.
nak dibandingkan ujian yang menimpa diri ini, tidaklah seberat yang ditanggung Rasulullah, sehinggakan sanggup menanggung kesakitan ummatnya dikala sakaratul maut..
ucaplah Alhamdulillah apabila diuji Allah..

MEMETIK kata-kata MOTIVASI
daripada
"MEMBINA JIWA SERASI"
oleh: DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
m/s:65-66
*diedit sedikit*

i)anda tak pernah keseorangan.kisah anda alami hanyalah ulangan yang dialami orang lain.kesemua orang itu mampu menghadapinya dengan tabah,mengapa anda tidak?

ii)kalaupun anda rasakan apa yang anda alami itu sudah cukup dahsyat,ketahuilah ada orang yang lebih dahsyat lagi.kalau anda rasakan masalah itu cukup besar,tak pernah dialami oleh orang lain,anda silap,sudah ramai orang mengalaminya bahkan lebih dahsyat.jarang kita dengar mereka ini bunuh diri atau menjadi gila.jadi,kenapa anda nak bunuh diri dan nak jadi gila?

iii)kalau dikira semua zaman sejak kewujudan manusia,anda fikir kisah anda itu unik sangatkah?Tidak.ia semata-mata ulang tayang 'filem-filem lama'.

"Sebesar-besar atau seberat-berat urusan,
janganlah dihadapi dengan muka berkerut.
Kerut muka itu dengan sendirinya menambahkan lagi kerut
pekerjaan itu."-Hamka

wallahualam..



07 April 2009

-di TAG??-

assalamualaikum...
kali ini, kutelah di TAG oleh husna...
terima kasih ye cik husna..pandai ye kamu..
tapi soalan tak killer sangatlah..hehehe..

1.Bekas kekasih saya adalah :

sekolah tercintaku.......KISAS..huhu

2.Saya sedang mendengar :
nasihat kakak2 dan abang2 kesayangan..huhu, insyaAllah

3.Mungkin saya patut :
diam je tanpa keperluan untuk berkata tanpa kepentingannya..

4.Saya suka :
memerhati...wahh,bahaya tu..


5.Sahabat-sahabat baik saya :
tak dapat nak state..ramai sangat.kang ada yang mengecilkan hati pulak..

6.Saya tak paham :
kenapa bila dah besar,anak2 ni susah sangat nak dengar nasihat org.haish..

7.Saya kehilangan :
kucing2 ku, hamster2 ku....mereka telah meninggalkan dunia..=(

8.Ramai yang berkata :
tak cukup masa! iye ke?

9.Makna nama saya :
nur madihah binti jafar? - cahaya terpuji anak anak sungai...

10.Cinta itu adalah:
yang lahir dari hati yang hakiki..(kata ustz Hasrizal)

11.Di suatu tempat, seseorang sedang :
bersedih...

12.Saya akan cuba :
bertanya...kenapa dgn kamu??

13.Ayat SELAMANYA membawa maksud :
hablumminallah, hablumminannas etc...

14.Telefon bimbit saya :
1 cukuplah...banyak2 kang nanti kembung pulak poket.

15.Bila saya terjaga dari tidur :
selalu lupa baca doa..tengok lap top jap,
baru pergi bilik air..qiam..

16.Saya paling meluat apabila :
terleka..buang masa betul...

17.Pesta/Parti adalah :
seperti jamuan..tapi seperti apa yang digariskan dalam Islam,itu semestinya..

18.Haiwan yang paling comel yang saya pernah temui ialah :
bybo...
sejenis beruang.hehehe

19.Peringkat umur yang paling menyeronokkan bagi saya ialah :
masa sekaranglah..banyak cabaran.waah...inni ansarullah..ameen..

20.Hari ini :
tak siap lagi csa...
then ada group dicussion..
bersama vivienne yang comel..

21.Malam ini saya akan :
belek2 ape yang perlu

22.Esok pula saya akan :
jadi yang lebih baik daripada hari ini!!!!!waaaah...proud to be muslim..

23.Saya betul2 inginkan :
suami yang dapat membimbing saya mencapai keredhaan Allah..
n melahirkan anak2 yang soleh dan solehah...
keluarga dalam suasana solehah
ameeeen...

24.Ketika anda lihat wajah anda di hadapan cermin pagi ini :
saya rasa saya cantik..
syukrulillah..
apa yang ada pada diri..
itulah yang terbaik untuk kite...
jangan pernah berasa rendah diri..

25.Pusat membeli-belah atau arked permainan :
kat mana-mana pun jadi..hehehe

26.Makanan Barat atau Jepun :
saya suke...

27.Bilik yang terang atau gelap :
dua2 pun boleh....
kalau tidur,kata ayah mesti tutup semua lampu(gelap la tu)
kalau nak belajar..(kalau boleh, disetiap sudut syiling mesti pasang lampu..)
bukan membazir..
tapi mata terasa macam dah bertambah rabun pulak..
masyaAllah..

28.Makanan segera adalah :
erm..biasanya keropok, chocolate...n so on...

29.Ayat terakhir yang anda katakan pada seseorang?
jaga diri, salam..

30.Siapa yang anda nak Tag?
tak naklah...huhuhu

05 April 2009

Begitukah Akhirnya?

www.iluvislam.com
Oleh: Noraslina Jusin
*
Editor: NuurZaffan

Ruang yang tadi terang benderang, tiba-tiba menjadi gelap. Hajat di hati ingin membaca sebelum melelapkan mata terpadam dek kegelapan malam.Aku bingkas bangun dari katil, menuju ke pintu. Tujuan di hati ingin meninjau ke bilik anak-anak.


" Tentu mereka sedang tidur lena.." getus hati sambil tangan meraba mencari tombol. Namun...

" Ummi, Kak Long dan Kak Ngah tak boleh tidur.. ada nyamuk..panas pula tu." Belum sempat pintu bilik dibuka, anak-anak lebih dulu menyua muka. Terpisat-pisat mereka mengesat mata. Dalam kesuraman cahaya bulan purnama yang masuk menembusi tingkap bilik, aku mendorong mereka ke katil. Suamiku kebetulan tiada di rumah kerana berprogram di luar kawasan.

" Kak Long dan Kak Ngah tidur dengan Ummi ye...elektrik tak ada malam ni ."

Oleh kerana masih mengantuk, mereka menurut sahaja tanpa banyak bicara. Aku mengambil majalah yang tadi ingin dibaca, kujadikan kipas untuk menyejukkan sedikit pusaran udara sekitar bilik kecilku.

" Kak Long dan Kak Ngah tidur ye, Ummi tolong kipas. Nanti sejuk sikit.." Aku berkata. Sempat telinga mendengar dengungan si nyamuk. Sambil mengipas, aku membuka mata luas, kalau-kalau ada nyamuk yang datang hinggap di tubuh anak-anakku..kasihan mereka. Terpaksa melelapkan mata dalam keadan tidak selesa begitu.


Itu di dunia...Entah mengapa sambil mengipas dan menampar nyamuk yang hinggap seekor dua, fikiran melayang mengenang keadaan di akhirat sana.


Di sini, aku masih boleh menjadi 'penyelamat' anak-anak dari situasi yang tidak menyenangkan. Mereka juga tetap mencari Ummi mereka ini untuk mengadu nasib diri. Bagaiman di sana nanti ? Mampukah lagi aku menjadi penyelamat mereka dari terjunam ke lembah neraka...Na'uzubillah. Dan, adakah anak-anakku mencari Ummi ini sekadar untuk menagih janji..


" Dulu di dunia, Ummi kata Ummi sayang kami. Sekarang ini kami minta bukti ".. mungkin itu jerit mereka. Di depan titian Sirat menanti..di bawahnya jurang neraka berapi.

" Kami tak bersalah, Ummi kami yang menjadikan kami tidak solehah..Salah kami tidak ditegur, silap kami tidak diperbetul. Lantas, kami terus dengan diri sendiri..Pakaian kami tidak ikut syariat. Ummi kata, tak mengapa kerana kami masih belum dewasa. Solat kami culas, Ummi kata tak mengapa. Dah baligh kelak, baru Ummi galak. Gelak tawa kami berdekah-dekah. Ummi buat tak endah. Ummi kata, tak mengapa. Dah besar nanti, baru Ummi menyapa..jangan begitu bila ketawa."

" Namun belum sempat Ummi menegah, Ummi lebih dulu meninggalkan alam ini. Kami dah biasa begini, terus dewasa tanpa panduan ilahi. Mari Ummi, terjun bersama kami..selayaknya kita di sini " kata mereka lagi, lantas pantas mencapai tanganku ke tepian api..


Astaghfirullah..Aku terjaga dari lena. Tertidur rupanya. Ku toleh ke sisi, anak-anak masih dibuai mimpi. Bilik yang tadi suram, telah kembali terang. Terngiang-ngiang lagi 'jeritan' anak-anak dalam mimpiku tadi. Perlahan-lahan aku bangun. Sementelah, belum masuk Subuh, aku ingin munajat pada Ilahi, mohon kekuatan dan petunjuk. Jangan 'peristiwa' dalam mimpi menjadi realiti.

' Ya Allah, dalam hening malam aku sujud pada Mu. Kumohon jangan pernah berpaling dariku. Aku tak punya siapa-siapa untuk menolong. Aku menagih rahmat kasih sayang Mu, Ya Allah. Bantulah aku, dalam mendidik anak-anakku. Kurniakan aku kekuatan menegur dan membetulkan salah silap mereka. Dengan baki usia yang masih bersisa ini, ya Allah. Aku akan bersama suami menunjukkan jalan yang benar kepada mereka. Pandulah kami, bimbinglah kami. Kami ingin mati dalam redha Mu. Kami ingin menuju akhirat Mu tanpa beban yang masih berbaki.
Alam kini penuh fitnah, dinding kami dari fasad dan jahat dunia. Kami tak daya menolak tanpa bimbingan dan hidayah Mu.
Kurniakan kami anak-anak yang soleh dan solehah agar di sana kelak kami tidak saling menyalak.
Kami akan mendidik mereka berlandas syari'at, Al Quran dan Sunnah sebagai pengikat. Ya Allah, hadiahkan kami redhamu, izinkan kami bernaung di bawah cinta Mu, walau kami sedar kami banyak dosa tapi kami tak akan pernah berputus asa'.

**********************************


Untuk renungan wanita bergelar ibu dan bakal ibu,


Kita sekian lama berbangga kerana syurga di bawah telapak kaki kita, namun sepatutnya kita lebih dulu insaf, kerana syurga atau neraka seorang anak, kitalah pencorak pertamanya. Semoga beroleh manfaat.

Mencari dan terus mencari cinta Ilahi.

* Noraslina Jusin merupakan seorang isteri, ummi dan muslimah yang berdakwah melalui blog. Kini tinggal di Leicester United Kingdom.
Sila KLIK untuk melayari blog beliau.


04 April 2009

oh...what happen to me??


apekah makhluk ini??
hehehe

comel betul gambar kat atas tu.baby yengok pun naik berkerut muka dia.
hehehe.ala-ala macam diklonkan pulak.haih..

"Harta benda dan anak-anak kamu hanyalah menjadi ujian dan di sisi ALLAH ada pahala yang besar." (Al-Quran Surah At-Taghabun, 64:15

kali ini saya nak bawakan tajuk "are you doing this to your child??"
sekarang ni, ibu dan bapa bekerjaya mengambil mudah perihal anak-anak.
expose them from fast food to vedio games..
tak disedari anak-anak didoktrinkan dengan keganasan(violent)
ibu2 dan bapa2 just grab the latest video game for their kids without even mengambil tahu content video games tu..

banyak video games sekarang yang bertemakan:
-violence
-rape
-racism
-aggressive behaviour
-addiction

serba sedikit semua ini menjadikan minda anak-anak diasuh dengan benda-benda negatif.
menerjah ke sekolah-sekolah rendah,
masyaAllah, ada yang bertumbuk, membuli and etc.

apabila dewasa, anak-anak ini menjadi sampah masyarakat akhirnya.
na'uzubillah..
apakah ini yang kita mahu terjadi kepada anak-anak kita?
ibu bapa adalah perintis kepada anak-anak yang cemerlang..

think about it..
be the best for our future.

"Tahukah engkau siapakah orang yang mandul." Berkata para sahabat : "Orang yang mandul ialah orang yang tidak mempunyai anak." Lalu Rasulullah SAW berkata : "Orang yang mandul itu ialah orang yang mempunyai ramai anak tetapi anak-anaknya itu tidak memberi kemanfaatan kepadanya sesudah ia meninggal dunia."-(Maksud Al-Hadith )


02 April 2009

rindu nak nyanyi lagu ni.....


Generasi Al-Quran yang unggul
Peribadi mulia dan terpuji
Pewaris amanah para rasul
Menegakkan Islam Deen yang suci

Allahu Akbar2x

Badan Dakwah mengorak langkah
Menempuh badai mehnah dan fitnah
Dengan sabar dan penuh hikmah
Terus mara dan istiqamah

Hidup berjuang penuh cabaran
Perlu bekalan ilmu dan iman
Ayuhlah mara bina kejayaan
Islam terbilang sepanjang zaman

Allahu Akbar2x

Ma damal..Islamu ya'alu
Bi 'aunillah..hiyantasyiru
Lil Islami abtolu
Li wajhillahi yantasyiru



31 March 2009

hari-hari yang 'busy'


Bismillahhirrahmanirrahim....

"Sorry la..I tak bleh teman u pergi ur late husband's funeral..."
petikan dialog dari drama Sabtu "Tanah Kubur"..

Lebih kurang macam tulah dialog tu..saya pun tak berapa ingat.
kepada pembaca-pembaca blog saya ni,sila lapangkan dada anda,lapangkan fikiran,
lapangkan segala kekusutan..
cuba check balik diri kita..
pernah tak kita menyebut dialog yang seakan-akan dialog tadi?
let say,bila ada orang mintak tolong ke,
bila ada orang susah mintak derma ke,
bila diajak ke majlis ilmu ke,
bila ....,bila.....
dan macam-macam bila lagi.

pernah tak kita terfikir,asal nak buat baik je,ada je halangan...
mmm,sebenarnya halangan itu bukanlah punca daripada keadaan semasa..
tetapi berpunca daripada kita sendiri.

"hang ni,bila aku ajak pi masjid,ada ja kerja hang yang tak siap lagi...
tula,asyik bertangguh ja..bila ada masa luang,hang duk rilek..bz la konon.."
dialog adik dan abang



usia masih muda...
kemanakah kita menghabiskan usia muda kita??
andai selepas kawan-kawan baca artikel ni..
"popss"
collapse on the floor...
na'uzubillah...
tak sempat nak buat apa-apa dah...
selamat tinggal jasadku...
roh terawang-awang meninggalkan jasad...
sayu terasa kerana diri tak sempat beramal ibadat...

so,ape lagi....
sebelum terlambat...
sedarlah diri,bahawa ajal maut kita,Dia sahaja yang tahu..
jangan jadikan "hari-hari 'busy'ku" itu,
sebagai penghalang untuk melakukan amal ibadah..

amal ibadah?
macam-macam:
-berbuat baik sesama manusia
-sesama binatang
-kepada ALLAH hu RABBI..
apa sahaja pelakuan yang diniatkan kepada Allah dan menepati syariat Islam..

Berkata sebahagian golongan saleh:
“Masa lapang setelah menyelesaikan tugas dan pekerjaan adalah merupakan nikmat yang paling besar. Maka jika seseorang hamba mengkufuri nikmat masa lapang ini dengan cara membuka pintu “hawa nafsu” terhadap dirinya; dan dia terbawa-bawa atau hanyut dalam kepimpinan syahwat dan hawa nafsu, Allah akan menciptakan “kekacauan” di dalam hatinya yang merupakan nikmat utama yang diberikan Allah; dan Allah akan mencabut kebersihan dan ketenangan hati yang pernah dianugerahkan Allah ke atasnya.”