21 February 2018

MAKANAN INSTANT SIHAT


ESP memang antara barang panas dalam Shaklee ni. pernah sold out dekat 2 bulan then bila ada stok balik, sold out dalam masa setengah jam je. fuhhhh 
Ummi Dee memang highly recommend ESP ni untuk,
.
⏩ STUDENTS
⏩ PEKERJA
⏩ MEREKA YANG SIBUK
based on pengalaman Ummi Dee kan, consume ESP time berpantang sangat membantu Ummi Dee lagi-lagi untuk badan maintain energetic dengan 3 heroes dan kulit kekal fresh takdelaa nampak lesu dan tak bermaya 
macam customer ni pun sama. dye amik ESP tiap pagi dan the whole day badan maintain je tak letih even kena panjat beribu tangga 
sepppp sikit sama laa kite!✋
.
dan sampai sekarang pun, 2018 ni Ummi Dee still consume ESP. tak kan tinggal dah kesayangan sorang ni. tak minum, rase tak complete hari heee 
.
boleh klik sini untuk dapatkan SHAKLEE with best of service & consultation ⏬
nak order? meh whatsapp UMMI DEE ➡http://www.wasap.my/60137041053/

13 February 2018

TAK PERLU RAGU..INI DIA SHAKLEE..PRODUK READY MADE DAN BERKUALITI...



Apa yang buat Ummi Dee rasa yakin dengan SHAKLEE ni sebab....


🌸Company dah invest berjuta-juta USD untuk buat kajian@RND sebelum suppliments Shaklee dipasarkan secara meluas.
🌸Ada saintis yang kawal kualiti bahan dan hasil akhir produk supaya produk yang terhasil itu terjamin kualitinya.
🌸Ada ujian klinikal setiap tahun sebab nak jaga kualiti produk.
🌸 Dah ada kajian ke atas penguna produk yang dah lebih 20 tahun amalkan Shaklee
🌸Botol Shaklee untuk packaging semua suppliments tu pun biodegradable tau...Boleh terurai...oleh bakteria dan organisma lain...jadi terpeliharalah dari pencemaran..
Kena sangat dengan prinsip Dr. Forest Shaklee.... ALWAYS GREEN 😊
Jadi...apa yang Ummi Dee boleh katakan.. SHAKLEE ni..
.
.
🏵 produk selamat dan berkesan
🏵 kualiti produk terjamin
🏵 tidak ada kesan sampingan yg memudaratkan

APA PERLU DIRAGUKAN LAGI?
.
.
In shaa Allah, usahalah yang terbaik untuk pelihara kesihatan. Badan tu pinjaman je dari Allah.. Setiap dari kita ni diAMANAHkan untuk menjaganya..
.
.
nak order SHAKLEE? meh whatsapp UMMI DEE 

31 January 2018

Jom Berkenalan

Assalamu'alaikum, Hai rakan blog walking 😍

UMMI DEE NAK KONGSI EXPERIENCE BERSALIN 3 HEROES😊 SUDI-SUDI BACA..😊
.
.
Nak cerita ni...macammana saya boleh terjebak dengan Shaklee😊..
.
.
Dulu masa bersalinkan 'Afif(anak sulung), tak makan apa-apa set berpantang pun.
Sebab saya rasa semua tu tak penting. Memang sangat cetek kesedaran pentingnya penjagaan masa berpantang.

Huhu... Semuanya berserah kepada mak kat kampung yang jaga saya waktu berpantang.😅
.
.
Masa berpantang tu, 'Afif kena Jaundice yang sangat tinggi sampai ke tahap nak tukar darah.
Saya nangis-nangis masa kat wad malam tu. Doktor warning, esok 9 pagi kalau bacaan jaundice tak turun, kena tukar darah.
Nangis macam nak pengsan rasanya. Terganggu emosi.
.
.
Yg sedihnya lagi.. time bersalin anak sulung, x berjaya full breastfeed.. susu badan x berapa nk byk..xtau pasal apa..x pandai n takde pengalaman pun sama😢😢 stress ohh..
.
.
Di sebabkan kisah bersalinkan anak sulung saya tu, saya cari set berpantang yang sesuai masa bersalinkan Syakir(anak kedua)..

gab anak sulung n kedua dekat je..depa tu selang setahun setengah😂
.
.
Jadi, masa bersalinkan Syakir, saya sendiri cari apa set berpantang yang sesuai.. Banyak juga perbandingan set-set berpantang yang saya buat. Termasuklah set berpantang Shaklee...
.
.
Yang paling menguatkan saya untuk pilih set berpantang SHAKLEE, sebab testimoni yang baby baru lahir tiada masalah jaundice.
.
.
jadinya, masa lahirkan Syakir tu.. Keluar je dari labour room, terus minum ESP dan suppliments yang lain.
.
.
 Masa tu 8 jenis suppliments Shaklee saya ambil. Consistent hari-hari saya ambil.
.
.
8 jenis suppliments tu..
1) ESP
2) Alfalfa
3) Vita C
4) Vitalea
5) Lecithin
6) B complex
7) Zinc complex
8) Ostematrix
.
.
punya sanggup makan semua ni sbb takut anak ke dua sama mcm y sulung😂
tak amalkan susu kambing pun masa mengandungkan Syakir..masa 'afif dulu amalkan jugak... alhamdulillah..Sekejap sahaja check jaundice syakir. Tak perlu berhari-hari ke klinik.
.
.
Masa bersalin Adam(anak ke tiga), tak amalkan susu kambing juga masa mengandung😝..walaupun ambil set berpantang yang agak bajet..Hihi, Alhamdulillah, tak lah sampai kena masuk wad sebab jaundice.


.
.
Ambil set berpantang Shaklee, bukan setakat dapat kurangkan masalah jaundice,
plus x da rasa letih sangat-sangat pun & stress pun kurang. Serius ni..tak gebang😎..Saya yakin mak-mak yang anak gab rapat, mesti rasa penat dan sedikit stress. Sebab pengalaman baru beranak dua masa tu😅.
.
.
Masa berpantang anak kedua tu lah..mak sampai pelik..amboi..jalan laju je..kan tgh pantang..🤣
sbb kat bawah tu dah x rasa luka..sekejap je dah baik..
.
.
masa anak y ketiga lagi best..Dr cakap, saya pelik la awak ni..org lain klo lepas bersalin smua mcm x larat..muka x berapa ceria sgt sebab penat..awak ni ceria n semangat terlebih..🤣
.
.
mak-mak yang rasa mcm nak bersalin tu..Saya sarankan minum ESP siap2😅.. kang time subuh nak bersalin..aduii..nak dpt sarapan time tu hospital lmbat lagi nak serve..

ok saya rasa tu je nak share pasal pengalaman saya consume Shaklee..ada byk sgt nak share kang x habis pulak membebel😂
kalau ada nak tanya..boleh la tny..😘
.
.
📞 Direct call 018.36.38.310
📱Whatsapp 011.2344.7985

 FB: https://www.facebook.com/madihahjafar89

27 January 2018

Kenapa mesti Pilih Omega Guard Shaklee?

Assalamu'alaikum.. Thanks kepada yang singgah di laman Blog Madihah ⌣𝨾

Sebenarnya kan, jadi pengguna ni kadang-kadang kita pening.. Nak pilih suppliments brand mana satu .. Salah pilih, takut bagi kesan tak baik pulak.. Nak-nak buah pinggang. Once rosak buah pinggang, alamatnya ke Dialysis Center la gamaknya. Na'uzubillah. Tak mau la jadi kan..

Terbaru ni, seorang kawan Ummi Dee kongsikan di personal FB beliau. Beliau seorang doktor. Pesakitnya katanya rosak buah pinggang sebab consume suppliments kurus. Tak kurang juga ada yang collapse sebab sebulan konsisten satu suppliments berbentuk cecair. Kesemua suppliments tu saya taknaklah mention. Cumanya, sebelum ambil sesuatu suppliments, better kita minta consultation doktor dulu. Lagi-lagi pesakit yang ada sakit kronik. Sebab doktor tahu dos-dos ubat dan apa suppliments yang boleh dan tak boleh dimakan.

Macam Shaklee, Alhamdulillah ada pakar nutrisi sendiri yang boleh mencadangkan kita untuk ambil suppliments apa. Apa pun, paling terbaik, jika sakit, haruslah ke klinik/hospital dahulu. Diagnose sakit apa, barulah kami di Shaklee boleh cadangkan suppliments apa yang sesuai buat kalian.

Di posting kali ni, Ummi Dee nak share, kalau nak pilih suppliment Omega-3, pilihlah Omega Guard Shaklee. Kenapa?



Sebab Omega Guard Shaklee adalah suppliments minyak ikan terbaik berbanding suppliments minyak ikan lain. Okey, bunyi macam tak adil kan. Hihi.. Tak apa, teruskan membaca.
 
Apa beza Omega Guard Shaklee dengan brand lain?

Minyak ikan bergred Farmaseutikal

Omega Guard Shaklee bukanlah ubat. Kita tahu kan kalau ubat ni memberi kesan terus kepada pesakit. Tetapi disebabkan kualiti Omega Guard yang sangat bagus, ia memberi kesan yang sama seperti ubat. Sebab tu ia bergred farmaseutikal, setaraf dengan ubat-ubat lain.

Omega Guard Shaklee diproses sebanyak 3x penyulingan dan penulenan.

1) Untuk apa??? Supaya dapat menapis keluar logam berat atau menyingkirkan komponen berbahaya (kontaminasi) seperti arsenik, merkuri, kadmium, dioksin dan PCB pada minyak ikan.

2) Untuk mendapatkan kepekatan minyak ikan yang tinggi dan menindas pembentukan lemak trans merbahaya dalam menghasilkan minyak ikan yang sihat.



Mempunyai EPA & DHA yang tinggi

Jom buat perbandingan sikit:


Mengandungi 7 spektrum lengkap asid lemak Omega 3 tulen

Omega Guard Shaklee mengandungi asid lemak Omega 3, Omega 6, Omega 9, dan Omega 11. Kebiasaannya kita akan dapat semua Omega ni daripada ikan. Jadi, seperti yang dah diterangkan tadi berkenaan 3x proses penyulingan dan penulenan dalam mendapatkan minyak ikan, menjadikan Omega Guard Shaklee adalah lebih istimewa dan lebih baik untuk diamalkan sebagai pelegkap nutrisi kita.

Bau dan rasa kesan hanyir yang minimum

Seterusnya, istimewanya Omega Guard Shaklee, ia mempunyai bau dan rasa ikan yang minimum. Tidak terlalu hanyir.

Diiktiraf oleh Friends of the Sea

Pensijilan Friends of the Sea ni sangat penting untuk memastikan sumber omega untuk menghasilkan Omega Guard Shaklee berpanjangan. Pensijilan ini akan dapat apabila kita mengikut apa yang Friends of the Sea dah gariskan (guideline).

Untuk menangkap ikan, pemilihan tempat yang sesuai ditetapkan. Ini bermaksud, penangkapan ikan tak akan berlaku atau dilakukan semasa ikan bertelur. Penangkapan ikan hanya akan dilakukan di kawasan atau tempat lain. Jadi kawasan yang terdapat ikan bertelur itu tadi akan dijadikan sebagai jaminan sumber omega yang akan datang.

Kesimpulannya, dengan adanya pensijilan Friends of the Sea ini, minyak ikan atau Omega Guard Shaklee ini dapat dihasilkan dalam jangka masa yang panjang.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Jadi best kan Omega Guard Shaklee ni. Sangat berbaloi dengan harganya. Rugi kalau tak cuba.

Untuk buat tempahan, bolehlah hubungi Ummi Dee di nombor 018.36.38.310 atau Whatsapp 011.2344.7985 atau pm di Facebook https://www.facebook.com/madihahjafar89

21 January 2018

Omega 3, Minyak ikan terbaik

Assalamu'alaikum... In shaa Allah post kali ni... Ummi Dee nak kongsikan tentang Omega 3 yang sangat diperlukan oleh semua golongan ye... Tak kira baby... sampailah ke usia emas 😊

1) Apakah Omega 3?

Omega 3 ni ialah asid lemak yang paling sihat antara semua sedara-mara lemak..😊

Dia ni sejenis asid lemak tak tepu yang boleh bagi banyak manfaat untuk kesihatan dan sangat diperlukan oleh badan kita...

Dan yang paling penting, asid lemak omega 3 tak boleh dihasilkan oleh badan kita secara semulajadi ye..

Maksudnya,  kita hanya boleh dapat asid lemak omega 3 melalui pemakanan sahaja.😊😊



Dari sumber google Ummi Dee..Omega 3 sebagian besar dapat ditemukan pada ikan-ikanan seperti ikan Salmon, ikan Tuna, ikan air tawar, Makerel, Hering, ikan Tenggiri, dan ikan sarden (ikan Lemuru)..

Sekarang nak makan hari-hari dari sumber laut dalam pun is not suggested. Sebab ikan-ikan laut dalam terdedah kepada pencemaran..

Alamak...abistu mana nak dapat Omega 3 yang selamat ni? 🤔🤔 hihi..Ummi Dee jawab di akhir post ni ye..

Kata pakar nutrisi pulak... kita kena amik Omega 3...300 mg setiap hari..

jadi, pentingnya mendapat makanan yang ada omega 3 atau pemilihan suppliment yang ada omega 3 untuk mendapatkan kebaikan omega 3 tu kepada badan kita.😍😍

2) Manfaat Omega 3

asid lemak omega 3 terdapat komponen-komponen zat penting utk tubuh iaitu DHA & EPA..

DHA ni berfungsi dalam melancarkan arahan saraf dan mengantar rangsangan saraf ke otak.

EPA pula..berfungsi dalam membantu pembentukan sel-sel darah dan jantung, menyihatkan sistem peredaran darah dengan melancarkan circulation darah...

so, fungsi-fungsi DHA & EPA ni, Ummi Dee ringkaskan dah dalam gambar ye..



3) Siapa yang boleh dan  TAK boleh makan Omega?

Ok...golongan yang boleh makan omega seperti...

💐 Ibu Hamil

💐 Ibu Menyusukan baby

💐 Kanak-kanak

💐 Mereka yang mengalami masalah berat badan

💐 Golongan berusia

💐 Sering dilanda masalah kesihatan

Siapa pulak yang tak boleh makan Omega Guard?

Antara golongan yang tak boleh makan omega Guard, ibu pregnant yang ada masalah low blood pressure...kena consult dgn Dr dulu la ye... Kalau yang pregnant normal tu takpe.. It is suggested stop ambil Omega 3 apabila kandungan mencecah usia 6 bulan.. Sifat Omega 3 ni mencairkan darah. Jadi khuatir kalau-kalau masa bersalin kena ceaser. Darah akan banyak keluar. Bukan kata Omega 3, minyak kelapa dara pun tau.

dan mana-mana pesakit yang ada ambil ubat cairkan darah..

Jadi, Ummi Dee suggest ambillah Omega Guard Shaklee. Kenapa mesti Omega Guard Shaklee?

6) Apa keistimewaan Omega Guard Shaklee?

BEZA OMEGA GUARD SHAKLEE dengan Minyak ikan lain:

🐠 Omega Guard Shaklee diproses sebanyak 3x penyulingan dan penulenan.
.
🐠 minyak lebih kuat / lebih berkualiti

🐠minyak yang lebih tulen

🐠 minyak bebas bahan merkuri / toksin dari dasar laut yang dimakan oleh ikan-ikan besar didasar laut. Kemudian ikan-ikan besar ini yang akan diproses ambil untuk hasilkan minyak ikan.

🐠 minyak ikan asli bukan lemak ikan. Ramai tetipu beli minyak ikan yang tinggi lemak ikan bukan minyak ikan. Hati-hati ya..

🐠 Harga berpatutan serta minyak ikan yang tulen 👍



Okey, NAK order Omega Guard Shaklee???

Hubungi Ummi Dee ➡

📞 Direct call 018.36.38.310
📱Whatsapp 011.2344.7985

 FB: https://www.facebook.com/madihahjafar89

08 November 2017

Kolagen Murah lagi menjimatkan


Ok, apa yang kita sedia maklum, dalam VITAMIN C ada kolagen. Kolagen tu adalah struktur yang terlibat dalam pembinaan tulang, gigi, sendi, otot dan kulit.
.
.
Perkataan kolagen tu bahasa Yunani yang maksudnya LEKAT atau bersifat PELEKAT.
.
.
Si pengamal VITAMIN C akan merasai kulitnya lebih licin, tegang dan cantik. Luka pula cepat sembuh sebab kolagen membantu perhubungan tisu badan yang kuat.
.
.
KENAPA MESTI PILIH VITA-C SHAKLEE??
.
.
Vitamin C Shaklee adalah yang terbaik kerana ianya adalah Sustained Release di mana Vitamin C dilepaskan secara perlahan-lahan, 100mg setiap sejam untuk memastikan keperluan Vitamin C di dalam badan sentiasa dipenuhi secara berterusan.
.
.
Paling penting, VITA-C SHAKLEE bukan sintetik😎 Jaga-jaga, sintetik bahaya tau untuk buah pinggang.
.
.
Hubungi 013.704.1053 untuk order VITA C SHAKLEE 😊

07 May 2015

Usratun Sa'idah

Dah bersarang blog ni.. Lama tak update.Nak kata sibuk sangat pun tak.. huhu... Gambar di bawah ni dengan anak sulung dan suami.. Muhammad 'Afif bin Mohd Shafie. Lahir 29 Januari 2014.


Ini 'Afif sekarang... dah besar... 1 tahun 3 bulan dah..


Dan 'Afif nak jadi abang pulak lepas ni... Insya-Allah 27 Jun 2015 nanti... (^_^)

21 September 2013

Berkelah di FRIM Kepong

Berehat sebentar setelah letih main air >_<

Rancangan last minute pagi itu membawa kami ke Forest Research Institute Malaysia (FRIM). Terimbas kenangan sewaktu kecil, ibu dan abah gemar membawa saya dan adik-adik berjalan-jalan. Antara aktiviti sewaktu hujung minggu ialah picnic. Teringat akan suasana itu, saya pun spontan mengajak suami >_< "Abang jom berkelah nak tak? Nur gi beli sardin dan roti jap. Nak buat sandwich...hehe". Lega rasanya, suami bersetuju (^_^).

FRIM dari rumah kami tak jauh pun. Hanya ambil masa dalam 15 minit untuk sampai. Sesampainya kami di pintu utama, Pak Guard tahan. 
"Nak kemana encik?" 
"Nak masuk..." . Kami berasa pelik dengan soalan Pak Guard tu. Mesti la nak jalan-jalan di situ. Nak buat apa lagi.hohoho...
"Ok, kena bayar 6 Ringgit untuk parking ya encik"
Mahalnya...huhuhu. Demi untuk berkelah, hulur jelah duit =(
Kereta kami meluncur masuk ke kawasan FRIM. Terkejut dibuatnya kami. Macam-macam ada dalam tu. Sekolah rendah, tadika, chalet (ye kot..macam chalet je.hehe..). Patutlah Pak Guard tanya macam tu tadi.
Di kawasan hujung sekali adalah kawasan rekreasi. Suami pun park kereta. Huhuhu, ada banyak beruk la. Tapi beruk-beruk tu tak kacau orang yang berkunjung. Mujurlah. Tak macam beruk di Kolej 8 dan 10 di UM. Beruk-beruknya sangat berani mengacah-acah orang yang lalu lalang. huhuhu. Ngeri...

20 June 2013

Amalan Sunat ketika Hamil (Bhg. 1)

Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah, dengan izin Allah, tangan ini ringan untuk mengemaskini blog yang sudah sekian lama tidak dilawati sendiri oleh tuan empunya blog (>_<).

InsyaAllah, sedikit pembacaan sempat dilakukan dan ini hasilnya:

Diriwayatkan oleh Ibn Sunni daripada Fatimah r.ha. dan dapat disimpulkan di sini, Rasulullah memerintahkan Ummu Salamah dan Zainab binti Jahsyin menghampiri Fatimah yang hampir melahirkan. Baginda membaca
  1. Ayat Kursi
  2. surah al-A'raf (ayat 54)
  3. surah al-Falaq
  4. surah an-Nas

20 February 2013

Doa Mencukupkan Keperluan Keluarga


Sedaya upaya untuk menghafal doa-doa yang dijumpai berguna untuk diri dan keluargaku.

Rezeki itu telah Allah سبحانه و تعالى tetapkan untuk hambaNya. Jadi tidak perlu risau dengan ketidakcukupan makanan, keperluan harian, dan sebagainya untuk anak-anak dan isteri.

Perlu diingat, bukan sekadar duduk diam dan berpeluk tubuh rezeki itu akan bergolek. Berbekalkan usaha dan doa, bersangka baik dengan Allah, sabar dalam ujian, InsyaAllah Allah tidak akan mensia-siakan hambaNya.

"Ya Allah, jadikanlah keluargaku ini, keluarga yang tidak meminta-minta kepada orang lain. Cukupkanlah keperluan diri dan keluargaku. Dan jadikan hartaku ini, harta yang dapat juga dimanfaatkan untuk saudara seIslam. Amin..."

27 September 2012

Ya Rabbi


Bismillah kutitipkan kata-kata buat diriku yang kerdil...
Terimbau lagu yang dinyanyikan oleh sahabatku...
"Ya Rabbi Bil Mustapha..."
Lembut suaranya, beralun merdu...
Dengan menghayati setiap butir katanya, aku berasa kecil...

Ya Allah Ya Tuhan, doaku panjatkan, Limpahkan hidayahMu...
Imanku, iman manusia...
Adakalanya naik, adakalanya turun...
Berbuat sesuatu tanpa berfikir...
Menyesal yang tiada berguna.
Moga diakhir usiaku nanti,
Imanku adalah iman hambaMu yang bertaqwa...

Dengan mengingatiMu, kan tenang di hatiku, rahmatilah hidupku...
Tika aku susah, kadang aku lupa,
Yang aku punya Engkau...
Maka hatiku gundah, resah...
Benar janjiMu..
Ala Bizikrillahi Tatma'innul Qulub
Dengan rahmatMu Ya Allah, tenanglah hidupku...

Tiada amal ibadah, yang dapat kubanggakan, mohon belas kasihan...
Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidup dan matiku,
hanya keranaMu Ya Allah...
Ini ikrarku...
dan akan kulaksanakan...
dengan segala kemampuanku...

Alhamdulillah...

06 September 2012

Ragam 5 September 2012

Walaupun sesuatu perkara yang kita rasakan tak menggembirakan hati kita, perlu juga diucapkan Alhamdulillah.

Firman Allah maksudnya: "Boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jua Yang Maha Mengetahui (semua itu), sedang kamu tidak mengetahuinya. (al-Baqarah:216)

Pagi 5 September 2012, saya bersama sahabat, Nadhrah bersama-sama ke IPS untuk pendaftaran Master, malangnya proses pendaftaran kami terhenti apabila dikejutkan dengan jumlah yuran semester pertama yang bagi kami sangat amat tinggi. Ketika itu saya sepertinya mati akal. Tak tahu nak buat apa melainkan duduk mengelamun mimikirkan berbagai-bagai lagi kemungkinan yang akan terjadi.

Apabila ditanya kepada petugas yang berada di situ, "Tak boleh ke kami bayar setelah kami dapat pembiayaan GRAS?", GRAS adalah GRADUATE RESEARCH ASSISTANTSHIP SCHEME (Skim Pembantu Penyelidik Pascasiswazah). Jawab petugas, "Tak boleh dik..Semua pembayaran harus dilakukan dahulu,baru dapat daftar dan dapat nombor matrik. Misalkata adik dapat GRAS, nanti boleh refund balik"..Saya hanya mengangguk, dalam hati mempersoal kebenaran kata-kata petugas tersebut. Nadhrah memandang saya menunjukkan muka tak puas hati.

"Macammana ni Madihah...". Nadhrah bertanya. Saya diam seribu bahasa. Memikirkan mana nak dapat duit dalam masa yang singkat itu.

"Jomlah balik kolej kite..Kita tengok balik senarai yuran tu.." Nadhrah masih tak puas hati. Saya bersetuju.

Untungnya ada orang tua, ada tempat mengadu. Serba salah kami kepada mak ayah ketika itu sangat tinggi. Mahu tak mahu, perlu juga beritahu kepada orang tua masing-masing.

Saya menelefon abah,menyatakan hasrat meminjam duit. RM3567, bukan suatu jumlah yang sikit. Namun, tiada pilihan, abah tempatku meraih simpati. Maafkan along abah...Bergenang sebentar air mata.

Alhamdulillah...

Penantian hari esok...buat medical check dahulu.. 

08 August 2012

FB <=> illuminati


Kesimpulannya, jangan lalai untuk perkara-perkara yang tidak mendatangkan faedah. Cari manfaat dari agenda yang dibawa. Semoga kita tak tergolong dalam golongan yang rugi.

02 August 2012

Tsunami itu...



Ahad lalu seperti biasa saya akan bersama anak-anak Akademi Fakih Intelek yang luarbiasa semangatnya. Di sini saya tak bercadang bercerita tentang anak-anak cute itu, tetapi sekadar ingin berkongsi cerita daripada seorang sahabat berasal dari Acheh. Dia juga merupakan salah seorang daripada trainers FAKIH.

Masyitah, sahabat saya. Masa senggang hari itu kami berborak-borak. Bercerita tentang kampung halaman dan perihal keluarga masing-masing.

Naik bulu roma saya apabila diceritakan tragedi tsunami 2004 yang lalu. Ketika itu saya berada di tingkatan 3. Masyitah pula bersekolah di sebuah sekolah Ma'had di Acheh, suatu kawasan yang sangat jauh dari Bandar Acheh.

Pada hari kejadian, gemparan yang dirasakan tidak pernah berlaku sebelum itu mengejutkan warga sekolah. Huru-hara. Masing-masing keluar dari bangunan sekolah. Ada yang menangis ketakutan. Duduk di atas tanah yang sedang bergegar. Sambil menangis, sambil melihat tanah. Takut-takut mereka ditelan tanah.

Lain pula nasibnya dengan penduduk Bandar Acheh. Boleh dikatakan hampir keseluruhannya habis dibawa arus ombak besar.

"Air..Air.."

Masing-masing menyelamatkan diri. Ada yang mencari dataran tinggi.  Maka selamat nyawanya. Ada yang sedang menunggang motorsikal yang ibunya membonceng di belakang. Dek terlalu takut, dibawanya laju-laju motor itu. Tak sedar ibu di belakang sudah tiada. Entah bila jatuhnya. Seperti kiamat. Lupa akan anak yang dikandung, lupa akan suami, lupa akan isteri, lupa akan ibu.

Ada ibu yang bersalin, sedar-sedar dia di atas bumbung rumah. Anak yang baru dilahirkan ada bersama suami di atas bumbung rumah bersebelahan. Entah bagaimana boleh berada di atas bumbung.

Ada penduduk Bandar Acheh menziarahi saudara di hujung perkampungan Acheh, yang di perkampungan ke Bandar menziarahi saudara di hospital. Seperti menempa maut kata Masyitah.

Hanya kerana jari kelingking, seorang sahabat sepengajian Masyitah ketika di Mesir berjaya diselamatkan dari terkorban ketika musibah itu.Diceritakan, lumpur penuh menyelaputi badan. Tak terdaya lagi ketika itu, hanya jari kelingking yang mampu diangkat ketika sahabat itu di dalam timbunan lumpur.

"Ada yang masih hidup...Ada yang masih hidup..."

Alhamdulillah selamat nyawanya.

Ya Allah, betapa luluh hati saya mendengar cerita yang terasa seperti di depan mata ia terjadi. Kata Masyitah, ada pelajar yang hampir seminggu tak mengetahui, rupa-rupanya dia sudah keseorangan di dunia. Keluarga semua terkorban. Allahuakbar.

Di akhir sembang-sembang petang itu, Masyitah berkata,

"Berbagai-bagai cara Allah selamatkan manusia.Terkadang tak logik dek akal."

Dan berbagai-bagai cara juga Allah persiapkan untuk seseorang itu. Apabila sudah sampai ajalnya, maka dengan apa cara sekalipun, dia akan mati juga.

Semoga kita beroleh iktibar dengan apa yang dah terjadi. Moga-moga di sisi Allah, kita adalah hambaNya yang beriman dan bertaqwa. Amin..

13 July 2012

Hukum Qaza' (Mencukur Sebahagian Kepala Dan Membiarkan Yang Lain)



Alhamdulillah, seorang sahabat berkongsi ilmu. Pernah suatu ketika saya pos perbahasan berkenaan Hukum Qaza' di Facebook. Hukumnya adalah makruh, bukanlah haram...

14 May 2012

Jambatan Muar 1 VS Jambatan Muar 2


Jambatan Muar Pertama (Lama)


Jambatan Muar ke-2

Dengarlah Cerita Hatiku


Lama tidak menulis, terkadang kekok untuk memulakan. Hati rasa tergerak untuk menulis, bila ada rasa susuatu yang hendak diluahkan tetapi tak mampu untuk diperkatakan melalui lisan. Pernah atau tidak kita lihat, bagaimana pakar psychology merawat pesakit yang menghidapi masalah jiwa. Doktor akan berikan pesakit satu buku atau kertas kosong untuk mereka menulis, melukis, menconteng. Dari situlah doktor akan membaca fikiran pesakit.

Lumrahnya manusia, akan ada cerita hati masing-masing. Tidak semua akan berkongsi, malah merahsiakan daripada semua orang. Bahayanya situasi ini bila cerita hati itu pedih, tidak sama cerita hati yang indah. Cerita hati, bila kecil pedihnya, lama kelamaan akan jadi bisa pada tuan empunya diri. Maka, jika sukar untuk disuarakan melalui lisan, tumpahkan ia di atas kertas. Mudah-mudahan hati akan rasa lebih tenang melalui cara ini dengan syaratnya!! sesudah mengadu kepada Pencipta.

30 April 2012

Jerawat, punca dan nasihat!!!

Untuk rujukanku dan kawan2 (~ ~)

JANGAN AMBIL MUDAH, TAPI FIKIR-FIKIRKANLAH ..........


Kedudukan jerawat dan info

DAHI

Haba badan melampau, peredaran darah tidak baik. Minda dan badan, mungkin terlampau letih.Stress Kumpulan ini biasanya panas baran Nasihat : Pupuk tabiat tidur awal, bangun awal. Dapatkan tidur yg cukup dan minum air banyak

HIDUNG

Jerawat di batang hidung bermaksud tulang belakang kita mungkin bermasalah Di hujung hidung mungkin kerana haba perut melampau dan sisitem penghadaman tidak normal Di salah satu hujung hidung pula boleh dikaitkan dgn ovari atau sistem reproduksi

DAGU

Fungsi buah pinggang terjejas atau sistem endokrin (rembesan dalaman) lemah. Kaum wanita mudah mendapat jerawat di sekitar dagu mungkin berpunca drpd haid yg tidak teratur dan sistem peranakan yang bermasalah.

PIPI KIRI

Fungsi hati mungkin kurang lancar termasuk dilanda masalah rembesan, menyahtoksin dan penghasilan darah.

PIPI KANAN

Fungsi paru-paru mungkin tidak normal

PADA BADAN (BELAKANG & DEPAN)

Sistem perkumuhan yang bermasalah, sembelit. Amalkan pemakanan yang sihat dan mengikuti piramid pemakanan bagi mempastikan toksin tersingkir dengan lebih baik.
 
Sumber: http://jiwang.org/health-education/12763-jerawat-punca-dan-nasihat.html

05 April 2012

Rujukan Buat Diriku



Kesilapan Kita Sebagai Ibu Bapa dalam Mendidik Anak-Anak

1. Kesilapan pertama: Kurang BerdoaKurang berdoa semasa mengandung. Antara doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa mengandung ialah
* Saidul (penghulu) istighfar
* Doa memohon rahmat (Al-Quran Surah Ali ‘Imran, 3:8-9)
* Doa memohon zuriat yang baik (Al-Quran Surah Ali ‘Imran, 3:38)
* Doa agar anak mengerjakan solat ((Al-Quran Surah Ibrahim, 14:40-41)

31 March 2012

Di Jalan Dakwah Aku Bernikah

Assalamu'alaikum..buat pengunjung blog My Sensory.. kali ini saya nak share warkah dari siapa pun saya tak pasti. Saya menjumpainya dalam folder Downloads saya.. Maybe sahabat2 saya ada memuat turun sebelum ini. Dalam pada mengemaskini folders, saya ter'open' warkah ini. Saya kira, ia sangat bermanfaat buat semua. =) Selamat membaca....

24 March 2012

Duhai Wanita


Hati tiba-tiba rasa sakit. Entah mengapa jadi begitu. Kadangkala ia mengundang rasa sedih tanpa punca. Sehingga aku bertanya pada diriku sendiri. Mengapa sedih tanpa sebab?

Malam itu, sebelum masuk tidur, sempat aku menyapa kakak serumah. Sedang dia asyik melayari internet aku merapati dan bertanya, "Kak, akak pernah tak tiba2 rasa sedih tanpa sebab?".

"Pernah, akak memang macam tu. Dan kebanyakan perempuan selalu macam tu..."

"Kenapa jadi macam tu?" aku buat muka tak puas hati.

"Sebab... perempuan suka ungkit kisah-kisah lama..."

Aku faham, kisah lama yang dimaksudkan itu kisah-kisah yang sedih dan pahit.

"Ustaz akak pernah pesan.. Kamu kalau dah kahwin nanti, jangan ungkit apa-apa perkara yang suami kamu dah buat atau tak buat.."

Perkongsian yang amat menarik. Tak sedar jam menunjukkan pukul 1 pagi.. Banyak yang dibincangkan...

**************************************************

Perbincangan malam itu membuatkan saya terfikir.. Kaitan antara kaum wanita yang acapkali kita dengar empunya masalah kanser payudara dengan kehidupan yang dilalui.

Kesempatan yang ada sewaktu bertemu Dr. Aishah Arriza di Ipoh, Perak minggu lalu, saya bertanyakan punca wanita menghidapi kanser payudara. Dr. Aishah yang merupakan pakar dalam perubatan Attitude Therapy menerangkan punca utama wanita mendapat kanser payudara adalah disebabkan stress dan terpaksa berhadapan dengan masalah rumah tangga.

Beliau ada memberikan contoh realiti yang terjadi. Seorang wanita yang telah lama bercerai kemudian disahkan menghidapi kanser payudara adalah disebabkan tekanan yang dihadapi. Dalam erti kata, rasa sedih yang amat dahsyat.

Penerangan dari segi biologinya tidak dapat saya terangkan di sini atas sebab kurang arif dalam bidang perubatan.

**************************************************
Sebagai kesimpulan kepada coretan pendek saya yang tak seberapa ini, biarpun kita pernah lalui sesuatu yang sedih, pahit, menyakitkan hati dan yang seumpamanya, perlu kita ingat bahawa Allah memberikan ujian berbentuk sedemikian adalah disebabkan Allah sayang pada kita.

Jika mahu rasa bahagia, ceria selalu, tidak ada rasa tertekan, mungkin sikap kita perlu diubah. Cepat-cepat istighfar, dan lahirkan rasa bersalah jika kita sedih. Mengapa perlu rasa bersalah? Ujian Allah beri kepada hambaNya yang dikasihi. Jika rasa sedih tiada kesudahan, bermaksud kita membenci ujian tersebut.

Muhasabah cinta kita buat kekasih abadi. Wallahu'alam...







19 February 2012

Kejayaanmu Kegembiraanku

Alhamdulillah,hari yang penuh bermakna buat diri saya, 19 Februari 2012. Menemukan sekali lagi dengan anak-anak cerdik pandai, Nafis, Adib, Iskandar, Asyraf, Irfan, Iman, Ammar, Zilkamil, dan Muhammad Abbas. Insan-insan ahli Syurga.

Berkhidmat sebagai tenaga pengajar kepada mereka, saya sangat teruja. Bukan pujian, bukan balasan wang, tetapi yang menjadi harapan adalah kejayaan mereka mendapat ilmu yang diajar ustaz ustazah di dalam kelas. Gembira guru kepada kejayaan anak-anak murid normal mungkin berbeza, dan saya kira sangat ketara bezanya jika hendak dibandingkan dengan gembira guru yang mengajar kanak-kanak istimewa.

Di kalangan pelajar-pelajar Akademi Fakih Intelek(http://www.facebook.com/Akademi.Fakih.Intelek), setakat ini terdapat pelajar mild-Autisme, servere-Autisme, Hyper-active, dan Pekak.

Hari ini saya banyak memberi fokus kepada Adib(servere-Autisme). Pada mulanya saya cuba menarik perhatian dia kepada penggunaan i-Pad. Disentuhnya i-Pad dengan lajunya. Seakan-akan bermain dengan 'buttons' yang ada. Sekali sekala dia mendengar bacaan solat dan cuba mengikut bacaan Surah Al-Fatihah. Ya-Allah, gembiranya saya tak terkira...

Perhatiannya kepada i-Pad hanya sebentar, berbekalkan mini-laptop sahabat saya, saya membuka pula lagu 'Alif Ba Ta' seperti dalam video ini..


Saya fikir, mungkin Adib kurang berminat, tetapi saya pun cuba-cuba menyanyi berulang-ulangkali. Dia hanya melihat saya. Saya pun senyum (^_^) sambil menggerak-gerakkan badan seperti adik-adik yang sedang menyanyi dalam video di atas. No respon from Adib." It's okay Adib, Ustazah ada puzzle, jom main". Saya cuba menarik perhatiannya kepada puzzle sambil menyanyi lagu Alif Baa Ta. Masya-Allah, miracle from Allah, Adib ikut saya menyanyi Alif Ba Ta sampai Kha. Saya peluk dia erat-erat sambil berkata "Pandainya Adib, Ustazah sayang Adib..". Saya rasa nak menangis masa tu..

Adib

Saya penat. Berehat sebentar.. Tiba-tiba Adib memukul saya sambil menyanyi Alif Baa Ta. (Sakit betul Adib pukul Ustazah..Muka Ustazah pun jadi mangsa. Adib..Adib..di sebabkan Ustazah sayang Adib, ustazah tak marah (^_^)). Saya pun menyanyilah juga sambil menyuruhnya menyantum puzzle.

Alhamdulillah, walaupun sakit tetapi rasa sangat puas dapat beri sesuatu kepada anak didik. =)

Ammar

Ammar, satu-satunya pelajar pekak di dalam kelas. Usai belajar, Ustazah Aziah merainya dengan kata-kata Excellent, Pandai dengan bahasa isyarat. Satu 'give me five'...Tiba-tiba Ammar menangis. Saya dan Nadhrah hiba. Rasa nak menangis juga.. "Kenapa Ammar??", Ustazah Aziah bertanya. Rupa-rupanya Ammar tersentuh..Dia fikir Ustazah Aziah marahkannya di sebabkan tepukan tangannya dengan Ustazah sedikit kuat, mengakibatkan dia terdengar. Ustazah Aziah, merupakan guru paling berpengalaman dalam kelas kami menasihatkan kami, perlu berhati-hati dengan pelajar seperti Ammar. Kadang kala dia cepat tersentuh hati.

Irfan

Paling menghibakan, ibu kepada Irfan, meminta Irfan mendoakan cikgu-cikgu di Akademi Fakih Intelek masuk Syurga. Ya Allah, saya lagi rasa nak menangis.

Seronoknya mengajar kanak-kanak seperti ini, mendidik hati supaya merendah diri kepada Allah. Siapalah kita jika bijaknya bukan sekadar usaha, tetapi dengan izin Allah. Ya Allah, pimpinlah hati-hati kami ke jalan yang Engkau Redhai...Amin...

18 February 2012

Apa Itu Baby Blues Syndrome?


BABY Blues Syndrome, atau sering juga disebut Postpartum Distress Syndrome adalah perasaan sedih dan gundah yang dialami oleh sekitar 50-80% wanita setelah melahirkan bayinya. Umumnya terjadi dalam 14 hari pertama setelah melahirkan, dan cenderung lebih buruk sekitar hari ke tiga atau empat setelah bersalin. Jika Anda mengalaminya lebih dari 2 minggu, boleh jadi itu adalah Postpartum Depression dan sebaiknya  Anda berkonsultasi dengan doktor Anda.
Baby Blues terjadi kerana tubuh anda sedang mengadakan perubahan fizikal yang besar setelah anda melahirkan, hormon-hormon dalam tubuh juga akan mengalami perubahan besar dan anda baru saja melalui proses bersalin yang melelahkan. Semua ini akan mempengaruhi perasaan anda.Anda harus sabar dengan diri anda sendiri, mengerti bahwa semua perasaan ini adalah normal, dan dalam beberapa minggu segalanya akan terasa lebih baik untuk anda.

05 February 2012

Bismillah,

Hampir terlambat ke Wisma R&D UM. Dr. Nazean berulangkali mengingatkan kami (Nadhrah, kak Izzaidah dan saya) untuk datang setengah jam lebih awal sebelum pukul 10 pagi. Alhamdulillah setibanya di aras 10 bangunan, kelihatan masih ramai di hadapan pintu masuk aras. Pintu masih terkunci. Masing-masing menunggu Pak Guard buka pintu. Alih-alih Kak Izzaidah turun ke pondok Pak Guard. Agak kelam kabut persiapan pagi tadi. Walaubagaimanapun, Alhamdulillah, hanya dua orang pelajar yang mendaftar bagi sesi pagi.

Akademi FAKIH adalah hasil idea Dr. Nazean, bakal supervisor saya untuk Ijazah Sarjana dan suaminya En. Zaini. Dengan kerjasama daripada 2 orang guru dari Temerloh, Pahang yang sangat pakar dalam pendidikan khas. Kaedah Fakih yang digunakan dalam akademi yang baru ditubuhkan ini banyak menekankan pelajar yang kurang upaya dalam pembacaan Al-Quran.

Rata-rata sekolah hari ini masih tidak menyediakan silibus pengajaran Al-Quran yang khas untuk kanak-kanak istimewa. Mereka hanya dididik bagaimana cara membaca, mengira, melukis tanpa menekankan Pendidikan Al-Quran. Akademi FAKIH menawarkan pendidikan Al-Quran di mana pelbagai bentuk cara atau metod yang digunakan bagi menarik perhatian pelajar mempelajari Al-Quran. Antara usaha yang dilakukan tenaga pengajar adalah melatih kanak-kanak istimewa ini menyebut huruf-huruf Al-Quran, Bagi pelajar yang tiada kemampuan menyebut, pengajar akan menggunakan bahasa isyarat untuk pelajar mengenal setiap huruf-huruf Al-Quran. Silibus ini tidak terdapat di mana-mana sekolah kerana kaedah ini baru sahaja diperkenalkan.

Paling menarik perhatian saya apabila melihat sendiri kanak-kanak istimewa ini. Pelbagai ragam. Terasa terhibur melihat wajah-wajah yang comel. Mulanya kami tenaga pengajar, agak kekok mengendalikan kanak-kanak ini. Setelah melihat bagaimana cara Puan Syida dan Ustazah Aziah

04 February 2012

Fitnah Al-Masihi Ad-Dajal

Nabi Muhammad adalah NABI Akhir zaman yang telah menceritakan segalanya peristiwa sehingga hari kiamat. Nabi Muhammad s.a.w hanya tidak dapat menyatakan bilakah tarikh Hari Kiamat. Maka tak perlu difikirkan.

Masaalah 2012 yang diperkatakan seluruh manusia sekarang adalah merujuk kepada Bab Ke 5. Ia bukannya bab Hari Kiamat. Tetapi bab peralihan tamaddun manusia . Ia pasti berlaku cuma apakah pada 2012 itu adalah haq Allah.

10.1 – Turunnya Nabi Isa
10.2 – Nabi Isa bersolat berimamkan Khalifah Islam di Al Aqsa
10.3 – Cairnya wajah Dajjal tatkala melihat Nabi Isa
10.4 – Matinya Dajjal di tangan Nabi Isa
10.5 – Peperangan Khalifah dan Nabi Isa menetang Yahudi
10.6 – Pokok/batu bercakap jika yahudi berselindung
10.7 – Kemenangan untuk Islam

1.1 – Islam ditegakkan semula
1.2 – Hijrah Rasulullah ke Madinah
1.3 – Dakwah Rasullulah
1.4 – Peperangan Rasullulah menentang kafir

03 February 2012

Tips Kesihatan Menurut Islam

Al-Quran Mengajar kita menjaga kesihatan seperti membuat amalan:-


1) Mandi pagi sebelum Subuh - Air Sejuk yang meresap ke dalam badan boleh mengurangkan lemak terkumpul. Kita boleh saksikan orang mengamal mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.



2) Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk setiap pagi. InsyaAllah jauh dari penyakit.



3) Memanjangkan waktu sujud (sekurang-kurangnya seminit). Ia boleh mengelak dari pening atau migrin. Ahli Sains telah menemui beberapa milimiter ruang udara dalam saluran darah di kepala yang tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir ke ruang berkenaan.


4) Hadis juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Sebagai contoh kita makan ikan bersama susu dikhuatiri akan cepat mendapat penyakit. Saintis membuktikan dimana dalam badan ayam mengandungi ion (+), manakala dalam ikan mengandungi ion (-). Jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan makan akan terjadilah tindakbalas biokimia dan ia boleh merosakkan usus kita.



5) Nabi juga mengajar kita makan menggunakan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Saintis mendapati bahawa enzim banyak terkandung di celah jari, iaitu 10 kali ganda yang terdapat di dalam air liur. (Enzim berfungsi sebagai bahan pencernaan makanan)

Wallahu'alam..selamat beramal sahabat-sahabatku (^_^)

Cerita Cinta


Sinetron Cinta dan Anugerah. Sangat best. dan sangat sakit hati. Sebab lambat habis. 244 episod semuanya. Saya tak habis pun menontonnya. =) Dan lagi satu cerita Indonesia yang baru saya tonton...

Hafalan Solat Delisa. Drama berkisar seorang anak kecil bernama Delisa yang kehilangan ibu dan 3 adik-beradik perempuannya yang lain sewaktu Tsunami di Acheh. Mari ambil iktibar dari cerita ini...

14 January 2012

10 January 2012

Kelas Mualaf

Kelas untuk Mualaf Anjuran Hidayah Center di Pejabat Jemaah Islah Malaysia Pusat di Lot 


300.3, Lorong Selangor Pusat Bandar Melawati setiap Isnin jam 8.30 pm dan bermula minggu 


hadapan akan ditukar kepada Selasa jam 8.30. Kepada sesiapa yang berminat menghadari 


kelas tersebut boleh berhubung dengan En Faisal Abdurrahman di talian 019-6915279.

08 January 2012

Bagaimana Elak Lemak Tepu dalam Badan?



Walaupun badan anda memang memerlukan lemak di dalam badan untuk berfungsi dengan baik, anda seharusnya mengelakkan dari pengambilan lemak tepu yang banyak. Lemak tepu berpunca dari makanan seperti lemak pada daging, mentega, susu, keju, dan pelbagai lagi jenis makanan yang lain.
Walaupun sesetengah lemak tepu itu boleh dimakan, tetapi terlalu banyak lemak tepu boleh meningkatkan kadar kolesterol yang mana akan menyebabkan saluran darah tersumbat, strok, dan serangan jantung.
Terdapat beberapa cara untuk mengurangkan pengambilan lemak tepu ke dalam badan dan seterusnya membantu meningkatkan kesihatan anda dengan lebih baik untuk jangkamasa yang panjang.