30 September 2010

TITIAN Kejayaan - Rast

Mengejar kejayaan mengharung rintangan
Dengan iringan doa restu Ayah serta ibu
Ku menjejak ilmu

Sedetik yang berlalu impian ku satu
 Gemilang diri peribadi
Dengan ikrar janji kata ditepati

Kejayaan diimpikan  usaha kita perlukan
Kejayaan hasrat kita

Kecemerlangan satu wawasan
Yakini diri tempuh cabaran
Bersama kita buktikan

Zaman-berzaman tempuh halangan
Temui mimpi kita pastikan
Berjayakah kita akhirnya

23 September 2010

Aku, Lim dan Islam



Aku punya seorang rakan baik dari zaman kanak-kanak. Lim Wei Choon. Sana-sama bersekolah rendah hingga ke peringkat menengah . Selepas SPM. Aku masuk ke Tingkatan 6, manakala Lim dihantar keluarganya melanjutkan pelajaran ke Amerika Syarikat. Kenangan sewaktu kanak-kanak hingga ke zaman remaja terlalu banyak yang dikongsi bersama.

Setiap kali hariraya menjelang, Lim pasti berkunjung ke rumah ku untuk menikmati dodol arwah ayahku yang amat digemarinya. kadangkala, jika ada kenduri kendara dirumahku, pasti Lim akan turut serta. Aku jarang ke rumahnya kecuali umtuk beberapa sambutan seperti harijadi dan juga Tahun Baru Cina. Aku takut dengan anjing peliharaan keluarga Lim.

22 September 2010

Hasil Kerjaku yang tak seberapa

Setelah melalui beberapa bulan berpraktikal di Ansarcomp, akhirnya siap juga COC Renew versi File Maker ni. Banyak lagi sebenarnya nak diexplore. Doakanlah saya ye, Jumaat ni nak demo kepada team Ansarcomp. (peace in harmony)
database homepage


menu

list of layout


before submission

after submisson

list layout

table layout

to know file maker...[click here]

19 September 2010

Nothing to say

Salam Idulfitri....

Serasa berat kaki mahu pulang ke Subang Jaya. Apa tidaknya, hampir dua hari nikmat sihat hilang. Tiap-tiap malam selesai solat Isyak, katil jadi sasaran. Mood bercakap pun hilang. Cuma bila ada isu-isu yang best je baru nak cakap banyak. Itu pun tersekat-sekat bila cakap. Alhamdulillah, Allah masih memberi nikmat hidup.... Pray for me =)
  --------------------------------------------------------------------------------------------------------

16 September 2010

Alam Berbicara

Tunggul kayu menggamitnya
Seakan mengerti lenguh segala sendi tika berdiri
Terhinjut-hinjut menyahut sapaan tunggul kayu
"Terima kasih wahai tunggul kayu,
menumpangkan aku berteleku sebentar di sini"

Embun pagi jernih tampaknya
Seakan gusar meninggalkan malarnya hijau dedaunan
Namun apakan daya,
Andai tidak gugur membasahi bumi
Kau hilang bersama zarah nan kecil
"Subhanallah,
mudahnya Engkau mengadakan
dan menghilangkan sesuatu"

Berbondong-bondong rombongan itu
menjinjing beraneka macam hantaran
Buat Permaisuri dambaan kasih
Entah dari mana gerangannya rombongan
Matanya meliar
"MasyaAllah,
tabahnya engkau semut,
jauhnya engkau mengembara,
demi mendambakan kasih
'seorang' Permaisuri?"

Angin sepoi-sepoi bahasa
Mengelus lembut pipinya
Dek alpa bermesra bersama sang Angin
Tak sedar ribut kecil melanda
Membawa pergi selendang 
yang tersebai di pundaknya
"Pergilah wahai selendang
moga kau bertemu
kepada yang lebih
memerlukan"

Mutiara kasih berderai lagi
Tak mengerti batasan waktu
Hanya Dia yang tahu
Menyatu sang Awan, sang Air
Melahirkan Mutiara kasih

"Aku berlalu dahulu,
terima kasih wahai tunggul kayu,
terima kasih wahai embun,
terima kasih wahai semut,
terima kasih sang Angin,
terima kasih sang Awan,
terima kasih sang Air,
Kalian hamba Allah,
taat tanpa ribuan alasan,
Kagum aku dengan yang Maha Pencipta"



07 September 2010

i-City Team Ansarcomp

A lots of appreciation i would like to wish to my team ICT - Ansarcomp, the most willing team (^^) for designed such a beautiful card.

Kak Soleha - as my supervisor@ System administrator
Nazilah - the merry girl, same age with me@ Graphic designer
Kak Suriyanor - my new sis (^^)@ Web developer
Mannan - the trainee from Unisel
Azrul - not in picture also the trainee from Unisel

wishing all of you, 
Selamat Hari Raya Eidulfitri
Maaf Zahir dan Batin

Maher Zain


Singer & songwriter Maher Zain is the new star of Modern Islamic Music with his meaningful songs that aim to inspire and entertain people and send a message of peace and hope to the world. Quick Facts & Links: Name: Maher Zain Age: 28 Years old Nationali...ty: Swedish (of Lebanese origin) Education: BA in Aeronautical Engineering Previous Job: Music Producer Worked with in the past: RedOne: Akon, Lady Gaga, etc Album Name: Thank You Allah Number of Tracks: 13 Release Date: 1st of November 2009

02 September 2010

Tak faham agama punca polemik-Nik Aziz

KOTA BHARU, 29 Ogos: Isu bukan Islam memasuki masjid bukan satu kesalahan dalam Islam kerana ianya antara kaedah yang diguna Nabi Muhammad SAW dalam menyampaikan mesej dakwah.

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz berkata, isu ini menjadi polemik dalam masyarakat akibat sentimen politik mengatasi kefahaman agama Islam yang murni.

“Oleh kerana hubungan kita dengan Islam semakin jauh, belajar pun tidak, maka bila tiba perkara-perkara macam ini, terus timbul masalah.

Jejak Dakwah Lapangan Ust. Halim”. Operasi Pappa Rich Restoran,

cid:image004.jpg@01CB3AFB.854F4C40

Laporan Ustaz Abd. Halim Zakaria

PUM (WIL)/UNGGAS-LANDAS KL /Pejalar PhD, Jab. Dakwah & Pembangunan Insan, UM.

islam did not spread by itself: FASA KE-3 RAMADHAN DAN ALAM MAHASISWA

islam did not spread by itself: FASA KE-3 RAMADHAN DAN ALAM MAHASISWA

31 August 2010

Neraka


Di dalam Kitab Tanbihul Ghafilin dalam Bab Sifat Api Neraka dan ahlinya, hadis ke 59, hadisnya cukup panjang...Rasulullah s.a.w telah bertanya kepada Jibril tentang jenis-jenis neraka...lalu jawab Jibril:

26 August 2010

"abg nak beli kuih?" cerita ini sgt bagus.. rugi tak baca ^.^


oleh:ANNURSOLEHAH

Hari itu, saya pulang ke Kuala Lumpur. Memikirkan highway PLUS sibuk, saya menyusuri laluan lama. Pekan pertama yang saya lintas ialah Teluk Intan. Terasa mengantuk, saya singgah sebentar disebuah restoran di pinggir pekan itu. Sebaik memesan makanan, seorang kanak-kanak lelaki - berusia lebih kurang 12 tahun muncul dihadapan.

'Abang nak beli kuih?' Katanya sambil tersenyum. Tangannya segera menyelak daun pisang yang menjadi penutup bakul kuih jajaanya. "Tak apalah dik...Abang dah pesan makanan," jawap saya ringkas. Dia berlalu. Sebaik pesanan tiba, saya terus menikmatinya. Lebih kurang 20 minit kemudian saya nampak kanak-kanak tadi menghampiri pelanggan lain, sepasang suami isteri agaknya. Mereka juga menolak, dia berlalu begitu saja. "Abang dah makan, tak nak beli kuih saya?" katanya selamba semasa menghampiri meja saya. "Abang baru lepas makan dik, masih kenyang lagi ni," kata saya sambil menepuk-nepuk perut. Dia beredar, tapi cuma setakat dikaki lima. Sampai disitu, di meletakkan bakulnya yang masih sarat

Setiap yang lalu ditanya... " Tak nak beli kuih saya bang.. Pak cik... Kakak atau makcik." Molek budi bahasanya!

Keajaiban nombor dalam Al-Quran

Ajaib tetapi benar! Lihatlah sebahagian daripada hasil kajian seorang cendekiawan Islam terhadap kandungan Al-Quran. Didapati banyak perkara telah disentuh dan telah dibuat kajian oleh manusia seperti nombor, astronomi, angkasalepas, perubatan, geologi, kejuruteraan, minda dan sebagainya.

Bilangan tentang perkara yang disebutkan di dalam Al-Quran:
DUNIA – 115 kali
AKHIRAT – 115 kali

MALAIKAT – 88 kali
SYAITAN – 88 kali

HIDUP – 145 kali
MATI – 145 kali

FAEDAH – 50 kali
KERUGIAN – 50 kali

UMMAH – 50 kali
PENYAMPAI – 50 kali

IBLIS : PENGHULU SYAITAN – 11 kali
MOHON PERLINDUNGAN DARIPADA IBLIS – 11 kali

BALA/MUSIBAH – 75 kali
BERSYUKUR – 75 kali

BERSEDEKAH – 73 kali
BERPUAS HATI – 73 kali

ORANG YANG SESAT – 17 kali
ORANG YANG MENINGGAL DUNIA – 17 kali

MUSLIMIN – 41 kali
JIHAD – 41 kali

EMAS – 8 kali
KEMURAHAN HIDUP – 8 kali

KEAJAIBAN – 60 kali
FITNAH – 60 kali

ZAKAT – 32 kali
BERKAT – 32 kali

MINDA – 49 kali
NUR – 49 kali

LIDAH – 25 kali
SUMPAH – 25 kali

NAFSU – 8 kali
KETAKUTAN – 8 kali

BERCAKAP DI KHALAYAK RAMAI – 18 kali
BERDAKWAH – 18 kali

KESUSAHAN – 114 kali
KESABARAN – 114 kali

MUHAMMAD – 4 kali
SYARIAT – 4 kali

LELAKI – 24 kali
PEREMPUAN – 24 kali

SOLAT (SEMBAHYANG) – 5 kali

BULAN – 12 kali
HARI – 365 kali

LAUTAN – 32 kali
DARATAN – 13 kali
LAUT dan DARAT = 32 + 13 = 45
Justeru itu, peratusan laut = 32/45 x 100 = 71.11111111 peratus
Peratusan daratan = 13/45 x 100 = 28.88888889 peratus
JUMLAH = 100 peratus

Kajian sains oleh manusia telah membuktikan bahawa air meliputi 71.111 peratus daripada bumi dan tanah meliputi 28.889 peratus.
Begitulah kebesaran dan keagungan ciptaan Allah SWT!!

Nota: Diterjemahkan daripada karya asal yang dipetik daripada “The Series Of The Scientific Miracles In Quran,” oleh Dr. Tariq Al Suwaidan.

-copyright from fren-

24 August 2010

Renungkanlah...perihal murtad...


Pernah dengar cerita Aisyah Bukhari yang murtad tak lama dulu? Suratkhabar banyak menutup kes ini kononnya untuk menjaga perkauman, tak nak terjadi kacau bilau. Kes Aisyah yang murtad dan banyak kes murtad lain ditutup sedemikian rupa atas alasan bercinta, ikutboyfriend.

Cerita yang akan saya bawa ini agak panjang tetapi sekiranya kamu seorang Islam yang peka dan sayangkan agama kita Islam, buatlah sesuatu, paling kurang fowardkan email ni kepada saudara kita yang tak tahu menahu.. Ataupun selemah-lemahnya, berdoa agar kita semua serta saudara-saudara kita terselamat daripada fitnah akhir zaman yang paling besar ini.

Ini bukan cerita rekaan saya tetapi hanya petikan dari ceramah yang saya dengar dari mulut peguambela kes ini Zulkifli Nordin di Madrasah Hidayah. Murtad dikalangan orang Melayu kini sudah menjadi ancaman kepada kita. Indeks pencemaran akidah mengikut jabatan statistik dan perangkaan Tahun 1989 aje, 4776 orang Melayu mohon tukar nama dari Melayu kepada bukan Melayu atas alasan keluar dari Islam.


Tahun 1997, bila Saari Bustamah mengambil alih jawatan mufti dari Datuk Hashim Yahya, perkara pertama yang disentuh adalah murtad. Menurutnya sehingga Julai 1997, 3,000 orang murtad di KL sahaja. Tahun 1998 saja, 516 orang sudah murtad. Aisyah bukan kes pertama murtad, sebelum ini dah beratus kes timbul tetapi ditutup oleh pihak tertentu.

Setakat kes Aisyah, dah 40 fail murtad dikendalikan oleh saudara kita Zulkifli Nordin. Mengapa kes Aisyah ini kita rasa ralat sangat? Kes ini satu simbol yang tunjukkan pada kita orang Melayu. Sistem pertahanan akidah kita amat rapuh. Akidah kita diserang ditubi dari segala sudut. Yang kita tak nampak dengan menggunakan system perundangan dan kehakiman kita sendiri.

20 August 2010

Sejarah Silamku


Termenung aku bersama laptop yang masih on. Seakan aku merenung laptop dan laptop turut merenung aku. Mujur juga laptop tak punya hati. Fikiran aku melayang, melewati kisah-kisah sewaktu aku kecil-kecil dahulu. Satu persatu lembaran kisah silam hidupku tersingkap. Mungkin akan ada yang tertanya-tanya, kenapa tiba-tiba teringat akan kisah waktu kecil? Lihat sahajalah remaja sekarang, kebanyakannya sudah hilang rasa malu, maruah diri diibaratkan seperti wang ringgit, boleh dilaburkan dan dipertaruhkan. Tetapi masih tidak terlambat lagi untuk berubah dan mengubah kerana setiap perubahan itu hanya akan berlaku dengan adanya tangan-tangan, mata-mata, hati-hati dan tindakan-tindakan yang menjadi alat untuk merealisasikan perubahan.

Dan mengapa pula mengaitkan remaja zaman sekarang dengan sejarah kisah silam? Melentur buluh biarlah dari rebungnya. Peribahasa yang sangat sinonim di kalangan masyarakat kita. Tetapi sejauh mana mereka ini menghayati peribahasa tersebut?

13 August 2010

Baby pun ada perasaan


Tengok baby comel boleh release tekanan =)


Tengok benda-benda comel pun boleh release tension =)



bestnye..babies kembar..

12 August 2010

Lady Gaga-New Song "Jangan LALAI diatas ilmu yang kurang"

Artikel ini dipetik dari email seorang sahabat, semoga input yang diberi membuatkan kita berfikir secara lebih kritikal.

Assalamualaikum .Semoga apa yang nak saya sampaikan harini dapat memberi sedikit manfaat kepada semua khususnya kepada peminat peminat cik Gaga ni .Insya-Allah .Baru-baru ni terdetik nak menyiasat perkembangan baru cik Gaga yang saya sudah tahu tentang dia dan illuminati .Rupanya video untuk lagu Alejandro iaitu lagu baru dia dah release .Banyak kontrevasi tentang video ni .Time nak tengok tu macam ragu-ragu jugak .Yelah vid cik Gaga ni saya sudah sedia maklum banyak unsur-unsur lucah .Tapi oleh sebab nak mengkaji apa yang ada dalam vid dia kali ni jadi saya play jugak vid dia. Jadi seperti yang disangka .Banyak benda yang dapat dilihat dalam video yang membuktikan yang dia memang Illuminati puppet .Ramai lagi artis Hollywood pun sama tapi dia yang paling berpengaruh so far ..

Video yang mencapai lebih dari 20 juta viewer kali ni lebih berani dan mengandungi banyak simbolik .Saya akan cuba explain dari apa yang saya dah dapat di satu web Rasanya ramai jugak yang dah tahu cik Gaga adalah salah satu artis dibawah naungan illuminati .Bagi mereka yang tak tahu apa itu illuminati boleh lah ke web ni http://mistisfiles.blogspot.com/ and tengok dekat belah kanan cari Jentera Fitnah Al-Masih Ad-Dajjal ..Ada complete explanation tentang Illuminati and Freemason juga Lepas dah faham boleh teruskan baca apa yang nak saya explain lepas ni ..

Dalam video terbaru dia .Ada sesuatu yang cuba disampaikan .Ada jalan cerita yang tersembunyi disebalik lagu yang dinyanyikan .Kalau hanya dengar lagu ,mungkin tak banyak yang kita boleh tahu .Kita akan mula analisa dari permulaan video lagu Alejandro – Lady Gaga hingga habis. Ini adalah jalan cerita berdasarkan video .Jangan hanya baca buka mata tapi baca buka minda .

Video dimulakan dengan laki-laki membuat beberapa formasi dan beberapa dari mereka kepala mereka ditutup dengan sarung, mungkin mengisyaratkan bahawa itu adalah orang-orang tahanan dari beberapa macam. Salah satu laki-laki adalah dalam bentuk piramid sementara yang lain memegang hexagram sebagai tahanan berbaris.
 “I know that we are young.
And I know you may love me.
But I just can’t be with you like this anymore, Alejandro.”
 

Selepas tu diteruskan dengan proses pemakaman .Perarakan membawa keranda yang kita dapat nampak Cik Gaga kat depan tu mengenakan jubah hitam dan membawa Sacred Heart (Hati Kudus) .Sacred Heart ni adalah pendarahan hati Tuhan untuk umat manusia (dalam kepercayaan kristian). Kenapa kata Sacred Heart ? Tengok gambar bawah ..Hati yang Lady Gaga pegang tu ada bukan hati biasa biasatapi ada paku dan dawai yang di lilit-lilit (simbolik) yang sama macam Sacred Heart of Jesus (merujuk kepada hati Jesus)..Google untuk baca lebih lagi 

But I just can’t be with you like this anymore, Alejandro. Siapa Alejandro? Seorang lelaki yang dia tak boleh bersama ke? And then dia curang dengan Roberto dan Fernando? (berdasarkan lirik). Jawapan nya tak .Alejandro bukan seorang lelaki. Kalau dengar lagu tanpa tengok video mungkin takkan faham . Gambaran video ni mengatakan bahawa Alejandro mungkin membawa maksud sesuatu yang lebih dalam.. Jadi kalau bukan manusia .Apa dan siapa Alejandro ?

 Kemudian Gaga ni dipaparkan dalam kedudukan berkuasa, memakai mahkota hitam sambil melihat tahanan melakukan persembahan untuknya. Gaga kemudian mengalihkan satu goggle. Sekaligus mempamerkan simbol illuminati - The All-Seeing Eye (bukan sekali tapi banyak kali) untuk mendedahkan sifat sejati dari kekuatannya .

  

Selepas itu ada sebuah adegan simbolik lagi, seorang tentera dipaparkan dipasang ke string, seperti boneka. Yang jelas menunjukkan yang ada seseorang ‘control’ dia .Atau senang kita guna istilah dia adalah ‘mind-control slave’ .Dia tidak boleh mengawal pergerakan sendiri.. Dan memegang senjata di kemaluannya. Wajah dianampak kosong, nampak bingung betul betul seperti seorang hamba yang di-control segala pergerakannya - oleh Gaga si illuminatist tak guna .
 

Dalam adegan selanjutnya, Gaga sedang berbaring ,memakai red latex suit yang untuk biarawati tu (Kristian) dan memegang tasbih .Okay jadi boleh nampak kan ..Waktu scene ni gaga pandang ke langit dan menyanyi part : “Stop, please, just let me go, Alejandro” .Sebaik saja dia sebutAlejandro Gaga mengangkat dua tangannya kelangit . Jadi dalam ni kita boleh nampak dengan jelas nampak yang Alejandro merujuk kepada tuhan bukan manusia .

“She hides true love
En su bolsillo.
She’s got a halo ’round her finger,
Around you.”

Maksud lirik ni pulak .A halo' bermaksud ia dianggap "suci"(holy). Around her finger(cincin kawin) merupakan penyatuan Gaga dengan tuhan melalui agama, tapi dia sekarang malu dengan pernikahan ini kerana suaminya telah mati.Jadi dia menyembunyikan cincin itu di bolsillo nya, bolsillo dalam Sepanyol yang bermaksud poket dan mula menyalahkan tuhan .

S
elepas sahaja lirik tu ..Konsep penolakkan (rejection) ditujukan kepada Tuhan bermula ..Kerana Tuhan nampaknya tidak memenuhi keperluan rohani Gaga. Dia kemudian memutuskan untuk mencari ketuhanan diri .Dengan memeluk satu spirituality yang baru .Dalam video ni lebih menunjukkan yang Gaga telah bertukar dari biarawati menjadi paderi Luciferian (Syaitan) . Kenapa kata jadi paderi Syaitan ?

 ( Mata Satu yang kita tahu simbolik kepada Illuminati)

Saya kata paderi syaitan sebab tengok jelah jubah Gaga di atas .Ada banyak sangat simbol salib terbalik .Ni menunjukkan bahasa simbol yang membawa maksud yang jelas .Kita tahu salib adalah simbol keimanan bagi agama Kristian kerana mewakili pengorbanan Jesus & kebangkitan . Dalam Kristian, salib terbalik dikenali sebagai "Cross Of St.Peter", untuk menghormati Simon Peter yang diminta untuk disalibkan terbalik kerana dia merasa tidak sesuai untuk dihukum mati dalam hal yang sama seperti Kristian lain .,Tapi dalam kalangan bukan-Kristian, salib terbalik merupakan simbol penyelewengan dan sesuatu yang membawa kuasa negatif kerana simbol terbalik selalu ditemui dalam ilmu hitam dan Satanisme iaitu pemujaan syaitan..

                                                       
 

Salib terbalik dan pentagram terbalik adalah simbol yang selalu digunakan untuk berhubung dengan syaitan .Untuk memuja dan menyeru syaitan .

“ In symbolism, an inverted figure always signifies a perverted power (…)Black magic is not a fundamental art; it is the misuse of an art. Therefore ithas no symbols of its own. It merely takes the emblematic figures of white magic, and by inverting and reversing them signifies that it is left-handed.”- Manly P. Hall

Waktu ni lirik ni yang dinyanyikan menunjukkan gaga tidak mahu diganggu oleh tuhan .
 
Dont bother me, Dont bother me, Alejandro (merujuk kepada tuhan)
Don't call my name ,Don't call my name, Bye Fernando .
I'm not you're babe , I'm not you're babe, Alejandro (tuhan)

Salib terbalik (simbol syaitan) ditempatkan pada kedua bahu gaga, menjadi simbol tiang. Dilapiskan dan digabungkan dengan simbol terbalik di alat kelaminnya. Di angkat oleh sekumpulan lelaki dalam satu bulatan .Mengangkat seperti mengagungkan Gaga,menyambut kedatangan Gaga ke dalam kumpulan mereka .
Sebaik sahaja lepas tu menunjukkan Gaga memasukkan tasbih kedalam mulutnya . Tasbih adalah serangkaian manik-manik yang digunakan dalam tradisi Katolik untuk berdoa dan meditasi. Dalam Islam sendiri ada tasbih . Jadi dengan menelan tasbih, Gaga menggabungkan dalam dirinya simbol ketaatan dalam agama dan juga bermaksud cara Gaga untuk mendapatkan Ketuhanan dengan cara sendiri. Dia ingin mencapai keilahian dengan satu cara sendiri. Itu adalah prinsip aktif Lucifer .Jelas menunjukkan yang Gaga bukan menyembah tuhan tetapi Lucifer ..

                                                             
 I’m not your babe I’m not your babe , Fernando .Waktu menyebut perkataan Fernando ,Gaga membuat simbol tangan macam tu (yang jelas merujuk kepada Jesus) .Itu adalah tanda berkat bagi ajaran Kristian, Katolik kepada mereka yang dianggap Suci. Jangan lah ingat Gaga tu buat simbol tu suka-suka .Sebab semua simbol membawa makna yang tersendiri .Kita yang kena solve apa makna dia ..

Dapat tengok kan kat belakang Gaga ada salib ..Gaga dah menghina kristian cukup banyak dalam video dia .Gaga menyanyi sambil memandang keatas dan kemudian dia mengulang-ulang lirik :

" Don't call my name, Don't call me Name Bye Fernando (Jesus) "

Dan di akhir video ..Ditunjukkan Gaga dilampirkan bersama strings ..Pada mulanya Gaga control lelaki tu dan akhir video ditunjukkan Gaga pula di-control ..Oleh siapa ? Fikir-fikirkan lah siapa yang control cik Gaga ni .Siapa dalang disebalik semua ni ?Siapa ketua ?Anda mampu cari jawapan nya kan ? Insya-Allah pasti .

S
ebagaimana disebutkan di atas, video Alejandro sangat kompleks dan simbolik, dan sesuai untuk multitafsir. Boleh jadi macam-macam .bergantung pada pengetahuan si pemerhati dan sudut pandangan masing-masing. Namun demikian, rasanya bahagian-bahagian video Alejandro dalam ni jelas and tak perlu banyak teka teki macam video Telephone dan Bad Romancae.J adi apa yang gaga nak cuba sampaikan dari video nya? Dalam ni gaga menolak iman Kristian oleh mengotori simbol dan menunjukkan yang ada satu kuasa spiritual lain .Hmm lepas ni apa ? Menghina Al-Quran dan Islam ?.Nauzubillah jauh-jauhkan la ya Allah ...

Cik Gaga ni membawa bersamanya semua agenda illuminati dan taktahu la macam mana ramai yang boleh terpukau dengan dia . Namun saya yakin dah ada banyak peminat dia yang mula ragu-ragu dengan diri Gaga ,tindakan nya dalam setiap video. tapi masih tidak boleh berhenti mendengarkannya. Ingin saya katakan kat sini ,berhentilah mendengar lagu Gaga .Tidak mustahil nanti dia akan cuba menyelitkan lirik yang akan menyebut La-la-la Allah .(Tiada Allah) .Dan kita sebagai manusia sentiasa lalai .Tanpa iman mungkin kita akan menyanyikan lirik tersebut (dengan alasan ia hanya lagu) dan pada saat itu ,apa akan jadi ? Ya Allah ,lindungi lah kami dari tipu daya syaitan dan sekutu nya .Amin ya rabbalalamin .

 sumber asal : vigilant citizen :)

Sesungguhnya pendengaran
, penglihatan dan hati,semuanya itu akan diminta pertanggungan jawabnya" (Al-Isra' 17:36)

 
 

08 August 2010

Hi-Tea at Shah Alam

Tidak sempat berdoa, berzikir hanya untuk seketika, aku terus tersembah kelantai dek kepenatan.Nak kata sibuk sangat pun waktu jadi usher tadi, tak sibuk sangat pun. Mungkin penat berjalan sana-sini, angkat-angkat barang untuk di'pack' dan disumbangkan kepada ibu-ibu tunggal, penduduk-penduduk yang rendah pendapatan dan sebagainya.

Untuk mengisi waktu cuti, yang aku rasa sangat boring duduk rumah, ada baiknya tolong muslimat-muslimat Lajnah Kebajikan Pas Kawasan Shah Alam yang menganjurkan hi-tea bersama YB Nizar Jamaluddin, Ir. Khalid Samad dan Dato' Dr. Hassan Ali.

Bukan nak jaga Melayu, tapi jaga Umno

Bukan nak jaga Melayu, tapi jaga Umno

06 August 2010

PERMOHONAN SENARAI ANAK PAGOH YANG MENGINAP DI KOLEJ KDIAMAN DAN LUAR KAMPUS SESI 2010/2011 UNTUK PENDAFTARAN DALAM GABUNGAN ANAK PAGOH (GAPa) IPTA


Post kali ini saya bawakan khas kepada rakan mahasiswa yang merupakan anak Johor, terutama yang menetap di Pagoh atau mana-mana mukim dalam kawasan Parlimen yang meliputi mukim Gerisik, Bukit Serampang, Jorak, Lenga, Sungai Terap, Panchor atau Bukit Kepong.

3 Ogos 2010 yang lalu, saya menerima e-mail melalui siswa mail yang di 'CC'kan kepada seluruh mahasiswa UM. Dinyatakan di situ, YAB Tan Sri Hj. Muhyiddin Mohd Yasin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia merangkap Ahli Parlimen Malaysia (Kawasan Pagoh) ketika ini sedang mengemaskini semula senarai anak Pagoh yang sedang melanjutkan pengajian di IPTA, sama ada peringkat prasiswazah atau siswazah.

02 August 2010

Ubat mengantuk


Tengah mengantuk waktu ni.. Dengar lagu 'Permaisuri Hatiku' pun tak jadi juga. Ramai yang takda dalam office, so menaip something is the right choice maybe...

Pejam celik..pejam celik, dah minggu ke-11 rupanya aku di AnsarComp Company. Macam-macam benda baru aku dapat belajar. Alhamdulillah. Mungkin dapat sikit idea untuk buat final project nanti. Moments yang paling aku suka sepanjang berada di AnsarComp Paradigm ni, bila waktu pagi-pagi...iaitu waktu tazkirah. Banyak sangat ilmu dapat. Alhamdulillah, boleh la sikit2 dikongsi dengan team Wonderpets yang sangat2 aku sayang walaupun semuanya nakal-nakal, n tak lupa dengan sahabat baikku satu sekolah,kolej,fakulti,course.. Cik Nadhrah (^ ^) ..

Terima kasih ye cik Nadhrah, sanggup hantar sampai ke Putra Heights pagi tadi walau dalam keadaan kelam kabut. I'll not forget our precious moments during the weekend ^ ^. Tak lupa, kepada teman-teman baikku.. Rahmah Husna(contact2 tak dapat..), Cik Azrie(yang semakin matang seiring usia), Kerol(cik mek molek navy yang lagi la..lama tak dgr kabar)..Bila la nak jumpa kamu semua..

Teringat kata-kata Nadhrah pagi tadi.."Susah rupanya orang bekerja..Belajar tension tapi tak susah sangat..kalau kerja takla tension sangat, tapi susah.." susah sebab nak berhadapan dengan macam2 perangai orang.Aku mula simpati, kesian Nadhrah..ada baiknya kalau dia buat LI sama tempat dengan aku. Tapi bila fikir balik, ada baiknya dia ditematkan di situ, baru dapat belajar macammana nak berhadapan dengan situasi manusia-manusia yang banyak kepalanya. dan mungkin satu hari nanti aku pulak merasai situasi yang dia alami. Be strong in whatever situation is the conclusion.

2 malam bersama, macam-macam cerita dikongsi. Sempat juga bermuhasabah.."Kita selalu doa..tapi kenapa doa kita tak dimakbulkan? n kalau tak pun.mesti dapat lambat.." Kami berfikir2..masing2 mengerutkan muka..tiba2 aku teringat kuliah pagi ustazah Fatimah Al-Zehra kat TV9 hari jumaat lepas.
"Macammana doa kita nak dimakbulkan, kalau maksiat asyik berterusan buat..."
Kami serentak senyum...senyum seribu makna.

Mmm, dah hilang mengantuk.,perlu meneruskan kerja yang belum siap.. The goal for today actually, complete the COC Renew Database System. dah boring tengok, hampir 2 minggu. nak tak nak, kena paksa diri buat sampai habis. (^ ^)

-perkongsian santai   \(^ ^)/ -

16 July 2010

Menjadi Diriku



Tak seperti bintang di langit
Tak seperti indah pelangi
Karena diriku bukanlah mereka
Ku apa adanya
Dan wajahku memang begini
Sikapku jelas tak sempurna
Ku akui ku bukanlah mereka
Ku apa adanya
Menjadi diriku
Dengan segala kekurangan
Menjadi diriku
Atas kelebihanku…….
Terimalah aku
Seperti apa adanya
Aku hanya insan biasa
Ku pun tak sempurna
Tetap ku bangga
Atas apa yang ku punya
Setiap waktu ku nikmati
Anugerah hidup yang ku miliki

15 July 2010

Buku Apa Nak Baca? Mana Satu Nak Baca Dulu?


InsyaAllah entri kali ini nak berkongsi kepada sesiapa yang melawat blog yang tidak seberapa ni dan dalam masa yang sama sangat addicted untuk menbaca buku-buku ilmiah khususnya.

Sumber ini saya peroleh semasa usrah dengan seorang murobbi yang sangat saya hormati. Setiap kata-katanya penuh dengan makna tersurat dan tersirat yang membuat saya selalu berfikir. Beliau yang dimaksudkan adalah Al-fadhil Ustaz Mohd Noor Omar.

12 July 2010

Andai Daie Berlengah-lengah


Pada setiap Jumaat, selepas selesai menunaikan solat Jumaat, seorang Imam
dan anaknya yang berumur 7 tahun akan berjalan menyusuri jalan di kota itu
dan menyebarkan risalah bertajuk "Jalan-jalan Syurga" dan beberapa karya
Islamik yang lain.

Pada satu Jumaat yang indah, pada ketika Imam dan anaknya itu hendak keluar
seperti biasa meghulurkan risalah-risalah Islam itu, hari itu menjadi amat
dingin dan hujan mulai turun.

Anak kecil itu mula membetulkan jubahnya yang masih kering dan panas dan
seraya berkata "Ayah! Saya dah bersedia"

08 July 2010

FCR Phase 2 Year 2010

17&18/7/2010 Malay
7&8/8/2010 English


Saturday
08.30am - 09.00am Registration
09.00am - 09.15am Opening
09.15am - 10.45am Christian Cosmology & Paradox
10.45am - 11.05am Break
11.05am - 12.20pm Christian Refutation
12.20pm - 01.20pm Women's Right In Islam
01.20pm - 02.30pm Lunch & Solat
02.30pm - 03.30pm Muhammad In Various Scriptures
03.30pm - 05.00pm Philosophy of Interfaith Dialogue
05.00pm - 05.30pm Memorisation - Homework and Tips
 
Sunday
08.30am - 09.00am Memorisation - Presentation
09.00am - 10.00am Understanding non Muslim Terminology
10.00am - 10.20am Break
10.20am - 11.30am Presenting Islam
11.30am - 12.30pm Christology
12.30pm - 01.10pm Authenticity of Quran
01.10pm - 02.30pm Lunch & Solat
02.30pm - 03.45pm Ethics of Disagreement
03.45pm - 05.15pm Forum: Dakwah Methodology
05.15pm - 05.45pm Closing

06 July 2010

Another Fleecing Malaysia by Proton


 1 MALAYSIA SENTIASA DITIPU...
Kenapa Proton tak jual harga macam kat Arab Saudi?
Apa istimewanya orang Arab?

Kata ”Rakyat didahulukan”…..
Kenapa orang Arab lebih diutamakan?

Haaaa…..Jawapannya ialah…..Pemilik Proton di Malaysia semuanya dah kena tipu …..Hahaha

Harga Persona kat Saudi  = SR 36,100
Harga Gen2 kat Saudi = SR 33,600
Harga Waja kat Saudi = SR  37,950

1 Saudi Riyal = RM 0.94

Maknanya harga Persona kat Saudi = RM 33,934 aje
Maknanya harga Proton Gen2 kat Saudi = RM 32,256 aje
Maknanya harga Waja kat Saudi = RM 35,673 aje

1 Malaysia bayar RM 66,799.97 untuk 1 Waja di Msia!
RM31,126.97 lebih MAHAL!

Some more it is 1-year interest-free

-dicopy dari sahabat-

04 July 2010

Perjalanan Seharian


Seawal 4.45 pagi saya bangun hari ini untuk tidak kelewatan bersama sahabat-sahabat menyambut kedatangan adik-adik baru yang mendaftar di UM. Aduh, siksanya nak bangun, apa tidaknya.. 1 badan lenguh-lenguh. Macam orang baru lepas excident (na'uzubillah). Ini semua gara-gara main paintball. Melompat ke dalam parit, menyarap, merangkak.. Fuh, kalah palapes UM..(terasa hebat pulak masa tu). Hah, rasakan..bangun pagi dengan tersiksanya.

Selesai bersiap, saya diuji dengan menunggu bas selama 1/2 jam. Sabar je la. Jam dah menunjukkan pukul 7.00 pagi masa tu. Sempat ke nak berkejar sampai depan gate UM by 7.30 A.M. Alik-alik, pukul 8.00 pagi sampai UM. Kelibat sahabat-sahabat pun tak nampak. Agaknya tengah prepare material lagi kot. Saya pun pergi la buat ape-ape yang patut kat dalam masjid Ar-Rahman tu.

Wahai diri..Mengertilah..

Diriku,
Dalam rancak kau menyiram taman hati insan lain,
Kau terlupa membaja taman hatimu sendiri,
Agar ia sentiasa segar dalam hubungan dengan Allah,
Tersentuh dengan daulatNya,
Merasa terpikul amanah ad-Deen ini..

Diriku…
Seringkah kau mencari jalan
Agar hatimu sentiasa lembut halus sentuhanNya
Agar sentiasa sedar akan keagunganNya
Insafi kekerdilan, kelemahan, kealpaan, dan kesilapan dirimu..?
Ketahuilah diriku,
Hatimu itu keras, khusyukmu kurang
Syukur dan redhamu tidak banyak kau hadiahkan padaNya
Terlalu banyak kurang dan salahmu..

Diriku..
Tunaikankanlah solatmu dalam khusyuk dan tenang
Muhasabahlah dirimu kala sunyi,
Selamilah kalam-kalam al-Quran yang kau perjuangkan
Padanya ada bekalan
Untuk kau terus menongkah bahtera perjuangan ini

Diriku…
Pada nawafil dan amalan sunat
Ada jalan yang hampir utkmu berkasih sayang dengan tuhanmu
Pada qiamullail di keheningan malam
Bersama bisikan doa dan munajatmu
Diiring esak airmata keinsafan dan keikhlasan
Kau akan temui kemanisan taqarrub di bawah duli kebesaranNya
Di situ ada bekalnya..
Lazimilah awal harimu dengan al-Ma’thurat
Pasti kau akan mengenali dirimu sebagai daie

Diriku..
Pada tawadhuk, pada ukhwafillah, pada infaq fisabilillah
Pada uzlah muhasabah diri, pada zikir dan selawat
Ada ketenangan dan kekuatan

Diriku..
Amanahlah kau di hadapan manusia
Kerana kedaulatan Tuhanmu
Namun rasailah kekerdilan dirimu
Di hadapan kudrat dan iradatNya
PASAKKAN KEYAKINAN UNTUK SATU PERUBAHAN
 
-dipetik dari sajak seorang sahabat-